BERBALOIKAH MALAYSIA BELI KAPAL SELAM ATAU PATUT TAMBAH KAPAL PERANG LAGI

1. Artikel ini dibuat sebagai respons kepada komen sahabat saya, blogger Hazrey (http://bapak-gulagula.blogspot.com/) yang tidak bersetuju dengan pemilikan kapal selam oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dalam komen beliau pada entry-entry yang lepas.

2. Sebenarnya ramai juga pihak yang bersependapat dengan Harzrey, mungkin ada kebenaran dari segi alasan beliau dan golongan tidak pro pada kapal selam ini tetapi ini hujah saya yang pro kepada pembelian kapal selam.

3. Jika ada komen yang menyokong Hazrey, tolong jangan kaitkan dengan isu skandal atau politik. Berikan hujah anda dari sudut strategik dan taktikal atau dari sudut nilai belian kita itu (kurangkan sikit cerita politik, ini blog military, lagi pun cerita pompuan Mongol itu dah basi).

4. Alasan yang diberikan oleh beliau adalah wang yang sebegitu banyak wajar diguna untuk membeli lebih banyak kapal-kapal permukaan. Dalam bahasa mudah, lagi banyak kapal, lagi utuh power projection kita di rantau ini.

5. Ini boleh dilihat apabila TLDM kini hanya mempunya dua kapal friget termoden (Kelas Lekiu) sedangkan Singapura kini mempunyai enam friget dari Kelas Delta yang ternyata lebih berkemampuan.

6. TLDM sebenarnya tidak lupa kepada kapal-kapal permukaan, TLDM baru sahaja melancarkan enam kapal jenis New Generation Patrol Vessel dari Kelas Meko 100 yang tidak dilengkapi senjata pemusnah seperti Exocet kecuali meriam asas.

7. Sekarang sudah ada kedengaran, TLDM akan membuat pertambahan enam lagi kapal dari jenis NGPV tetapi mungkin bukan dari kelas Meko 100 dan kali ini kelengkapannya lebih berbisa.

8. Saya percaya untuk kumpulan kedua ini, frasa “To Equipped But Not With” tidak akan dipakai lagi, sebaliknya, kumpulan kedua nanti memang direka untuk berperang dan ada kemungkinan ia akan dioptima untuk tugas Anti Submarine Warfare (ASW) bagi digandingkan dengan Scorpene.

9. Mungkin ramai yang merasa hampa apabila kapal-kapal dari kumpulan pertama tidak dilengkapi dengan peluru berpandu tetapi sebenarnya tujuan utama pembinaan kapal-kapal ini adalah untuk menggantikan bot-bot ronda yang sudah diberi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

10.Oleh sebab itu, kapal dari kumpulan pertama dioptima untuk tujuan rondaan, durasi yang lebih lama di laut serta berkelajuan hanya 22 knots (sesuai untuk rondaan) sahaja sedangkan KD Laksamana Hang Nadim (juga dari kelas Korvet) mempunyai kelajuan setinggi 36 knots. Friget Kelas Lekiu sendiri mempunyai kelajuan 28 knots dan kapal friget kelas Delta milik Singapura 27 knots.

11.Jadi dalam masa 10 tahun akan datang, ada kemungkinan Malaysia akan mempunyai 12 kapal korvet baru (NGPV) dan empat friget dari Kelas Lekiu (termasuk Jebat Batch II). Itu pun ada ura-
ura bahawa Brunei akan menjual kapal friget Nakhoda Ragamnya melalui BAE kepada Malaysia.

12.Kedudukan kapal selam Scorpene dalam armada TLDM adalah sebagai force multiplier.

13.Saya masih ingat (tapi tidak secara detail) pada beberapa tahun yang lepas, angkatan laut Jepun dan kapal selam Amerika Syarikat telah melakukan latihan bersama-sama.

14.Dalam latihan itu, senarionya adalah kapal permukaan vs kapal selam. Armada kapal perang Jepun
berjaya mengesan tiga kapal selam AS dan memusnahkannya tetapi kapal selam keempat terselamat.
Hanya satu sahaja kapal selam yang terselamat dan kapal selam tunggal ini berjaya menenggelamkan
keseluruhan armada itu.

17.Pada tahun 1981, satu latihan peperangan besar-besaran di Lautan Atlantik membabitkan dua kapal pengangkut pesawat AS, satu kapal pengangkut pesawat British dan puluhan kapal pengiring Kanada,
AS dan British membuat senario serangan ke atas kawasan pantai musuh.

18.Sebuah kapal selam Kanada yang bertindak sebagai musuh berjaya masuk ke dalam kumpulan terbabit dan memusnahkan kapal pengangkut pesawat milik AS dan sebuah lagi milik British, kapal selam Kanada itu sehingga ke akhir latihan gagal dikesan sama sekali.

19.Analisis yang dibuat kemudian mendapati, kejayaan kapal selam Kanada ini bukan merupakan kes terpencil atau peristiwa 1 dalam 1000, sebaliknya, ia mengambarkan secara jitu, melalui perancangan yang dibuat oleh komander kapal selam itu, beliau berjaya melaksanakan misi mengikut  kemampuan kapal yang dimilikinya.

20.Kapal selam Belanda, Walrus dalam satu latihan dengan kod JTFEX, TMDI 1999 berjaya menenggelamkan banyak kapal “musuh” termasuk kapal pengangkut pesawat termoden berkuasa nuklear AS iaitu USS Thedore Roosevelt (CVN71).

16.Bayangkan keseluruhan sumber termasuk puluhan kapal perang terpaksa difokuskan hanya untuk mencari kapal-kapal selam ini dan cuba lihatkan gangguan yang bakal ditimbulkan oleh sebuah kapal selam di kawasan yang sibuk seperti di Teluk Parsi, sebuah kapal ASW di perairan litoral akan mengalami kesukaran untuk membezakan gelombang akoustik dasar laut, hidupan  dan kapal-kapal laut yang beroperasi di kawasan itu.

17. Jika Iraq mempunyai 3 buah kapal selam beroperasi di Teluk Parsi, outcome peperangan di teluk akan keluar dengan keputusan yang berbeza dan teluk itu akan menjadi mimpi ngeri pada pasukan bersekutu di situ.

19.Laporan mengenai peranan kapal selam di Teluk Parsi pernah saya baca dahulu, ia mengambarkan bagaimana jika Iraq mempunyai kapal selam, AS dan sekutunya sudah pasti mengalami kesukaran untuk menjalankan operasi di kawasan terbabit.

17.Iran kemudiannya mengambil langkah bijak dan secara strategik, membeli kapal selam jenis Kilo untuk berkhidmat di perairan itu bagi memayungi kelemahan kapal-kapal permukaannya yang sudah tentu tidak mampu bertentang mata dengan kapal-kapal perang AS dan British yang lebih hebat.

19.Kemampuan kapal selam bukan terbukti sekali, malah berkali-kali dunia moden dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang dikait dengan ancaman kapal selam yang bukan dari kelas nuklear. Pada 2006 misalnya, sebuah kapal selam diesel elektrik China membuat kejutan kepada perancang ketenteraan Amerika Syarikat apabila tiba-tiba ia muncul berhampiran dengan kapal pengangkut kapal terbang USS Kitty Hawk tanpa dapat dikesan oleh kapal-kapal pengiring AS dalam armada itu.

18.Secara umum, memang nampak mudah untuk mengesan kapal selam dengan kapal-kapal ASW atau
pesawat terbang dan helikopter ASW tetapi realitinya tidak begitu, sebenarnya sangat sukar untuk mengesan sebuah kapal selam.

19.Jika melihat kepada Peperangan Dunia Kedua di mana teknologi kapal selam adalah sangat-sangat mundur berbanding dengan kapal permukaan pada zaman itu, sumbangan dan peranan kapal selam sebagai senjata yang “kurang glamour” sebenarnya amat memberansangkan.

20.Kapal pengangkut kapal terbang terbesar di dunia ketika itu iaitu IJN Shinano, tenggelam pada
penghujung perang akibat torpedo kapal selam AS, kapal pengangkut pesawat AS iaitu USS Saratoga tersadai berbulan-bulan akibat ditembak dengan torpedo dari kapal selam Jepun, kapal perang termaju
dan tercanggih AS ketika itu iaitu USS North Carolina lumpuh selama dua bulan selepas terkena tembakan torpedo kapal selam Jepun.

21.Selain untuk tujuan peperangan, kapal selam terbukti mampu menjalankan tugas-tugas pencegah penyeludupan. Kapal selam USS Hawaii pada tahun lepas berjaya memintas kapal penyeludup dadah di kawasan Pasifik Timur pada tahun lepas.

22.Satu lagi peranan kapal selam adalah misi mengutip maklumat Intel, dengan kesukaran untuk dikesan, sebuah kapal selam boleh mengintip dan memintas maklumat secara pasif beberapa minggu di kawasan operasi yang sudah ditetapkan.

23.Keupayaan ini dibolehkan kerana dari segi teknologi sendiri, kapal selam seperti Kelas Scorpene dilengkapi dengan sistem perisian komputer dan perkakasan komunikasi serta Intel yang terkini malahan lebih sensitif dari yang dipasang pada kapal-kapal permukaan.

Comments

  1. gonjeng says

    SEKARANG SEMUA DAH TERBUKTI KITA PERLUKAN LEBIH BANYAK KAPAL APABILA WARGA PUKIMAK SULU BERJAYA MEMASUKI LAHAD DATU ! HAHAHAHA

  2. binhalim says

    —sebenarnya kita boleh bina sendiri kapal-kapal tu, cuma kena dapatkan sistem teknologi canggih dari luar; Jepun,
    Russia,Cina dan Eropah, gandingkan lalu kita buat sendiri,
    —kita bina sendiri kapal2 berkuasa nuklear; kapal pengangkut kapal terbang, kapal perang pemusnah, kapal selam,
    —kita bina kereta kebal berkuasa nuklear,
    —kita bina pelabohan tentera di setiap sempadan, lengkap senjata nuklear, halakan ke negara2 jiran yang cuba
    mengancam keselamatan Malaysia,
    —kita cipta satu jentera penangkis senjata musuh lebih tepat dan moden,
    —kita bina senjata ringan pemusnah tentera sekelip mata,
    —untuk itu, kita mulai dengan benteras rasuah pegawai2 dalam jabatan kerajaan,
    —maju dan bangunkan bangsa Melayu dengan bersungguh-sungguh,
    —pecat dan singkir semua pegawai2 kerajaan engkar tolong bangsa Melayu,
    —kawal semua bank dan institusi pinjaman, sediakan faedah rendah kepada peniaga Melayu,
    —hapuskan semua PATI serta-merta, RELA,POLIS,PGA,IMIGRESEN,TENTERA bertindak tegas
    jangan acuh tak acuh, terutama sejurus dapat aduan,ia musuh utama selain dakyah pembangkang,
    —kawal semua pergerakan bebas pekerja asing PADI, dan sekat segala pelanggaran undang2
    yang kini sedang berleluasa,
    —PAS/PKR kena sertai BN, sabelum bubar Parlimen/DUN,
    —laksanakan segera pengganti ISA, demi menjaga keselamatan negara dari musuh dalaman.

  3. S. Ahmad says

    Pernah dulu terbaca serorang Pakar naval warfare ( lebih kurang)
    … In peace time, the best assets are warships as they are a direct deterrent to an potential enemy as they are visible, but when war breaks out , your best assets are submarines…surface ships can be easily detected and destroyed by airpower( since they are visible), but subs, because they are almost invisible ,the enemy will only know of them when his ships start getting torpedoed left , right and center….subs strike fear to the very heart of every navy , of every nation, no matter how big or well equipped…

  4. Zee says

    Salam. Sy nak bagi sedikit comment. Pembelian kapal selam memberi dua kelebihan kepada negara. Yang pertama ialah pengetahuan teknologi kapal selam, yg mana akan merintis jalan di masa depan untuk menghasilkan sendiri oleh Malaysia. Selain itu ia memberikan peluang hands on mengenai submarine warfare yg banyak dipelajari dari sejarah perang dunia kedua. Yang kedua ialah kepentingan pertahanan negara. Bagi sy kapal selam seolah olah kita mengamalkan taktik guerilla warfare di laut sementara kapal permukaan ialah taktik kovensional warfare di laut. Sekian sekadar luahan dari sy yang meminati sejarah.

  5. john says

    TERM TERPAKAI TU…mana sumber nya….dok cakap 2 je tak guna le……aku pon boleh……lagi 1 mane ade negara yang dapat techology ooo……………..

  6. john says

    apa nak takut ? ape kegunaan helikopter APACHE,pesawat tempur F15 SEMUA TU untuk defensive/offensive le…..itu STANDART MILITARY PRACTICE leee……canggih AMERIKA tu,kapal selam russia kat negara dia pun dia tak tau…..ape cer……mana pi pemburu kapal selam…atas kertas boleh le cerita…reality nya bukan senang nak memburu woooi…..

  7. john says

    tak penting? ……bosnia tu ,time perang baru nak pikul senjata ,ape jadi? mati katak lee……2/3 tahun lagi dah expert ok lee……kat tempat aku trak ok jee….mb ,amdac,handalan……cuma satu je hari tu gi gemas land rover meletup tengah jalan…..

  8. john says

    aircraft carrier cost tinggi…..maintenance tinggi…..sub better than battle ship…front line ok le kalu nak perang dengan china…..( spratly)

  9. john says

    betul ke info nie, atau sajareka2 je….biasa le sekarang nie semua belak tau ,tapi tak tau,saje nak condem kerajaan je kot…..kereta pun rosak…biasa le tu…baik rosak sekarang,dari kemudian….kita pun baru guna,expirience kurang……tahun depan ok le tu……. KEEP IT UP NAVY,U CAN DO IT……..

  10. john says

    taruk le ape pun …CLEAR TARGET…..umpama sebiji kereta kebal kat desert…nak lari mane……sendiri mau ingat le…..

  11. john says

    stand by gatling /AA gun je kat johor tu. mesti diorang buat low level flight…..lagi satu tentera kita patut buat traning tanpa radar, kerana time tu silap2 radar/electronic habis di jamming dek singapore nie…..

  12. john says

    cerita boleh le……tu kapal selam russia besar bagak tu susah nak di kesan.ape yang saya tau le…..baru2 nie kalau tak silap kat amerika kapal selam russia masuk ,itu pun info keluar kat berita australia….baru sampai kat amerika…..dan comment anggota yang bertugas untuk megesan sub nie,mengakui memang susah nak kesan sub nie……..dan amerika pun heran kenapa kapal selam russia besar bagak tu susah nak di kesan banding kan kapal selam mereka…..KALAU NAK TAU….tengok le discovery channel……kat documentary TYPHOON kena scrap…..

  13. john says

    betul….mini sub ke….banyak kegunaan sub nie….rasa 2 tak cukup patut tambah lagi……5 ke 10 buah …….kegunaan nya berkesan di banding kan kapal perang….pasal kapal perang kena ada back-up…..

  14. john says

    tu perjanjian yang dah di persetujui ,zaman british dulu….RUMAH API di jaga oleh singapura……tak boleh nak ubah suka2……..cerita nie dah keluar tv/paper 2/3 tahun lepas…

  15. pegawai waren says

    ..jgn lupa kisah ‘wolf pack”…stategy german buat winston churcill x duduk diam..amat berkesan dlm perang atlantik

  16. shaz says

    org kita malas membaca tambah2 tulisan panjang berjela2,… mendgr, sembang2 kosong suka la, tambah2 topik yg memburukkan org kita sendiri……

  17. verado300 says

    Malaysia patut beli destroyer…. kapal perang CNBC dah ada…. kapal perang laju atau PC pun patut di ganti. Negara kita mempunyai syarikat anak tempatan yang mampu keluarkan kapal perang….. Entah ler… aku pun tak faham apa yang aku cakap….. boleh ker brother kupaskan sikit syarikat mara ship yard dan kay marine yang pernah membina bot tempur bagi kegunaan tentera yang beroperasi di Sabah…

  18. says

    salam…

    saya rasa sebagai sebuah negara perairan…kita mesti mempunyai angkatan laut yang terkuat…bilangan kapal selam sedia ada perlu di tambah….kapal2 perang juga perlu di tambah untuk menjaga perairan pantai barat dan pantai timur…

    pangkalan tentera laut di bahagian timur (jika tiada) perlu dibina untuk menempatkan angkatan laut timur….

    tapi klu kita nak ada kapal pengangkut pesawat macam USS harry truman tuh…saya rasa tak praktikal sebab kita punya negara kecik saja

  19. anon says

    bukan ke kapal selam jerman yg tenggelamkan kapal-kapal amerika? bukan nama dia U-505 ke? kn jepun masa tu mana ada kapal selam, jerman je ada, 4-5 bijik x silap.

  20. g-gun says

    scorpene juga dikatakan mampu melancarkan peluru yg seangkatan dgn tomahawk dari bawah permukaan.ni yg membuatkan singapura gerun dgn malaysia lps tu trs beli kapal selam second tp tk ade keupayaan melancarkan missile dari bawah permukaan.harap malaysia boleh tambah lagi bilangan scorpene sebanyak 8 unit lg psl kawsan laut negara luas dan bg menghalang kemasukan haram kapal selam negara lain.

  21. slay. . . says

    hurmmm…pendapat sy ialah:
    1. kelebihan kapal selam adalah pencarian sebuah kapal selam memerlukan ketumbukan ASW yang besar utk proses mencari seterusnya memusnahkan atau meneutralkan ancaman kapal selam. proses ini tidak termasuk teknologi ASW yg diperlukan utk ASW yg berjaye. . .
    2. it only requires rumors to make surface warships panic!!!
    3. sgt berkesan utk tugas surveillance…sama ada waktu wartime or peace observation…
    4. yg paling penting, sgt sukar dikesan. . .

  22. Hitam pahit says

    saudara muhammad zulkifli.
    scorpene yg Malaysia dah beli dari perancis adalah kapal selam baru bukan
    s/hand.scorpene adalah diantara kapal selam tercanggih dari segi spec dan
    senjatanya.sebab itu singapore terpaksa buat pembelian kapal selam baru
    untuk bersaing kekuatan dgn Malaysia.
    banyakkan membaca,jangan hanya dengar khabar angin sahaja!

    hidup biar bermaruah,mati biar SYAHID.

  23. pst... says

    Saudara muhammad zulkifi.
    mungkin ada rujukan ttg jumlah perolehan main sub marine oleh TLDM sehingga hari ini.Diluar sana ada mengatakan Malaysia telahpun memiliki lebih dari 2 buah.
    Ada penjelasan?

  24. hehe says

    Der..tak payah le nak bandingkan dengan korea dengan jepun tu semua.

    Ko kena tegok negar tu macam mana.Kat korea..semua orang korea.Kat jepun,semua orang jepun.Berapa kerat je penduduk negara lain?

    Kat malaysia? nah.India ada,China ada.Ingat senang ke nak urus? Buat itu sikit,puak ni melalak.Buat ini sikit,puak lain pulak melalak.Tak heran la korea cepat maju.Nak urus negara satu jenis bangsa ni,lagi mudah.

    Ha,tengok la,Malaysia beli teknologi bot permukaan sekali blue print..ko tengok sapa yang menyalak? nampak?

    haha..

    Kenali malaysia sebelum nak banding dengan negara yang ‘satu bangsa’ yang lain.

  25. GEMPURWIRA says

    saudara Mohd Faizul Bin Mat Isa..
    negara thailand memang satu-satunya negara di rantau sebelah sini yang memiliki kapal pengangkut pesawat… namun anda ada kesilapan fakta sedikit sahaja cuma sy nak perbetulkan untuk ilmu bersama… kapal pengangkut milik thailand adalah buatan daripada sepanyol dan bukan dari rusia kapal ini di beri nama sebagai HTMS Chakri Naruebet dan ia sebuah kapal pengangkut pesawat bersifat ringan iaitu kapal pengangkut bersaiz agak kecil berbnding milik amerika atau rusia.. kapal HTMS Chakri Naruebet ini memiliki pesawat juang jenis V/STOL(seperti harrier namun buatan dr sepanyol AV-8S Matadors) dan helicopter…. namun sejak kemelesetan ekonomi 1997 thai tidak dapat menampung kos operasi kapal pengangkut ini di mana kapal ini lebih banyak berada di limbungan kapal manakala pesawat AV-8S Matadors kebanyakannya telah rosak dan tidak berfungsi… ini antara contoh jika pembelian yg tidak dirancang sepenuhnya dan memenuhi kehendak dan keperluan kepada sistem dan doktrin pertahanan sesebuah negara… hanya pendapat GEMPURWIRA

  26. Ism says

    Senarai filem mengenai kapal selam yg boleh kita tonton utk lebih memahami fungsi dan kepentingan kapal selam:
    The Hunt For Red October (1990)
    U-571 (2000)
    K-19 The Widowmaker
    Crimson Tide (1995)
    Das Boot (1981)

    saya menyokong penuh pemilikan kapal selam tp yg ada tak cukup, kena tambah lagi lapan buah…

  27. GEMPURWIRA says

    analisis gempurwira…
    soalan biasa MENGAPA PERLU NGARA KITA MEMILIKI KAPAL SELAM BUKAN BERGUNA SANGAT PUN BAIK LAGI BELI KAPAL PERMUKAAN? soalan yg lain lg HARGA KAPAL SELAM SGT MAHAL BERBALOIKAH KITA MEMILIKINYA? ni antara soalan dr banyak persoalan dilemparkan kepada pemilikan kapal selam milik negara… soalan2 ini sebenarnya dilemparkan oleh mereka yg kurang memahami apa itu kapal selam dan fungsinya dalam membentuk cegah rintang kepada negara ini… doktrin kapal selam adalah agak berbeza sedikit dari kapal permukaan namun objektifnya adalah sama iaitu menghapuskan ancaman musuh di laut… bila dilihat kapal selam scorpene negara di masa aman aset bernilai tinggi ini amat tidak berfungsi namun dalam diam ia mewujudkan kegerunan kepada negara-negara di rantau sebelah sini dan dunia secara amnya ini beerti malaysia bukan sebuah negara yg boleh diperkotak katikkan… kapal selam adalah sebuah aset bawah permukaan yg banyak nilai strategiknya mungkin ramai yg tidak tahu kecuali yg banyak membaca tentang sistem dan aset2 pertahanan dunia…kapal selam adalah sebuah aset cegah rintang yg amat bernilai dan banyak negara di dunia mendambakan untuk memilikinya namun akibat harga yg terlalu mahal ramai yg menyimpan sj hasrat tersebut antaranya negara jiran kita thailand!…. termasuklh malaysia sehinggalah keinginan itu akhirnya tercapai dgn pembelian 2 buah scorpene buatan perancis dgn pembinaan dr 2 ngara iaitu perancis dan sepanyol… mengapa kita nak kapal selam? jawapan soalan itu ialah kapal selam adalah sebuah aset yg amat bernilai tinggi dan amat digeruni oleh kapal permukaan kerana ia umpama hantu yg sentiasa membayangi kehadiran musuh ia tidak dapat dilihat oleh kapal sasaran namun ia melihat kapal permukaan tanpa krew kapal menyedari mereka sedang diperhatikan dan bila tropedo dilancarkan dan krew kapal menyedari mereka diserang ia dah terlambat!!!.. akibat kapal selam yg berada beberapa meter dibawah air kapal selam sgt sukar dikesan walaupun dengan alatan moden (tak semudah yg disangka mengesan kapal selam ni berbnding kapal permukaan) oleh sebab itu ia menimbulkan rasa GERUN kepada krew kapal permukaan adakah mereka akan menjadi mangsa seterusnya dan ini akan melunturkan moral sedikit demi sedikit krew kapal dan akan menggangu tempo operasi kapal perang tersebut.. selain itu oleh kerana ia sgt sukar dikesan walaupun dengan peralatan moden menyebabkan operasi mengesan kapal selam menjadi satu perkara yg penting kerana selagi ia tidak dimusnahkan selagi itu ia boleh memusnahkan kapal musuh yang cuba memasuki kawasan perairan negara yg diserang oleh itu pihak musuh akan mengarahkan banyak kapal pemusnah kapal selam untuk mengesan kapal selam tersebut mungkin operasi mengesan melibatkan 4-5 kapal yg hanya cuba mencari hanya SEBUAH kapal selam dan ini menggangu kelancaran serangan musuh melalui laut… kapal selam juga boleh digunakan untuk menutup laluan laut… yg mana laluan laut untuk kapal perdagangan antara negara dan laluan penghubung antara dunia menjadi sumber utama ekonomi dunia contohnya selat melaka dan laut china selat yg menjadi laluan ribuan kapal dagang setiap tahun jika laluan td di tutup dan ancaman kapal selam dan periuk api laut kapal dagang terpaksa melalui laluan laut yg baru dan jauh ini akan menyebabkan harga barangan meningkat kerana kos kapal yg membawa barang dagangan meningkat dr segi minyak kapal dan maintainan dan ia memberi kesan secara langsung kepada ekonomi dunia… itu antara kebolehan kapal selam yg boleh saya nyatakan walaupun banyak lagi kebolehan cegah rintang yg boleh dilakukan oleh kapal bawah permukaan ini… satu sahaja saya nak nyatakan untuk kita mengetahui kapal selam negara kita ni berbahaya ka tidak sebuah negara jiran yg kecil di selatan malaysia telah segera membeli dua buah kapal selam terpakai dr sweden namun telah ditingkat upaya yg berfungsi sebagai kapal selam PEMBURU kapal selam yg dikenali RSS ARCHER…pemburu kapal selam? kapal selam siapa nak diburu oleh kapal selam negara kecil ni? jadi anda fikir sendiri mengapa mereka bertindak membeli kapal selam demikian jika anda menujukan soalan kepada mereka adakah RSS ARCHER untuk memburu SCORPENE? pastinya jawapan mereka “TIDAK”…… kerana bak kata pepatah buatan sy sendiri “TIADA PENCURI YANG MENGAKU DIALAH YANG MENCURI”…….

  28. Naz says

    Bagi aku la,bukan kapal selam ni x penting tapi belum masanya kita memiliki kapal selam. Sepatutnya duit tu kita tingkatkan persenjataan askar tempur kita. Tingkatkan prasarana dan kelengkapan. Bayangkan la dalam batalion aku ni,anggota ada dalam 800 org, trak 3 tan yang boleh jalan ada sebijik je.itupun jenis mercedes benz yg dah berkhidmat selama 28 thn..tggu masa je nak lingkup. macamana nak perang?mati katak je alah dalam kem sbb tak boleh nak bergerak kemana2..aku punya sakit hati ni mmg dah tahap cipan dah ni.kalau nak buat latihan terpaksa la buat muka seposen trak pinjam kat unit2 sebelah.kalau kutuk mmg org marah, tapi tu la realitinya.kalau kelengkapan tak cukup, macamana kami nak perang??org2 atasan ni x pikir ke?ataupun buat2 tak nampak? Harap2 ada la perubahan lepas ni..kalau beli aset baru n syok sendiri baik tak payah beli…

  29. Mohd Faizul Bin Mat Isa says

    bagi aku bukan takat kapal selam… kapal pengangkut pun kena … thailand pun dah ada dia punya carrier sendiri dari rusia…
    takkan kita nak sejarah ditakluki berulang.. dah berapa kali bumi Malaysia ni di takluki …..

  30. sauffie says

    Agaknya kalau kita beli kapal pengangkut, apa la tuduhan tak berasas yang anjing-anjing ni akan menyalak dekta parlimen?

    1.Kapal pengangkut tidak boleh mengangkut?
    2.Kapal pengangkut tak boleh berlayar?
    Siapa nak tambah lagi? Silakan.

  31. Melayu Republik says

    perang falklands.

    navy argentina guna kapal selam second hand untuk tenggelamkan kapal frigat UK.

    so, kapal selam sebenarnya penting.

    tak payah banyak cerita, beli scorpene adalah perlu.

  32. Anonymous says

    kpl slam german(U-boat) berjaya mnengelamkan 2000-3000 kpal berikat pd wwII

    german jg brjaya mnguasai lautan atlantik dgn hnye mngunakn kpl slm dorg jer sblm cmpur tgn amerika dlm WWII i2pn stlah dpakse britain.(amerika pn takut2 nk join peperangan di atlantik dsbabkan u-boat)

    u-boat jg tlah mnnengelamkan kpl pngnkut plng moden dlm armada britain mse 2 dsbbkan britain mmandang rndh ttg keupayaan u-boat

    u-boat jg brjaya timbul di pantai manhattan tnpa dikesan amerika(crew siap tgkp2 gmbr bngunan lg dr u-boat 2

    smpai satu thap org amerika lepak kt tpi pntai sbb nk tgk kpal perang mrka terbakar tengelam dek kne torpedo uboat..

    kpl selam jepun pn berjaya timbul di perairan california tanpa dikesan

    setuju sgt2 dgn pmbelian kpl selam ni tpi sedikit kcewa bila dpt tau kpl selam kita bkn buatan german..enjin dorg xbunyi lngsung kot kuat lg bnyi enjin keta..
    moralnya jgn kita sesekali men underestimate keupayaan kpl selam ni..

  33. Abu Amir says

    Salam,
    Keselamatan negara perlu diutamakan dalam perolehan senjata & peminpin politik seharusnya tidak campurtangan dgn pembelian senjata.

    Kalau beli senjata tak boleh guna & tak pandai selenggara ketahap optimum.Serahkan kepada yg ahlinya iaitu pihak tentera, setiap pembelian senjata bernilai tinggi hendaklah dibuat satu j/kuasa khas dibentangkan di Parlimen ttg kontrak dll.

    Apa yg perlu dibahaskan ttg nilai kontrak bukan rahsia senjata, ini diamalkan oleh kongres Amerika sebelum diluluskan pembelian senjata dan penjualan kpd negara luar.Sekiranya ahli kongres tidak puas hati ttg kontrak & nilai terlalu tinggi spt pembatalan projek pesawat F-22 dari diteruskan.

    Ahli parlimen hendaklah berilmu & bermaklumat spt ahli kongres Amerika.Barulah tercapai tahap negara maju.
    Jadi menteri pun tak konsisten dan tak tau apa yg dicakap!!!

    Punah negara jadinya….

  34. Anonymous says

    wlaupun ini blog pertahanan tp rmai yg jnis xrti bhsa melayu,sibuk duk kaitkan aset pertahanan yg d bli dgn politik(rasuah,komisen,kroni,pmbaziran duit rakyat)xtau r korg ni org ape…jd aku nk komen politik gak r..klu korg rse korg nye pemimpin korg btol sgt,xde rasuah,xde komisen,xde kroni,xde pembaziran duit rakyat..nnt klu "si dia" dn pakatan nye dpt memerintah malaysia,sruh "si dia" jual smua aset pertahanan yg telibat ngn komisen dn kroni dn rasuah dn pmbaziran duit rakyat dn kalaulah terjadi perang,kita pakat serang pakai batu je macam palastin..

  35. emotionless_teenage says

    by the way we need bo increase both assets,surface combatants and submarines.both has different role to fill.other that that we also need to acquire more air assets;i.e more ASW helicopters and more capable MPA(like new gereration of P-3C orion).don't forget naval threat are usually being handled by using dissimiliar forces(helos to take out surface vessel/submarines,submarine to tackle other submarines and surface ships.and multirole ships to conduct ASW/ASuW threat)

    i'm sure mindef also relized of this situation but buying ships/submarines is expensive and time consuming(it can take up to 6 years from laying the first keel to first testing to commisioning.not to mention crew training) so don't expect the acquisition to be done overnight.

    if someone ask me which asset we should acquire first,i'd go with ASW helos and MPA though

  36. Anonymous says

    upnm pon dh xde pelajar awam… cane nak bangunkan teknologi pertahanan malaysia.. nak harapkan kadet,dok tido je dalam kelas,pastu bile fail,gune kabel nak sambung balik… org2 camni ke yg nak pertahankan negara??

  37. apaajanews says

    mereka yang suka buat cerita, selalunya sebab nak kaitkan dengan kepentingan politik peribadi. kena ingatlah skit rahsia tentera takkan nak kasi hebah kat dalam paper kot…tak pakai otak betul

    apapun belanjawan pertahanan negara perlu diutamakan, sebabnya kita dah terlajak jauh dari jadual disebabkan alasan ekonomi.

    Kena ikut contoh indonesia…sekarang ni sedang ligat dah banyak mula buat peralatan pertahanan sendiri dan aku rasa tak lama lagi indonesia bakal menjadi PENERAJU pembuat dan pengeksport peralatan pertahanan yang disegani di ASEAN, WALAUPUN KITA pada awalnya nampak lebih kedepan dalam usaha ini, tapi dek sebok dengan politik kita akan ketinggalan…dan tak hairanlah kita akan menjadi pelanggan indonesia dalam membeli peralatan pertahanan…siapa untung. GOVT sepatutnya menggalakkan industri pertahanan tempatan dengan memberi GRAN untuk R&D

  38. Anonymous says

    menjadi tentera laut yg berkualiti(TLDM).mentaliti???
    WAKE UP!! perhebatkan latihan ASW.Seiring dgn teknologi global.(asyik2 HLT jer)
    Who BNS???….Kaya depa no??
    kronisme @ kualiti?

  39. Abu Amir says

    Assalamualaikum,
    Masalahnya apakah akan berlaku sekiranya tamat 'warranty'? Adakah negara terpaksa tanggung satu lagi projek gajah putih.
    Inilah pentingnya negara kita melakukan 'reverse engineering'spt yg dilakukan oleh China & Iran.Sekiranya berlaku peperangan kena tunggu 'spare part'& peluru dari negara luar.
    Indonesia semakin maju membuat peralatan senjata dlm negeri termasuk kapalterbang,helikopter dll melalui TOT.Singapura mampu ekspot senjata ke Britain,Brazil,Indonesia dll negara.
    Negara kita perlu mulakan dari peringkat asas dan kualiti serta teknologi sentiasa dipertingkatkan.Terdapat syarikat terlibat dlm industri ini perlu diberi peluang oleh ATM & kerajaan utk memajukan senjata & peralatan yg dibina.ATM perlu berkerjasama dgn syarikat membangunkan teknologi mengikut standard ATM.
    Negara kita banyak universiti berkaitan teknologi dan R&D yg perlu diberikan geran insentif membangunkan teknologi senjata.

    Negara yg kuat dapat berdiri atas kaki sendiri….
    Sekian

  40. -thethinker- says

    memang bagus beli kapal selam .. tapi kapal selam yg blh menyelam lah…
    yg kita beli ni ,kapal selam yg tak leh menyelam ..

    cakap under warranty laa ,repair laa.. ada kah musuh negara tunggu siap repair baru depa serang ??

    Nii tak sampai setahun pun .. boleh ke kapal selam yg kita beli ni tahan 15 tahun ??

  41. Anonymous says

    sedih betui aku mendengarnya,baru2 nie aku pegi ke sabah,kapal selam pertama kita tak dapat selam ada problem enjin selam kita dan dah masuk 2 bulan tersandai..bagui beli kapal tunda jer

  42. ian says

    Pemilikan Submarines adalah satu aset strategik yang penting. Mereka yang berfikir ianya satu pembaziran perlu lebih memahami strategi pertahanan masa kini dan banyakkan membaca.

    Sebelum TLDM meneruskan Second Batch NGPV ada baiknya melengkapkan kesemua platform dengan SSM & SAM supaya dapat mengoptimumkan operasi kapal-kapal tersebut.

  43. Abu Amir says

    Assalamualaikum,

    Kalau kita membandingkan kekuatan aset semata-mata belum tentu siapa menang siapa kalah, apa yg penting dgn aset kapal selam dpt menjaga perairan negara dari diceroboh sewenang-wenangnya.Aset ini akan menimbulkan kegerunan kpd musuh.

    Walaupun Amerika mempunyai aset tentera tercanggih didunia mereka gagal di Vietnam, Iraq dan Afganistan.Tetapi yg menjadi mangsa rakyat negara tersebut ramai terkorban dan menderita.

    Aset kapal selam ini perlu ditambah pada masa hadapan setelah kita memiliki kemahiran kendalian dan selengaraan.Akan dtg kita perlu bina didalam negara spt projek NGPV supaya tidak terlalu bergantung kpd negara luar.

    Apa yg penting ketelusan dlm semua urusan dan kepentingan negara diutamakan bkn individu tertentu.

    Apabila peperangan belaku rakyat bawahan menjadi mangsa,pemimpin tetap lepas tangan.Cth, rakyat Palestin terus menderita sedangkan bekas pemimpin Yasser Arafat menyeleweng hak rakyat bebillon dollar yg kemudian diwarisi kpd isterinya berbangsa Yahudi.

    Jangan jadi spt Palestin baru nak menyesal.Jiran selatan sentiasa mengintai peluang……
    Tq

  44. Anonymous says

    s'pore hanye ade kecanggihan aje takut askar dia takut mati…askar melayu kalo nerperang mmg cari mati/ tak takut mati atau syahid..

    s'pore berani sbb dia ade yahudi & US kat belakang dia..teknologi dia seme copy paste je dr yahudi..at least kite ade gak buat / develop sendiri..cume lambat skitla hasilnya..

    kalo m'sia perang ngan s'pore diaorg leh bertahan 2 mggu je..kalo geng2 dia tak tolong dia akan hancur selepas 2 mggu..sbb air abis, minyak abis, seme sumber abislah..

    lagi satu airport utk fighter diaorg takkan gune landasan cangi, paya lebar bile perang..diaorg dah siap landasan bwh tanah..dah ade siap..
    lagi satu jalan raye diaorg adalah spec landasan kapal terbang..sbb tu tiang lampu dia jarak jauh utk padankan dgn badab pesawat..

    lagi satu diaorg dah invenst dlm projek F-35.pesawat ni boleh buat V-TOL dan S-TOL..
    tak perlu landasan utk terbang.

  45. blackmamba says

    bila saya tengok dekat wiki kan ade comparison between malaysian military ngan
    other countries mcm singapore, indon ect. kalu compare ngan singapore diorang mcm banyak je aset compare dengan kita. ade orang cakap tak yah la nak berlumba lumba beli aset ni semua tapi rasa lagi gerunzz kalo kita ade lai banyak military aset.
    banyak gile duit singapore ek!'duhh'! tapi kita beli 2 bijik kapal selampon dah kecoh ade corruption la bla bla. tapi betul kot. tak amanah la diorang ni.

  46. Farizal Razali says

    Assalamualaikum,
    Malaysia sebagai sebuah negara litoral, ada baiknya menambah jumlah bilangan kapal selam yang sedia ada. Ini adalah kerana ciri utama sesebuah kapal selam iaitu sukar dikesan dan efektif. Bayangkanlah satu senario di mana sebuah kapal selam yang tiba2 muncul sekejap di sonar sebuah kapal permukaan akan menyebabkan seluruh armada terpaksa mengadakan operasi ASW. Sebenarnya saya merasakan pemilikan kapal selam oleh TLDM sepatutnya dilaksanakan 20 tahun dulu lagi dan sehingga sekarang sekurang-kurangnya 4 buah kapal selam masih diperlukan oleh TLDM untuk melaksanakan operasi bawah permukaan laut. Percaya atau tidak, Scorpene yang diperolehi oleh TLDM ternyata menggandakan kuasa tempur TLDM, dengan kemampuan melancarkan Exocet SM-39, membuatkan negara jiran yang berada di sekitar mahu atau tidak terpaksa menggandakan "ASW" mereka. Langkah kehadapan untuk memperolehi teknologi kapal selam dari negara pembuat yakni "TOT" bukannya sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil. Sebuah "submarine pent" sepertimana di Teluk Sepanggar juga perlu disediakan di Lumut, maklumlah sekarang banyak mata dan telinga serta gema (Active-Band)yang sedang mengawasi keluar masuk kapal kita.
    Akhir sekali rancangan untuk menambahkan kapal NGPV adalah sesuatu yang dialu-alukan apatah lagi sekiranya ditambahkan dengan "taring-taring" yang berbisa. Tetapi ada baiknya sekiranya rancangan tersebut digantikan dengan penambahan jumlah pemilikan kapal selam dan "taring-taring" tersebut dilengkapkan pada NGPV yang telah ada.

    Sekian

  47. Anonymous says

    Salam bro Shah,

    Kapal selam memang penting utk pertahanan negara tetapi pembelian hendaklah telus dan jangan kerana komisyen keselamatan negara jadi taruhan.

    Pekara yg baik hendaklah disokong tapi kalau belaku penyelewengan takan nak sokong membuta tuli,kita diberi Allah akal utk menilai.

    Jangan kerana kepentingan diri sanggup dan golongan tertentu kita menafikan kepentingan keselamatan negara yg kita cintai.Peranan kerajaan dan pembangkang sama penting utk 'check & balance'kalau tidak lingkup negara jadinya.

    Sila baca berita Malay Mail 10/02/2010
    tq'
    Tahniah kpd Shah kerana mewujudkan blog ini…..
    Salam

  48. 2nd Lt. G says

    Salam bro Shah,

    1stly, well done bout your blog.
    Gua baru ja jmpa blog lu bro..mmg terbaek..!! Smpai 3 jam gua mengadap blog lu baca smpai abis..haha.

    Ok.Untuk perolehan kapal selam mmg x dinafikan mahal.tp itu lah harga yg perlu dibayar utk kedaulatan negara.
    Dalam soal kedaulatan , keselamatan negara..tidak ada kompromi..

    Sedangkan kereta pun kita letak alarm canggih yg mmg bapak mahal..inikan pulak nak mempertahankan negara..

    tq.
    p/s aku malas tulis byk2 , aku kalau da marah mula nak isap rokok..ahaks

  49. naz says

    kapal selam banyak peralatan canggih yg boleh menjalankan electronic counter measure (ecm)untuk mengganggu proses pengesanan dari radar, sonar etc. betul tak bro shah? ikan takde semua tu, so senang la kesan.. pukat atau jala pun dia tak nampak.. hehehe..

    mcm scorpene kita tu dgr cerita peralatan gempak abis.. betul ke bro?

  50. shahpaskal says

    MeriamBuluh,

    Sebenarnya bukan senang hendak mengesan kapal selam, kalau saudara baca analisis saya betul2, anda akan faham bahawa kapal selam merupakan aset yang sangat-sangat berbaloi untuk dibeli tetapi sangat mahal harganya.

    Disebabkan itu, tidak banyak kapal selam dibeli dalam satu-satu perkhidmatan tentera laut.

  51. MeriamBuluh says

    Belilah berapa ratus kapal selam pun..selagi teknologi yang di gunakan bukan buatan sendiri alamatnya mati kat dasar laut la..Teknologi pengesanan sekarang makin canggih. Sonar memancing ikan pun semakin canggih mengesan kedudukan ikan didasar laut..Jadi kapal selam yang sebesar gudang lagi senanglah nak dikesan..
    Yang penting sekarang sistem radar kita yang perlu di up date kan.Singapura telah lama mendahului kita dalam hal ini…

  52. Anonymous says

    Zaman sekarang bukan zaman kapal perang lagi. Zaman sekarang zaman aircraft carrier & kapal selam. Perang Pasifik zaman Perang Dunia Kedua dah membuktikan yang zaman kapal perang dah berakhir. Tenggelamnya IJN Yamato, kapal perang terhebat di dunia menandakan tamatnya zaman kapal perang.

  53. naz says

    saya sangat2 setuju dgn lebih pembelian kapal selam kerana jika terjadinya perang, kapal-kapal permukaan lebih terdedah kpada ancaman.. mana tak, nampak sgt la terapung je kat atas air.. lebih pembelian kapal selam moden bermakna kita dapat menjalankan satu usaha ala-ala perang gerila bawah air.. ye la, taktik perang gerila kan serang dan hilang — mcm vietcong la.. lgpun kemampuan kapal selam dalam menundukkan satu armada kapal mmg dah terbukti. ini pun konsep gerila juga kan? penggunaan satu kumpulan kecil untuk menyerang satu kumpulan yg lebih besar.. kalau kapal permukaan, bkn saja musuhnya dari kapal perang musuh bahkan serangan udara.. 'jiran' kita pulak ada squadron udara yg lengkap dan juga heli apache yg mampu menyerang target2 yg obvious seperti kapal permukaan.. so, kapal selam lagi baik la.. bukan aje boleh attack kapal permukaan musuh secara senyap & hidden, malah boleh serang limbungan, fasiliti-fasiliti dan aset-aset musuh yang lain.. lepas attack, selamba blah & musuh tak nampak.. hehe

  54. anonimus says

    Bousted??? hehehe..ada sesapa yg keja kat dalam tu tak? leh komen skit pasal bousted tak? byk gak citer yg kurang enak pasal depa…(just dengar2 citer je la..kesasihan tak dapat dipastikan)

  55. Anonymous says

    Salam,

    Gua sutuju dengan pembelian sub ni. Dan lagi satu, tahniah, banyak fakta yang lu utarakan di sini terutama berkaiatan TLDM adalah tepat.

    Sailor

  56. Anonymous says

    m'sia patut baut sendiri kapal selam…Bousted tu patut mulakan kerja menyelidik dan approch kerajaan..mereka pun patut lbh berani laburkan modal utk projek kapal2 yg lbh power…

  57. aiman yang kisah says

    saya berpendapat kapal selam ini patut digunakan untuk mendapatkan semula pulau pisang yg sudah terlepas ke tangan pulau singa.

    lu pilir la sendiri. merdeka sudah 52 tahun, rumah api pulau pisang tak mampu nak jaga sendiri. nak tunggu terlepas macam batu putih ke ?

  58. GAFARO says

    assalamuaalikum…

    saye ni takpandailah sangat pasal ilmu perang ni….

    tapi saya bersetuju dengan pendapat C++,bagi saya banyakkan lah pelancar ground to air missile,ground to ground missile.

    saya juga menyokong pembelian subs kerana lautan kita luas.walaubagaimanapun ATM perlulah menkaji semasaknya pembelian setiap kelengkapan.biarlah kegunaan seadanya dan ATM sendiri yakin dengan keberkesanan sistem teknologi dan persenjataan negara kita

    ketumbukan udara kita mungkin ketinggalan tetapi jika kehebatan ground to ground dan ground to air kita menggerunkan insyaallah pihak musuh terpaksa berfikir panjang…

    Upgred sikit sistem Askar Wataniah kita yang mana tertumpu pada infintri sahaja.kereta perisai yang tua tua tu boleh la buat latihan askar wataniah…

    inilah pendapat bekas askar wataniah yang tak seberapa

  59. Katon Tin Ton says

    Aku tak nak tau keupayaan DCNS sedangkan A400 Airbus pun sangkut2 lagi, Airbus pun company ternama jugak. Aku tak nak dgr dari segi teori. Aku nak bukti yg sub ni mmg boleh menyelam, senang sikit nak tutup mulut2 gatal yg kata dia tak leh selam. Kalau tak dak bukti, cam mana kita nak tutup mulut depa

  60. Ariff says

    Dulu bila Malaysia beli kereta kebal MBT PT-91 Twardy, sibuk kata mahal dan tak sesuai dengan tanah Malaysia yang lembut. Katanya PT-91 ni akan tenggelam dalam lumpur dan tanah gambut. Diorang tak baca pasal konsep "ground pressure" yang diukur menggunakan unit psi. Sistem track besi kereta kebal yang lebar dapat mengedarkan berat supaya dari segi psi, sebenarnya ia lebih kurang berat manusia. Sekarang bila beli kapal selam pun mula buat hujah tak saintifik, tak boleh menyelam la, macam-macam la.

  61. CicitPanglimahitam says

    tu baru kate nak beli…
    lum lg di keluarkan usul untuk bina kapal selam sendiri tah ape pulak politik dorang kali nie..

  62. Ariff says

    Kapal selam Scorpene dibina oleh syarikat Direction des Constructions Navales Services (DCNS)dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol. Kedua-duanya merupakan pembina kapal ternama di Eropah. Tidak seperti sesetengah syarikat automobil di Malaysia, kapal selam buatan DCNS ini gerenti headlight tak masuk air dan pintu boleh tutup rapat. Reputasi mereka akan jatuh teruk jika kapal selam buatan mereka tak boleh menyelam. Orang yang buat tuduhan tak berasas ini mempunyai agenda politik sendiri dan sanggup menggadaikan pertahanan negara jika boleh score points di Parlimen.

  63. Katon Tin Ton says

    hahhahah
    kita tembak sekali depa yang kata sub ni tak leh menyelam.
    Sapa ada bukti yang sub ni tgh menyelam. Boleh bagi aku sat

  64. Ariff says

    Sewaktu Perang Dunia Kedua, Tentera Laut German hampir-hampir dapat melumpuhkan Britain dengan menggunakan kapal selam primitifnya untuk menenggelamkan kapal kargo Britain. Seperti yang semua maklum, setelah kejatuhan Perancis, Britain tinggal keseorangan di Eropah dan bergantung kepada kargo dari Amerika untuk terus bertahan. Nasib berpihak kepada Britain kerana mereka berjaya membolosi sistem kod rahsia German (ENIGMA) dan dapat mengetahui semua misi dan kedudukan kapal selam German. Jelas disini, kapal selam dapat "punch above their weight" dan mampu melumpuhkan ekonomi sesuatu negara.

    Memang kapal selam tak se glamour berbanding kapal pengangkut (aircraft carriers) ataupun kapal pemusnah (destroyers) etc. tapi bahkan hanya desas-desus kehadiran kapal selam di teater operasi sudah cukup untuk menggerunkan musuh. Buktinya, sewaktu Perang Falklands, kapal selam Britain HMS Conqueror telah berjaya menenggelamkan kapal cruiser ARA General Belgrano. Disebabkan tentera laut Argentina tidak mempunyai keupayaan ASW (peperangan anti kapal selam), ia terpaksa menyimpan kapal pengangkut (carrier) di pelabuhan. Akibatnya, tentera laut Britain mempunyai sea-superiority di sekitar pulau Falklands. Jelaslah disini, kritikan terhadap pembelian kapal selam oleh Malaysia adalah berbau politik dan tidak berpandangan kehadapan atau moden.

  65. Anonymous says

    aku nak gune kapal selam tembak kepala lim kit siang tu dulu..mangkuk tu lah yg selalu duk bangkang…

    aku igt kalo dia dapat kuase lagi teruk dia songlap duit masuk poket…

  66. Anonymous says

    Kapal selam amat diperlukan oleh negara yang dikelilingi laut seperti Malaysia. Kehadiran sesebuah kapalselam mampu menggerunkan sesebuah armada dengan sifatnya yang sukar dikesan. Sungguhpun harganya mahal tetapi bak kata pepatah alah membeli menang memakai.Memang berbaloi.TLDM memang memerlukan keupayaan peperangan 3 dimensi. NGPV yang kita adalah versi basic.Entah macamana engine MTU yang sepatutnya ada telah ditukarkan kepada CAT.Jadilah PV tersebut bergerak pada 22 knot (max).Sekiranya NGPV menggunakan spec yang asal dan lengkap dengan persenjataan yang dipasang ianya amatlah menggerunkan.

  67. CicitPanglimahitam says

    assalamualaikum..

    syabas di ucapkan kepada SHAHPASKAL berkenaan kewujudan blog ini(br jumpe blog ni ari ni)..

    saya terkejut dengan knowledge yang anda miliki dalam bidang ketenteraan negara bahkan antarabangsa..

    pada pendapat saya negara amat2 memerlukan aset submarine ini kerana:-

    - negara kita ada dua ancaman yang
    boleh menggugat keamanan kita (singapura&indonesia)
    - untuk memantapkan pasukan laut
    kita khasnya..

    so kita perlu memiliki nya..

    nowdays kita perlu sedar bahawa peranan kapal selam dalam peperangan.. ia amat memberi impak pada musuh itu sendiri..

    sebagai contoh anda boleh melihat bagaimana peranan kapal selam jerman dalam perang dunia ke-2..
    sehingga mereka pasukan kapal selam jerman ini amat digeruni oleh pihat berikat..ianya juga dikenali sebagai sekawan serigala.. bayangkan mereka terpaksa menarik amerika dan kanada untuk melumpuhkan pasukan kapal selam jerman yang mengawal perairan atlantik..

    so jangan kita terus menolak dalam soal pertahanan negara.. ini amat penting..

  68. Anonymous says

    Pemilikan submarine (sub) ni ada banyak advantage-nya. Sebagai contoh, bila ada sub dalam satu kawasan pertempuran, banyak resource (kapal ASW, MPA, pakar sonar/communication/elint, dll) yang kena hantar untuk hunt sebijik sub. So, ini dah jadi force multiplier dengan sendirinya sbb banyak resource kena divert dari operasi yang lain. Cuba tengok sejarah peperangan bawah laut, punyalah kecoh satu armada bila dapat tahu ada sub dalam kawasan; contohnya
    - sub soviet kat finland
    - mini-sub north korea
    -sub cina dekat aircraft carrier US
    - tenggelamnya cruiser General Belgrano Argentina sebab sub terus satu armada argentina lepak kat port masa perang falkland
    - dll.
    frigate & korvet tetap kena ada, setakat cukup untuk operasi, escort dan showing the flag udah le. La ni senang sangat kena balun dengan missile exocet/harpoon dsb yang air launched; cuba tengok perang falkland dan perang WW2 di pacific; kapal tengellam bukan sebab perang antara kapal, kapal tengellam sebab air/submarine attack…
    So, sub ni cukup tinggi nilai strategik dan tactical nya…

    Kubai

  69. Anonymous says

    kita xkn boleh lawan kemampuan singapore..dia negara yg kuat jeles. kita beli jet pejaung baru dia pun nk beli baru, kita beli kapalperang dia pun akan beli. apa kita beli pasti dia beli. cuma cara dia beli unik sikit. contoh kita beli 2 dia akan beli 4.

  70. mohd says

    Saya mencadangkan agar kerajaan segera menambah bilangan kapal selam dan kapal perang. Jika di lihat jumlah kapal TLDM, ia amat sedikit jika dibandingkan dengan negara jiran. Memandangkan kawasan perairan negara yang amat luas, sudah tentu ia amat sukar dikawal.

  71. selingkar kasih says

    hola bro shah?….

    syer menyokong penuh pembelian kapal selam nie….. cumer ralat jer sebab malaysia hanya mampu beli dua jer…. singapore pun ader 4 bijik kapal selam…..

  72. kerol says

    memang penting kapal selam ni. orang yang ada kepentingan-kepentingan lain sahaja yang menafikan keperluan negara untuk memiliki kapal selam.

    ps:suka tengok filem perang WWii kapal selam U-571.

  73. L-kick says

    lama x update blog ye bro…

    ok kapal selam (KS) ni mmg perlu, sy nak tambah beberapa lg senario latihan…contoh terbaru tahun lepas semasa ex CARAT kat sini je…dikabarkan KS selam berkuasa diesel-electrik China berjaya melepasi lapisan radar pengesan dari kapal pemusnah US (arleigh Burke class DDG) yg dilengkapi AEGIES system untuk mengintip EX tersebut…KLS review ade keluar berita tentang ni….

    so kepada yg kata pembelian KS ni adalah satu pembaziran boleh la menganggap yg KS ini sebagai deterrent effect kpd musuh2 negara…

  74. C++ says

    Bhai ShahPaskal,

    Pada gua pembelian aset kapal selam memang wajar walaupun ramai yang skeptik terhadapnya.

    Peperangan 3 Dimensi perlu dilengkapkan dalam pemerolehan aset oleh ATM.

    Dalam situasi perairan kita yang luas dan ceter.. pada gua la.. elok ditambah dua atau tiga lagi kapal selam berskala kecil (1/3) dari saiz Scorpene untuk kegunaan PASKAL melakukan serang hendap kepada aset musuh. Kita boleh gunakan kapal selam berkuasa diesel elektrik yang nyata boleh dioperasikan dikawasan cetek..

    Satu lagi yang gua nak tambah… kita memang tak mampu nak tambah banyak bilangan pesawat tempur (pejuang) kita untuk mempertahankan ruang angkasa kita… namun sewajarnya pemerolehan peluru berpandu mudah alih (sama ada digerakkan oleh kenderaan mahupun jenis ringan yang boleh dikendalikan dari atas bahu) dengan lebih banyak…

    Kita tahu negara di selatan tanah air kita giat menyiapkan armada udaranya… jadi untuk mematahkan ancaman tersebut.. lebih baik kita gunakan peluru berpandu jenis atas bahu… mudah, murah dan boleh dioperasikan di banyak lokasi…

  75. Anonymous says

    sebagai negara yang mempunyai lautan yang lebih luas dari daratan Tanahair keperluan bukan saja Kapal selam tapi aset2 Angkasa di Udara.. pada aku kita TLDM mesti ada dan berkemampuan dalam 3 dimensi peperangan.. aku ngok yang tak setuju beli kapal selam tu kebanyakkannya mereka2 yang akal pendek dan biasanya orang yang terlalu beremosi banyak aku jumpa bila aku kaji tingkahlaku mereka ini.. cuba hang kaji… betul

  76. Anonymous says

    salam bro..
    //story ckit tentang geng-geng IMO
    funsinya semasa aman,perang.
    y? maklumatX intel Malaysia senang digodam? kebajikan ATM xdibela ker?
    ingintahu//
    bt

  77. GGK says

    kapal selam perlu…isu mahal tu memang ada tapi..ia memang betul2 force projector yang paling unggul… dan lagi ramai tak sedar pembelian scorpene berkait rapat dengan KD Panglima Hitam dan Paskal. Peperangan litoral bukan sahaja melibat kan ship vs shp tapi jugak perisikan dan penysupan pasukan khas.

  78. penggubal dasar says

    salam,

    apa bukti korang yang cakap setiap pembelian aset dipengaruhi atau diuruskan oleh orang politik? ingat bli aset kerajaan ni mcm meniaga t-shirt ke?

    sayani trlibat dengan urusan pembelian aset, bukan nak kata apa, klu selisih satu sen pun dan kena menjawab. itu dari segi pentadbiran. tapi klu dari segi penetapan harga di peringkat permulaan wallahualam. apa tugas kami, dapat harga rasmi then buatlah proses perolehan.

    saya rasalah, cukupla kita stop mentaliti kata asal urusniaga kerajaan je ada rasuah. cukup. kita tak tau urusniaga tu mcmana. org meniaga mesti ada untung, dengan cara mana tu terpulang. tapi untuk menuduh semua urusniaga kerajaan terlibat dgn org politik dan rasuah, ianya satu anggapan yang agak radikal la..

    shah, cerite skit pasal kes kedutaan asing upah otg mindef dptkan maklumat negara tu? ada info?

  79. Dak Wan® says

    Teman rasa kalau kita dok ikut rentak negara jiran, kita akan ketinggalan. So, apa salah kita jadi leader plak kan? Teman tetap setuju dengan pembelian submarine nie untuk Malaysia.

  80. hijabul crewz says

    salam shahpaskal…

    ape laa…punye la lama den tunggu nko update blog niee…al-maklum la peminat setia…hehe..

    pe2 pon den stuju dgn pndapat nko ttg isu kapal selam nie…

    ade mase, check-check r blog den..hehe

  81. Mohamad Taufan Mohd Yassin says

    Perolehan kapal selam sepatutnya telah dilakukan sejak dulu (semasa Arwah King Ghaz jadik menteri MINDEF) tetapi dibatalkan sebab ketirisan maklumat. Kalo ikutkan pada masa tu, enam buah nak dibeli ngan TOT bina sendiri kat beberapa limbungan tempatan.

    ATM patut tambah sekurang-kurangnya 4 unit lagi kapal selam untuk perkuat armada laut negara. Boleh padankan dengan torpedo jenis VA-111 Shkval 553mm supercav dari Russia.

  82. Jusuh says

    betol2.. aku mmg rase malaysia patut ade kapal selam, & skrg dh ade dah pun.. x patut betol kalu x pyh beli kapal selam dgn alasan utk beli byk kapal permukaan.. ingat kapal permukaan murah ke. beli apepun mesti ada unsur poltik, sbb pembelian aset sume diuruskan oleh org poltik yg memerintah. Rasuah DLL sumenye adalah kekalahan terhadap org yg lemah, tetapi kita juge x perlu utk m'jadi terus lemah, sehingga kita mudah diperkotak-katikkan oleh musuh sewenang-wenangnye tanpa aset sperti 'force multiplier' ni.

  83. Udin Toge says

    apa nama movie pasal kapal selam yg tenggelam .. semua krew dia mati.. kalau tak salah kapal selam rusia kot, kena terpedo kapal selam US…..teringin nak tengok balik..

  84. 2Lt Peh Hoo Guan says

    Memamng x dinafikan terdapat unsur politik n agenda dalam perolehan aset tempur…kebanyakan yang orang awam nampak, pembelian aset tempur ni bazir duit, lepas tu, daripada pembelian ini, org2 politik dapat komisyen lumayan,

    tapi apa2 pun itu adalah harga yang perlu dibayar. Dalam sektor lain pun ada rahsuah. Walau apa cara sekalipun, memang perlu jugak memperolehi aset tempur yang canggih…yang penting kita dapat aset yang canggih dan sesuai untuk operasi ketenteraan kita. Maybe kita tak tau bila nak gunakan. Tetapi janganlah masa kita nak gunakan tak ada kelengkapan yang sesuai untuk mempertahankan tanah air kita ini.

    Bagi tok2 dalang robber barons yang dah banyak makan duit hasil pembelin aset tempur nih, doa kan jerr diorang pecah perut…

    • says

      Kapal selam yang malaysia beli banyak yang dipertikaikan.selain kapal selam lama dan teknologi yang bukan nya terbaru.Kapal selam nukler yang diubah suai jadi diesel.Adoi banyk sangat la kelemahan kapal selam ni.Harga berbilion bilion.Second hand pulak tu.Tapi nak buat xmampu.beli jer le yang mampu.So xleh komen2 banyak2.Dah beli.Lagipun pakar pertahan negara dah kaji.Ni lah yang murah dan boleh pakai setanding dengan negara jiran.Lagipun xkan la France nak bagi bulat2 teknologi ketenteraan kapal selam kepada malaysia.Bagi yang xpuas hati dengan pembelian Kapal selam ni redha la.bukan Hak kita nak tentukan mana betul mane salah.Setiap benda yang berlaku mesti ade hikmah.So walaupun duit rakyat membazir camtu.Syukur la Negara malaysia dah ade kapal selam.Xde la negara la pandang malaysia sebelah mata jer.

      • says

        Bukan nya orang tempatan xde kemahiran setanding barat.Cuma penyelidikan dan kajian tentang teknologi perang kurang dititik beratkan.Banyak lagi wang rakyat tu nak digunakan untuk memajukan negara.Negara kita bukan mempunyai KDNK yang tinggi.Research untuk sesebuah projek ketenteraan memerlukan kos yang amat tinggi.Kalau diberi seketol enjin kapal selam untuk diprototaip pon belom tentu pakar negara kita boleh buat.So kajian dan penyelidikan amat penting untuk memajukan persenjataan negara kita.Tapi macam saya cakap bukan mudah untuk memajukan industri pertahanan kita macam negara barat yang lain.Kita xboleh bandingkan macam korea dan japan yang mampu membuat persenjataan sendiri.Negara mereka mempunyai KDNK yang tinggi.Research untuk memajukan industri pertahanan amat diutamakan.Negara mereka kajian untuk tentera berbilon dolar.Kos untuk membuat perlatan tentera menelan berlanja beratus bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>