SUPERJET 100 DARI PERPEKSTIF TUAN KOLONEL JOSEY

Mana gagah-Sukhoi atau Gunung, inilah gunung yang dirempuh oleh Sukhoi Superjey 100

SAYA BARU MAHU MENERBITKAN ARTIKEL MENGENAI SEBUAH BLOG INDONESIA APABILA SAHABAT SAYA KOLONEL JOSEY RODRIGUES MENGHANTAR LAPORAN TENTANG KEMALANGAN SUKHOI SUPERJET 100 KEPADA SAYA. OLEH KERANA LAPORAN INI LEBIH URGENT, JADI SAYA SIARKANNYA DAHULU.

LAPORAN INI JUGA MEMASUKKAN PERTUKARAN MAKLUMAT OLEH TUAN KOLONEL DENGAN CONTACTNYA DI INDONESIA IAITU KAPTEN MIFTAKHUL “JO TAKUR” AHSAN.

KOLONEL JOSEY MERUPAKAN PENYELIDIK SEJARAH KETENTERAAN DAN AMAT MAHIR DALAM SELOK BELOK SERTA PERKEMBANGAN PENERBANGAN DI ASIA TENGGARA, BELIAU KERAP MEMASUKI HUTAN-HUTAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA UNTUK MENYELONGKAR MISTERI PESAWAT-PESAWAT YANG TERHEMPAS SEJAK DARI SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.

BELIAU BERNAUNG DI BAWAH MALAYA HISTORICAL GROUP 

KESEMUA LAPORAN DI BAWAH MERUPAKAN TERJEMAHAN DARI LAPORAN TUAN KOLONEL (BAHASA INGGERIS KE MELAYU)

FAKTA Sukhoi Superjet 100

Continue reading

INDONESIA TERTEMBAK PESAWAT SENDIRI

NOTA PENULIS : HARAP BACA DENGAN RASIONAL. INI ADALAH RENTETAN SEJARAH. HARAP JANGAN BERGADUH DENGAN FORUMER INDONESIA. SAYA SEDANG MERANCANG UNTUK MEMPERKENALKAN SISTEM EMEL, DI MANA HANYA MEREKA YANG BERDAFTAR SAHAJA BOLEH BAGI KOMEN. MANA-MANA KOMEN YANG MEMAKI HAMUN, EDEN TERUS BLACK LIST.

Charlie Indonesia (sekadar gambar hiasan)

1. Tentu ramai yang tidak tahu kisah ini, ia berlangsung sewaktu negara kita berada di dalam konfrantasi dengan Indonesia yang ketika itu melancarkan “Ganyang Malaysia” atas dosa yang sehingga hari ini kami tidak tahu.

2. Alasan mahu membebaskan Malaysia dari Inggeris tetapi yang diserang dan disembelih hidup-hidup termasuk ketika sedang beribadat ialah anak-anak bangsa Melayu dan dua insiden telah terjadi, satu melalui Peristiwa Kalabakan dan dua, pembunuh beramai-ramai Rejimen Infantari 1 Singapura (SIR 1) yang terjadi di Kota Tinggi, Johor.

3. Pada 16 September 1965, negara kita iaitu Malaysia dirasmikan dengan kehadiran Singapura, Sarawak dan Sabah dan pada tarikh yang sama, pasukan komando Indonesia ketika itu sedang bersiap untuk mencerobohi ruang udara Sarawak/Sabah melalui sempadan Long Pasia/Long Bawan.

4. Sebuah pesawat Hercules C130B dengan nombor lambung T-1306 sedang disiapkan dan terbang dari lapangan terbang Pontianak, kapal terbang ini dengan seramai 36 komando para akan menceroboh Sabah pada hari itu.

5. Pesawat tidak ditandai dengan jelas, ia merupakan satu operasi sulit atau clandestine, tidak ada iringan dari jet pejuang MIG-17 milik ABRI-AU pada hari itu, petugas-petugas meriam anti pesawat yang berkedudukan di kawasan lembah Long Bawang (di bawah kawalan kompeni meriam anti pesawat ABRI) juga tidak dimaklumkan.

Continue reading

PERKEMBANGAN YANG DIHARAPKAN SELEPAS PRU

 

Sahabat saya, En Kacang dari Panggilan Pertiwi dalam cockpit Typhoon. Freindly user aircraft

1. Salam, kita bertemu lagi dalam artikel yang baru.

2. Demam terhadap pesawat MRCA baru Malaysia masih belum tamat rupanya dan ia melonjak kembali selepas berakhirnya pameran Defence Service Asia 2012 (DSA).

3. Tidak lama dahulu saya ada buat pengumuman bahawa pembelian pesawat MRCA akan dibuat selepas Mac 2012, ini berikutan kerana ramai peminat pertahanan heboh bahawa kerajaan akan buat kenyataan MRCA pada LIMA 2011.

4. Nampaknya ramalan saya tepat kerana tidak ada sebarang pengumuman MRCA dibuat pada sepanjang LIMA dan sehingga Mac tahun ini, masih tidak ada apa-apa  berlaku kerana saya tahu kerajaan akan beri berita baik selepas Pilihan Raya Umum 2012 selesai.

5. Kita juga tahu MIG-29 akan diteruskan perkhidmatan sehingga 2015 sebelum dipencenkan dan sudah tentu keputusan pembelian pesawat akan dibuat sebelum 2015.

Continue reading

HUBUNGAN MILITARI AS-MALAYSIA : SATU RETORIK?

NOTA PENULIS : PENING SAYA TENGOK KOMEN NAK SAMPAI 1000, SEBELUM SAYA MIGRAIN, TERPAKSALAH BUAT ARTIKEL BARU. SEPERKARA LAGI, CUBALAH JANGAN MAKI HAMUN ATAU MENCACI…BERDEBAT BOLEH. STICK PADA TOPIK, KALAU TIDAK PENING SAYA NAK BACA DAN MASUK CAMPUR TANGAN DALAM KOMEN.

Malaysias have often sought American attention, saying it is a small and growing nation…”But when I sit here in your capital, it is like Disneyland! This place is incredible. Seeing is believing-the transformation of the economy as well as the investment in the people — kata-kata US Trade Chief Ron Kirk semasa lawatannya ke Putrajaya pada 24 April lepas.

1. Begitulah kata-kata Ketua Perdagangan Amerika Syarikat Ron Kirk yang kagum dengan kehebatan Malaysia tetapi pada masa yang sama negara ini sangat merendah diri dengan sentiasa mengakui bahawa negara ini masih membangun dan kecil.

2. Kata-kata begitu mungkin ada cerita di sebaliknya, Malaysia merupakan rakan dagang AS yang sangat penting dengan nilai eksport Malaysia ke AS berjumlah 60.96 bilion pada tahun 2010.

3. Malaysia mendapatkan keuntungan yang sangat besar kerana AS banyak membeli produk dari negara ini tetapi timbal balas dari Malaysia sangat tidak menguntungkan AS, ianya tidak seimbang dan terus gagal mencapai kata sepakat apabila kedua-dua negara mahu membentuk Free Trade Agreement di mana syarat-syarat perjanjian itu tidak menguntungkan Malaysia, negara kecil ini bagaimanapun masih berani menentang AS.

4. Itu dari sudut ekonomi, selepas AS berbelanja besar membeli produk Malaysia, AS mengharapkan Malaysia berbuat demikian terhadap produk militarinya, malang sekali apabila Malaysia mempunyai pendirian tetap yang tidak berubah sejak dari zaman Tun Mahathir Mohamad hingga ke era Datuk Seri Najib Tun Razak. Continue reading

DSA : PENGESAHAN MENTERI

1. Pameran Defence Service Asia 2012 (DSA) semalam sudah pun berakhir.

2. Hari ini saya bertemu dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan dan semasa sesi soal jawab, sempat juga saya bertanya tentang status perolehan kereta perisai Anoa.

3. Beliau mengakui bahawa pasukan tentera darat sedang menguji beberapa model 6×6 termasuklah Anoa dari Indonesia tetapi sehingga sekarang belum ada keputusan kenderaan mana yang terpilih.

4. Apa yang menjadi berita pelik bin ajaib ialah media alternatif pembangkang telah pun memainkan isu itu dan mendakwa Kementerian Pertahanan sudah “kantoi” kerana terdapat laporan media dari Indonesia bahawa Malaysia telah bersetuju membeli 32 buah kereta perisai Anoa dengan harga US80 juta di mana, ianya sangat murah berbanding dengan program kereta perisai AV8, kerjasama Malaysia dan Turki.

5. Zahid sendiri hairan kerana tidak pernah kerajaan membuat keputusan untuk membeli Anoa tiba-tiba blogger pembangkang membuat tuduhan begitu hanya berdasarkan khabar-khabar angin dari media Indonesia.

6. Blogger pro pembangkang juga menuduh kerajaan tidak cekap kerana memperkenalkan dua jenis kereta perisai untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Continue reading

DSA : STATUS PEROLEHAN ANOA


1. Hari-hari nampaknya saya terpaksa datang ke pameran DSA 2012, walaupun sebenarnya saya malas kerana masalah kesukaran meletak kereta, kesesakkan lalu lintas dan hujan yang turun lebat pada sebelah petang.

2. Sebenarnya saya mencari kehadiran industri senjata dari Singapura atau negara-negara jiran tertangga tetapi tidak jumpa malahan PT Pindad sendiri kelihatan agak tidak bermaya pada pameran DSA kali ini, pada tahun-tahun sudah, syarikat Indonesia itu membawa masuk pelbagai laras senjata buatannya tetapi kali ini ia hanya hadir dalam bentuk poster.

3. Saya kira mungkin PT Pindad telah menghabiskan banyak wang untuk menyewa tapak termasuk membawa kereta perisai jenis Anoa atau nama jolokkanya Rimau, ia diletakkan di hadapan pintu masuk ke pameran DSA, Putra World Trade Centre. Continue reading