MISTERI PERLURU BERPANDU BVR TUDM



Gambar pertama merupakan misil BVR AMRAAMSKI R-77
Gambar kedua adalah misil BVR AMRAAM AIM-120C yang melengkapi Hornet TUDM dan pesawat pejuang Singapura serta Thailand.

1. Menurut Pendaftar Senjata Konvensional Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) hanya mempunyai 20 buah misil Beyond Visual Range (BVR) dari jenis AMRAAM ( Advanced Medium-Range Air-to-Air Missile) iaitu AIM-120C.

2. Senarai itu menunjukkan simpanan misil AIM-120C tudm pada tahun 2005 tetapi tidak diketahui jika Malaysia ada membuat penambahan kerana senarai tersebut tidak diisi untuk tahun-tahun berikutnya.

3. Pendaftar itu mengkehendaki negara-negara yang menjadi ahlinya menyenaraikan senjata
strategik milik mereka, Malaysia turut menyenaraikan ribuan roket yang digunakan untuk sistem pelancar roket berganda tentera darat iaitu ASTROS II.

4. Melalui maklumat ini, sudah SAHLAH bahawa misil BVR yang canggih ini sudah pun dimiliki TUDM sejak dari tahun 2005 tetapi jumlahnya sangat sedikit untuk memberikan impak yang besar.

5. Kesemua peluru berpandu BVR itu hanya boleh dilancarkan dari pesawat F/A 18 Hornet dan tidak pada MIG-29 Fulcrum Malaysia.

6. Adalah agak mustahil, peluru berpandu BVR ini boleh dipasang kepada MIG 29 kerana sistem
perisian Russia dan Amerika yang tidak serupa, tambahan pula, pihak Russia sudah pasti enggan
mendedahkan “Source Code” pesawat buatan mereka kepada jurutera Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan integrasi.

7. Menurut senarai pendaftaran itu, Malaysia mengesahkan pemilikan 20 AIM-120C untuk lapan buah F/A 18 milik TUDM, sangat kecil kuantitinya berbanding misil BVR yang berjumlah di antara 100 ke 300 buah milik Singapura.

8. Ini menunjukkan kabinet AS telah pun meluluskan penjualan AMRAAM AIM 120C kepada Malaysia selepas negara-negara di rantau ini seperti Singapura dan Thailand memilikinya bertahun lebih awal.

9. Menurut laman-laman website pertahanan, peluru berpandu BVR AMRAAM AIM 120C ini sangat mahal harganya dan kemungkinan, harga pembelian 20 buah AIM 120 ini mungkin mencecah harga di antara RM30-35 juta.

10.Penulis berpendapat, Malaysia mungkin membeli sedikit sahaja peluru berpandu ini kerana
pesawat Hornet TUDM telah dioptimumkan untuk serangan darat atau laut dan bukan untuk “Air Superiority”.

SEJARAH BVR DI ASIA TENGGARA

11.Pembelian 20 buah adalah memadai untuk 8 Hornet, lagipun, kerajaan Malaysia sudah membuat analisanya bahawa jika senjata canggih itu dijual kepada negara ini, versinya sudah pasti tidak sehebat versi yang dijual kepada Singapura.

12.Perkara ini pernah didedahkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberitahu, Hornet Malaysia tidak dapat dioptimumkan ke tahap 100 peratus memandangkan keengganan pihak AS untuk memberi “Source Code” pesawat itu kepada Malaysia.

13.Dengan itu, tidak berbaloi untuk membeli banyak, kemasukan misil itu pun adalah untuk
menambahkan “taring” kepada Hornet TUDM.

14.Persoalan sekarang, apa ada misil BVR lain dalam inventori TUDM, mungkin pada pesawat MIG 29s Fulcrum (type C) miliknya?

15.Saya sendiri menolak kemungkinan TUDM mempunyai misil BVR yang dipasang pada Mig 29 sebelum tahun 2005 atau sebelum kemasukkan Sukhoi SU-30MKM.

16.Pendaftar yang sama juga tidak menyenaraikan pemilikan BVR buatan Russia seperti misil
tercanggih AMRAAMSKI R-77 Vympel dalam inventori TUDM.

17.Umum mengetahui, tokoh republik itu, Lee Kuan Yew pernah mencabar mana-mana negara asing untuk menyerang Singapura sebaik sahaja Singapura mengesahkan pembelian peluru berpandu BVRnya pada tahun 2000.

18.Ada desas desus yang menyatakan Mig-29 Malaysia telah dimodifikasi untuk dipasang R-77, dan desas desus ini mungkin timbul kerana Mig-29 yang dibeli Malaysia telah dipasang dengan sistem radar yang berkemampuan untuk memandu misil BVR seperti R-77.

19.Radar yang dimaksudkan ialah NO-019M. Radar ini mampu memandu dua misil jenis R-77 serentak ke arah dua sasaran, ia dipasang oleh jurutera Russia yang berkhidmat dengan Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd satu ketika dahulu.

20.Mungkinkah ada kebenaran bahawa pemasangan radar ini telah menyebabkan Singapura mengelabah, kerana ini merupakan petanda awal bahawa Malaysia telah atau akan membeli R-77.

21.Singapura mula mendesak kongres AS supaya melepaskan penjualan AIM-120C, mereka berjaya dan kejayaan ini turut dikongsi oleh Thailand yang juga terancam dengan kemasukkan misil itu oleh jiran tertangganya.

BUKTI MISIL BVR R-77 TIDAK WUJUD DALAM INVENTORI TUDM

21.Baiklah…jika benar R-77 telah pun berada dalam inventori TUDM, Lee Kuan Yew sudah pasti
tidak berani mencabar “mana-mana” negara itu, sudah pasti dalam otak Lee Kuan Yew, “mana-mana” negara yang dimaksudkan itu sebenarnya ditujukan khas kepada Malaysia.

22.Pihak perisikan Singapura pastinya sudah berjaya membuktikan bahawa TUDM tidak memiliki senjata yang hebat seperti R-77 ketika itu dan menyakinkan Lee untuk membuat kenyataan yang mencabar air muka rakyat Malaysia pada ketika itu.

23.Kini, jumlah pemilikan AIM 120C Singapura telah mencecah kepada 300 buah, dengan pembelian terakhir pada 2008.

SINGAPURA KENA KELENTONG

24.Bagaimanapun, tokoh terulung Singapura ketika itu pun mungkin tertipu dengan khabar-khabar angin dari Malaysia.

25.Malaysia telah berjaya menimbulkan perasaan gerun pada pemikir angkatan tentera Singapura dengan khabar konon-kononnya TUDM sudah ada BVR.

26.Singapura panik kerana ini bermakna TUDM sudah satu langkah kehadapan berbanding Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

27.Ramai rakyat termasuk saya sendiri pun percaya R-77 sudah memasuki TUDM, ada sebilangan besar pula terkeliru di antara R-27 dan misil canggih BVR seperti R-77.

28.R-27 dan R-77 bukan misil yang serupa, hanya satu daripada mereka digeruni iaitu Vympel R-77.

29.Singapura pada ketika itu turut percaya, perisikan mereka pun percaya menyebabkan kerajaan PAP mendesak AS untuk melepaskan penjualan AIM-120C kepada tentera udara Singapura.

30.AS sendiri berasa berat hati untuk menjual senjata terbabit kerana bimbang kedatangan misil BVR dari jenis AIM 120 C bakal mencetuskan perlumbaan senjata.

BUKTI LAIN BAHAWA MISIL R-77 SUDAH WUJUD DALAM INVENTORI TUDM

31.Ada juga penganalisa pertahanan yang berpendapat, kebimbangan dan desakan Singapura ini
membuktikan bahawa misil BVR seperti R-77 sudah ada di tangan TUDM.

32.Penulis pernah membaca satu laporan pertahanan dari Australia yang menyebut bahawa pemikir angkatan tentera negara Kangaroo itu melihat dengan penuh kebimbangan dengan pemasangan radar terbaru pada MIG-29 Malaysia.

33.Laporan itu juga menyebut bahawa arkitek pertahanan mereka telah mendesak kerajaan Australia untuk turut mendapatkan sejumlah misil BVR dari jenis AIM-120 C dari AS.

34.Ia juga memberitahu dalam satu latihan pertempuran udara, kesemua pesawat pejuang Australia telah berjaya ditembak jatuh oleh juruterbang MIG-29 Malaysia dengan menggunakan misil R-77.

35.Selepas beberapa tahun pendedahan dari artikel itu, laporan terbabit menjadikan hujah saya
bahawa TUDM sudah pun memiliki R-77.

36.Akhirnya saya mendapat tahu bahawa, penembakan jatuh pesawat-pesawat Australia ini merupakan simulasi R-77, iaitu tembakan atau “Lock On” yang dibuat oleh radar terbaru MIG-29 Malaysia kerana radar tersebut seperti yang diceritakan di atas mempunyai keupayaan memandu misil BVR.

PENDAPAT PERIBADI PENULIS

40.Penulis secara muktamad akhirnya menolak bahawa TUDM sudah mempunyai misil BVR seperti R-77 untuk dipasang pada MIG-29.

41.Sebab-sebab TUDM tidak memasang R-77 ke atas MIG-29nya tidak diketahui tetapi penulis tidak menjumpai sebarang rekod yang menunjukkan MIG-29 dari negara luar berjaya melakukan pelancaran R-77 ke atas sasaran, baik semasa perang Iraq sehinggalah ke perang Serbia.

42.Mungkin diantara sebab R-77 tidak dipasang pada MIG-29 Malaysia adalah disebabkan fungsi pesawat itu yang dioptimumkan TUDM sebagai pesawat pemintas atau “Interceptor”.

43.Sebagai pesawat Interceptor, MIG perlu dikonfugirasikan seringan mungkin untuk memberikan pesawat itu daya tujahan dan kelajuan, misil berjarak sederhana seperti R-27 sudah bersesuaian untuk tugas pesawat Interceptor.

44.Penulis telah memeriksa beberapa kali dengan sumber-sumber dalaman dan setiap pertanyaan memberikan jawapan yang positif dan negatif.

45.Sumber yang paling dipercayai oleh penulis menyakinkan bahawa R-77 tidak pernah wujud dalam inventori TUDM atau dipasang pada Mig-29nya.

BVR DALAM INVENTORI TUDM HARI INI

46.Malaysia baru sahaja mendapatkan Sukhoi SU-30. Tidak perlu dipertikaikan lagi, misil BVR
seperti R-77 sudah pasti turut sama dibeli untuk dipasang pada Sukhoi yang lebih berat dan lebih berkemampuan enjinnya.

BERIKUT MERUPAKAN SENARAI PELURU BERPANDU TUDM PADA TAHUN 2000.

1. R27 untuk jarak sederhana (HARGA RM587,000)
2. AIM 7 untuk jarak sederhana F-18 (HARGA RM1.4 JUTA)
3. AGM84 serangan laut jarak sederhana untuk F-18 (HARGA RM4.1 JUTA)
4. AGM65 serangan udara ke darat untuk F-18 (HARGA RM 1.5 JUTA)
5. R73 jarak dekat untuk MIG-29 (HARGA RM 325,000)
6. AIM 9M jarak dekat untuk F-18 (HARGA 500,000)
7. AIM 9P4 jarak dekat untuk pesawat HAWK (HARGA RM200,000)

Semua senarai peluru berpandu di atas merupakan maklumat pemilikan dan harga belian pada tahun 2000, dan ia tidak menyebut kewujudan R-77 (Maklumat diperolehi dari kertas jawapan Dewan Negara, Parlimen Malaysia).

SENARAI YANG BERTANDA # DI BAWAH MERUPAKAN MAKLUMAT DARI INSTITUT PENYELIDIKAN KEAMANAN ANTARABANGSA STOCKHOLM :

BERIKUT MERUPAKAN SENARAI PEMBELIAN PELURU BERPANDU TUDM DI ANTARA 2003-2007#

1. R-77 – 100 buah untuk kegunaan SU-30
2. R-73 – 170 buah untuk MIG dan SUKHOI
3. Kh-31A1/AS 17 – 80 buah (Ada dua versi yang dibeli iaitu Kh-31A dan Kh-31P) untuk kegunaan SU-30.
4. R27 – 100 buah untuk MIG dan SUKHOI

BERIKUT MERUPAKAN SENARAI TIDAK RASMI PELURU BERPANDU TUDM

1. AMRAAM AIM-120C – 20 buah sahaja jika mengikut Pendaftar Senjata Konvensional

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Selain dari itu, TUDM tidak pernah mengesahkan pemilikan misil BVR ini kepada umum melalui media tempatan.
2. Bom Pintar Paveway – TUDM tidak pernah mengesahkan pemilikan bom pintar canggih ini
tetapi pemilikan alat Laser Targer Designator oleh PASKAU juga mengesahkan bahawa TUDM memiliki bom ini.
3. Misil HARPOON – TUDM tidak pernah mengeluarkan foto mengenai pemilikan peluru
berpandu anti kapal ini tetapi sumber penulis mengesahkan bahawa Hornet TUDM yang
dikonfigurasikan untuk anti perkapalan menggunakan misil ini untuk tugas itu dan bukan misil
Exocet.

NOTA PENULIS : BLOG ASIANDEFTECH ADA MEMBUAT SENARAI LENGKAP MISIL-MISIL ANGKATAN TENTERA

MALAYSIA. SILA RUJUK

http://asiandeftech.blogspot.com/2008/11/senarai-misil-yang-dimiliki-oleh-atm.html

BERIKUT MERUPAKAN PEMILIKAN MISIL DAN BOM TENTERA UDARA REPUBLIK SINGAPURA (SENARAI PEMBELIAN PADA 2007)#

1. AIM-120C – 100 untuk kegunaan F-15 SG
2. AIM-9X Sidewinder – 200 untuk F-15 SG
3. AGM-154 JSOW – 60 buah untuk F-15 SG
4. Bom pintar JDAM – 50 buah
5. Bom pintar Paveway – 84 buah termasuk 28 GBU 10 dan 56 GBU 12.

Sehingga kini, negara di rantau ini yang mempunyai kemampuan misil BVR adalah Malaysia,
Singapura, Thailand dan Vietnam.

Indonesia dan Filiphina masih ketinggalan.

Tentera Udara dari negara Malaysia dan Singapura juga berkemampuan untuk melakukan “precision strike” serta serangan pada waktu malam sedangkan Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filiphina masih lemah atau tidak mempunyai keupayaan ini.

Comments

  1. nosirtq says

    Very good information and an eye opener, will read more when time permit. I’m sad skeptical over Malaysia defense capability and sustainability, as an area which require big budget required and often not well managed. I’m amaze since from year 1511 during the Portuguese invasion (we can’t built adequate bow and arrows even, no preparation, selfishness etc) and until today we haven’t been able to built anything uncontroversial and no serious plan in that directions. May not be able to get over them for long time to come, unless we seriously start which we never did.

  2. malon mean hensen says

    Correct me if I’m wrong here. Bukankah AGM-84 itu adalah Harpoon versi udara dan misil BVR semi active radar homing R-27(NATO reporting name AA-10 Alamo) seberat 253 kg, adalah lebih berat berbanding misil BVR active radar homing R-77(NATO reporting name: AA-12 Adder) yang hanya seberat 175 kg mahupun “improve version” yang menggunakan dorongan ramjet R-77M1 hanya seberat 226kg.

  3. Hamba says

    Malaysia sepatutnya adakan kerjasama dgn negara bekas USSR dr Poland,Armenia dan Russia utk memantopkan lg teknologi dan pertahanan negara agar Singa tu gerun akan Harimau di nusantara … belajar dan cuba bangunkan kilang pemprosesan alat gantian sendiri dan peralatan perang serta pasangkan radar di seluruh pesisir pantai semenanjung jikalau boleh pasangkan ZPU-4 (ZSU 23-2) atau SAM-2 Camo secara kawalan komputer di setiap negeri masing2 agar tiada kesempatan Singa ceroboh tanah Melayu ni

  4. Shed Hamid Albar says

    Bercakap biar berilmu. Lihat senarai aset yang dipamerkan semasa hari terbuka pengakalan udara Gong Kedak. Peluru berpandu bagi tujuan pertempuran udara ke udara juga turut dipamerkan. Sekolah sampai darjah berapa bang?

  5. Shed Hamid Albar says

    Pandaila kau bro… Salah. Kesemua peluru berpandu itu dikeluarkan oleh firma Vympel. Vympel tu bukan kod utk peluru berpandu. R 27 tu Alamo bro. R 73 tu pula Archer. Tak pernah pun mejar patricia komplen pasal radar dia… Sedap je kau.

  6. anoy says

    Just for info, R77- Adder bukan Vympel. Malaysian version guna R-77 Adder, R73 Alamo, R27AE Archer, KH31A ATG missiles, all this missiles boleh fitted kat MiG29N but cannot the MiG29 UBi Kayu.. because the UBi Kayu are the trainning version.. For SU 30 MKM can fit all this type of missiles……… errrr… why MiG29N not fitted with R77 Adder? sebab missile tu berat dan besar. Bayangkan kalau 4 butir missile tu bubuh kat sayap, dan dua R73 fitted kat wingtip.. berapa G maneuvre kapal ni boleh buat… MiG29N ni kuat mentekedarah minyak… kalau fit missile banyak2 pun tak guna sebab x der endurance.. cepat pancit kata orang lah… lagi satu bab NO19 Radar tu dia ada problem sikit kat Malaysia ni.. Dia punye cooling system guna Pure Alcohol… bayangkan dengan weather macam kita ni alkohol cepat meruap… so radar tu tak leh nak beroperasi lama.. asal terbang jer kompim pilot akan kata Mata/ Kilau – Gadget bent… so nak tembak macam mana kalau radar kaput? BVR missile are bergantung sepenuhnya dengan radar.. tanpa radar MiG29N tu diibaratkan macam kapal terbang Zero Jepun jer… takkan nak lawan langgar2 jer kalau buat air combat…
    Sukoi.. i takleh nak komen

  7. anoy says

    hai.. RMAF mana ada benda-benda nih, tipu semata2, yang ada senapang pelantak jer… peluru pun guna penabur moto ngan black powder.. hehehe

  8. g-gun says

    mig- 29 dah tk dipakai dah nanti kerana sudah lama.saya cadangkan kita hantar ke pusat research utk reverse engineering .ini blh membuka ke arah penghasilan jet pejuang tempatan.

  9. ORANG BARU says

    Sekarang yang mewarisi komunis adalah PARTI DAP. Maka rakyat MALAYSIA yang bumiputera wajib mepertahankan negara ini daripada jatuh ketangan DAP KEPARAT.

  10. anak jawa bgn datoh says

    Salam Ali..
    dan semoga roh mreka ditempatkan dikalangan syuhada, amin.

    itulah saudara, kalau namanya takdir, saya ditemukan Allah dengan seorang askar yang berkongsi katil dua tingkat (depa panggil capoi) bersama Allahyarham pakcik saya. Dia sepatutnya ikut konvoi tu tapi diminta oleh pegawai untuk buat kerja rejimental di kem. Dan dia sekarang sudah bersara dari RAMD dgn pangkat PW II. Sebelum bersara dia adalah jurulatih saya semasa kursus Asas Perajurit di Bn2 Rej 502, Shah Alam dan kami cuma sempat bertukar cerita semasa saya lepak2 dengan dia semasa ikut latihan tempatan di kem Bn2 502.
    (Kepada En Mat Zin,terima kasih utk ilmu yang dicurahkan.)

    -kundur-

  11. pst... says

    Buka kisah Sg Manik dan Senggarang sekadar memberi dua contoh paling ‘panas’ dalam sejarah negara ttg kisah ‘binatang tiga’.
    Jika ada para sahbat yang dapat berkongsi sama maklumat lanjut di blog saudara shah ini.

  12. Ali says

    ASM anak jawa bagan datoh

    FYI, saya adalah antara org yg awal mendengar berita kematian pakcik saudara, semasa itu sy berusia 11 tahun, tinggal di kem 19 RAMD. Pada satu tgh, sedang sy bermain di luar rumah, ada seorang askar menaiki motosikal memanggul ustaz yg ebetulan tinggal di sebelah rumah, mengatakan 7 org askar meninggal kena ambush. Maka riuh rendah seluruh kem dengan askar2 bergegas ke sana kemari. Keesokan harinya saya telah pergi ke kem 22 RAMD yg hanya 100 m dari rumah, dan melihat sendiri trak terlibat. Lantainya penuh diselaputi darah beku tebal yg masih kemerahan, duit syiling bertaburan di atas lantai dan masih ingat lagi saya melihat talipinggang hijau yang putus yg mungkin dipotong oleh komunis….dinding, atap trak berlubang2 kesan tembakan serta bahagian depan enjin berlubang……bila sy melawat ke musium angkatan tentera, sy terperanjat melihat trak yg saya lihat lebih 30 tahun dulu dipamerkan….moga Allah limpahkan rahmat kpd mereka yg terkorban…

  13. anak jawa bgn datoh says

    Salam semua, baca pasal komunis jer aku jadi hangin satu badan. Dan baca tulisan mejarizan aku jadi bebulu kat sesetengah puak.

    Hal kerakyatan. Pertama, Chin Peng (bapak petualang) bukanlah rakyat Msia. Dia lahir di Dinding yang waktu itu di bawah pentadbiran negeri2 Selat. Jadi dia adalah rakyat Queen British dan bukan rakyat Tuanku Sultan Perak. Zaman sblm merdeka dulu kalau kita lahir kat mana2 negeri Melayu, kita adalah rakyat Tuanku. Jadi dalam hal ini dia sepatutnya balik British dan bukan mengada nak balik Perak. Kedua, CP ni tak pernah mohon utk jadi rakyat Tanah Melayu semasa kita nak merdeka dulu, yakni apabila Jus Soli diguna pakai, iaitu kita bagi kerakyatan kepada mereka yang LAHIR di sini dan juga 1 juta kerakyatan otomatik kepada para imigran (takyag sebut kaum la ek..). Dan sekali lagi aku bagitau CP tak pernah memohon atau mahu menjadi warganegara apabila ditawarkan Tunku semasa Rundingan Baling (1955) dahulu. Maka kenapa skang pulak dia nak ngaku jadi rakyat. Dia kata dia lahir di sini, sdgkan tmpt lahir dia dahulu di bawah teritori British. Dan dia lahir semasa kita belum lagi menjadi sebuah negara, belum Merdeka lagi! Camner dia claim rakyat Msia, sdgkan Msia pun belum wujud lagi, Persekutuan Tanah Melayu (1957) menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 Sept 1963. Apa citer ni..

    Hal Komunis. Yang ramai para simpati komunis di kalangan Melayu ni tak mau nak reti ialah Komunis aka Bintang 3 ni berasal dari MPAJA yang melawan Jepun kerana dulu depa penah ditindas oleh Jepun yang menjajah China.. Apabila Jepun mendarat kaum teramai yang dibunuhnya adalah kaum Cina.. jadi org2 ini angkat senjata dgn bantuan dari Brit dan lawan dlm hutan.. ala, tak byk lawan pun, byk duk senyap2 jer.. dan bila jepun diBOM oleh US, jepun menyerah, MPAJA keluar dari hutan dan celebrate, bukan sedikit org melayu yang mati disebabkan oleh dendam kesumat MPAJA ini dgn mendakwa org2 melayu yang dibunuh itu bekerjasama dgn Jepun.. rujuk peristiwa berdarah di Muar, Batu Pahat, Sg Manik dan byk lagi tempat kat Msia ni.. 2 minggu pegang kuasa dan jadi sangat Gila Kuasa. Dan dari MPAJA itu ditubuhkan PKM dengan hasrat menjadikan negara ini negara Komunis, mula2 bertanding secara demokrasi tp akhirnya terlibat dgn byk sabotaj dan mogok. Dan British pun haramkan PKM dan dia mula menjadi pasukan subversif di hutan semula. Dan apabila kita nak Merdeka secara damai, tentunya PKM tak suka kerana hasrat dia nak jadikan negara ni negara Komunis. Setidak2nya menjadi spt Indonesia semasa pemerintahan Sukarno iaitu proksi kpd komunis.

    Hal komunis Melayu. Ada yg menggangap mrk sbg pejuang kemerdekaan. Kpd puak-puak ni, bacalah lagi buku sejarah, kalau tak mau guna buku sejarah Msia tak pe, baca buku sejarah Indonesia. Mrk adalah komunis yang tinggal di China dan beberapa kali berkunjung ke Indonesia utk tujuan kursus dan motivasi. Bukan di Msia sahaja komunis ni membunuh tanpa belas, bahkan di Indonesia juga, apabila berlaku Peristiwa Lubang Buaya (1965) apabila pemimpin2 tentera Indonesia dibunuh dan rakyat dihasut utk merampas tanah dan perniagaan milik orang lain. peritiwa yang disebut sbg KUDETA ini adalah satu cubaan utk menjadikan Indonesia negara komunis, dgn restu Sukarno (pro Komunis). Dan inilah yang cuba diikut oleh pemimpin Melayu komunis (rejimen ke 10 PKM – rej khas utk melayu shj)spt Rashid, Samsiah dll. Oleh kerana itu layakkah mereka dipanggil pejuang bangsa atau kemerdekaan yang mana kita pastinya maklum jika usaha mereka berjaya, pastinya negara ini tidak menjadi negara merdeka seperti sekarang tp adalah negara Komunis China (dlm erti kata lain menjadi jajahan China).

    Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) – asal tujuannya sgt murni utk memerdekakan Tanah Melayu tp apabila Samsiah, Dr Burhanuddin Helmi menyekutukan PKMM dan Kesatuan Melayu Muda dgn ideologi komunis, British akhirnya mengharamkan PKMM bersekali dgn KMM, API dan AWAS. Bertebaranlah pemimpinnya dan ada antaranya memilih utk masuk hutan dan bergabung dgn PKM dan akhirnya menubuhkan Rej 10 PKM. Sbb ideologi komunislah membuatkan PKMM tidak diterima ramai dan tidak popular berbanding dgn UMNO yg lebih sederhana dlm tindakan mrk.

    Kalau ada info tambahan dan kalau ada yg tersilap harap diperbetulkan. Yg penting kita jangan bagi komunis mendapat simpati, dan takkan aku lupa pakcik aku yg meninggal di Ulu Legong bersama 6 syuhada lain apabila diambush komunis jahanam, yg aku tak puas hati tu adalah 7 org tu dah mati dah, yg depa pi potong teling, anu, hidung dll tu apsal.. ni menunjukkan kebiadapan dan kezaliman mereka dan org2 ini kita nak panggil Pejuang?? tambah2 lagi kejadian tu berlaku pasca merdeka!! mana ada dah nak lawan Brit dsbnya. tak lain tak bukan sekadar justifikasi utk membenarkan tindakan mrk membunuh para tentera/polis kita.. jgn terpedaya!!

    Satu lagi, mejarizan mengingatkan kita satu keadaan ttg serangan terancang trhdp umat melayu dan ditulis pada 2009 lagi.. dan skrg kalau kita tgk keadaan masih sebegitu dan ini sebenarnya menguatkan teori/tulisan beliau itu bahawa sebenarnya memang kita umat melayu ini sedang diserang secara terancang..
    -Kundur
    p/s tidak anak melayu itu sesekali derhaka kpd Rajanya!

  14. vega says

    salam semua,

    abah saya pernah bercerita tentang bagaimana kekejaman komunis keatas orang -orang kampung(pada masa itu saya terbaca blog tentang komunis, yang menyatakan perjuangan mereka adalah murni dan tergerak hati saya untuk bertanya dengan abah). abah masa tu berumur dalam 7 ke 8 tahun, tinggal di kampung Labohan dagang berdekatan dengan kampung olak lempit. kampung labuhan dagang merupkan kawasan hitam dimana banyak komunis berkeliaran. sekitar kampung dikawal dengan home gaurd disamping tentera komenwel turut membantu. kerap juga kata abah kampung diserang komunis rumah penduduk ditembak secara sesuka hati, dan bermacam-macam lagi keganasan komunis. penggunaan senjata api adalah terhad dan orang kampung hanya menggunakan parang untuk menentang mereka, abah pernah memberitahu ketika dia dan atuk menggali parit mereka pernah berjumpa dengan rangka yang tangannya diikat dengan dawai, dan bermacam-macam lagi termasuk puluhan terkorak yang bersepah -sepah.

  15. Ada Nama says

    BVR Malaysia disimpan oleh negara pembekal. Kalau nak guna baru pembekal hantar. Ini cara diorang control senjata strategik dari jatuh kat orang tak sepatutnya atau digunakan untuk serang sekutu diorang.

  16. Pak CIK says

    ██ ██ Singapura ni ghairah,lintang pukang, merapu sgt, takut tak tentu pasal.Brunai yg lagi kaya tu pun tak beli secara drastik cam minggu depan nak berperang.Mcm² dibelinya..Habih penuh iventori dia dgn senjata baru.Lame² besok, rakyat singapura tido/tinggal sebelah dgn gudang senjata…Dah takde tempat nak tinggal.Mcm nak sgt berperang…Lebih baik rakyat dia pakai uniform tentera hari² pegi keje…██ ██

  17. shahpaskal says

    Maaf saya agak terlalu sibuk skrg ini. Bantaian tiga gelombang atau perkara yang lebih kurang serupa telah pun saya dengar sebelum ini.

    Disebabkan hal2 itu, kita yang kini menjadi “SUARA MINORITI” terpaksa berhempas pulas mempertahankan apa yang ada.

    Ramai yang sudah berputus asas, dalam saat saat sukar seperti ini, barulah kita dapat bezakan yang mana “Penumpang” dan yang mana satu “Pejuang”.

    Saya berharap, mereka yang ada semangat itu, teruskan kekentalan jiwa saudara. Ingat Soekarno cuma perlukan 10 anak muda untuk gegarkan dunia. Kualiti mengatasi Kuantiti.

  18. knife says

    salam buat mejar izan. sya memang sangat setuju dgn pendapat mejar berkenaan 3 wave yg boleh menggugat kedaulatan serta keamanan negara kita yg tercinta ni.

    ketiga-tiga perkara itu sedang berlaku, tapi sayangnya rakyat tidak mahu mengendahkannya. malah lebih teruk lagi bila mereka dah berjaya mempengaruhi dan meracuni pemikiran anak-anak remaja kita. jgn pandang remeh perkara ini. ini adalah permulaan!!

    harapan sya, semoga batalion risik dan sel-sel yg bertanggungjawab dapat menyekat petualang negara ini dpd melancarkan serangan saraf dan juga fizikal kepada negara yg tercinta ini.

    buat komando, pahlawan, perajurit dan seluruh warga anggota keselamatan tanpa mengira pangkat, yg masih meneruskan sisa-sisa hidup mahupun yg telah mengadap illahi, terima kasih diatas segala pengorbanan dan jasa yg telah kalian semua taburkan buat negara tercinta. sesungguhnya, tanpa kalian semua, kita tidak dpt mengecapi keamanan dan menikmati kehidupan yg selesa ketika ini.

    dan sesungguhnya tidak mampu dibalas jasa dan pengorbanan kalian semua.

    tak rela sya melihat keharmonian serta keamanan negara diragut oleh petualang negara!!

  19. John Winchester says

    Obefiend……

    Belum lagi masuk cerita macamana komunis seksa mayat tentera kita…dikelar2…ada yang lepas ambush…dah ambil equipment dan kerat ‘punai’ dia…..

    Kalau pergi Muzium Tentera Darat di PD, nampak satu AFV V150 yang rosak..angkara komunis…3 anggota tentera kita mati terbakar sebab AFV tu ditembak dengan RPG…

    Nuri…mula2 sampai dah kena tembak jatuh pada tahun 1969….

    CAribou kita kena mortar kat Sungai Besi pada 1975….

    Komunis ada serang Tugu Negara….ada serang PULAPOL Jalan Semarak…..sampai ada polis hutan yang mati….dah tu ada juga Ketua Polis KL yang diserang oleh komunis tengah bandar…..

    Kalu anggota risik lagi sadis, bukan diorang je yang kena bunuh, anak bini pun jadi mangsa…..

    Sebut je komunis, darah wa memang mendidih……

    P/s: Tentera Darat kita ada guna senjata AR 70 .223 buatan Itali pada tahun 70an ke?

  20. nagagua says

    gua rasa kalau ada pun takkan nak bagitau semua orang .kita pun tahu rusia menjual senjatanya tanpa banyak kerenah.lebih lebih lagi negara kita merupakan perintis disebelah sini mengunakan peralatan mereka. tenguk sekarang negara jiran kita indonesia pun dah pakai jet rusia.amerika ada sebab bagi peluru berpandu tu pada singapura dan thailand.Pasal komunis tu cepat cepatlah buat kajian dan artikel gua tengok dah ada blog yang ditulis oleh kumunis tua yang menceritakan kisah perjuangan sonsang dan bodoh mereka tu. sekian tq

  21. lol says

    Hmm aku setuju sangat tu kalau buat artikel pasal komunis dulu . Sakit betul hati tengok orang2 yang boleh ada simpati kat komunis.

  22. Anonymous says

    versi AIM-120 yang dibeli malaysia adalah AIM-120C5 manakala versi terbaru yang dibeli singapura adalah
    AIM-120C7

    R-27 & AIM-7 juga adalah BVR missile tapi semi-active missile, missile memerlukan panduan dari pesawat yang melancarkan missile.

    AIM-120 & R-77 adalah Active BVR missile (fire & forget)

  23. Mohamad Taufan Mohd Yassin says

    1. Malaysia memang ada sedikit stok AIM-120C. Malaysia tak beli banyak sebab AS tak nak jual banyak (tekanan dari Singapura), versi "C" tak cukup canggih (ada banyak level) dan mahal.

    2. Menurut pelbagai sumber, memang Malaysia perolehi Vympel R-77 hanya semasa pembelian Su-30MKM. Pembelian dibuat setelah Malaysia yakin kehebatan R-77 ("Fire & Forget", mampu sasar pelbagai jenis sasaran udara termasuk misil balistik) dan harga pakej yang ditawarkan. Khabar angin mengatakan Malaysia peroleh R-77 sebelum ini amat mencurigakan (sama ada perang psiko Malaysia atau penguat hujah Singapura/Thailand untuk beli AIM-120 dari AS).

    3. Indonesia juga miliki BVR tetapi melalui Vympel R-27 (juga dimiliki oleh Malaysia). Vietnam pula dikhabarkan memiliki R-27 & R-77 tetapi belum dipastikan.

    4. Walaupun belum dibuktikan (Combat proven), Vympel R-77 buatan Russia lebih baik berbanding Raytheon AIM-120 AS (untuk versi "C") dari segi sistem carian (seeker), pergerakkan (manuver), Jangkauan (range) dan harga unit (unit cost).

    5. Atas sebab inilah AS mula membangunkan AIM-120 versi "D". Kehadiran R-77, dibantu oleh IRTS (Sistem Pensasar Kesan Haba) dan radar AESA Russia (ZHUK-ME, N0-19 BARS, Zaslon-ME) menjadikan AS yakin bahawa F-22 & F-35 mereka tidak sehebat mana jika berhadapan dengan pesawat buatan Russia seperti Su-30MK (MKK, MK2 & MKI), Su-35, MiG-29SMT, MiG-35 dan MiG-31E).

    6. Ini kerana pesawat AS F-22 dan F-35 hanya halimunan dari radar tetapi masih gagal menjadi halimunan dari segi kesan haba (Infra-Red).

  24. joekumbang says

    Salam semua saudara…
    Mengenai blog yang agungkan komunis tu saudara boleh rujuk http//matamin.blogspot.com

    Semasa penyerahan SU-30MKM, PTU cakap TUDM akan menguji missile AGM termasuklah KH-31P dan lain-lain.Bila ditanya R77,beliau tidak memberikan komen.

    Persoalannya adakah Malaysia sudah menguji R-77?

  25. Anonymous says

    Salam Bro semua,

    Kalian adalah pejuang di barisan hadapan laman maya ni…kami para pejuang di alam nyata yang mewarisi kepahlawanan pejuang terdahulu turut merasa terhina..sila gempur mereka…jasa kalian kami junjung

    Untuk maklumat…akan ada tiga gelombang (wave) untuk gugat negara kita ini….

    pertama…memecahkan Melayu kepada beberapa kumpulan…ideologi ini diterapkan sejak bertahun dulu, apabila Hang Tuah dikatakan setia membuta tuli sedangkan Jebat lah hero sebenar…akhirnya wujudlah generasi kini yang bersifat radikal seperti Jebat

    kedua…merendahkan martabat Sultan di mata orang Melayu…sehingga akhirnya Melayu sendiri tanpa sedar akan cuba membuang payung Diraja yang selama ini menaungi ketuanan bangsa dan agama

    ketiga…gelombang seterusnya adalah fasa terakhir sebelum “revolusi” dimulakan…iaitu melemahkan institusi keselamatan, iaitu polis dan tentera…melemahkan bermaksud meletakkan imej pasukan keselamatan ini ‘hina’ di mata masyarakat…mengangkat Chin Peng, Rashid Maidin dan sebagainya sebagai Hero adalah natijah dari fasa ini….sila lihat blog “wira damai” yang menghina pemimpin tentera…fitnah dan hasutan bermaharajalela…

    Ingatlah semua….mereka sedang ‘shaping’ untuk melakukan gelombang yang lebih besar setelah fasa ini berjaya…iaitu gelombang “popular war” ataupun ada yang memanggil “people’s war”…

    Barang diingat….kami, perwira Askar Melayu tidak pernah dan tidak akan alpa….dan kami sememangnya hulubalang Melayu yang tidak membuang baka, taat setia yang tak terhingga kepada Seri Paduka Baginda, dulu, kini dan selamanya..

    mejarizan

  26. emotionless_teenage says

    as far as i know our MiG 29N is capable to carry and launch R-77 by default(our fulcrum,by the we bought them,are the most advanced version around)
    the only thing it perform rather poorly is in term of air to ground performance(which would be increased significantly if we consider SMT upgrade)

  27. Hazrey says

    Bro, cuba risik risik sikit.

    Sejak kebelakangan ni, banyak pergerakan jet pejuang di kawasan gelang patah Johor. Adakah ia jet pejuang Singapura?

    Adakah ini sebahagian dari apa yang dibincangkan Najib dan PM Singapore iaitu membenarkan jet mereka memasuki ruang udara selatan Malaysia?

    Satu hari empat lima kali boleh kedengaran dengan amat jelas penerbangan jet pejuang. Bunyi jet komersil tak sama.

    Aku akan follow up di Gelang Patah.

  28. Obefiend says

    shah

    sila tulis pasal perajurit2 kita yang gugur mempertahankan negara. jangan biar cerita diorang ni terkubur oleh kerana nak agungkan komunis keparat tu. anak muda sekarang hidup zaman takde komunis. diorang apa tahu masa 70-80-an nak ke kelantan ada road block manjang. highway grik tu siap ada OP lagi untuk mortar. diorang tak tahu dan sekarang mudah percaya dengan cerita bohong dari internet

    please bro. aku nak tulis tak tahu sangat. orang macam engkau he boleh shed the light tentang kisah yang dilupakan ni.

    aku menanti entry blog kamu seterusnya!

    JOHN

    jangan. nanti kepala kena peluru AK betul2 dekat dahi. hilang otak mata tak tutup macam prabakhan!

  29. John Winchester says

    Obefield…..dari iktiraf Chin Peng hero, baik iktiraf kucing wa je…..

    Spesis Prabhakaran…..

  30. John Winchester says

    Bro Shah, saya menantikan penulisan anda tentang komunis terutamanya ketika gelombang ke dua darurat 1968-1988…………

    RAmai yang tak tahu mengenainya…seperti Ops. Sedar (1977)…………

  31. shahpaskal says

    BRO KAU NI BUAT AKU TERBAKAR…5 saat kau bagi tahu benda ni, terus aku kontek semua rakan blogger aku yang lain untuk membuat serangan padu.

    OTW untuk artikel membela askar Melayu.

  32. Obefiend says

    weaponology aku lemah

    but all i can say it the US is biased on selling weapons to muslim countries. even the jordanian and saudi air force received gimped weapoon systems. last last jordan bayar russia untuk develop senjata. tu yang jadi RPG 32 tu. sesuai untuk merobek Merkava yang kononnya kebal!

    btw shah

    aku rasa next entry engkau kena tulis pasal komunis dan pengorbanan askar kita. aku menggelak bila baca blog orang kata chin peng hero. askar dan polis kita yang mati diorang ketawakan pasal kononnnya barua imperialis bertopengkan BN.

    aku tak kisah la depa nak suka chin peng. tapi kalau dah hina perajurit kita yang mati ( aku ada saudara yang mati dibunuh komunis) aku rasa kurang hajar sangat.

    sign out

    p/s: senjata russia untuk sukhoi tak ada kah yang VBR?

  33. Anonymous says

    tuan penulis.AGM-84 adalah harpoon versi lancaran udara dan telah lama berada dalam inventori TUDM. diintegrasikan dgn hornet TUDM utk serangan laut, missile tersebut turut dipamerkan semasa sambutan TUDM 50 tahun di subang tempohari.

  34. shahpaskal says

    Zak Zak, analisis saya bukan menceritakan bahawa khabar angin itu sengaja ditimbulkan. Analisis saya menceritakan impak atau kesan khabar angin itu. Malah penganalisis antarabangsa sendiri pun percaya TUDM sudah memiliki R-77 ketika itu, cuba cari majalah-majalah defence lama, pasti anda akan terjumpa.

    Khabar angin itu bertiup kerana MIG-29 yang dibeli Malaysia ketika itu adalah yang terbaru typenya iaitu Fulcrum C dan radarnya boleh disetting untuk R-77 tetapi Malaysia tidak membeli misil itu.

    Tuan Anonymous-Ya MIG-29 boleh dipasang dengan R-77 tetapi sehinggalah kepada kemasukan SUKHOI, R-77 tidak ada dalam inventori kita

  35. Anonymous says

    Peluru berpandu harpoon dah lama dimiliki oleh TUDM di website MP.net pun ada gambar Hornet TUDM dipasang dengan Harpoon
    Pernah bercakap dengan engine MiG-29 TUDM menurut beliau MiG-29 TUDM boleh dipasang dengan R-77 Adder

  36. zakzak says

    saya agak keliru la.walaupun R77 dah dimiliki oleh TUDM sekarang,mengapa dulu timbul/buat khabar angin supaya singapore pun beli BVR tu terlebih dulu? kalu jadi apa2,bukankah agak bahaya kedudukan Malaysia kalau S’pore ada BVR?

  37. adioz88 says

    Tahun 2002 dulu ada tengok2 juga masa hari keluarga di salah satu tudm base terletak di pesisir pantai.
    seingat saya, masa tu di bawah sayap pesawat tudm tu, ada satu peluru berpandu/bomb yang agak menarik bentuknya. amat asing bagi saya. entah lah apa jenis. mungkin dummy bomb untuk tujuan pameran..
    gambar pun dah tak ada..kalau tak boleh la tunjuk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>