REMEMBER KALABAKAN (KONFRANTASI 1963)

Gambar di atas merupakan sebuah firebase milik askar Komanwel di Borneo

PERISTIWA KALABAKAN (VERSI MALAYSIA)

Satu peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan, sekaligus menjadi satu titik hitam dalam lipatan sejarah 3 RAMD ialah Peristiwa Kalabakan. Dalam tragedi berdarah ini, seorang pegawai dan tujuh anggota Platun 1 Kompeni A3 RAMD terkoban, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963.

Tempat berlakunya tragedi berdarah yang menimpa 3 RAMD itu terletak tidak jauh dari tebing Sungai Kalabakan. Lokasinya kira-kira 30 batu ke utara Tawau dan 12 batu ke utara sempadan Kalimantan, Indonesia. Di situ terletak dua penempatan kecil Pasukan Keselamtan Malaysia yang terdiri daripada satu penempatan Pasukan Polis Hutan dan sebuah lagi penempatan tentera terletak di suatu lereng bukit.

Kedua-dua penempatan dipisahkan dalam jarak lebih 400 ela sahaja. Pos Polis yang dipagari dengan dawai berduri mempunuyai kekuatan 15 orang anggota, manakala penempatan pasukan tentera tidak pula berpagar. Anggota Platun 1 Kompeni A dan kemudiannya disertai oleh seksyen dari Palatun 10 Kompeni C 3 RAMD ditempatkan di situ. Kawasan perkhemahan ini terletak suatu kawasan lereng tanpa sistem keselamatan serta pertahanan yang lengkap. Ini berlaku kerana ketiadaaan bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya telah berulangkali dilakukan.

Seramai 41 anggota 3 RAMS terlibat dalam peristiwa di Kalabakan, mereka adalah;

1. Mejar Zainol Abidin Bin Hj. Yaacob (5415)
2. Leftenan Muda Raja Shaharudin bin Raja Rome (11709)
3. 2380 Pegawai Waran Dua Awaluddin bin Kamoi
4. 5237 Sarjan Ab.Aziz bin Meon
5. 6775 Koperal Hitam bin Mahmood
6. 9899 Koperal Hashim bin Hj. Ahmad
7. 9894 Lans Koperal Osman bin Darus
8. 33876 Lan Koperal Isa bin Bujang
9. 13960 Lans Koperal Abdullah bin Abdul Rahman
10. 6357 Prebet Hashim bin Abd. Ghani
11. 7966 Prebet Ibrahim bin Ahmad
12. 9542 Prebet Che Amat bin Che Leh
13. 9808 Prebet Mokhtar bin Hassan
14. 10385 Prebet Othman bin Hj. Budin
15. 10557 Prebet Ramli bin Awang
16. 10787 Prebet Othman bin Darus
17. 11020 Prebet Harun bin Abdullah
18. 11955 Ramli bin Salleh
19. 1386 Prebet Adnan bin Jabar
20. 14241 Prebet Zainuddin bin Yaacob
21. 14630 Prebet Ahmad bin Abu Yamin
22. 14185 Prebet Mat Sa’at bin Yaakob
23. 14626 Prebet Ahmad bin Hussin
24. 11245 Prebet Abdul Aziz bin Abdul Ghani
25. 11471 Prebet Ismail bin Mat
26. 11509 Prebet Mohamad Zain bin Yaacob
27. 13784 Prebet Ismail bin Mansor
28. 14447 Prebet Yusof bin Sulong
29. 14469 Prebet Shamsuddin bin Yasin
30. 10277 Prebet Abdul Ghani bin Mohamad
31. 10530 Prebet Shukri bin Suratman
32. 10586 Prebet Mohamed Nafiah bin Yahaya
33. 10587 Prebet Mohamad Nor bin Ahmad
34. 11051 Prebet Yaacob bin Ngah
35. 1164 Prebet Mohamad Arfah bin Almunir
36. 11244 Prebet Ariffin bin Yusof
37. 11957 Prebet Abdul Wahab bin Mat
38. 13885 Prebet Yahya bin Hj. Yaacob
39. 14346 Prebet Ab Karim bin Mat Johan
40. 14571 Prebet Bidin bin Abu
41. 14655 Prebet Mat Saad bin Othman

Menurut laporan, seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kalimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan Disember 1963. Pasukan ini singgah di Serudong dalam perjalanan menuju ke Selimpopon dengan melewati Tarakan untuk ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan. Mereka bermalam di situ pada 28 Disember. Mejar Zainol Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakka ke penempatan Platun 1 Kompeni A di Kalabakan pada 29 Disember bagi memperkuatkan subunit berkenaan. Tiga buah kubu, setiap satu untuk tiga orang, dibina untuk tujuan pertahanan, Kubu berkenaan terletak di kiri dan kanan serta di Sebelah kanan belakang rumah atap dan digunakan untuk menenmpatkan senjata RISLB. Rumah berkenaan diberikan oleh Mr. Ress Pengurus Bombay Burma Timber Company Limited.

Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin menyatakan, beliau ada menerima maklumat yang menyatakan satu kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke kawasan Malaysia. Mereka dilaporkan telah merampas barang-barang dr sebuah kedai kepunyaan seorang peniaga Cina di kawasan Serudong Laut. Mereka dikatakan sedang bergerak ke arah kawasan Kalabakan.

Tidak lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah keheningan malam dan kemudiannya diikuti pula oleh tembakan yang bertubi-tubi. Ketika saya dan sebilangan anggota keluar dari rumah untuk ‘stand to’, anggota TNI telah pun mula melepasakn tembakan dan melemaprkan bom tangan ke kedudukan kami, cerita Lettenan Kolonel (bersara) Raja Shaharudin. Semua anggota bertempiaran keluar dari rumah mencari perlindungan. Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan berada bersama ketua platun serta dua anggota lagi. Kami membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota TNI, saya kemudiannya memerintahkan anggota agar mengambil perlindungan dan tidak melepaskan tembakan kecuali mereka melihat anggota TNI.

Tembak-menembak berhenti kira-kira pukul 11.00 malam, terang Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin. Mr. Ress, besama seorang lalaki datang menemui Leftenan Muda Raja Shaharudin sejurus selepas pertempuran berhenti. Pada lebih kurang pukul 3.30 pagi 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin bnin Wan Mohammad (12176) sampai ke lokasi platun di Kalabakan. Anggotanya diarah mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberikan rawatan sekadar terdaya. Apabila matahari pagi 30 Disember 1063 mula menampakkan sinarnya, anggota mula melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalion. Lapan anggota termasuk ketua kompeni disahkan terkorban, manakala 18 anggota lagi tercedera.

Anggota 3 RAMD yang terkorban ialah;

1. Mejar Zainol Abidin
2. Las Koperal Abdullah
3. Prebet Abdul Aziz
4. Prebet Ismail
5. Prebet Mohamad Zain
6. Prebet Ismail
7. Prebet Yusof
8. Prebet Shamsuddin

Anggota 3 RAMD yang tercedera ialah;

1. Pegawai Waran Dua Awaluddin
2. Sarjan Ab. Aziz
3. Las Koperal Osman
4. Las Koperal Isa
5. Prebet Che Amat
6. Prebet Abdul Ghani
7. Prebet Shukri
8. Prebet Mohamed Nafiah
9. Prebet Mohamad Nor
10.Prebet Yaacob
11. Prebet Mohamad Arfah
12. Prebet Ariffin
13. Prebet Abdul Wahab
14. Prebet Yahya
15. Prebet Mat Sa’at
16. Prebet Ab. Karim
17. Prebet Bidin
18. Prebet Mat Saad

Mengikut Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin, beliau menahan Sulaiman yang datang pada lebih kurang pukul 8.00 pagi itu. Saya mendapati tiga kelongsong peluru terselit di pinggangnya, ketika memeriksa laras senjatanya, saya mendapati laras senjara tersebut masih berbau serta ada kesan yang menunjukkan senjata tersebut telah digunakan. Sulaiman diserahkan kepada pihak Polis Kalabakan.

Sebelum itu, saya telahpun menahan seorang lelaki yang saya jumpai berjalan di hadapan pejabat Burma Timber Company pada pukul 4.oo pagi itu. Sebuah helikopter tiba ke tempat kejadian pada pukul 11.00 pagi dan 30 Disember bagi mengeluarkan anggota yang tercedera dan terkorban. Anggota tercedera diterbangkan ke Hospital Tawau, manakala yang terkorban diterbangkan pula dari Tawau ke Labuan dengan Pesawat Dakota. Pesawat Dakota sampai ke Labuan pada waktu malam. Penduduk tempatan di labuan telah membantu memandi dan menyempurnakan jenazah sebelum jenazah diterbangkan balik ke Semenangjung keesokan paginya. Ketibaan jenazah di Lapangan Terbang sungai Besi disambut oleh para Menteri Kabinet dan Pegawai tinggi Tentera juga para pembesar negara. Dari Kuala Lumpur jenazah dibawa pula ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Pasukan 1/10 Gurkha pimpinan Lieutenant Colonel Burnett dikejarkan ke Kalabakan bagi membantu 3 RAMD membuat penggeledahan Kalabakan. Berikutan itu, pada 12 Januari 1964, seramai 22 orang Tentera Indonesia berjaya dibunuh disamping banyak yang telah ditangkap. Batalion ini berjaya menangkap 3 orang anggota TNI. Walaupun bilangan yang ditawan itu agak kecil jumlahnya, tetapi ia telah membantu pasukan dalam operasi selepas itu. Beberapa kawasan di Tawau telah diisytiharkan sebagai kawasan terhad bagi memudahkan operasi pasukan keselamatan. Pada 27 Januari, satu kumpulan ronda dari Kompeni B di bawah pimpinan Leftenan Muda Ishar bin Sham (12221) menjumpai satu perkhemahan anggota TNI dan pertempuran berlaku. Seorang anggota TNI berjaya dibunuh, dua pucuk senapang, 12 butir bom tangan dan sejumlah peluru berjaya dijumpai.

Platun 6 di bawah pimpinan Leftenan Muda Abdul Aziz bin Shaari (12178) ketika membuat serang hendap di Merotai Estet pada 28 Januari berjaya membunuh tiga orang anggota TNI, selepas mengalami satu pertempuran sengit dengan mereka. Sehingga 10 Februari, seramai 29 anggota TNI berjaya dibunuh, 33 ditawan, manakala 22 menyerah diri. Selain itu, operasi di Pulau Sebatik terus dilakukan. Pada 25 Januari, Presiden Soekarnao bersetuju mengisytiharkan gencatan senjata. Walau bagaimanapun, anggota pasukan Keselamatan diperingatkan agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Pemberhentian pertempuran telah dipersetujui di majlis perdamaian yang diadakan di Bangkok antara Malaysia dan Indonesia. Ketika operasi Malaysia secara haram.

Oleh kerana kegagalan persidangan damai di Bangkok, keadaan menjadi tegang semula dan perhatian penuh mula ditumpukan semula di perbatasan. Penyusupan dan tembakan anggota TNI di Pulau Sebatik menyebabkan Kompeni A dihantar membantu Kompeni C di situ. Kampung Sungai limau merupakan salah satu tempat yang menjadi pusat pergerakan anggota TNI. Pada 19 April seorang anggota TNI berjaya dibunuh oleh satu seksyen yang membuat serang hendap. Penyusup telah cuba menawan kedudukan satu platun yang ditugaskan di situ pada 20 April, tetapi gagal kerana platun terlibat telah membuat pertahananyang teguh di kedudukan mereka.

Batalion kemudiannya kembali semula ke Alor Setar selepas lebih kurang lima bulan berkhidmat di Sabah. Sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang batalion ketika konfrontasi dua warga 3 RAMD, Pegawai Waran Dua Awaludin dan Prebet Mohamed Nafiah dikurniakan kepujian Perutusan Keberanian (KPK) sepanjang penglibatannya dalam era konftontasi, 3 RAMD, beroperasi dua kali di Tawau dan sekali di Sibu. Seramai lapan warganya terkorban, manakala 18 mengalami kecederaan. Dalam operasi bersama 1/10 Gurkha dan Trup 2 Peninjau sekitar Tawau, seramai 29 TNI berjaya dibunuh, 33 orang ditawan, manakala 22 lagi menyerah diri.

(Petikan dari : Penglibatan RAMD dalam Era Konfrontasi, diedit semula oleh Salmah Fazul Rahman)
http://www.sabah.org.my/bm/daerah/daerah/twu/tawau/peristiwa_kalabakan2.htm
14/3/2003

PERISTIWA KALABAKAN (DARI KACAMATA RAKYAT INDONESIA)

Pembunuhan terhadap komandan Inggris ini terjadi di kampung Kalabakan. Saat itu Kalabakan merupakan perkampungan yang menjadi salah satu pos keamanan daerah tawau yang berdeketan dengan pelabuhan cowie.

Ada 2 posisi pertahanan berstelling (mesingan) dikalabakan, polisi (polis) setempat dan pasukan militer dari Royal Malay Regiment yang menempati 2 buah gubuk (rumah). Pihak Malaysia sama sekali meremehkan kemampuan tempur pasukan Indonesia yang mengakibatkan lemahnya penjagaan dan kewaspadaan mereka di Kalabakan hal inilah yang dimanfaatkan sersan Rebani (komander TNI) dan pasukannya untuk memulai serangan terhadap kedudukan musuh di Kalabakan.

Hal yang menarik dalam peristiwa ini ikut gugurnya seorang perwira inggris yang coba dicover oleh pemerintah inggris karena takut dipermalukan oleh dunia internasional, perwiranya tewas ditangan pasukan dunia ketiga disaat sedang santai pula.

Tapi berdasarkan beberapa catatan sejarah mengenai perwira2 inggris yang tewas di Malaysia bisa diambil beberapa nama antara lain Mayor RM Haddow, Mayor R.H.D. Norman, dan Mayor H.A.I. Thompson, yang pasti pihak Inggris berusaha menutupi nama perwiranya yang tewas dalam kejadian ini, bahkan pihak inggris pun mengarang cerita kepada pemimpin Malaysia Tunku Abdul Rahman yang mengadakan inspeksi bahwa tentara persemakmuran yang tewas di Kalabakan walaupun kalah memberikan perlawanan yang gigih dan pantang menyerah dimana kenyataannya mereka benar2 diserang mendadak dalam kondisi santai dan tidak siap atau istilah inggrisnya “caught with their trousers down”. Saat ini pemerintah Malaysia membangun monumen untuk menghormati korban mereka yang gugur disana

Tambahan Info : Pada masa Dwikora (nama operasi militari untuk menyerang Malaysia) Pasukan persemakmuran khususnya Inggris sangat menjaga gengsi dan prestise (prestij) mereka dimedan tempur, hal ini dilakukan oleh banyak covert operation yang mereka lakukan dimana covert2 operation ini sampai detik ini masih tergolong classified krn tidak semuanya berjalan mulus seperti yang mereka harapkan, bahkan SOP (Standart Operating Procedure) pasukan persemakmuran saat melakukan patroli dan raid mereka selalu sangat berhati2 terutama dalam menutupi jejak2nya, pasukan Indonesia banyak belajar mengenai teknik2 perang hutan yang sangat lihai diterapkan oleh musuh bahkan mereka tidak pernah meninggalkan korban2 dari pihak mereka bila terjadi kontak senjata, biasanya acuan bagi pihak Indonesia bila ada korban dari suatu kontak senjata adalah barang2 atau ransel yang ditinggalkan pemiliknya, hal inilah yang membuat perkiraan terhadap korban pasukan persemakmuran khususnya dari kalangan tentara non-Malaysia sangat sulit karena memang dalam setiap pergerakannya mereka menjaga benar existensinya dimedan tempur

benar. tapi, pada serangan untuk yang kesekian kalinya. serangan pertama dipimpin oleh Kopral Sukibat dan Prajurit Subroto. Sasaran keedua dipimpin oleh Sersan (sarjan) Rebani dan sasaran ke tiga dipimpin oleh Prajurit Asmat. Masing2 berkekuatan 1 pleton 20-30 orang.

Singkat cerita, Rebani berhasil menewaskan satu orang perwira Inggris berpangkat Mayor dan 38 serdadu Inggris Luka Luka. Rebani juga merampas satu bren, tujuh SOR (Senapan Otomatis Ringan), 10 stengun dan sebuah pistol. kerugian di pihak KKo satu orang gugur yakni prajurit Gabriel Peristiwa ini disebut peristiwa Kalabakan. Setelah keberhasilan penyusupan, Rebani berusaha memimpin pasukannya ke basic namun, Rebani gugur karena kekurangan Logistik. atas keberaniannya. pangkatnya dinakkan menjadi Sersan Mayor Satu Anumerta
materi referensi:
Kompi X di Rimba Siglayan
museum Korps Marinir
Dan informasi dari pelaku sejarah.

NOTA PENULIS : AMAT JAUH BEZANYA PERISTIWA KALABAKAN VERSI MALAYSIA DAN INDONESIA. SAYA MENGANGGAP, VERSI MALAYSIA DARI LAMAN WEB ITU LEBIH SAHIH KERANA CATAT PERISTIWA ITU SEINGAT PENULIS ADALAH SAMA DENGAN MANA-MANA REKOD YANG PERNAH PENULIS BACA SEJAK DARI ZAMAN SEKOLAH SEHINGGALAH MELEDAKNYA DUNIA INFORMASI (INTERNET)

DI SEBELAH PIHAK INDONESIA, VERSINYA TERLALU JAUH BERBEZA. PERISTIWA KALABAKAN DIAGUNGKAN SEBAGAI KEMENANGAN MEREKA MENENTANG IMPERIALIS INGGERIS. ANEHNYA, CATATAN ATAU REKOD TERSEBUT SANGAT SUKAR DIPEROLEHI DARI ENJIN CARIAN YAHOO VERSI INDONESIA (CUBA PAKAI YAHOO INDONESIA, CARA INI SEGALA DATA YANG TERHASIL DARI IP INDONESIA AKAN KELUAR BERBANDING JIKA KITA MEMAKAI YAHOO INTERNATIONAL)

PENULIS JUGA PERNAH MELIHAT SEJUMLAH BESAR CAHCE SENJATA YANG DIRAMPAS DARI PASUKAN PENYERANG INDONESIA DALAM KESELURUHAN KEMPENG MENGAYANG MALAYSIA, SANGAT BANYAK JUMLAHNYA MUNGKIN LEBIH KURANG 1,000, JUMLAH INI BERSAMAAN DENGAN JUMLAH KORBAN MUSUH SEPERTI YANG DINYATAKAN DALAM ARTIKEL YANG LEPAS.

PENULIS JUGA PERNAH MEMBACA SATU ARTIKEL MENGENAI KONFRANTASI SATU KETIKA DAHULU DI MANA, TENTERA INDONESIA ADA YANG SANGGUP MEMBUANG PERUT PADA JENAZAH KAWAN MEREKA SEBAGAI SATU CARA UNTUK MENENGGELAMKAN MAYAT KE DALAM SUNGAI (HILANG BUKTI).

JIKA KALABAKAN MERUPAKAN BUKTI KEMENANGAN MEREKA, MENGAPA REKOD MENGENAINYA SUKAR DICARI MALAH SEOLAH-OLAH CUBA DITUTUPKAN. SENARAI NAMA DI ATAS MERUPAKAN BUKTI BAHAWA TIDAK ADA ORANG INGGERIS YANG TERKORBAN.

Comments

  1. Ishak Hitam says

    Pada hari ini 12/03/2013 jam 3.45ptg perginya bapa saya 6775 staf sarjan Hitam bin Mahmud (bersara) kerahmatullah. Tinggal lah kenangan cerita Peristiwa Berdarah Kalabakan. Semuga rohnya dicucuri rahmat, amin. Alfatihah.

  2. ISHAK BIN HITAM says

    Saya anak Perajurit 6775 Staf Sarjan Hitam Bin Mahmud (Bersara) dimana bapa saya yang terlibat secara langsung diKalabakan ketika nota ini saya tulis pada 11hb. March 2013 beliau sedang sakit. Segala cerita Peristiwa berdarah Kalabakan telah pun diceritakan beliau diBerita Harian. Cerita yang sama pernah juga diceritakan beliau kepada kami adik beradik dengan penuh semangat. Tapi sayang beliau seolah-olah sudah dilupakan. Ada juga saya menulis kepada Daily Express Sabah bertajuk “Sacrifices of
    Kalabakan Heroes Forgotten”. Julung kali pada 16hb
    September 2010 Sabah buat pertama kali menjadi tuan rumah menyambut penubuhan Malaysia sudah terlupa menjemput Perajurit yang terlibat diKalabakan. Yang dijemput hanya lah orang-orang politik sahaja. Sedih bila yang berjasa kepada Negara dilupakan. Datang lah ziarah bapaku di Batu 14 Hulu Langat selagi hayat beliau masih ada. Pesanan ini ditujukan kepada Kementerian Pertahanan.

  3. Kong says

    haibat sangat ler citer military malaysia ni…

    heheheheh…

    tapi masih sahaja menafikan fakta..

    singapore di kuasai kaum cina not melayu…

    ambik balik la..

    sabah adalah milik sultanate of sulu..

    hehehe…

    and now sultan suluk nak ambik balik dia punya teritory sabah..

    heheheh.. :D

  4. Din Rimau says

    Salam dari saya…
    Saya orang baru di sini dan banyak info berguna dari blog ini. Kesimpulan yang saya dapat kita berani berkata-kata dalam bentuk kesederhanaan secara jujur dan berpandukan penilaian fakta yang sebenar demi menjaga maruah kita dan negara jiran. Dalam konsep kesederhaan pun kita kena hentam dari mereka apakan lagi kalau kita berlebih-lebihan betul tak? Dan penilaian saya dari sudut generasi akan datang, saya bersyukur negara kita tidak seperti indonesia di mana generasi mereka kini adalah akibat dari kahwin campur tanpa mengira agama makin bertambah. Sudah tentu pendapat mereka bertentangan dengan kata-kata berbentuk penghinaan ditambah pula tahap pendidikan mereka yang rendah dan senang disogok dan dimanipulasi mentah-mentah oleh penguasa di sana, media mahupun negara asing berbanding kita yang sentiasa bersedia dan berinformasi secara ilmiah, bertoleransi tanpa mengira agama & bangsa. Saya yakin jikalau kedaulatan islam dapat ditegakkan dirantau ini, agama lain tidak perlu rasa takut kerana islam itu adil. Wahai warga indon yang berpendirian bangang……kecam lah kami, hinalah kami selama mana kamu mahu…….sebab kami perolehi manfaat dari kata-katamu. Wahai warga indonesia yang berpendirian teguh dalam kedaulatan islam…….tegurlah kami, doakanlah kami selama-lamanya kerana kami sentiasa berbalas teguran dan doa untuk kamu mahupun negara islam yang lain semoga Allah menurunkan rahmat & kurnia untuk kita semua.

  5. jack says

    setuju. Toh cara damainya juga karena semangat persaudaraan, jadi tanpa procedur resmi. Tun Abdul Rajak minta pihak tni ke Malaysia ketemu Tunku Abdurachman tanpa persetujuan presiden RI. Inggris berang mengancam menembak pesawat tniau. Pejabat Malaysia ikut pesawat tniau agar Inggris tdk menembaknya. Bukti rasa persaudaraan kuat yang perlu di ingat anak2 muda kedua bangsa yang sering berseteru saat ini dialam maya. apa gunanya ya. Semoga persaudaran ini selalu abadi’

  6. qayzer mohawk says

    xkan RAMD yg btugas jak d’ceritakan… anggota polis smasa konfrantasi tsbut.. knaa x d’ceritakan??? kan nk smbunyi .. hargaila mereka … mereka yg pling bnyak mmbntu smasa p’tempuran tsbut.. arwah atuk sya salah sorang polis yg btugas smasa knfrantasi tu.. knapa mereka x d’hargai??? sia2 pgorbanan mereka … x d’hargai …

  7. muhd hakimi says

    indonesia dah la bodoh langgar wilayah malaysia sekarang dituduh malaysia melanggar wilayahnya dasar bodoh slogan ganyang malaysia tetapi tidak dapat diganyang bodoh punya soekarno anjinggg.

  8. soso says

    salam, terbaca kisah ini,datuk kepada salah seorang kawan saya yang terlibat dlm prtmpuran ini ialah koperal hitam bin musa masih hidup dan kini beliau tinggal di kg bt 14 hulu langat bersama-sama anaknya. ingatannya terhadap peristiwa ini masih kuat. kalau sesiapa ingin kan gambaran kisah sebenar bjumpa lah beliau selagi beliau msih hidup.

  9. jundaq says

    Salam.
    Kepada saudara-saudara dan saudari sekalian, kisah tragik KALABAKAN merupakan suatu peristiwa sedih yang berlaku akibat dari perselisihan fahaman politik seperti yang berlaku dalam negara sekarang.KALABAKAN mengundang kisah dua saudara islam yang melaungkan azan dari pihak masing-msing semasa bertempur dan mengorbankan saudara islam yang lain. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dengan mengambil jalan sunnatul waljamaah sebagai jalan bersederhana. Kepada wira-wira yang gugur kita sedekahkan Al-Fatihah. Versi indon memang tak betul ceritanya sebab membela tuntutan nasionalisme. Kisah yang ditulis oleh penulis kita adalah yang betul dan tepat. Sumber ini saya perolehi dari Allahyarham PW 1 GGK Haji Mat Lazim bin Saleh. Vateren Komando.

  10. adrin says

    terima kasih kepad rakan2 yg masih mengingati sejarah konfrantasi di kalabakan…saya sebagai anak kg.kalabakan genarasi ketiga mendoakan pejuang2 yang gugur ditempatkan dgn org2 yg beriman dan pengorbanan mereka yg bersama2 berjuang mempertahankan negara akan diingati kami sebagai anak generasi ke 3 kalabakan dan seterusnya….

  11. ISHAK BIN HITAM says

    Saya Ishak Bin Hitam. Anak kepada 6775 Hitam bin Mahmud yg terbabit dlm peristiwa diKalabakan. Bapaku masih hidup tetapi sudah dilupakan. Begitulah nasib para pejuang Negara. Dalam peristiwa itu tiada orang Inggeris yg terbabit hanya Perajurit dari 3 RAMD di serang oleh tentera Indonesia. Mahu mengetahui cerita sebenar apa yg bapa saya ceritakan pada saya e-mail kepada [email protected] Ada juga usaha pembikin filem mahu filemkan cerita ini tapi setakat ini masih senyap. Harap jangan buat filem yg lari dari fakta yg sebenar.

  12. Branislav says

    Jgn lupa peranan Senoi Praqq, Sarawak Boarder Scout, Sabah Boarder Scout. Malah nama Alahyarham Lt. Kol (B) Malakan Kamaruddin. Ramai veteran konfrontasi yang masih hidup dan dibayangi oleh “Peperangan yang tidak pernah diistiharkan”.

  13. jebat says

    rasanya ambiga bukannya nak hancurkan malaysia tapi dia nak akta pilihanraya yg dh lapok tu di perbaiki lg.. apa yg susah sangat nk paham ni..
    kenapa umno takut sangat ..?? takut hilang kuasa ke

  14. arman says

    Kita serumpun tetapi corak pemikiran kita(Malysia) BERBEZA. Indon rakyat ramai, maka nyawa tidak penting disana(Maaf), tetapi di Malaysia budaya penyayang menjadikan kita berhati-hati. Bergerak ada hadnya, jangan berlebih-lebih.Kesilapan sekali kita tidak akan berulang. Apapun INGATAN untuk AMBIGA dan Mereka yg cuba merancang porak perandakan Malaysia- Biar kami(rakyat) yg menentukan siapa memerintah kami, kami(majoriti rakyat malaysia) tidak menggunakan kekerasan menjatuhkan org tetapi kami yg berhak memilih Pemimpin dari Peti Undi. Kekerasan akan merugikan negara dan rakyat.Rosakkan harta DUIT kami bayar Cukai. Jgn bawa budaya ini ke BUMI MALAYSIA TERCINTA kerana cukuplah rakyat kami terkorban Pertahankan Pertiwi sekarang kami Berperang Juga iaitu berperang Mengekalkan Keamanan dan Kestabilan Malaysia.

  15. marksmen says

    ada 3 versi konfrantasi,2 daripadanya sokong kita, versi indon jer sokong indon, dalam rekod waktu konfrantasi seramai 1300 tni kita bunuh dan dalam ops claret 2000 kopassus mati dalam ops claret ada juga iban travckers…sila lawat mezwarkecik.blogspot.com

  16. Anonymous says

    anda semua banyak menceritakan kehebatan melayu. Tetapi anda sendiri tidak mengetahui sejarah melayu yang sebenarnya. Untuk itu mereka yang berminat boleh mendapatkan info asal usul bangsa Melayu yang Agung daripada Yang diPertua ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 Ustaz Haji Ahmad Bin Haji Che Din tel:013-4500007.

  17. Anonymous says

    ok bro shahpaskal kalu bab propaganda naik semangat bangsa bole trima. lg pun teringat pepatah kata sejarah ditulis oleh pemenang. so byk versi lah.

  18. shahpaskal says

    Anonymous, sebenarnya saya sudah pun membaca artikel dari renjervalour tersebut semasa saya menulis artikel ini.

    Saya mempunyai tanggungjawab kepada bangsa saya, jika kita mengaku bahawa orang Yahudi/Amerika Syarikat pandai memainkan propaganda dan mengangkat kehebatan bangsa diaorang walaupun tewas. Mengapa saya sebagai orang Melayu tidak boleh menggunakan propaganda untuk menaikkan imej bangsa dan negara saya.

    Saya menulis dari kacamata orang Melayu. Artikel yang keluar dalam blog tersebut dipetik dari tulisan seorang lelaki Inggeris.

    Versi saya pun tidak mengatakan kita menang. Kita tetap tewas dalam serangan ke kem itu. Untuk pengetahuan saudara Anonymous, saya sendiri ada bertanya kepada bekas pegawai tentera yang mengenali mereka yang mati pada hari itu.

    Atas dasar tanggungjawab, saya tidak menulis atau mendedahkan kisah sebenar kerana saya tidak mahu memalukan sesiapa. Saya masih lagi rasional dan bukan menulis untuk mendapatkan nama. Bagi saya, cukuplah kisah ini didedahkan secara permukaan sahaja.

    Apa-apa yang sulit itu biarlah saya simpan sebagai rahsia. Saya kena memikirkan kesannya pada jangka panjang. Kita hari ini memang mudah mencari silap orang, jika saya mendedahkan kisah sebenar Kalabakan. Sebenar mana pun, ianya tetap tidak adil kerana bukan saya yang berkorban nyawa.

    Satu hari nanti mungkin ada versi yang lain. Versi yang keluar dalam blog saya ini pun, bukan saya tulis malah saya petik dari satu laman web lain. Jikalau saudara perhatikan saya turut memasukkan link kepada laman web itu.

    Buat masa ini, itulah versi kalabakan yang paling lengkap dari sudut rakyat negara ini. Versi Inggeris, biarlahhhh…kita tidak booleh jadi lurus bendul dan menerima apa sahaja. Orang Melayu pun pandai propaganda dan tidak mustahil jika satu hari nanti orang Melayu mampu membuat filem bahawa orang Portugis berpeluh ketiak untuk menakluk Melaka. Kejatuhan Melaka pun ada banyak versi, ada yang kata tiga hari, 2 minggu atau sebulan. Kalau tiga hari Melaka kalah, malulah kita, tak akan 3 hari je, orang Melayu Melaka ditewaskan.

    Saudara….

    Percayalah pada kebolehan bangsa kita.

  19. Rozmal bin Malakan says

    Assalamualaikum,

    Ayah saya sepatutnya bersama platun tersebut di Kalabakan. Ayah saya ketua platun tersebut. Tapi bila 3 Melayu ke Kalabakan , ayah saya diarahkan sebagai "Rear Party" di Port Dickson. Leftenan Muda Raja Shaharudin menggantikan ayah saya. Kemudian semasa 7 Melayu, sekali lagi platunnya diarahkan ke Kalabakan pada tahun 1966, ayah saya diarah sebagai "Rear Party" . Ayah saya membantah, akhirnya dia dapat ke Kalabakan dan terlibat dalam pertempuran di Kem Pembalakan melakukan ambush di sana. Sesiapa yang ingin mengetahui kisah lanjut boleh hubungi saya, nanti saya berikan no telefon ayah saya di kampung.

    Rozmal bin Malakan
    012-2267406
    [email protected]

  20. BELIA WAJA WATAN says

    Kawe nak high kan cerita ni menjadi garis titik sejarah perjuangan terbilang kepada generasi belia terutama para sukarelawan Belia Askar Wataniah dalam blog kami… Tahniah shahpaskal, kamu berjuang dengan mata pena, yang terlebih tajam dari mata pedang …

    "Bravo" Leave no Man Behind ….

  21. shahpaskal says

    ya betulll…gambar itu ada pada buku-buku sejarah tingkatan 5 (tahun 1990).

    Terimakasih Mejar Ramli, akhirnya ada juga catatan dari bekas pegawai TUDM (PRO) dan kenalan lama dalam blog saya.

  22. John Winchester says

    Cerita Kalabakan ni kawan pernah baca waktu Sekolah rendah; bukunya Peristiwa2 Berdarah di Sabah (startingnya kisah Datu Tating, lastly kisah Kalabakan) karangan K. Bali ngan sorang lagi penulis (tak ingat namanya)…..

    Fasal BREN tu, kawan ingat atuk sedara kawan bekas PFF (Para Military Field Force- Polis Hutan)…kita masih guna senjata tu (versi NATO 7.62×51 L7A1) sehingga pertengahan 80 an sebelum digantikan dengan HK 11 A1 sebagai LMG…….

    p/s: maybe antara senjata yang dirampas dari KKO tersebut antaranya M1 Garand…betul tak?

  23. eddie dewanaga says

    bagus cerita2 mcm ni kita ambil sebagai satu tangkal semangat…

    shah, boleh teruskan publish cerita2 era insurgensi, mcm tulisan mazlan nordin dalam kisah kanang.

  24. Mohamad Taufan Mohd Yassin says

    1. Tgk Bukit Kepong malan 7/06/09 la.

    2. Joekumbang, pasal Misuari & MILF tu VERY VERY TOP SECRET!!, boleh cetus perang tu….jaga-jaga ko…..

    3. Shah, kalo ada info pasal ops konfrotasi dekat Singapura tolong share sikit, yang involve 1st Singapore Infantry Regiment kalo tak silap.

  25. Anonymous says

    Salam,
    Saya bangga menjadi warga x-3RAMD
    Pernah memegang watak utama pentomin Kalabakan dibawah arahan Mej. Rahman Baginda ( time tu dia Mejor, saya 2nd. Lieutenant )
    Tahniah ShahPaskal ..kamu memang baguih dan berjiwa besar

    http://www.jerukgamat.com

  26. joekumbang says

    Ada seorang veteran konfrontasi pernah cerita.Masa konfrontasi,dia dengan 2 orang pegawai menyamar jadi orang Indon dan menyusup masuk ke Pulau Sebatik.Belum sempat sampai,kira-kira 3 km,da kena attack dengan meriam Indon.
    Lagi satu mase operasi dengan SAS British.Hari2 kena bom meriam Indon.Diorang lepak je dalam kubu.Tak de apa2 pun takut.
    Best gak dengar cerita dengan orang tua tu.Kira dia pioneer Ist batch GGK.
    Ada gak cerita diorang ada misi ambil Nur Misuari dan melatih pejuang2 MILF.
    Rasa2nya betul tu..

  27. Anonymous says

    al fatihah kepada wira yg gugur….

    peristiwa ini mengingatkan saya kpda ptempuran HAMAS dan FATAH….
    masing2 berbunuhan kerana sebab politik…

    kita berharap, keadaan ini tidak lagi berlaku kat negara kita…
    amin….
    -m.farhan

  28. knife says

    salam saudara shahpaskal. saya pernah membaca buku mengenai perisitiwa kalabakan itu di perpustakaan di ipoh, kalau tak silap saya terbitan UKM. tapi sayangnya buku tersebut telah hilang dalam simpanan perpustakaan tersebut.

    amat mendukacitakan kerana buku2 yang sedemikian rupa telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ataupun disabotaj agar lenyap sedikit demi sedikit daripada khazanah simpanan negara.

    apa yang saya lihat, daripada zaman konfrontasi hinggalah kepada isu ambalat, media negara jiran kita itu selalu menjadi batu api kepada rakyatnya dengan menyampaikan maklumat dengan cara tidak jujur.

  29. Obefiend says

    malam tadi ada bukit kepong ke?

    aku layan dekat youtube je.masih meremang bulu tengkok bila tengok cerita tu.

    terima kasih shah pasal menulis pasal kalabakan. sekarang sudah tahu apa yang kamu maksudkan dalam entry terdahulu

    teruskan menulis cerita-cerita sebegini. suapa generasi baru tahu pengorbanan perajurit kita. supaya boleh menutup hippies yang mengatakan askar malaysia tak guna duduk berek buang masa sahaja.

    teruskan!

  30. Mohamad Taufan Mohd Yassin says

    1. Macam biasalah, inikan strategi perang psikologi. Yang pasti mangsa ramai di kalangan adik beradik (serumpun bangsa Nusantara).

    2. Ganyang Malaysia memang tinggalkan kesan kepada kedua-dua pihak. Diharap tidak akan berulang lagi walaupun ada usaha pihak-pihak tertentu agar ianya berulang (melalui cerita Ambalat).

    3. Jika Malaysia vs Indonesia, mana-mana pihak pun menang pasti kerugian bakal ditanggung. Janganlah kerana perang yang kita cipta, anak-cucu kita tanggung bayarannya (untuk membina semula negara tercinta).

    4. Malam tadi tgk cerita Bukit Kepong (TV2). Seronok tgk Senator Jins tembak Bren Gun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>