PROTOTYPE KERETA PERISAI PERTAMA MALAYSIA TAHUN 2012

Bandingkan AV4 dengan kereta perisai Iguana buatan Sabiex International. Perbezaan yang ketara adalah kedudukan pemandu, di mana AV4 (Driver duduk belah kanan) dan Iguana (belah kiri). Gambar oleh penulis sendiri.

    1. Puas saya mencari jawapan mengenai hasrat Malaysia terhadap kereta perisai bertayar 8×8 buatan Turki iaitu PARS atau AV8

    2. Persoalan untuk jawapan ini timbul memandangkan jumlah yang dibeli adalah terlalu banyak iaitu lebih kurang 500 buah dalam pelbagai variasi, malahan harganya juga sangat mahal di mana mencecah RM8 bilion.

    3. Sekali lagi banyaklah cerita-cerita tidak enak dan pelbagai hujah serta pendapat membanjiri medan internet terutama kononnya wujud pilihan yang lebih baik.

    4. Saya kemudian menghubungi sumber dalaman saya dari pihak industri, beliau memberitahu pembelian yang sangat banyak dan mahal ini ada kaitan dengan pengiriman teknologi terkini dari pihak pembuat AV8 atau PARS iaitu FNSS dari Turki supaya Malaysia boleh mengeluarkan keretaperisai buatan sendiri.

    5. Pihak Deftech diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk mengeluarkan prototaip pertamanya pada 2012.

    6. Maklumat yang diberikan kepada saya ini adalah sesuatu yang sangat eksklusif dan tidak banyak pihak luar yang mengetahui rahsia pembelian itu dan ini kali pertama anda mendengarnya.

    7. Sekali lagi kepada pihak luar sana, jangan cepat melenting kerana pembelian PARS itu pun belum menjadi kenyataan kerana apa yang ditanda tangani semasa perjanjian DSA 2010 baru-baru ini di Kuala Lumpur hanyalah SURAT HASRAT sahaja.

    8. Kerana faktor ini juga, kumpulan NAZA masih mahu mencuba nasib dengan kereta perisai 8×8 buatan Poland iaitu ROSOMAK.

    9. Dengan maklumat yang disampaikan kepada saya ini, ia menunjukkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya akan mempunyai kereta perisai baru di antara tahun 2013 hingga 2015.

    10.Pemindahan teknologi ini dimungkinkan kerana pengeluaran kereta perisai yang sangat banyak dan ini sudah pasti menguntungkan FNSS dari Turki juga, jika beli sedikit, tidak mungkin pemindahan teknologi ini berlaku.

    11.Sekarang sudah terjawap mengapa harganya sangat mahal, harga ini termasuk “Blueprint” pemindahan teknologi yang ampuh dari sebuah negara Islam ke sebuah kerajaan Islam yang lain untuk pembinaan kereta perisai pertama Malaysia yang boleh dipakai oleh ATM serta juga untuk dijual ke pasaran antarabangsa.

    AV4 BUKAN BUATAN MALAYSIA???

    12. Kenderaan buatan Deftech iaitu AV4 yang sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada APC Condor mungkin akan terus berkubur selepas kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk mengantikan kenderaan yang sedia ada dengan kereta perisai 8X8.

    13. Zaman sekarang ini susah betul untuk cari barang “original”, AV8 ini sendiri pun bukan APC atau kereta perisai buatan Turkey sebaliknya direkabentuk oleh sebuah syarikat dari Amerika Syarikat iaitu GPV.

    14. Sekarang ini ramai pula yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan AV4 yang didakwa merupakan buatan Malaysia sepenuhnya. Entahlah saya sendiri sendiri tidak pasti tetapi pada
pameran DSA 2008 dahulu, jurutera Deftech memberitahu saya bahawa ia memang kenderaan buatan Malaysiamalahan Jane’s Defence sendiri meletakkan kategori kenderaan ini sebagai buatan Malaysia.

    15. Jika dilihat dari rekabentuk dan kemampuan, sebenarnya AV4 ini memang seiras dengan
kenderaan keluaran sebuah syarikat dari  Belgium iaitu Sabiex International, kenderaan ini dinamakan Iguana.

    16. Sebab-sebab Deftech gagal menjual AV4 kepada Kementerian Pertahanan (Kementah) tidaklah saya tahu secara tepat tetapi saya yakin Kementah mahukan sebuah kereta perisai yang mempunyai ketebalan perisai yang baik dan mampu melindungi anggota yang menggunakannya.

    17. Persoalannya apakah benar AV4 buatan Malaysia? Jika benar mengapa pada peringkat R&D (Deftech ada bahagian R&D ke?), pihak Deftech ini tidak berbincang dengan Kementah mengenai spesifikasi yang boleh ditawarkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    18. Tambahan pula, Sabiex International telah menjual semua rekabentuk termasuk hakcipta kepada pihak luar misalnya Bae dari UK, jadi apakah Deftech mendapat tempias dari penjualan ini.

    19. Saya bukan tidak menyokong polisi untuk membantu industri tempatan tetapi saya sendiri melihat AV4 tidak mampu menjadi kereta perisai atau APC Malaysia yang baru kerana bagi saya, AV4 atau Iguana sendiri dikategorikan sebagai “Lights Armor Vehicles” dan tidak berkemampuan untuk survive dalam senario pertempuran hari ini kecuali di pasang dengan perisai Reactive Armour.

    20. Tidak semestinya kita kena wajib beli barang buatan Malaysia semata-mata untuk membantu syarikat tempatan mendapatkan wang keuntungan jika spesifikasi produk tidak mampu menjamin keselamatan nyawa anggota tentera kita.

    21.Jika mengikut Jane’s Defence, pihak Polis Di Raja Malaysia ada menempah  2 buah kenderaan AV4 dari Deftech pasal itu semasa pameran DSA 2010 yang baru berakhir,kita boleh lihat Deftech meletakkan AV4 dengan cat polis sebagai pameran statiknya.

    22.Secara jujur saya berpendapat AV4 ini memang sesuai untuk tugas-tugas kepolisan dan rondaan.

    23.Jika dilihat dari ketebalan armornya (hanya sekadar 7.62mm) , ia tidak bertahan dari serangan peluru yang lebih besar dari itu apatah lagi RPG, seperti yang berlaku ke atas APC Condor dalam pertempuran di Bakara Market, Somalia beberapa tahun lepas yang menyebabkan seorang anggota mekanise terbunuh.


    KERETA PERISAI S5

    24.Tidak lama dahulu kita dihebohkan dengan pembelian kereta perisai dari jenis S5 buatan Korea Selatan.

    25.Ramai yang tertanya jika ia akan menjadi kereta perisai atau APC Malaysia yang baru memandangkan kerajaan tidak memilih kereta perisai AV4 pun.

    26.Rupa-rupanya ia bagi memenuhi keperluan mendesak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di Timor Leste dan hanya empat sahaja dibeli dan dicat dengan warna putih.

    27.Semasa saya ke Timor Leste, saya lihat kenderaan itu digunakan bagi mengawal kem PDRM di sana dan saya difahamkan, keempat-empat kereta perisai itu tidak dibawa pulang ke Malaysia.

    28.Ia akan didermakan kepada pasukan keselamatan Timor Leste sebagai sebahagian dari pakej bantuan untuk membangunkan pasukan keselamatan negara pulau itu yang baru merdeka dari Indonesia.

    29.Selain kereta perisai S5, pihak ATM yang pernah berada di Timor Leste sebelum kedatangan PDRM juga tidak membawa pulang berpuluh-puluh trak miliknya, kesemua didermakan kepada negara itu, lagipun kos membawa pulang terak-terak ini sangat mahal.

    EMPAT ATAU LAPAN TAYAR

    30.AV4 dan kebanyakkan kereta perisai seperti Condor tidak mempunyai ketebalan perisai, beban angkut dan kemampuan “Cross Country” yang diharapkan.

    31.AV4 dan kenderaan sekelasnya dalam kategori 4X4 mempunyai berat kurang dari 14 tan dengan perisai yang mencapai tahan Peringkat 2 (boleh diupgrade kepada Peringkat 4 dengan pemasangan Reactive Armour).

    32.ATM memerlukan sebuah kenderaan yang dapat memecut dengan stabil (tidak macam Condor yang senang terbalik) serta sebuah kenderaan yang mempunyai ketebalan perisai yang sangatbaik (hasil dari pelajaran di Bakara Market dan operasi US di kawasan penempatan bandar di Iraq).

    33.Walaupun ada pihak yang mengkritik bahawa keadaan muka bumi di Malaysia tidak sesuai dengan kederaan perisai 8×8 yang berat di mana PARS sendiri mempunyai berat lebih kurang 20 tan.

    34.Keadaan muka bumi yang sama juga tidak mengizinkan kereta kebal diperkenalkan tetapi ATM tetap membeli kereta kebal PT-91 yang mempunyai berat lebih kurang 40 tan.

    35.Umum jangan lupa, bahawa kawasan pantai barat negara ini merupakan kawasan penempatan manusia di mana permukaan buminya terdiri dari jalanraya bertar dan medan pertempuran yang terdiri dari ladang serta estet.

    36.Inilah medan pertempuran sebenar, ATM menyedari hakikat ini dan kerana itu kereta kebal serta kereta perisai yang bersesuaian perlu diperkenalkan.

    37.Kalau saya seorang askar, saya merasa lebih selamat untuk bergerak dalam sebuah kereta perisai yang berat seperti PARS dari sebuah kereta perisai ringan macam Condor yang terbukti tidak mampu menahan ledakan peluru RPG.

    38.Satu perkara lagi, Malaysia merupakan sebuah negara yang aktif dalam menyokong operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, jadi kenderaan seperti PARS sangat bersesuaian jika kita melihat sejarah operasi ATM di Somalia dan Bosnia.

    39.Tentera kita lebih terdedah kepada aksi pertempuran di luar negara berbanding di tanahair sendiri.

    40.Pendek kata, kereta perisai yang berat dan bertayar 8×8 ini boleh diibaratkan seperti SERAMPANG TIGA-EMPAT MATA, hehehehe.

    SINGAPURA MEMANG CERDIK,

    41. Kita lihat Singapura yang sudah membangunkan kereta perisai 8×8 jenis Terrex yang mempunyai berat di antara 25 ke 30 tan.

    42.Umum tahu bahawa strategi Singapura adalah menjadikan selatan Malaysia sebagai kawasan pertempuran, ini bermakna kepulauan itu sendiri selamat dari bahang peperangan.

    43.Tak akanlah Singapura yang maju, mempunyai mentaliti kelas pertama dan cerdik itu menjadi terlalu bodoh dan bangang untuk membangunkan sebuah kereta perisai bertayar 8X8 yang maha berat sampai 30 tan.

    44.Singapura tidak bodoh untuk menggunakan kereta perisai serba canggih dan mahal buatannya untuk meleyek rumah-rumah kampung Melayu di sebelah pantai Timur atau melalui jalan-jalan lapuk dan kebun-kebun serta hutan paya di kawasan pantai Timur Malaysia.

    45.Askarnya yang serba canggih ala-ala “Robocop” itu juga memerlukan jaminan untuk pergi berperang, mereka perlu berasa selamat dan Terrex dengan beratnya (berat kerana ketebalan
perisai) mampu memberikan perlindungan ini.

    46. Selain dari itu, Singapura bukanlah syok sendiri untuk mengeluarkan Terrex, pasaran antarabangsa untuk kenderaan 8×8 tidak banyak diluar sana dan lambat laun, kebanyakkan negara
akan mengikuti trend penggunaan kereta perisai 8×8 ini dan permintaan untuk kenderaan tersebut pasti meningkat tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  1. Aku rasa projek AV 8X8 lbh baik beli shj atau import so cost nya tak terlalu membebankan. Dari membina AV 8X8 dlm negara baik bangunkan ADNAN ke tehap yg lbh tinggi. Memandangkan ADNAN kita beli dgn konsep TOT maka wajar kita mereka bentuk ADNAN dgn kemahuan kita.Develop ADNAN ACV 300 kepada lbh besar, lbh kebal dan juga kemampuan yg pelbagai baru berbaloi beli blue printnya, Mungkin kita akan keluarkan ADNAN versi Malaysia yg blh mempunyai kemampuan setaraf PENDEKAR…

  2. ape lah cakap kau tu,nak melawak pule budak ni,kereta perisai macam tu tahan same rudal RX-705 buatan indonesia,?hahahaa,engkau tau sekarang ni indonesia lah buat rudal anti rudal,rudal anti roket,rudal anti pesawat dan tank,serta rudal anti kapal permukaan,indonesie juge punye missile selo yang tempatnye di rahasiakan,kalian tau agen rahasia indonesia banyak di malaysie kelemahan dan rahasie negare kalian pun kami tau,jadi untung saje presiden SBY baik sangat,klu tak die yang jadi presiden mungkin segenap bangse kalian tu lah hilang dari PETA dunie,kalian camkan itu,saye cakap macamni karene saye malu,bangse melayu yang saye kenal tak seperti kalian,bangse malayu bangse berbudi luhur,tapi saye tak melihat itu dari kalian,seharusnye kalian sadar.masih untung indonesie tak hujani kalian same rudal dan roket,hai budak kau catat di pale utak kau ha rudal dan roket balistik indonesie panjangnye 15meter dan rahasie kecepatanye max 7 mach/suare dan tersedie 6820buah suatu saat akan digunakan perang sebelum tentare kalian masuk ke tanah indonesie…..hahahahaa

    • Hai budak, hai budak. – Aku baca komen ko ni macam dari tahun 70-an jek hahaha. Ko ni peminat Hail Amir barangkali. Takpun Deddy Dores.

  3. 1.lebih murah tak semestinya lebih baik specs nya. kena tengok juga apakah uk membeli atau bikin sendiri AV nya. sekiranya bikin sendiri maka klu nak dibuat perbandingan kayu pembarisnya tak sama level. lebih murah klu bikin sendiri ada kilang2 nak buat separate component sendir dsb. secara logik takkan beli barang bawah harga cost kan? kita ni negara pembeli. beli salah tak beli salah, nah sekarang kita beli + blue print sekali puas hati? klu uk beli juga xsemestinya spec nya lebih baik atau sama dengan kita. jgnlah self esteem rendah sgt. ni bukan zaman colonialism lagi kita dijajah bawah brits.

    2.melainkan klu sg ada portal/gate untuk teleport cam cerita star trek tu dan tiba2 muncul kat tengah2 kl/putrajaya aku akan percaya cakap ko. sekiranya berlaku juga peperangan sg akan cepat shift command centre nya ke frontal location melainkan dia nak tempatnya hangus. battle theatre possibly akan mengambil tempat di selatan johor tempat2 seperti ladang2/ kebun sawit/ padang golf dsb setelah jet fighternya buat bombardment dan clear kawasan. kemudian baru terrex na datang bawa askarnya yg ala2 robocop tu camping kat sana. walaupun ini hanya pandangan peribadi aku tapi itu yg paling logikal sekali. point no 2 ko pun xcakap kat mana possible actual battle theatre. klu dah bangkang pendapat org letakla pendapat sendiri. kemudian ulas. ni tergantung.

    3. kenapa tentera jerman nak tamatkan perkhidmatan av-fuchs-nya? mesti bersebab. dan kita nak jadi pak kaduk merisikokan nyawa2x askar2x m’sia dengan masukkan dalam perkhidmatan inventori obsolete yg org lain nak buang? semua benda ada expired datenya dan nak maintain atau repair2 benda2 ni kadang2 lebih mahal daripada buat acquisition yg baru. asset atm yg paling berharga adalah nyawa askar2 kita. tenaga insan. klu ko sibuk sgt nak bercakap pasal lebih murah/harga apakata ko dan suku sakat ko jadi volunteer untuk duduk dalam benda obsolete tu masa perang dan ikut berperang. ajak budak2 dalam blog malaysian defence tu buat cukupkan korum sebab sibuk sangat pasal korupsi, bajet tak cukup, duit rakyat, kami bayar cukai. mereka2 ni setuju ngan ko ambil barangan terpakai dan takpayah beli blue print sebab bukan boleh jual pun. jual no 2. ambil dulu teknologinya. pelik rakyat indon yg dikatakan mentaliti kelas bajingan tu sebaliknya mempunyai minda kelas pertama berbanding rakyat kita dengan menyokong program ketenteraan untuk jangkamasa panjang walaupun makan xcukup. kita yg cukup makan ni plak takut nak spend nak acquire new asset plus tot? kita ni dahla tak berapa pandai nak buat sendiri, org nak share teknologi pun payah sgt nak give and take? janganlah mainkan isu harga kat sini.

    4. ko ni ibarat katak duduk bawah tempurung. statement no 4 ko tu adalah sebaliknya. learn history what happened during singapore first independence parade yg buatkan kita teroeranjat besar. bercakap pasal ancaman ni jiran sebelah rumah ko pun boleh jadik ancaman. risiko never sets at zero. mana2 negara memang ada possibility nak jadi threats. tetapi nak sampai untuk jadi threats kepada kita mereka kena toleh kat jiran yg paling dekat dulu. china dengan taiwan tak sebulu. thailand ngan vietnam selalu ada krisis. filipina nak projects threats kalaulah mampu bimbang juga dengan ancaman china. kena juga tengok sekiranya m’sia ada perjanjian defense agreement dengan partner yg lain. pendekkan cerita kita taknak jadi gajah depan mata tak nampak, semut seberang laut nampak. bukan fobia. inventori2 canggih yg atm nak acquire ni bukan hanya berfungsi atau nampak kegunaanya di masa peperangan aja. ada peace keeping mission, bargaining power nak settlekan isu2 jadi pertelingkahan. kalaulah kita takda sedikitpun pun mendatangkan gerun kat sg takkan mereka sanggup nak bawa isu pulau batu putih ke icj? hantar je kapal perang ngan submarines mereka kat sana. tulah kepentingan asset canggih ni. datang rasa gerun sebab terkini, canggih, specs dan capabilities musuh tak tahu sebab av kita mahal gila… bukannya barang pencen. dok gelak je tentera robocop tu.

  4. untuk mereka yang berkenaan
    kita semua telah dikalahkan oleh perasaan ego dan bongkak masing2
    baik Malaysia dan Indonesia-sama2 ada lebih dan kurang
    ingat2 yg kita dilaga2kan oleh mereka yang berkenaan

    selamat berfikir dan berzikir

  5. beli kereta kebal kat indon pon masih hutang, dah la tak payah nak bermimpi nak buat kereta kebal, lagi baik bina proton buat nak dijadikan sasaran tembak ANOA

  6. salam buat jatidiri… seperti yg tuan cakap “kalau tidak diizinkan Allah tiada satu apa pun ayang akan bergerak..” kita kena lihat dalam konteks membina …andai setelah habis segala usaha dan ikhtiar barulah kita menerima ketentuannya.. sedangkan Rasullah S.A.W pun mempersiapkan bala tenteranya dengan latihan dan peralatannya dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya…jadi konsep berserah /tawakal itu adalah penutup segala ikhtiar..
    Bagi saya jatidiri muslim dan teknologi di zaman ini tidak boleh dipisahkan sebagai contoh di Pelastin ..kita boleh lihat bagaimana tingginya jihad para mujahid di sana tapi tanpa teknologi sudah lebih setenggah abad mereka masih lagi bergelut dengan peperangan dan menagih simpati AS terutamanya untuk mengecapi kemerdekaan sedang mereka lebih arif siapakah amerika ini .
    Umat islam dulu kini dan selama-lamanya MESTI memiliki kedua-dua ciri ini malangnya tunjukkan dimanakan bumi didunia ini hari ini umat islam memilikinya…Sebenarnya Umat islam hari ini tidak memiliki apa yang umat islam dulu miliki….
    kini umat islam saling menuduh umat islam yang lain tidak benar,salah dan berbagai lagi tuduhan begitu lah sebaliknya dan dan akhirnya memilih puak kafirun menjadi hakimnya yang menentukan siapakah umat islam ini yang benar… samada kita sedar atau tidak – MALANG SEKALI RUPANYA UMAT ISLAM HARI INI…jadi dimanakah jatidiri umat islam hari ini..

  7. Asslamamualaikum..

    tak perlu lah hendak menilai kekuatan mana2 negara kalau tidak diizinkan Allah tiada satu apa pun ayang akan bergerak..

    Jatidiri Muslim adalah tonggak kejayaan tentera2 kita dahulu kini dan selamanya..kekuatan mental dan kesiagaan diri adalah penentuan didalam pertempuran, kalau peralatan canggih tapi baru dengar letupan sana sini dah gentar macam mana kan.

    apa2 pun pertolongan Allah lah yang memberi kejayaan para tentera2 Islam (sejati). teknologi hanya lah bantuan utk menaikkan moral sahaja. tapi jatidiri itulah kekuatan utama. bolah bertindak,bertahan,merancang dalam apa segala keadaan pun..

    singapore is the true conflict here..habis dilondehnya seluar pemimpin2 kita yg bangang kuat joli katak, bila telur dh kena pegang, jadi lah macam badut sarkas yang tak tahu malu..habis semuanya terjual..besok2 rakyat pun dijual..buat malu bangsa je.. tukar lah cepat orang2 macam ini, dah tak ada ke org Islam yg hebat seperti Hang Tuah….

    wassalam..

  8. orang bodoh yang tidak mengerti tugas dan fungsi pasukan penjaga keamanan pasti bicaranya seenak lidahnya sendiri, yang namanya pasukan penjaga keamanan tidak boleh terlibat dalam kegiatan militer di tengah konflik, memangnya pasukan malon berani cuma dua orang di sorong melawan tank darat dan misil pesawat dengan perbandingan kekuatan yang tak seimbang, hah makanya pelajari taktik perang jangan asal ngomong kalo malon begitu caranya, saya yakin tak lama habis semua tentara malon di tempat konflik, biasalah tak pintar strategi dan mengukur keadaan, hehe

  9. klau stakat juara pertandingan menembak, tetapi lari dari medan perang buat ape…??? cube tgok mcm kami x pernah mundur….. somalia, bosnia dan yang terbaru kami berjaya menumpaskan lanun….. ini baru la bukti askar sejati, idup mati dengan bertempur bukan nye lari mcm bacul….. hahaha……. wat malu jela…… by the way jagan lupa mcm mne askar kamu lari sebab tidak tahan dengan serangan balas kami sewaktu pengepungan 68 hari sewaktu konfrantasi….. walaupun kami dikepung dan terputus hubungan disebabkan dikepung, kami tetap bertahan dan menyerang balas sehingga askar kamu lari meninggalkan medan perang…….. hahaha….. juara pertandingan menembak ye mas…. what a loser……..

  10. aku rasa ATM perlu buat “show of force” setiap aset nyer nk buktikn bhw apa yg kerajaan perolehi adalah berbaloi, baru kedua-dua yg dok comment ni puas ati…
    sekadar pandangan…………..

  11. saya ingin memberi sedikit pendapat :

    1) Pesawat MPA untuk Malaysian Coast Guard – tak boleh ke Airod mengambil inisiatif untuk mengambil alih pesawat fokker 50 yang telah di lucut tauliah oleh firefly untuk di refubish, upgrade dan di letakkan sensor dan radar untuk di proposed kepada APMM bagi tujuan rondaan perairan Malaysia. Alternatively, beli C130E atau H, upgrade dengan enjin baru dan letak SLAR pada kedua dua sisi pesawat dan naik taraf avioniknya and walla… peawat MPA dah ready. Lagi advantage guna pesawat ini ialah ia boleh meronda jauh serta fuselage nya luas membolehkan pelbagai kelengkapan SAR dibawa termasuk RHIB. (AIROD kan dah banyak experience dengan C 130)
    2) OPV untuk APMM – memandangkan scope APMM adalah lebih kepada tugasan para military dan law enforcement, apasalahnya jika OPV mereka ini di buat di Malaysia sepenuhnya memandangkan kita sudahpun mempunyai syarikat2 pembinaan kapal yang telah berjaya mengekspot kapal commercial mereka ke negara luar. Kapal OPV ini tak semestinya menggunakan design kapal perang, tapi mirip kepada kapal support vessel yang mana bezanya hanyalah enjin kapal, sensor seperti surface and air search radar, helo facilities termasuk hangar dan persenjataan ringan (meriam 20mm ke 40mm dan 12.7HMG serta 7.62mm GPMG). Worst case kita bina lagi kapal OPV berelandaskan design OPV yang sedia ada dalam pegangan APMM memandangkan satu dari 2 kapal tersebut di bina di Malaysia. (Rujuk kepada beberapa negara Eropah yang mana coast guardnya menggunakan commerial design sebagai OPV mereka). Anyway ada beberapa syarikat pembina kapal di Malaysia sudahpun membina kapal untuk PGM (terutamanya) dan TLDM (rasanya 1 atau 2 sahaja).
    3) Kapal ronda laju – Kita dahpun ada pengalaman membana 6 Fac-G untuk TLDM. Design yang sama boleh di guna bagi membina atau menambah jumlah FAC-M bagi TLDM. Kenapa tak di ambil peluang ini bagi menambah pegangan FAC-M TLDM? Bezanya hanya memanjangkan kapal jenis ini bagi membolehkan SSM dipasang berserta dengan FCSnya.
    4) ASTC & MIG 29 – ASTC tak boleh ke proposed upgrade MIG 29 kepada TUDM supaya pesawat ini lebih kos efektif dan lebih higher capability daripada menyimpannya dalm stor simpanan atau di letakkan di muzium TUDM di Sg Besi ? Base aircraft dah ada yang tinggal hanya radar serta avionik dan enjin sahaja yang perlu di upgrade.
    5) Design dan bina Weapon Carrier untuk TDM – DEFTECH merupakan pembina automatif kententeraan di negara kita…. Persoalannya dengan pengalaman yang ada, tak boleh ke bina sendiri weapon carrier untuk supplement G-Wagon (reka bentuk asal adalah dari Mercedes) dan Vamtac (rekabentu asal dari Sepanyol). Adakah sistem suspension tersebut kita tak boleh design and build, ataupun chassis dan badannya sekali. Kita dah ada pengalaman dengan lori handalan serta perkasa. Basisnya is there, cuma reka bentuk dan pembinaannya sahaja menjadi persoalan….
    6) UAV ALUDRA buatan CTRM- jika ada versi baru, kenapa tidak di uji nilai ? Mindef perlulah menasihati CTRM mengenai requirement dan spefikasi MINDEF supaya mereka boleh design and build UAV tersebut bagi kegunaan tentera serta separa tentera Malaysia. It’s a matter of coordination sahaja or takda budget untuk R & D.

    Apakah yang ingin saya nyatakan adalah, kita sudahpun mempunyai pelbagai industri kententeraan. Tetapi malangnya dari segi design and build yang mana rationya at least 70% buatan Malaysia masih belum ada. Adakah kerana industri ini akan lebih menjadi support services sahaja memandangkan sehingga hari ini perbekalan barangan tentera ( oleh industri tempatan )mahupun separa tentera adalah lebih kepada pasaran dalam negara dan Malaysia masih belum penetrate pasaran kententeraan luar negara secara intensif dan dengan jumlah tempahan dalam negara adalah limited dan bergantung kepada budget, maka mass production tidak dapat di capai dan seterusnya membawa kepada kerugian syarikat tersebut. Adakah ini puncanya…. Jika ya maka MATRADE serta MINDEF, NADI dan STRIDE perlulah memulakan langkan untuk membantu mereka menembusi pasaran luar. Kita tengok Singapura, Track ATVnya sudahpun di pilih oleh British Army bagi meggantikan kenderaan ATV mereka. Raifal bullpup nya juga sudah diekspot ke 3 negara luar. Ya kita dah jual lori Handalan kepada Brunei ( G-Wagon dan Handalan yang digunakan oleh Timor Leste rasanya pemberian, bukannya jualan), upgrade and repair C 130 untuk USAF dan other uses, ekspot FPB ke Cambodia. Itulah kejayaan major export of miltary or para military equipment buatan Malaysia for the past 20 years (?). Sebagai contoh, by right MMC Defence (ataupun DSSB) sepatutnya dah boleh proposed upgrade T-55 / T-72 kepada negara negara yang menggunakan MBT tersebut memandangkan kita dah ada pengalaman dengan MBT PT 91 Pendekar serta SIbmas and Condor dan tak lupa Ferret and C.Cage V100/V150… kenapa pengalaman ini tidak di guna pakai untuk penetrate foreign defence market. Adakah kerana kita tak cukup dana untuk R & D atau takda confident….. FIKIRKANLAH.. Kita sepatutnya menjadi MALAYSIA BOLEH bukan sebaliknya.

  12. pembelian PARS memamg kontroversi pasal kos nya sahaja… tetapi bebaloi dengan sistem yang di gabungkan yang mana ia adalah “an equal system if not better jika dibandingkan dengan terrex, struker, Boxer, Aslav dan lain lain. Tetapi kita juga perlu melihat kepada menaik taraf sistem yang sedia ada terutamanya TDM & RMN. Contohnya apakah option yang ada bagi menaiktaraf Sibmas kita seperti menukar turret kepada 105mm serta suspension, enjin serta gearbox yang lebih baik. Tetapi APC 8 x 8 terpakai di beli bagi tujuan operasi pengaman dengan PBB adalah option yang baik seperti Pandur 1. Kita juga tak bolek lupa kepada keperluan kenderaan armor ringan seperti RG 31 – RG 33 dan lain2 kenderaan MRAP seperti Bushmaster, Maxxis dan lain lain lagi. Kita sudahpun mempunyai kenderaan taktikal pembawa tentera seperti Duro (di pasang oleh DEFtech). Kenderaan seperti ini sesuai bagi urban warfare dan MOOTW. Saya rasa Deftech, Masdef atau mereka yang seangkatanm dengan mereka patut consider untuk design serta supply kepada ATM & PDRM kenderaan seperti ini kerana kita dah ada experience membuat HANDALAN.

    Bagi RMN pula kita boleh menngambil contoh navy Chile membeli Type 22 / 23 frigate dari RN dan menaik tarafnya. Dari segi kos tidaklah semahal frigate baru. Untuk tujuan MOOTW seperti OPS FAJAR, banyak option atau jenis kapal boleh di gunakan selain dari dry cargo ship. Tak semestinya kapal tersebut membawa SSM ataupun SAM. Yang penting ia mempunyai meriam (30mm – 57mm) dan secondary gun (20mm-30mm) serta boleh melancarkan RHIB bagi membawa anggota bagi operasi memintas mahupun menyelamat dan capabality of the surface search radar. Helicopter facilities merupakan bonus.

    The point is, kelengkapan terpakai lebih sesuai bagi MOOTW atau operasi pengaman but not for PURE WARTIME operation (PWO). Tetapi jangan di lupa banyak kelengkapan terpakai yang masih digunakan oleh negara dunia ke 3 yang masih dalam keadaan baik (Contohnya kapal kapal USCG yang digunakan oleh navy negara dunia ke 3 yang berusia 35 tahun, helikopter UH1H yang berusia 30 tahun) yang mana digunakan bagi operasi anti drug smuggling dan counter insurgency tapi bukannya PWO,. Yang penting cara maintainencenya serta upgradingnya aje. But remember kelengkapan terpakai tidak memberikan apa apa advantage kepada negara kerana most of it tanpa transfer of technology dan penyelenggraannya at least 70% bergantung kepda negara pengeluar bukannya Malaysia. Tapi project AV 8 adalah satu step bagi kita menghasilkan APC buatan Malaysia pada masa hadapan. Jangan kontroversi penggunaan Pinzgauer timbul semula dan Mindef / Matrade…. bantulah defence industry kita mencari customer luar buntuk menjual SGPV, Adnan, ADV4, SAKTI dll…… MIG 29 N/NUB mesti terus di gunakan. ASTC patutproposed upgrade pesawat itu

  13. harap2 malaysia jgn beli lg la kereta perisai drpd luar..
    banyak kos…
    beli buatan sndri lbh baik…
    mle2 mmg la kurang berkualiti sbb ciptaan pn berdasarkan blueprint..
    lps ni lbh berkualiti..
    yakin pd kepakaran tempatan…

  14. Bro2 semua yang Panzer Anoa 8 x 8 INdonesia masuk dalam plan purchase terbaru camna pulak? boleh jelaskan skit…aku takut kita ni jadi kong kalikong lagi….
    Alex,shah alam

  15. bgini ceritanya kos pembelian av8 memeng mahal tak dinafikan namun harus diingat yg kita beli tu bukan hanya kendraan TETAPI sekali dgn blueprintnya sekali… cuba anda fikir adakan sebuah firma atau negara memberi maklumat bahan, cara dan pembinaan secara percuma kepada negara pembeli? sudah tentu tidak sedangkan kat restoran tom yam cik tipah yg sedap pun bila kita minta resepi cara buat masakan tu pun dia tak bagi!!! jadi bila berhujah biarla bertempat dan penuh dgn maklumat bukan main sedap mulut sahaja.. untuk kes atm membeli tank fuch yg akan d tamatkan perkhidmatanya oleh jerman.. anda rasa benda second hand ni bagus ke tak? di tambah lagi alat ganti untuk kendraan ini pasti akan berkurangan kerana kilang pengeluaran alat ganti akan mengurangkan penghasilan alat ganti utk fuch ini… kalau anda pintar bila alat ganti kurang di pasaran harga menjadi murah ke mahal jika anda seorang yg bijak? pada saya mengapa pembelian kendraan prisai 8×8 di barat lebih murah dari pembelian oleh malaysia? anda harus ingat/tahu ngara barat atau pengeluar senjata memiliki teknologi pembuatan pertahanan yg mantap menyebabkan pembinaan kendraan perisai 8×8 yg di beli dapat di kurangkan harganya kerana mereka tak perlu membina kompleks dan peralatan pembuatan yg bermula dari awal hingga akhir kerana mereka telah memiliki teknologi itu dan ini berbeza dgn kita yg baru nak bermula…
    pasal negara jiran pula anda jangan terlalu taksub dengan apa yg mereka ada kerana mereka mempunyai budget yg cukup besar hanya untuk pertahanan… kita membeli ikut kemampuan namun harus di ingat pembelian yg dibuat oleh malaysia bersifat cegah rintang yg tinggi contohnya kapal selam scorpena kita lihat hanya berfungsi sebagai kapal anti kapal permukaan namun ATM juga boleh mngunakan untuk kapal selam ini untuk menutup laluan laut iaitu selat melaka dan laut china selatan dan ini memberi kesan kepada bntuan ketentraan kepada ngara kecil di selatan, selain itu ia boleh menjadi alat penyusupan ke perairan musuh tanpa di ketahui dan byk lagi ini antara contoh satu aset namun banyak kegunaanya yg kita boleh gunakan bukan hanya satu fungsi sahaja… ngara kecil di selatan takan memulakan serangan kecuali gertakan kerana mereka tahu jika perang berlaku mereka juga akan mendapat akibatnya… ATM takan duduk diam menunggu serangan dari pihak musuh kita pasti akan membalas dan pulau tersebut akan mendapat balasannya… siapa sangka israel sebuah negara yg dikata cukup maju dan moden dr segala aset pertahanan boleh di tundukkan oleh hizbullah yg hanya sebuah organisasi di lubnan? kita berkali lagi padu berbnding hizbullah… apa yg kita lihat dan praktikkan hanya di atas kertas namun hakiki kita tidak tahu apa yg berlaku… apa yg penting kita yakin dan percaya ATM dapat mempertahankn bumi yang bertuah ini dan memberi kehancuran pada mana2 ngara yg ingin mencabul kemerdekaan negara yg kita cintai ini… gempurwira

  16. Kerajaan Malaysia tiada ke cadangan untuk memulakan bidang R&D dalam teknolgi persenjataan kecil seperti Rifles, Bullet, Missile
    —-rasa2 dh byk artikel pasal Malaysia-made bullet( ni dh sejak 1969 dah buat explosive sendiri) & Missile(taming sari) dh kluar kt blog nih..
    plz read through from beginning..nampak sgt ko ni malas nak baca

    sedangkan senjata api (Rifles) masih lagi kita beli jika nak dibandingkan dengan Singapura yang mempunyai SAR-21 mereka sendiri yang kini inventori mereka telah dibeli oleh Indonesia..
    —-Indon pakai barang sendiri-Pindad SS2 & SS3(bullup design)

    —-1 soklan mudah…dh brp negara selain Singapura actually dh pakai SAR21?biasa kita tau kalau barang tu bagus mesti ramai negara nk berebut nk pakai..contoh M16

    to be fair square, SAR21 actually banyak cacat & cela yg hanya diketahui oleh org yg penah pakai both M4/M16 SAR21 yg straight away blh buat comparison…sapa org2 tu?(selain dr askar Singapura sendiri)…..hanya askar Timbalan Setia Johor penah pakai…better ko mintak pandangan diorang dulu sebelum mengagungkan2 sgt SAR21 tuh

  17. Rifles, Bullet, Missile (Surface to Air dan Surface to Surface, Anti Tank dsbnya)
    rasa2 dh byk artikel pasal Malaysia-made bullet & Missile dhkluar kt blog nih..plz read through from beginning..nampak sgt ko ni malas nak baca

    sedangkan senjata api (Rifles) masih lagi kita beli jika nak dibandingkan dengan Singapura yang mempunyai SAR-21 mereka sendiri yang kini inventori mereka telah dibeli oleh Indonesia..

    Indon pakai barang sendiri-Pindad SS2 & SS3(bullup design)

    to be fair square, SAR21 actually banyak cacat & cela yg hanya diketahui oleh org yg penah pakai both M4/M16 SAR21…sapa org2 tu?(selain dr askar Sipngapura sendiri)…..hanya askar Timbalan Setia Johor penah pakai…better ko mintak pandangan diorang dulu sebelum mengagungkan2 sgt SAR21 tuh

  18. Saya amat setuju dan menyokong penuh program AV-8 Pars ni…. sebab:
    1)Singapura & Indon sudah mendahului dari segi R&D dalam pembangunan kereta perisai ni…… R&D M’sia…….kesian………
    2)makanya program AV-8 ini amat2 saya sokong kerana dgn cara ini saja kita boleh memintas kedua2 negara jiran tersebut dari segi program k.perisai mereka
    3)Program amat mahal akan tetapi berbaloi untuk masa depan ATM

  19. Kerajaan Malaysia tiada ke cadangan untuk memulakan bidang R&D dalam teknolgi persenjataan kecil seperti Rifles, Bullet, Missile (Surface to Air dan Surface to Surface, Anti Tank dsbnya), Kelengkapan tentera (Uniform, bullet jacket, electronic support dsbnya) untuk angkatan Darat Malaysia? sedangkan senjata api (Rifles) masih lagi kita beli jika nak dibandingkan dengan Singapura yang mempunyai SAR-21 mereka sendiri yang kini inventori mereka telah dibeli oleh Indonesia..

    Fikirkan bro.. seperti pepatah mengatakan berdikit-dikit dahulu. Jayakan produk pertahanan yang kecil baru berangan untuk mencipta yang lebih besar.

  20. ya btul tu bro shahpaskal,
    hahaha org macam cengeh ni jenis tak reti tp cakap macam reti(yg sedihnya ramai jugak org2 melayu kita yg camtu)

    saudara cengeh,
    1)negara mana yg kt dalam dunia ni yg beli peralatan tentera menggunakan duit dr org2 persendirian????blh jawab soalan bodoh ni?…setau saya semua negara dalam dunia memang akan pakai duit dr sumber petroleum@cukai pendapatan rakyat utk membeli peralatan pertahanan

    2)yg failed ujian kelasakan ialah rosomak & piranha & beberapa lg 8X*..hanya PARS yg lepas semua ujian2 "gila" tuh…pegawai2 tentera kita adalah "one of the best" in the their field,tk perlu nk merendah-rendahkan keupayaan pemikiran mereka dgn hujan bodoh anda
    3)satu lagi,nampak sgt saudara cengeh yg berlagak pandai dalam bidang ketenteraan, tkde langsung sumber rujukan mudah seperti majalah tempur & perajurit(beberapa bulan lepas ada artikel pasal KENAPA FNSS PARS dipilih)..c'mon la bro cengeh,2 majalah tu tk sampai RM25 pon

    lain kali nk komen, fikir dulu btul2 ok…kan ke dah malu hahahaha

  21. Cengeh,

    Maaf tetapi nampaknya anda suka serkap jarang dan tidak suka menyemak fakta dengan tepat.

    Tidak perlu saya sentuh hal lain, tapi bab Pars. Turki menggunakan lebih dari 1,000 FNSS Pars.

  22. Bro Shahpaskal,

    Betul tu brunai takde income tax.

    Masalahnye Bro adalah kenapa Pars yg dipilih sedangkan kenderaan ini yg gagal semasa field test dengan Piranha dan Rosomak dulu. Lagi satu kenapa Pars yg dipilih sedangkan Tentera darat Turki pun pakai BTR 80 second hand dan tak pernah beli Pars. Ada kah KAD akan menjadi lab rat untuk menunjukkan keupayaan Pars dengan menggunakan duit rakyat (tak kira la duit tax atau pun petroleum semua tu duit rakyat bukan duit gomen ok)?

    Sapa boleh jawap soklan saya ini?

  23. Aguero,

    Terima Kasih, saya tak nak ulas mengenai bab pembelian senjata kerana sudah ulas banyak kali dan majalah serta akhbar pun sudah ulas malah kawan-kawan dalam ruang komen ni pun dah ulas.

    Saya tidak berminat hendak tahu ke mana wang saya pergi. Yang saya tahu, wang KWSP saya dan wang simpanan saya masih ada di bank.

    Saya tidak berminat untuk mempertikaikan wang cukai saya, yang saya tahu, wang cukai saya yang tidak sampai beberapa sen sangat itu dibeli senjata, dibina masjid, di bina jalanraya, balai polis dan etc.

    Lagi pun, negara mana yang tidak ada cukai, Brunei tak tahu lahh.

    Apa-apa pun terima kasih, satu hari nanti saya jelaskan lah balik bab belanja alat peperangan ini. Saya bagaimanapun tidak menafikan mungkin ada berlaku soal tidak jujur dalam hal ini, kerajaan kena siasat

  24. RGT356
    salam cuma bagi pendapat sahaja terhadap pernyataan di bawah

    `aku tk rasa rakyat berhak
    mempersoalkan lebih2 sebab kebykan dr kita pon tkde bg sumbangan apa2 pon kt kerajaan..ko ade sumbang apa?brp byk duit cukai ko dh bagi?(dh siap tolak macam2 oleh LHDN lagi)…tambah lagi brp byk percentage kekayaan tu dtg dr natural reserve & agricultural macam FELDA,RISDA etc'

    saya rasa kita selaku rakyat berhak juga mempersoalkan perkara2 spt ini cuma mestilah melalui haluan2 yg sesuai seeloknya.
    walaupun ada sesetengah kata kita x banyak menyumbang kapeda negara

    itu sahaja yg ingin dikomenkan
    terima kasih
    salam

  25. kdp saudara2 diatas..bertenang2..

    anyway lama saudara shah tak menulis nie..mana bro pergi nie…

    berkenaan misil IRIS-T yang bro perkatakan tempoh hari nampak nya/mungkinya akan tercapai perolehannya..

    artikel tentang misil nie ada dalam majalah perajurit kalau tak silap..bilamana jika diperoleh ia akan di operasikan oleh unit GBAD negara..

  26. updated

    Aguero,
    haha
    ko ni memang dangkal & tahniah sebab berjaya diperbodohkan oleh pihak pembangkang(tapi tk semua salah(tapi byk jugak yg salah!) & ade yg betul kluar dr pembangkang)..contoh kes liwat Anwar tu memang lawak la nk jatuhkan Anwar camtu….tkde skrip lain ke

    1st
    brp ramai org byr cukai actually?ko tau?cikgu sekkolah yg gaji bawah 3000 betul ke kena bayar cukai?ko nyer knowledge pasal cukai ni menag lawak(& berlagak pandai)..serius
    ko tk tau yg hampir 50% kekayaan malaysia dtg dr sumber petroleum.so?salahkah kerajaan nk reserve beberapa percent dr duit tu utk military purchase?(malaysia ni diapit oleh Thailand diatas,singapore dibawah & Indonesia disebelah..salahkah ut beli byk sistem2 yg canggih utk menjadik deterrent force?ko ingt mebazir ke beli kapal selam tu?Indonesia tu dh ade kapasal selam sejak 60an & Singapore pulak dah ada 4bijik kapal selam..ko tau tak?
    erbelanjaaan military oleh Singapore ialah USD10bilion(RM32.5bilion) utk mempertahankan@nk tunjuk kuat? ..utk pulau sekangkang kera(tasik kenyir lagi besar)

    aku tk rasa rakyat berhak mempersoalkan lebih2 sebab kebykan dr kita pon tkde bg sumbangan apa2 pon kt kerajaan..ko ade sumbang apa?brp byk duit cukai ko dh bagi?(dh siap tolak macam2 oleh LHDN lagi)…tambah lagi brp byk percentage kekayaan tu dtg dr natural reserve & agricultural macam FELDA,RISDA etc

    2nd
    blh bg aku info pasal pembelian aset apa yg menjadik isu tu?
    a)misil Exocet yg sampai RM12juta?dia tau ke model Exocet apa yg Gov kita beli?basic model ke atau yg advanced model?byk version doh….
    info yg PKR tu tk tepat langsung..paling mahal pon 4juta jer(memang harga dia camtu)
    & blh plak dia samakan execote dgn tomahawk?(yg kononnya USD500,000 aje..mana dia dpt figure tu?wikepedia yg budak tadika pun blh edit?

    3rd
    pembelian AV4 & PARS 8X8 kah?tkkan tak tau kos tu jgk adalah termasuk membeli copyright design utk buat PARS tu?
    a)FYI,Deftech akan buat from scratch dr kepingan2 besi mentah sampai siap semua dgn electronic integration PARS tu, bukan setakat beli benda dh siap jer
    pembangkang report kerajaan kita nk beli 250 unit pada harga 8bilion?mana diorang dpt figure tu?Rkenapa mesti masuk sekali kos nk buat kilang tu..8bilion tu termasuk kos nk buat kilang & kenapa perlu dimasukkan sekali??cuba calculate camtu kt kete proton (proton saga baru tuh,kalau harga dia dh termasuk kos kilang baru kt tanjung malim tu aku rasa mau lebih RM100,000)…
    b)anyway betul ke 250 unit je yg nk beli?mana tau nih???pandai2 je bg figure based on LOI(ni draft bukan final agreement)…tkde sape pon tau lagi MoU nyer details(final agreement) sebab kita nk replace semua outdated CONDORS & SiBMAS yg berjumlah dekat 600unit..bukan 250 jer

    4th
    bebrapa thn dulu pembangkang siap mempertikaikan kenapa Sukhoi kita harga USD50juta setiap satu?diorang ni memang tk study langsung ke?SU30MKM kita based on Su30 MKI milik India(estimated USD40juta)…..bukannya Su27 yg basic edition(estimated USD27juta) yg pembangkang do kepoh2 kan..
    nk compare satria 1.3 dgn satria GTI?atau nk compare mercedez C200K dgn C63 AMG?nampak macam sama tapi langsung tk serupa
    pastu Su30MKM pulak byk peralatan2 canggih yg standard(yg dh sedia ada kt Su30MKI) tp berasal dr Israel(setiap equipment tu bukan beratus ribu ok, tapi berpuluh juta ringgit) yg terpaksa dibuang & akhirnya byk kos terpaksa dilaburkan utk membeli peralatan2 baru dr France(Thales) & Africa Selatan(Saab)+integratrion dgn sistem sedia ada(macam nk integrate wiring kereta BMW dalm kereta Mercedez)+missle2 yg bermacam2 jenis & sampai sekarang semua org taktau brp jumlah missle yg ada kt TUDM..itu semua dh termasuk dlm purchase(tk macam Indon yg beli Su30K,bukan Modernized.pastu beli tk include missle)

  27. Aguero,
    haha
    ko ni memang dangkal & tahniah sebab berjaya diperbodohkan oleh pihak pembangkang(tapi tk semua salah(tapi byk jugak yg salah!) & ade yg betul kluar dr pembangkang tapi biar aku bgtau knp byk pembelian aset tentera memang tk wajar di declare

    1st
    brp ramai org byr cukai actually?ko tau?cikgu sekkolah yg gaji bawah 3000 betul ke kena bayar cukai?ko nyer knowledge pasal cukai ni menag lawak(& berlagak pandai)..serius
    ko tk tau yg hampir 50% kekayaan malaysia dtg dr sumber petroleum.so?salahkah kerajaan nk reserve beberapa percent dr duit tu utk military purchase?(malaysia ni diapit oleh Thailand diatas,singapore dibawah & Indonesia disebelah..salahkah ut beli byk sistem2 yg canggih utk menjadik deternet force?
    ko tau tak perbelanjaaan military oleh Singapore ialah USD10bilion(RM32.5bilion) utk mempertahankan@nk tunjuk kuat? ..utk pulau sekangkang kera(tasik kenyir lagi besar)
    aku tk rasa rakyat berhak mempersoalkan lebih2 sebab kebykan dr kita pon tkde bg sumbangan apa2 pon kt kerajaan..ko ade sumbang apa?brp byk duit cukai ko dh bagi?(dh siap tolak macam2 oleh LHDN lagi)…tambah lagi brp byk percentage kekayaan tu dtg dr natural reserve & agricultural macam FELDA,RISDA etc

    2nd
    blh bg aku info pasal pembelian aset apa yg menjadik isu tu?
    a)misil Exocet yg sampai RM12juta?info yg PKR tu tk tepat langsung..paling mahal pon 4juta jer(memang harga dia camtu)
    & blh plak dia samakan execote dgn tomahawk?(yg kononnya USD500,000 aje..mana dia dpt figure tu?wikepedia yg budak tadika pun blh edit?

    b)pembelian AV4 & PARS 8X8 kah?
    pembangkang report kerajaan kita nk beli 250 unit pada harga 8bilion?mana diorang dpt figure tu?kenapa mesti masuk sekali kos nk buat kilang tu(FYI,Deftech akan buat from scratch dr kepingan2 besi mentah sampai siap semua dgn electronic integration PARS tu, bukan setakat beli benda dh siap jer)..8bilion tu termasuk kos nk buat kilang & tk perlu dimasukkan sekali ok!(proton saga baru tuh,kalau harga dia dh termasuk kos kilang baru kt tanjung malim tu aku rasa mau dekat RM100,000)…i)anyway betul ke 8bilion tu 250 unit je yg nk beli?mana tau???pandai2 je bg figure based on LOI(ni draft bukan final agreement) tkde sape pon tau MoU camna(final agreement)
    kita nk replace semua outdated CONDORS & SiBMAS yg berjumlah dekat 600unit

    c)bebrapa thn dulu pembangkang siap mempertikaikan kenapa Sukhoi kita harga USD50juta setiap satu?diorang ni memang tk study langsung ke?SU30MKM kita based on Su30 MKI milik India…..bukannya Su27 yg basic edition(memang harga dia USD27juta-harga separuh je)..nk compare satria 1.3 dgn satria GTI?atau nk compare mercedez C200K dgn C63 Brabus?nampak macam sama tapi langsung tk sama
    pastu Su30MKM pulak byk peralatan2 canggih yg standard tp berasal dr Israel(setiap equipment tu bukan beratus ribu ok, tapi berpuluh juta) yg terpaksa dibuang & akhirnya byk kos terpaksa dilaburkan utk mendapatkan peralatan2 dr France & Africa Selatan+integratrion dgn sistem sedia ada(macam nk integrate wiring kereta BMW dalm kereta Mercedez)

  28. Salam shahpaskal,
    selaku rakyat marhaen aku tertarik dgn pendapat Abu Amir, di atas. Mintak pendirian bro Shah and gang tentang perbelanjaan ketenteraan yang semestinya menggunakan wang pembayar cukai rakyat, wang penjual satay, wang guru prasekolah. Akhir2 ni dah menjadi Isu stereotype, bila kerajaan beli jer equipment military, timbul terus celahan terutama blok pembangkang berkenaan spek yang tidak menurut harga, overpriced yang contohnya. Ironinya, dah menjadi kelaziman jawapan yg diberikan oleh "Warlords Tertentu" utk menangkis persoalan ini ialah national sekuriti, kita tak boleh dedahkan total budget, kita mesti disguise jumlah sebenar, musuh tahu hbislah kita bila berperang nanti. Hakikatnya, rakyat celik BERHAK tahu ke mana perginya wang pembayar cukai, wang penjual satay, wang guru prasekolah. Janganlah kita simply brand org yg mempersoalkan ketirisan budget military sbg paksi pembangkang dan pengkhianat. Bukanlah kita nak tuduh baki2 sebahagian wang pembayar cukai, wang penjual satay, wang guru prasekolah terlepas ke geng perut buncit, tidak. Kita cuma BERHAK AMBIL TAHU. Sanggupkah sebahagian dari kita menegakkan benang yang basah, walhal kita dah nampak kesilapan di depan mata? Sampai bila kita harus LENA dengan mentaliti dunia ke-3 macam ni. Sebagai rakyat kita sebagai pendesak dan mesti kuat berprinsip daripada terus mempertahankan daki2 korupsi yang mengotori kaum dan pemimpin kita buat sekian lama.Percayalah takkan hilangnya patriotisme kita jika kita menegakkan prinsip ketelusan. Sekian T.Kasih

  29. Bila malasia nk beli peluru berpandu jenis Brahmos dari india untuk di pasang pada pesawat sukhoi?

    byk org tak tau antara punca TUDM taknak pkai brahmos ialah component avionics nyer partially JV dgn Elta/elbit

    israel component is no-no for us

  30. abu amir…mmg pembelian official kena declare, hang tak pernah dengar pasal broker2 senjata underwater yg ada di mana2 saja di pelusuk dunia nih? janji ada duit, semua boleh jadi….

  31. Sedia Tempur:

    Bila malasia nk beli peluru berpandu jenis Brahmos dari india untuk di pasang pada pesawat sukhoi?

    Dengar ura2 masa ulang tahun TUDM Panglima TUDM kata Malaysia bakal memiliki pesawat Super Hornet betul ker? wah hebat kalau ia menjadi realiti..dan jangan lupe pesawat canggih kalau x der AEW&C bek x payah..pesawat amaran udara..boleh kenal pasti target beribu2 kilometer..dah cukup canggih..

    Lagi satu aku cadangkan supaya GAPU memiliki sistem pertahanan udara dari jenis Pantsir-S1..kalau aku anak Zahid Hamidi aku suruh beli sistem ini..letak kat pangkalan TUDM dan RADAR negara..

    Satu lagi aku bila nk pasang AIP kat kapal selam? tolong lah di beri keutamaan..

  32. Jangan syok sendirilah? setiap pembelian senjata terutama dpd barat mesti didaftar kpd PBB. Jumlah dan jenis senjata mesti diisytiharkan , jika tidak dikira memiliki secara haram. Setakat senjata kecil& peluru bolehlah tak diisytihar tetapi peluru berpandu, meriam, Kapal dll satu dunia pun tahu.

    Ada kapal NGPV pun tanpa peluru berpandu canggih serupa org tua tanpa gigi. Ingat boleh pasang senjata hari ini, besok dah boleh operasi penuh tanpa ujian& latihan utk anak kapal cara pengendaliannya? Silap2 geng sendiri kena tembak pulak.

    Adakalanya kita perlu "show off" sedikit kekuatan kita utk gerunkan musuh dan mereka perlu fikir 1 000 kali sebelum serang kita. Ini perlu utk mengelakkan peperangan tercetus akibat perkara yg remeh.

    Kita perlu membuktikan kita mampu pertahankan diri dan mengenakan pukulan maut kpd mereka.

  33. rasanya pak wi, walopon rahsia malaysia diketahui singapor, depa tak share rahsia tu dengan negara2 lain. sebab sebenarnya malaysia dengan singapor sama2 ada rahsia yg mereka share bersama dan bersekongkol utk mempertahankan kedua2 negara kalau diserang musuh luar.

  34. Question:

    Ko tak rase ke yang Singapore @ mana2 negara pun mmg da tau senjata "sulit" malaysia termasuk jumlah sebenar? kita beli weapons from west, kalo nak compare hubungan singapore dengan negara barat lagi kuat. OK, let's say hubungan Malaysia lagi akrab, tapi kita kene ingat, hubungan singapore dengan Israel.. Dan tak de sesiapa pun tahu kemampuan sebenar Israel(cth: menggunakan passport palsu)

    Point aku.. Tak banyak "rahsia" kita yang Singapore tak tau.. mungkin da share dengan Indon, Phil, Thai @ Brunai.. Cume kite je syok sendiri..

    Itu pandangan aku aaaa

  35. mungkinkah belanja mahal beli alat2 tanpa senjata nih disebabkan sebenarnya senjata2 tu ada, dibeli dengan banyak, tapi disorokkan dlm bunker2 underground seluruh negara kerana tidak mahu menunjuk2 kekuatan sebenar dan tak mahu mencetuskan rasa gusar di kalangan negara jiran?

  36. Masalahnya bukan tiada peruntukan tetapi ketirisan yg berlaku sebabkan peralatan yg dibeli tak padan dgn harganya. Munasabahkah kalau sebiji komputer kira-kira RM4 000.00 dibayar oleh kerajaan dgn harga RM41 000.00.

    Perkara ini diakui oleh ketua setiausaha negara baru2 ini didalam akhbar bahawa kakitangan awam menyebabkan kerajaan kerugian RM10 bilion akibat rasuah setiap tahun.

    Tentang subsidi rakyat amerika & UK pun ada subsidi spt setiap penganggur mendapat elaun sara hidup dan ibu-ibu yg mengandung mendapat kupon utk pemakanan sihat dll. Negara maju pun ada subsidi tertentu. Tidak spt disini ada yg miskin sehingga makan siput babi?

    Duit subsidi itu dari hasil cukai kerajaan juga bukan dari poket pemimpin, mereka cuma diamanahkan sebagai pentakbir sahaja bukan tukang songlap melalui projek kerajaan!!!

    Beli kapal selam berbilion ringgit tetapi tiada kelengkapan senjata, baru ni keluar belanja beratus juta lagi beli kat DSA 2010. Bila beli katalah canggih pelbagai dan kelengkapan senjata mahal. Tiba2 sampai kosong tanpa senjata tapi mahal melampau.

    Beli helikopter LOH PUTD bila display kat LIMA lengkap senjata tapi sampai sekarang pun togel tanpa senjata. Harga yg di bayar selalunya lebih drpd yg sebenar. Kata kat rakyat tentera sentiasa bersiap sedia menentang penceroboh bila2 masa supaya rakyat yakin pd tentera. Tetapi hakikatnya tanpa senjata spt peluru berpandu dll nak lawan dgn apa? Temberang aje…

    Kasihan kepada pegawai LLP yg kat bawah kena kerah pelbagai tetapi jerung perkasa juga yg kenyang. Saya percaya pegawai LLP dan rakyatlah akan berjuang menentang musuh negara sehingga titisan darah terakhir. Bukannya pemimpin yg bacul dan mereka yg korup.

    Celakalah mereka yg menjadi pengkhianat negara ini!!!

  37. anon 25 may..

    macamana la kerajaan nak sediakan semua tuh?? kerajaan naikkan minyak 10 sen pun semua dah kalut..

    sepatutnya kerajaan cabut subsidi minyak selama setahun.. aku rasa kerajaan mampu sediakan semua peralatan tu untuk tentera,,,

    tapi sayang.. kerajaan malaysia lebih sayangkan rakyatnya dengan memberi berbagai bagai subsidi sampai utk benda penting (keselamatan negara) pun terpaksa kerajaan kena catu bajet…

  38. shahpaskal..Paper Utusan bertarikh 25 Mei Malaysia telah menerima sejumlah peluru berpandu jarak sederhana (VSHORAD) FN-6 betul ker pembelian itu? berapa unit? boleh terangkan bentuk dan spesifikasinyer tak?

    Yg ke-2: Aku harap malaysia menambah lagi bilangan dan pembelian Kornet-E untuk anti kereta kebal..aku rasa ia sistem yg terbaik mampu merobek mane2 bunker atau kreta kebal.

    Yg ke-3: Pesawat2 TUDM x dilengkapi cat anti-Radar ke? aku rasa lebih efektif untuk memerangi pihak lawan yg besar.

    Yg ke-4: Di harap pihak ATM akan menubuhkan lagi Rejimen Astross2..dan menambah bilangan aset2 yg strategik ini.

    Yg ke-5: Askar kita patut dilengkapi bju kalis peluru yg ringan dan efektif..satu lagi tentang kompas taktikal lensatik Tritium Commenga patut dilengkapi oleh mana2 perajurit. WAJIB!!

    Yg ke-6: Terapkan minda dan emosi perajurit kita mati kerana jihad..walupun berperang ingt solat dan tuhan..Insya'allah allah akan turunkan beribu malaikat memerngi musuh islam..

    Yg ke-7: Setiap kenderaan ATM patut dilengkap cat camoflge bercirikan hutan malaysia dan baju perajurit TDM..

    Yg ke-8: APC 8×8 kener ditambah bilangan sebanyak 1000 paling kurang 500..dan juga sistem penyerakan eloktronik memang wajib untuk mengumpan dan melawan musuh..

    Sekian Sahaja dari sya GEMPUR WIRA!! (pengalisis pertahanan mjalah TEMPUR DAN PERAJURIT)

  39. majalah tempur bulan ni ada menjawab isu kos PARS ni.

    Sebenarnya begini.. tak boleh bahagi kan 8 bilion tu untuk harga sebijik Pars.

    contoh mudah. Kos untuk RnD dan kilang production line untuk kereta proton 2 billion (aku main gak je) kalau kilang tu keluarkan 10 000 kereta setahun.. takkan proton kos kereta tu Rm 200 000 sebijik.

  40. kepada bro kalam..
    aku pun rase tak sedap hati je dgn perjanjian yang diumumkan malam tadi..kebanyakannya berat sebelah..

    yg pelik kenapa kite asyik tunduk dan mengikut sahaja???

  41. Adee May 23, 2010 3:12 PM & LuthMay 23, 2010 11:09 PM, pembelian Skyhawk ialah satu kesilapan bukan kerana Skyhawk pesawat terpakai. Prasarana, kelengkapan dan modal insan tentera Malaysia belum cukup bersedia ketika Skyhawk dibeli. Lagipun, penjual senjata banyak memainkan peranan ketika itu.

  42. oh aku tdk pasti perasaan apakah yg patut diambil melihat kpd keputusan hari ini.

    kenapakah malaysia begitu lemah kpd singapura? kenapa?

    what happen in singapore now?
    aduh apa yg najib lakukan ni..

    aku rasa tidak seronok!
    malaysia kehilangan tanah
    singapura bertambah sentiasa
    perjanjian apekejadahbendanya ni??

    x best langsuang!
    shah tolong explain!

  43. musang tuh dah berjanggut dah kot… mungkin sebab lama sangat tunggu atau pun lama dok terperap dalam bunker

  44. anonymous,

    ciptaan orang tempatan ini banyak, dahulu ada orang buat helikopter (orang kampung dan juga satu lagi ciptaan di bawah seliaan TUDM), kapal terbang pun ada (dibawah seliaan TUDM, masa itu PTU Abu Bakar kalau tak salah). Tapi saya tidak ingat lagi cerita cerita ini kerana masih kecil iaitu sekitar tahun 80an atau 90an

  45. salam dan selamat pagi..

    ada sesapa tau apa dh jadi dgn ciptaan seorang pereka cipta tempatan..
    diberi nama MUSANG?
    dihasilkan dlm awal tahun 1990-an kalau x silap.

  46. Tentang kerahsiaan peralatan tentera rasanya biarlah medan perang jadi penentu. Setakat on paper..belum terbukti.
    Tetapi sewajarnya Malaysia yang melahirkan puluhan ribu saintis, professional perlu lakukan sesuatu untuk 'knowledge worker'.
    Trend untuk melobi kerajaan sbg ejen sahaja tidak akan meningkatkan kemampuan Malaysia. Skim gaji baru perlu diperkenalkan untuk menarik saintis2 untuk diserapkan dalam tentera.
    Kita ketandusan rekaan, tetapi apakan rekaan tempatan dijamin mendapat tempat dalam industri dimana para jeneral dan pembuat dasar lebih percaya kepada buatan luar dan tidak memberi peluang kepada anak tempatan.
    Dan jika diambil rumusan dari pembacaan dalam majalah Tempur..kita masih ketinggalan dalam pembangunan industri militer tempatan.
    Kesimpulannya keputusan untuk membangunkan sistem PARS tempatan ada kemungkinan dapat menaikkan industri tempatan…bukan setakat 'contract assembler' sahaja.
    Perlu ada nilai tambah atau added value..

  47. Diharapkan cita cita kerajan untuk menghasilkan Kereta Perisai sendiri tercapai secepat mungkin..apapun kutukan kita kena telan…biasa la orang kita kan suka mengutuk..Pada pandangan aku berkenaan pembangunan sistem pertahanan adalah keupayaan seseubuah negara membangunkan sistem pertahanan membolehkan tahap kerahsiaan sesuatu sistem dapat dijaga. contohnya keupayaan sebenar sistem senjata U.S tidak dapat diketahui umum walaupun negara luar memakai sistem yang sama dengan nya. sbb U,S menhasilkan sendiri sistem senjatanya…

  48. tak salah kalau nk pakai 2nd hand equipment, tapi pastikanlah peralatan tu sesuai dgn keadaan semasa dan tak ketinggalan zaman…pemerolehan pesawat skyhawk dari amerika boleh dijadikan contoh pembelian yang merugikan kita…melihat kepada keadaan sekarang, kerajaan macam dah tak berminat membeli peralatan 2nd hand..mungkin tak nak pisang berbuah dua kali..

  49. Adee May 23, 2010 3:12 PM, Program kereta perisai Achzarit tentera Israel menghasilkan kereta perisainya yang pertama pada tahun 1988. Kereta perisai itu berdasarkan kereta kebal T-55 yang ditawan dalam perang Arab-Israel. Tentera Israel membuang turret kereta kebal T-55 itu. Kemudian casis kereta kebal itu diubahsuai dengan menambah ruang untuk trup. Armor jenis reaktif dipasang kepada casis kereta perisai.

    Tentera Rusia pula membangunkan BTR-T berdasarkan casis T55 untuk tujuan yang sama.

    Dalam kedua-dua kes, casis kereta kebal lama diubahsuai untuk menghasilkan kereta perisai. Kereta kebal T55 sudah mula digunakan semenjak tahun 1950'an. Casis T55 dipilih kerana ia murah dan dapat menjimatkan kos. Kejayaan tentera Israel dan Rusia mengubahsuai casis T55 membuktikan bahawa kita boleh membeli kereta kebal terpakai di seluruh dunia dan membuat modifikasi supaya mencapai standard kereta kebal terkini atau menjadikannya kereta perisai.

    Membangunkan modal insan di kalangan pegawai dan anggota termasuk skil membina dan mencipta alat ganti serta kelengkapan untuk membina dan mencipta alat ganti. Skil ini sangat bermakna kepada pegawai dan anggota kerana ia boleh dibawa ke alam pekerjaan apabila mereka sudah bersara dari perkhidmatan. Skil ini juga menjadi keperluan strategik pada masa perang dan aman. Kelengkapan baru dalam kuantiti yang banyak menjadi beban apabila kita hanya bergantung kepada pembekal senjata. Kelengkapan tersadai kerana kekangan untuk mendapatkan alat ganti. Keadaan ini menjadi lebih buruk apabila pegawai dan anggota tidak mempunyai skil dan kelengkapan yang memadai untuk mengatasi masalah yang berlaku tanpa campurtangan penjual senjata.

    Mungkin membeli AV8 dapat menyelesaikan masalah kereta perisai tentera Malaysia untuk tempoh 20-30 tahun lagi. Namun, membangunkan skil di kalangan pegawai dan anggota serta struktur 'knowledge management' yang efektif, tentera Malaysia dapat menyelesaikan lebih banyak masalah tertangguh atau yang bakal mendatang buat selama-lamanya.

    Kita tidak boleh menghalang sekiranya Deftech mahu membangunkan AV8. Namun kita tidak semestinya memberi komitmen untuk membeli 257 unit AV8 untuk keperluan tentera Malaysia. Lebih baik jika Deftech membangunkan AV8 untuk pasaran antarabangsa. Pada masa yang sama, tentera Malaysia bergerak aktif membangunkan skil dan kelengkapan strategik di kalangan pegawai dan anggota.

  50. Mintak maaflah terpaksa mencelah jugak…asalnye cuma nk m'baca saja tapi bila terbaca komen dari 'kraken' aku dah tak boleh tahan.Apasal negetif sangat kepala otak dia ni.Komen mcm ni smp bila nk maju.teringat dulu2 masa nk bina jambatan pulau pinang dgn proton…byk jugak komen mcm 'kraken'.ingatkan dah pupus dah org mcm ni.siap boleh bangga dengan orang lain…tapi bangsa sendiri kena cemuh.tolonglah kalau nk kritik tu biarlah membina sikit.

  51. Sebenarnya saya kurang bersetuju dgn pendapat OldCranborne tu. Memang benar dengan membeli peralatan pertahanan terpakai sudah tentu kita dapat membeli dgn jumlah yg banyak dengan harga yang murah. Tetapi jgn kita lupa, terdapat risiko2 tinggi apabila kita memperoleh peralatan terpakai ini.

    Masih ingatkah kita dengan nasib yg menimpa ke atas puluhan (kalau tak silap 88 unit) pesawat terpakai skyhawk yg di beli dari US. Kalau dilihat dari jumlah pesawat tersebut, memang ia nampak hebat. Tetapi apa yg berlaku selepas pembelian itu… Ada yg terhempas, ada yg tersadai begitu sahaja dan macam2 ada.

    Masalah alat ganti dan kos penyelenggaraan juga harus diambil kira. Ini kerana kos tersebut sudah pasti akan meningkat dari masa ke semasa. Kecuali kita dapat mencipta sendiri alatganti tersebut. Barang terpakai ni almaklum la kan keja nak rosak tu perkara biasa la.

    Sekiranya membeli peralatan terpakai untuk menjimatkan wang, adalah lebih baik kita menaiktaraf condor dan sibmas yg sedia ada. Jika diteliti konsepnya hampir sama iaitu membeli peralatan lama yg terpakai utk dinaiktaraf dan menaiktaraf apc lama sedia ada.

    Perkara utama yg perlu diingat pembelian AV8 bukan hanya untuk digunakan dalam tempoh 5 tahun. Mungkin hingga 20, 30 tahun lagi… Cuba bayangkan kalau Fuchs dan T72 tu dianggarkan berusia 20 tahun ditambah lagi 20 tahun utk ATM guna…

    Jangan marah ye Mr.OldCranborne saya cuma memberi pendapat. Tapi saya amat bersetuju dengan pendapat tuan mengenai cadangan prioriti pertama dan kedua tu.

    InsyaAllah, sama2lah kita sebagai rakyat Malaysia untuk mendoakan agar lepas kita beli blueprint AV8, akan tercipta pula blueprint buatan tempatan 100% untuk model AV9, AV10 dan model seterusnya…

  52. Mak ai…ini sowg lg ckp xpkai otak….abis 2 selama ni spe yg bwak kereta perisai condor,sibmas,acv-300,MiG-29,F-18,Nuri, dll 2??? hantu ke????? nk tulis pkai otak la wei….mesti la troop kita diberi latihan wahai saudara anaklan…klo x KD TAR 2 xsmpai kt Malaysia la alamatnya..tersadai kt Perancis nun…1 g spe kte kita ni hnya defensive????? pkai otak la wei…ATM leh lancarkan serangan offensive la wei…klo x pasukan para (PAC) 2 untuk hiasan je la ek??? Ckp pakai fakta la wei…bkan AUTA…..

  53. beli banyak2 aset tentera smpi beribu2 nie ade ke askarnye yg nk operasikan??lgpun kte defensive bukan offensive…

  54. laa..kalau takde google acc still boleh tulis nama apa…nama samaran pun kira ok la…bukan tak boleh nk bangkang..cume kalau nk bangkang tu kena la sekali dgn fakta dan sebab..ni setakat kutuk2 macam budak sekolah…itu yang dikatakan menyemak….ada tak menambah..tak ada tak mengurang…

  55. diharapkan saudara shah jangan block anon2 dari memberi komen..mana la tau diorang mmg xde akaun google ke atau ape ke..apa salahnya kalo ade berbeza pendapat,kutuk2 sket ke..lumrah la manusia camtu..baru la menarik..ini menunjukkan kupasan artikel saudara shah menarik dan memang ade pro kontra..kalau sume dukung xde kutuk2 x syok la nnt..sama mcm masuk bakul angkat sendiri..betul x kwn2 semua??hehe betul betu betul…….

  56. setuju dengan pendapat OldCranborne,
    RM 8 billion tu agak besar jumlahnya..
    banyak lagi benda lain yang boleh dibuat.

  57. Adee May 22, 2010 11:46 AM, Daripada RM8 billion itu, keluarkan hanya RM600 juta untuk membeli sekitar 500 buah kereta perisai terpakai. Di antara kereta perisai yang boleh diberi perhatian ialah Fuchs dan VAB. Baki RM400 juta itu digunakan untuk kerja-kerja modifikasi dan penyenggaraan. RM7 billion diagihkan kepada cabang-cabang perkhidmatan lain yang perlu diberikan prioriti.

    Prioriti yang paling utama ialah untuk membangunkan modal insan. Sekurang-kurangnya kita dapat melahirkan orang-orang seperti Leftenan Jeneral Mikhail Timofeyevich Kalashnikov dan Hugo Schmeisser dalam tempoh lima tahun ini. Membeli blueprint atau rekabentuk orang lain dan kemudian memasang model itu kurang memberi manfaat kepada keperluan strategik ATM. Termasuk dalam prioriti ini ialah memperkasakan Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja. Apa yang lebih penting ialah menghasilkan orang-orang yang boleh mencipta blueprint atau desain sendiri seperti Leftenan Jeneral Mikhail Timofeyevich Kalashnikov dan Hugo Schmeisser.

    Leftenan Jeneral Mikhail Timofeyevich Kalashnikov asalnya ialah seorang pemandu merangkap mekanik keretakebal T34. Kemudiannya dia menjadi salah seorang yang mampu menghasilkan desain-desain senjata yang hebat dan praktikal. Salah satu rahsia kejayaan Viet Minh dalam perangnya dengan Perancis ialah khidmat pakar-pakar senjata Tentera Imperial Jepun dalam pasukannya.

    Prioriti kedua ialah membangunkan Kor Polis Tentera Diraja. Ketua bagi kor ini dinaiktaraf kepada Mejar Jeneral. Antara fungsi yang diberi tumpuan ialah Cawangan Siasatan Jenayah Komersil yang menumpukan kepada pencegahan dan pembasmian rasuah dan salah guna kuasa dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

    Di Rusia, terdapat kira-kira 20,000 buah keretakebal T72 yang sudah tidak digunakan. Kita boleh membeli 1000-1500 buah untuk dibuat modifikasi dan naiktaraf kepada standard T90 atau Leopard 2A6. Sambil membesarkan lagi Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja dengan mewujudkan jawatan-jawatan baru, kita dapat membangunkan skil yang kritikal kepada pegawai dan anggota. Skil ini boleh memberi manfaat kepada pegawai dan anggota apabila mereka bersara dari perkhidmatan.

    Minda 'setia dan berkhidmat kepada penjual senjata' perlu diubah kepada setia dan berkhidmat kepada negara.

  58. Salam Encik Shah dan para peminat blog MOM…

    Agak panas topik yg dibincangkan pada kali ni…

    Saya sebagai rakyat yg cintakan Malaysia sentiasa menyokong apa saja rancangan pembangunan yg melibatkan pertahanan negara. Walaupun untuk memperolehi AV8 dengan harga yg dikatakan agak tinggi kita sepatutnya memandang ke arah yang lebih positif.

    Ini melibatkan soal keselamatan negara. Apa saja dasar yg dibuat oleh kerajaan telah pun di kaji secara mendalam dan sedalam-dalamnya demi rakyat tercinta. Dalam soal pertahanan negara ini segala maklumat sebenar tentang pembelian, kos, spesifikasi dan kuantiti adalah rahsia besar kerajaan.

    Kita sebagai rakyat sepatutnya mengambil berat tentang keselamatan negara. Jangan hanya pandai bercakap dan menuduh secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa apabila sesuatu perolehan yg melibatkan peralatan ketenteraan dibeli oleh kerajaan ini sebagai membazirkan wang rakyat.

    Sepatutnya kita perlu menyokong 100% dan memberi pendapat yang membina demi kebaikan bersama. Jangan salahkan kerajaan khususnya ATM jika negara diserang atau berperang dengan senjata2 canggih, kita hanya membalas dengan ala kadar sahaja dan akhirnya ditawan dan dimalukan tahap maksima dengan mudah.

    Apakan daya kerana terpaksa mengikut kemahuan segelintir rakyat yang pada satu ketika tidak mahu peralatan2 perang canggih lagi membazir ini.

    Akhir sekali saya memohon jasa baik Encik Shah untuk membuat ulasan pada masa akan datang mengenai topik pembelian tiga kapal sokongan pelbagai guna (MRSS) dan 10 kapal latihan sepertimana yang terulis di dalam akhbar Utusan Malaysia 22.05.2010.

    Terima kasih…

  59. johor is very the urban one. itu iskandar, berapa kali ganda besar dari singapore. jangan la ingat malaysia ni negara hutan dan selut lagi. tu dulu, sekarang lain…

    so, mbt dan 8×8 mmg perlu dalam operasi militari di malaysia pada hari ini dan masa depan. 48 pendekar tu tak cukup, kena tambah minimum 102 lagi, paling afdal kena ada 300 buah mbt dlm ATM. 8×8 jangan cerita la, sekurang2nya kena ada 700-800 buah.

    memang perlu malaysia membuat sendiri semua keperluan2 ketenteraannya. bukan utk kegunaan masa ini sahaja, masa depan anak2 dan cucu-cicit dan seterusnya pun kena ambil kira.

  60. Salam…yup stju ngn anklan….tp mbt dowg ni ada gna gak kt kawasan urban…1 g malaysia ni byk highway….so mmg sng r dowg nk advance mbt dowg tp highway2 ni jugak leh jd perangkap maut tuk MBT leopard dowg 2 hehehe….

  61. "Qoute"(42.Umum tahu bahawa strategi Singapura adalah menjadikan selatan Malaysia sebagai
    kawasan pertempuran, ini bermakna kepulauan itu sendiri selamat dari bahang peperangan.

    43.Tak akanlah Singapura yang maju, mempunyai mentaliti kelas pertama dan cerdik itu
    menjadi terlalu bodoh dan bangang untuk membangunkan sebuah kereta perisai bertayar 8X8 yang
    maha berat sampai 30 tan.)"Qoute"

    kenyataan bro bercanggah dgn di link http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/01/malaysia-bukan-pengguna-main-battle.html

    "Quote"(29.Permukaan bumi Malaysia agak sempit, berbukit bukau, diserakkan dengan paya, ladang getah dan kelapa sawit, ia sememangnya merupakan perangkap semulajadi ke atas sebuah kereta kebal. Leopard yang seberat 63 tan mungkin dengan mudah terperangkap dalam selut atau berhadapan dengan masalah mobiliti dalam kawasan hutan dan ladang.)"Quote"

    kenyataan diats ialah kenyataan bro mngenai MBT Leopard S`pura.

    S`pura dh beli pon kete kebal yg tak sesuai dgn muka bumi M`sia.S`pura x la pndai sngt.

  62. Saya setuju kalau anonymous ni diblok dari komen biar "gentleman" sikit guna nama. Perbezaan pendapat pada saya bagus sebab kita negara demokrasi bukan kominis asalkan tidak keterlaluan atau menghina org lain. Kita hendaklah bersikap positif spt rakyat negara maju bila kena kritik terutama dgn fakta.

    Jangan anggap org yg tak sependapat dgn kita sbg pengkhianat negara dll. Apa yg penting ketelusan dan tanggungjawab dlm setiap pembelian alat senjata dll.

    Sila baca di web ini http://www.mindnoevil.com dan fikir-fikirkan….

    Banyak betul jerung-jerung perkasa sekarang ni.

  63. terex SG didevelope oleh firma timoney dari ireland ….SG hanya mengintegrasikan sistem persenjataan dan command & contro sahaja untuk further development sistem BMD

  64. Adus, makin lama mkin bnyk pulak anom2 pendajal dlm site ni. Tp ap2 pun post kalì ni mmg konstruktif, org2 bangang@ perosak ngara@jahil ja yg tau nk bsing2. Otak ad guna, jgn totally dpend kt emosi, cubala optimis sket

  65. Saksikan aksi pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia iaitu PASKAL, PASKAU, & GGK dalam rancangan dokumentari Majalah 3 pada 22 Mei 2010 hari sabtu, pukul 9.00 malam, di TV3…

  66. byak anon aka spy nie shah..
    dulu takde macm nie..

    blog bro ni dah pupolarla gamaknye samapai ramai hantar spy tukang kondem..takpe2 bersabar je..

    teruskan entry yang sangat memberi info..

  67. bagus bro shah blok ja nama-nama anonymous ni klu bole delete terus jgn biarkan dorang buat comment kat mom ni…. saya baca comment dorang ni buat sakit hati batul..

  68. Sy skong 100% bro shahpaskal….1 g sy mntak bro tlong la delete komen2 yg sja nk cri pasal ngn warga MOM….wt mnyemak je…

  69. BETUL GGK,

    Byk sangat Anonymous…ini tidak adil kepada pembaca lain yang memberi komen dengan menunjukkan sikap gentlement apabila berani menggunakan identiti sendiri.

    Saya sedang mempertimbangkan untuk blok masalah nama Anonymous ini. Malahan rakan-rakan rapat saya yang terdiri dari blogger lain sudah beberapa kali menegur untuk tidak membenarkan penggunaan nama Anonymous ini berleluasa.

  70. mari berkongsi ilmu militer dan industri di site ini…

    http://panggilanpertiwi.forumotion.net/

    tp x leh nk marah2 laa…site ni site yg aman..nk berdiskusi..sy sarankan dgn cara baik..

    p/s – bro shah…ku promote site forum disini..mintak ampun mintak kebenaran eh…haha

  71. bkan per bro Luth…ni smua punca dr anon2 yg sje nk wt kecoh dlm MOM ni…dlu xda pun cmni…ntah skang ni tba2 dtg menyemak…dtg dri ceruk mne tah…

  72. apa nak gaduh2 ni…senang cerita…no body perfect….jangan dok tengok kelemahan negara sendiri je..amerika tu pun ade kelemahannya…raifal M4,anggota tentera amerika sendiri pun komplen pasal raifal tu..helikopter sikorsky s-92 tu berapa kali terhempas dalam ujian?..singapura pun tak terlepas drpd kelemahan…bukan perfect sgt pun..

  73. Salam wt pengetahuan R.A.T.M….raifal bullpup singapore bkan dowg yg design…dowg hnya upah owg len design kemudian dowg produce kn je…lg pun dowg gnakan teknologi israel…sme gak cm terrex 2…bukan dowg yg design pon…xyah la agongkan kemampuan owg len….ubah la mentaliti 2…

  74. ada lagi :

    - enjin jet F5E hilang
    - enjin jet Su-30 rosak sebab runaway kualiti cam najis
    - maintenance MIG-29 tinggi padahal negara lain pun banyak yang guna MIG-29
    - NGPV total kos RM 6.7 billion,
    tapi khabar angin mengatakan second batch nak amik model lain plak..kata TOT..?? apasal tak tambah lagi..??
    - dah lama malaysia pasang kenderaan tentera..bila nak design dan produce sendiri..kalau takat nak jadi orang tengah..buang duit rakyat saja..
    belajar design dan produce raifal dan RPG dulu sebab benda ni boleh dikatakan asas dalam aset tentera

    p/s – singapore boleh buat raifal bulp-up – apasal malaysia tak leh buat..?? pening kopala eden..!!!!

  75. kerajaan malaysia sibuk dengan slogan malaysia boleh la…
    berdikari, buat sendiri laaaa…
    tak caya kita tunggu..
    adakah malaysia akan membangunkan sendiri kereta perisai tersebut..??
    semuanya hanya omong-omong kosong sahaja..
    8 billion tu lebur begitu saja..
    lepas tu mereka akan sign lagi satu TOT…lepas tu macam tu jugak…
    dah lali ngan kerajaan malaysia..
    raifal pun tak leh buat…
    kapal peronda pun delay..siap kena top-up lagi duit..
    walaupun bukan singapore yang design sendiri, tapi mereka mampu menghasilkan sendiri..
    bukan takat raifal..tapi dah bermacam-macam..semuanya hi-tech.!!
    bila perang semua aset mereka dah ready…
    malaysia..?? terhegeh-hegeh nak order kat luar…tu pun mesti nak mintak komisyen walaupun tengah perang…
    dah la tu, toksah dok berangan,
    jiran-jiran malaysia semua pakat-pakat gelak malaysia..sebab comfirm benda ni takkan jadi kenyataan..!!

    ( respek kat SCS sebab R&D power, yang lain tu screw-up..takat jadi agen jualan sahaja )

  76. dah banyak sangat kerajaan sign Technology of transfer..tapi habuk pun tarakk..!!!
    apa jadi kat program NGPV..???
    rugi RM 1.4 billion..!!!

  77. tak yah gaduh2 la…
    av8 tuh dah cukup bagus dah utk atm. bukan sikit nak pakai beb… mau dekat 1000 atau lebih lagi kalau semua 3 cabang nak pakai. ngan AW lagi, polis hutan lagi, so alang2 nak belanja duit kat 8×8, biaq la kat rakyat sendiri. berbillion2 tuh, sayang jer kalau dialirkan keluar negara…

  78. setuju x teori pasukan bola sepak sesebuah negara berkadar langsung dengan kekuatan tentera negara tersebut??macam permainan bola sepak, masing-masing mengaku kuat..ada skill itu ini, tapi kalau bertanding kalah jugak..adakah kekuatan sesebuah negara juga seperti team bola sepaknya??ini cuma perumpamaan saja ye rakan2 semua..cuba lihat negara yang kekuatan tenteranya kuat, mereka juga maju di bidang sukan..dan satu lagi kalau orang yang tidak bersetuju x semestinya orang tu pengkhianat.apapun semoga msia terus kuat dan berdaulat..amin ya Allah

  79. kepada Anon May 19, 2010 12:50 PM, ayat tuan 'tidak mengapa menggunakan kereta perisai terpakai. Ini kerana kereta perisai tidak terbang seperti pesawat pengangkut atau helikopter' biar betul? sebab x terbang, kita boleh sambil lewa jer beli equipment darat. lagi satu statement tuan 'yang pentingnya, kereta perisai itu bersesuaian dari segi armor, kuasa dan jarak tembakan, mobiliti, jarak operasi dan sebagainya' ada betulnya tp benda2 second hand ni faham2 je la, kalau dah digasak pengguna pertama mungkin x boleh deliver 100% performance lagi. silap hari bulan boleh jadi tukun je lepas lepas dibeli.

  80. Blue print memang la tak di jual sewenang2nya … dah ni dia jual dengan tech transfer.. yang kamu masih nak komplen kenapa?

    Singapura mana ada pakai design sendiri, itu pun ok apa? Singapore buat tak salah.. malaysia buat salah? Apesal ramai sangat pengkhianat ni?

    Economic multiplier mana ada kaitan dengan knowledge multiplier.. aduih kenapa la lemah.

  81. Kenapa la ramai sangat takut sangat nak letak nama.. susah lah nak reply.

    1. Kita tak dapat hak untuk memajukan ACV300. Perjanjian kontrak pemasangan sahaja. Melanggar kontrak akan di saman berjuta2.

    2. kita juga cuma mendapat hak memasang dan membuat AUG styer sahaja. Kita tak dapat hak untuk menjual dan memajukan AUG steyer. Sekali lagi jika kita langgar kontrak tu kita akan di saman.

    3. SEKARANG KITA DAH DIBERI HAK UNTUK BUKAN SAHAJA MEMAJUKAN MALAH MEMBINA SENDIRI PARS!

    ITU PUN KO NAK BANGKANG? MANUSIA APA KO NI?

  82. Apapun pembelian ini amat diperlukan…walaupun mahal…sebab pertukaran teknologi sememangnye mahal…(takde negara mahu share teknologi) apapun lepas ni jangan la jadi cam proton..lepas berjaya hasilkan produk sendiri..end produk masih dijual dengan harga yang tinggi…..

  83. saya btl2 tak faham la dgn rakyat malaysia ni… bila kerajaan nak buat sesuatu untuk k'pentingan negara pasti ada yang tak suka. kita dah lupa ke dlm dunia ni tiada yang s'purna dan begitu juga la sebaliknya….jadi percaya la tak semua yg kerajaan buat tu sempurna dan tidak bermaksud pulak semua yang kerajaan buat tiada kebaikannya. kita kena terima kekurangan dan kelebihan PARS yg malaysia bakal bangunkan… cukup la kita sbagai rakyat malaysia b'rasa bangga dan berdoa semoga negara kita ini terus aman selama2nya skaligus terus maju manjadi negara maju m'jalang 2020, tak payah la nak gaduh sesama s'diri.

  84. Salam…kpda anon Anon May 19, 2010 6:27 AM….bek ko stdy blik btol2 tentang kenyataan ko 2….jgn jd bengap ok….1 g PARS buatan Malaysia bukannya hnya ada versi yg pkai 30mm shja, versi yg pkai meriam 25mm pun ada gak….stdy btol2 r bai sblum wt kenyataan…sbb 2 PARS Malaysia akan ada 12 versi….dan wt pengetahuan smua dlm program PARS ni juga wt pertama kalinya TD akan pakai sistem RCWS….

  85. Anon May 19, 2010 10:14 PM

    10.Pemindahan teknologi ini dimungkinkan kerana pengeluaran kereta perisai yang sangat
    banyak dan ini sudah pasti menguntungkan FNSS dari Turki juga, jika beli sedikit, tidak mungkin
    pemindahan teknologi ini berlaku.

    11.Sekarang sudah terjawap mengapa harganya sangat mahal, harga ini termasuk
    "Blueprint" pemindahan teknologi yang ampuh dari sebuah negara Islam ke sebuah kerajaan Islam
    yang lain untuk pembinaan kereta perisai pertama Malaysia yang boleh dipakai oleh ATM serta juga
    untuk dijual ke pasaran antarabangsa.

    aku tanak marah ko tak tentu pasal..
    ko tak bace ke artikel nih betul2..?
    yang ko beriye nak menidakkan keupayaan orang kite nih nape ye..?
    nasehat aku..
    bace la elok2 artikel nih..
    kite nih nak pertahankan negara kite..
    nak bagi ko anak beranak hidup aman damai..
    percaye akan kekuatan dan kebolehan kite.~~

    gempur..wira!!

  86. Woi anon2 yg belagak pandai…cbe ko bce btol2 tentang PARS Malaysia ni…ACV300 dlu mne ada dlm perjanjian kita boleh produce & export acv-300 2….kowg 2 yg berfikiran kelas ke-3….kejayaan bangsa len kowg agongkan ya tp kejayaan bangsa sendiri???? spe yg berfikiran kelas ke-3 skang ni????? wei PARS ni bkan TURKI yg design tp syarikat GPV dr US yg design kemudian Turki ambil design dia…sme cm TERREX singapore….TERREX 2 di design oleh sebuah syarikat dr Ireland kemudian diberi kpd ST Kenetics…ko ingat singapore pndai sgt ke design weapon??? 2 smua Israel yg tlong taw x…..1 g spe kte meriam 30mm ni lemah???? wei meriam buatan denel yg nk digunakan ini antara yg terbaik dan diakui oleh barat ngn nato taw x….meriam pd turet LCT30 adalah meriam GI-30 berkaliber 30×173 piawaian NATO yg merupakan meriam utama yg digunakan oleh meriam pesawat2 udara serta meriam pertahanan kapal seperti contoh pesawat A-10 dan sistem CIWS Goalkeeper….bek ko bce btol2 spec PARS Malaysia ngn spec PARS Turki…jauh bezanya…PARS kita ni byk yg dah diupgrade….lg pun versi yg kita nk kuarkan 12 versi bukan 7 versi cm Turki….ak rse kowg ni yg berfikiran mcm budak kecik dan berfikiran kuno….kejayaan bangsa sndiri nk dihina,kejayaan bangsa len kowg junjung….ak rse klo Malaysia ni berperang,kowg ni r yg akan menjadi pengkhianat Agama,bangsa dan negara kita….pergi jahanam r anon2 yg asyik nk kondem blog ni…klo xske xyah bukak blog ni…prgi r bukak blog yg ko ske…klo ko ni manusia ko phm ckp ak ni….tp klo ko ada gak pasni mcm ak kte sblum ni r…ko ni lbih truk dr spesis binatang….

  87. betul economic multiplier pun tak tahu setepatnya lain kali gi blaja
    ambik MBA ke baru nak ajar orang tak tahu diam je setakat google
    ape ade.. nak berguru bukan google2
    ada FAHAM
    semua yang kat sini berangan je macam budak kecik 5 tahun

  88. GGK May 19, 2010 3:53 PM, 'economic multiplier' bermakna kita mempunyai desain sendiri yang efektif dari segi kos dan mendapat sambutan di peringkat antarabangsa. Contoh kereta perisai yang menjadi 'economic multiplier' ialah versi-versi Mowag Piranha.

    Memasang desain orang lain bukanlah 'economic multiplier' yang sebenar. Tiada skil baru yang diperolehi kecuali skil memasang dan menguji kenderaan. Skil ini boleh dipelajari di kilang-kilang memasang kereta dan kenderaan berat. Skil yang lebih penting ialah menghasilkan desain baru yang menjadi 'force multiplier' kepada sesebuah pasukan di samping desain itu mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat antarabangsa.

    Penjimatan yang dibuat dalam mana-mana pembelian aset pertahanan boleh disalurkan kepada bidang-bidang lain yang memerlukan perhatian. Lebihan yang ada boleh juga disalurkan kepada R&D, supaya skil yang ada bukan setakat menguji, menyelenggara dan memasang kenderaan sahaja.

    Kita berpengalaman memasang ACV 300. Kita bepengalaman menggunakan Ferret, V150, Condor, Sibma dan sebagainya. Tetapi sehingga kini kita masih bergantung kepada orang lain apabila tiba kepada bab desain baru yang lebih canggih dan meyakinkan.

  89. kalo da tau selatan johor bakal dijadikan medan pertempuran, apa tindakan pihak berwajib untuk mencegah atau mengelakkan perkara ini terjadi??kenapa x buat pangkalan je kat jb..kalau setakat tau tapi tak buat apa2 x guna jugak bro..kesian rakyat jb kalo ade pape(semoga negara malaysia dilindungi Allah) diorang dulu ynag kene..x mustahil jadi penempatan haram macam di palestin..

    -azman-

  90. Anon May 19, 2010 12:50 PM, tidak mengapa menggunakan kereta perisai terpakai. Ini kerana kereta perisai tidak terbang seperti pesawat pengangkut atau helikopter. Yang pentingnya, kereta perisai itu bersesuaian dari segi armor, kuasa dan jarak tembakan, mobiliti, jarak operasi dan sebagainya.

    Fuchs menggunakan enjin Mercedez. Jadi, penyelenggaraannya lebih mudah dan murah.

  91. Saya sokong anon diatas, berapa banyak order yg diperolehi oleh projek NGPV kita dari negara luar? Berapa banyak order ACV 300 dari luar? Jangan syok sendiri kalau sendiri guna pun tak puas hati, nak jual kat orang luar pulak jgn harap.

    Mana ada dalam dunia pembeli senjata kena setup production line utk sykt swasta dan jual hasilnya pd pembeli (kerajaan). Sepatutnya sykt tersebut tanggung kosnya, kerajaan boleh bantu dari segi geran R&D sahaja. Org kita buat bisnes macam kartun bila sykt untung jual pd swasta (cth MAS,LRT dll), kalau rugi/ bankrup jual balik pd kerajaan.

    Harap-harap jgnlah kena bailout lagi dan kroni-kroni kekenyangan, rakyat/ pembayar cukai kena tanggung. Kalau kat Jepun dah lama letak jawatan atau tukar kerajaan. Rakyat kita masih berminda dunia ketiga sama spt negara mundur.

  92. Anon May 19, 2010 6:27 AM, bilakah masanya Pars Malaysia lebih canggih dari Pars Turki? Pars tentera Turki menggunakan M242 25mm sedangkan Pars Malaysia menggunakan meriam 30mm buatan Denel. M242 sudah terbukti kemampuannya dalam pertempuran sedangkan meriam 30mm Denel lebih lemah dari segi rekabentuk dan operasi. Sebagai pilihan, meriam Bushmaster II Mk 44 30mm atau MK30-2 30mm lebih sesuai dipadankan dengan Pars yang dipasang di Malaysia. GAU13/A juga boleh dipertimbangkan untuk Pars yang dipasang di Malaysia.

  93. afiqhakimi May 19, 2010 2:38 AM, kita cuma memasang FNSS Pars sepertimana kita memasang ACV 300. Kita bukannya mengeluarkan desain baru. Setelah berpengalaman memasang ACV 300, kita tidak pernah membangunkan teknologi kita sendiri untuk merekabentuk kereta perisai berunut yang lebih canggih dari ACV 300. Korea Selatan lebih maju setapak dari kita. Setelah berjaya dengan K200, sekarang Korea Selatan muncul pula dengan K21.

    Keadaan yang sama berlaku dengan raifal Steyr. Setelah mampu memasang raifal Steyr, kita hanya memperolehi lesen untuk memasang karbin M4. Sepatutnya, kita sudah lama mempunyai kebolehan mengeluarkan rekabentuk raifal bullpup kita sendiri. Sampai bila kita mesti terus memasang rekabentuk orang lain?

    Blueprint tidak dijual kepada orang lain dengan sewenang-wenangnya. Blueprint hanya dijual apabila model itu sudah usang, akan diganti dengan model yang lebih canggih atau mempunyai kecacatan rekabentuk. Barangkali, tidak lama lagi tentera Turki bakal memperolehi versi kereta perisai yang jauh lebih canggih dari Pars.

  94. Salam…GGK sy rse dowg ni xreti membaca kot….tp biasa r sifat org Malaysia terutama owg Melayu…cmni r owg da cerita punya teliti pun dowg stil nk bangkang g…pas2 agungkn bangsa lain….tepuk dada tnya selera r…

  95. Kos tu termasuk kos pembinaan fasiliti untuk production line baru PARS. Perpindahan teknologi termasuk pembelian peralatan automasi untuk KILANG BARU. Rasanya shahpaskal dah terang2 tulis kat situ. Kenapa ramai masih blur ni?

    Kenapa nak buat sendiri? kenapa tak beli je APC terpakai Jerman?

    Sila Google "economic multiplier" dengan membina sendiri peralatan ketenteraan , kos timbal balik tu akan pulang kepada rakyat. Duit yang kita belanjakan untuk PARS akan rolling balik kedalam negara. Rakya akan benefit.

    Kalau tak faham, secara mudahnya 'economic multiplier ' bermaksud begini. Untuk setiap 1 juta yang di belanjakan untuk merealisasikan APC buatan tempatan ni, sebahagian besar duit ni akan digunakan untuk bayar gaji pekerja, upah kontraktor tempatan, engineer, saintis.. itu ini…

    dan duit ni pulak akan digunakan untuk beli kereta lah, barang runcit lah, beli rumahlah, yang dalam masa yang sama merangsang plak industri2 berkaitan… kemudian… duit ni beranak lagi… dan lagi dan lagi… ini merangsang ekonomi.

    jadi benefit kepada rakyat sangat tinggi kalau kita buat sendiri.

    Tetapi kalau kita pegi bayar seketul sejuta APC Fuch tu kat Jerman.. duit tu pergi mana? Pergi Jerman lah.. kita cuma dapat Fuch je tapi tiada langsung Economic multiplier.

    faham2 kan

  96. bro shah…

    nak tanya sikit, kalau meriam 90mm macam yang dipasang pada sibmas tu agak2 sesuai tak dipasang pada AV8 ni?

  97. bagi saya rekabentuk kenderaan juga penting kerana kita juga perlu memberi identiti kepada angkatan tentera kita agar mudah diidentified oleh pasukan kawan. cun atau tidak perkara kedua. yg penting performance tp kalau kita yg design sendiri kalau boleh elakkan la dari influence kenderaan2 russia cause identiti komunis masih susah nak dikikis even melihat kepada rupa bentuk kenderaan mereka.one more thing, kepada anon May 18, 2010 9:59 PM jgn la asyik nak suruh beli benda2 second hand jer, nyawa dan keselamatan negara x boleh dikompromi.Ingat Malaysia ni x mampu beli baru atau buat sendiri ke?

  98. tahniah bro shah

    satu lagi artikel yg baik..

    anyway, aku pernah bace dalam satu blog jeneral bersara berkenaan isu PARS ni. mengikut maklumat seorg commentator dalam blog tersebut, PARS ni dah lulus ujian terrant kat malaysia..jd, sepatutnya tiada masalah dari segi saiz & berat

    ni mungkin lari topik sket..
    tp aku nak tanya la, bro shah..ko tau tak kenapa ATM tak pursuit utk Digi Camo…??? & pada pendapat ko, penting tak ATM isu Digi-Camo..???

    ps: utk anon2 yg cumer tau nak kondem jer yg bukan2, blah je la dari blog ni…pegi masuk blog artis atau mana2 blog yg sampah..pastu ko porak-perandakanlah blog sana sepuas hati ko…lagi bagus..

  99. kita perlukan beratus2 kenderaan ini (selain dari yg diumumkan secara rasmi) utk disimpan di gudang2, bunker2, dan depot2 senjata bawah tanah yg berselerak di bumi malaya nih sbg simpanan perang bagi menggantikan simpanan2 perang yg dah lama berada di perut bumi dan mungkin juga ada yg dah berkarat.

    walaupun tudm sg. besi nak dipindahkan dan ini akan menyebabkan bunker2 undergroundnya di situ dijadikan shopping complex bawah tanah, namun dengkil dan bkt jugra akan mendapat bunker2 baru yg lebih moden dan besar. jadi mmg wajarlah malaysia mengeluarkan sendiri senjatanya dengan banyak utk memenuhi bunker2 baru ini.

    pilihan yg tepat apabila malaysia bercadang mengeluarkan sendiri ingwe dan turet/meriam 30mm LCT30 Denel kerana perang masa kini dan depan banyak mengunakan senjata dari jenis spt itu utk menghancurkan musuh. pelaburan yg bijak, dari 8 billion pelaburan, kita akan dapat menghasilkan berpuluh2 billion lagi dari segi penjimatan pembelian tempatan dan juga ekspot senjata ke negara2 Islam lain.

  100. Perpindahan ToT pada pandangan saya yang tak berapa pandai lebih dari menguntungkan dari membeli kenderaan dengan harga murah.

    Dengan adanya blueprint kita dapat mengubah atau menyesuaikan kenderaan itu mengikut kehendak semasa ATM.

    dan saya kurang bersetuju dengan mereka yang membincangkan kecantikan reka bentuk dari keupayaan persenjataan

    kepada ANON May 19, 2010 4:11 AM yang TAK BERTELUR tu,bangsa melayu dah ada meriam dan senapang setanding dengan tamadun eropah

    kepada ANON May 19, 2010 3:10 AM PON YANG TAK BERTELUR JUGAK,tak jadi kudis pon kau kutuk kami cuma malang bagi kau yang hidup dalam politik bodoh kau tu….

    • kita perlu berbincang dengan lebih bijaksana kerana kita mesti negara yang segalanya A.. cara berbincang mesti baik punya.. tak perlu gaduh2..

  101. Salam….pada anon May 18, 2010 10:01 PM…cbe ko bce spec PARS buatan Malaysia ngn spec PARS turki yg sedia ada…jauh perbezaan r bro…untuk pengetahuan saudara, PARS Turki hnya ada 7 versi shja mnakala PARS buatan kita akan mempunyai 12 VERSI….sy berhujah ni menggunakan fakta bukan auta….antara versi yg pling best bg PARS buatan Malaysia,turet PARS ini menggabungkan meriam 30MM ngn misil anti kereta kebal INGWE buatan afrika selatan yg setaraf ngnmisil TOW terkini buatan US…byk g spec yg membuatkan PARS buatan Malaysia ni mnjadi lebih canggih dr PARS buatan Turki…kpd saudara anon May 18, 2010 10:01 PM…bykkan lg mmbaca dan mengkaji sblum mengkritik ya..ada lg TAIK dlm MOM ni…mmg kowg ni lg truk dr BA ALIF BA YA r….spesis 2 pun taw nk blah klo owg da halau die taw x…ko ni xpham bhasa melayu ke hah??? klo xske ngn blog ni BLAH r!!!!!! Buat mnyemak je…bodoh…kcik2 xnk mmpus,da besar menyakitkan hati owg….sy cdgkan saudara shahpaskal delete r komen BANGSAT2 NI…..

  102. Apa shahpaskal kau ni
    kuat berangan lah
    setakat buat kereta perisai ni basikal pun tak mampu nak buat hahahahhahahaaaa
    pi lah mabuk Mat2 Poyo

  103. Abg Anon May18,2010 9.59PM
    agak2 abang anon la kan..
    kalo kite asek beli barang orang sampai bile kite nak pandai buat kete perisai sendri..??

    kete perisai nih harge die 8billion sbb kite buat ToT(Transfer of Technology) siap dapek laie blueprint.adekah kau tak bace artikel nih bebetul..?aish~

    singapore ubahsuai 2nd hand leopard(bak kate abang anon la) salahkah kite plak nak buat kete perisai buatan Malaysia?
    aku bangge jadik anak Malaysia..

    gempur..wira!!

  104. Abg Anon May18,2010 9.59PM
    Kalau beli al fahd 8000 biji,agak2 berape kos maintanance setiap tahun ye Abg Anon?

  105. Tang mana PARS buatan Malaysia lebih canggih daripada versi yang asal? Very funny lah lu ni (Anonymous, May 18, 2010 5:14 PM)!!

  106. Apa salahnya membeli Fuchs terpakai dari tentera Jerman? Bukankah tentera Singapura membeli keretakebal terpakai Leopard 2A4 dari tentera Jerman. Mereka dapat membaikpulih dan menaikkan taraf keretakebal Leopard 2A4 itu dengan jayanya. Kos penyelenggaraan tahunan setiap unit juga lebih murah berbanding dengan membeli keretakebal yang baru.

    BTW, kereta perisai Al Fahd buatan Mesir ialah di antara yang termurah. Harga setiap unit hanya di sekitar RM1 juta sahaja. Dengan RM8 billion, sebanyak 8,000 unit dapat dibeli.

  107. salam arga MOM….kos PARS ni mhal sbbnya:

    1.Perpindahan teknologi.
    2.PARS versi buatan Malaysia ni lg canggih dari PARS yg sedia ada.
    3.Fasiliti DEFTECH di pekan pahang perlu ditambah dan di upgrade untuk pengeluaran PARS(Sbb 2 kos tinggi).

    Nk bising pe nye lg…lgi pun berbaloi per program PARS ni….pasni ada la gak kereta perisai buatan Malaysia kn…pas2 leh dieksport lak 2……g pun PARS ni bkannya turki yg develop…syarikat GPV kt us yg develop…turki gak yg untung pt jual kt kita…pasni giliran kita lak…setuju smua ??? 1 g…bro shahpaskal mnenya post pasal RAHSIA BESAR 2???? xsbar da ni…..
    kpda anon May 18, 2010 2:23 PM…mi-17 antara heli yg da best in the world taw x??? g 1 btr-90 merupakan da bez btr dlm kategorinya…btr-90 didevelop hasil pengalaman rusia di chechnya….klo takat cun tp xberguna sme gak bro….

  108. AV4 is hardly fit for frontline operation.AV4 is for low level threat(medics,policing,riot control,etc)

    well about the deployment of heavy armour in malaysian peninsula,one have to look at our history and see how the japs won against a bigger colonial forces in wwii.they bought with them tanks.TANKS.sure type-95 tank is crappy compared to other tanks of its generation but crappy tanks is better than not having tanks at all.colonial forces in malaya doesn't have tanks because the british,with all their wisdom,thinks the same thing as what most people think now.that is malaya(with the jungle,plantation,marshes) is not suitable for tank mobilization.

    please learn from history,folks

    btw at that time bazooka is not existed in malaya so don't bring that anti armour weapon debate here

  109. rasanye av4 mmg x sesuai utk major warefare.setakat jaga pangkalan boleh la. buat la yg SAM version especially utk jga base airforce dgn navy. lagipun kalau pakai av4 baik guna condor jer. rupa pun lebih kurang. lagipun av4 nampak lebih kepada tugas kepolisan dan riot control.

  110. apa la suruh beli kereta perisai second hand jerman. silap hari hari bulan kos maintain lagi mahal.da la rupa FUCHS buruk sama la dgn BTR-90 act kalau boleh jgn la beli kenderaan2 darat russia dan helikopter diarg esspecialy mil-17. x cun langsung hehe… brader shah, nape tankies pendekar x pakai helmet mcm krew kereta perisai kita yg lain. the russian one tu hodoh la. tp nasib baik jugak la Pendekar tu xpakai PKT.

  111. Tahniah kerajaan kerana. membeli kenderaan berperisai baru. Walaumacamanapun 257 buah AV 8×8 (25ton) RM8B = RM 31.128M sebuah dan dipasang dalam negara

    Kita pernah beli 62 buah PT91M- Pendekar (45 ton) dengan harga 1.4N = RM22.58 sebuah (diimport keseluruhan).

    Perbandingan ini masih menampakkan harga AV 8×8 masih terlalu mahal. Kita pernah sogokkan oleh MINDEF dgn kehilangan injan F5E yang hanya berharga RM300k etapi dinyatakan dalam akhbar berharga RM 50M sebuah. Saya rasa perkara ini harus dinyatakan secara jelas supaya isu harga yang tinggi itu tidak menimbulkan isu2 lain yang boleh menjatuhkan kewibawaan ATM.

    Saudara SHAHPASKAL, boleh tak saudara memperjelaskan kedudukan sistem peluru berpandu Malaysia yang pertama 'TAMINGSARI' sehingga kini kita masih belum nampak ianya beroperasi.

  112. Dalam artikel saya, tidak disebut pun orang Malaysia fobia dengan Singapura.

    Singapura yang fobia dengan Malaysia dan bukan satu rahsia lagi, Singapura akan menjadikan Johor sebagai kawasan pertempuran kalau berlaku peperangan.

    Kita kadang-kadang kena realistik bila bercakap tentang kententeraan.

    Seperkara lagi, sebagai orang awam (termasuk saya, anda dan ahli politik) memang gemar bermain dengan harga kerana pengaruh kehidupan kita tetapi pembelian peralatan perang bukan macam beli kereta terpakai.

    Sesuatu pembelian bergantung kepada keperluan, bukan sahaja keperluan untuk tenteranya, tetapi ada juga terkandung kepentingan negara dan industri pertahanan negara itu.

    Saya sudah jelaskan dalam artikel saya, pembelian kali ini mencakupi transfer of technology termasuk blueprint untuk membangunkan prototype pertama APC negara

  113. Dengar cerita orang yang merekabentuk AV4 dari Afrika Selatan.Dia pun sama2 design sabiex.
    Tak hairanlah..

  114. 1. Kos kereta perisai 8×8 UK yang baru jauh lebih murah dari kos kereta perisai 8×8 Malaysia.

    2. Kawasan pertempuran sebenar bukan di Selatan Johor. Selatan Johor seperti juga Utara Johor, Pantai Melaka, Selatan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Tengah Pahang dan sebagainya hanya terlibat di peringkat akhir peperangan di mana pasukan simpanan Singapura akan digerakkan untuk memenuhi lokasi-lokasi yang telah dikosongkan. Pada peringkat awal peperangan, Selatan Johor hanya akan dihujani dengan bedilan meriam 155 mm. Kereta perisai Terrex digunakan untuk mengangkut pasukan tentera simpanan ke lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti.

    3. Tidak lama lagi, tentera Jerman akan membersarakan kereta perisai Fuchs. Lebih murah mendapatkan kereta perisai Fuchs berbanding dengan membeli yang baru. Pada masa yang sama armor dan persenjataan KIFV dan Adnan dinaiktaraf.

    4. Kenapa orang Malaysia begitu fobia sangat dengan Singapura? Apakah Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan China bukan ancaman? Bagaimana jika Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina bergabung untuk menyerang Malaysia sambil Singapura berkecuali?

    • Thailand, Philipina dan Vietnam x mempunyai alasan menyerang Malaysia. Sementara Indon disebabkan rakyat2 diowg yg bodo dan emotional, benci Malaysia, tuduh macam2 kata Malaysia anjing British tetapi tentera mereka lemah dan ketinggalan zaman. yg paling berkemampuan dan mempunyai alasan menyerang Malaysia adalah Singapura. Singapura memaksa Malaysia memperbaharui perjanjian bekalan air sehingga selepas tahun 2060 dan mengugut akan menguasai sungai2 di Johor jika x berbuat demikian. Oleh itu, Malaysia perlu bersedia drpd sekarang. Air adalah segalanya bagi Singapura.

      • TNI lemah dan ketinggalan zaman?hehe… Tak apa dianggap lemah oleh musuh jadi seberapa besar kekuatan TNI tak ada yg tahu . Aku beri sedikit info ttg kelemahan TNI, misal Kejuaraan menembak antar tentera darat se Asean di malay tahun 2010 TNI AD juara umum, Lomba menembak di Australia 2010 TNI juara umum,Di libanon lomba menembak antar satuan unifil TNI juara umum. Lomba renang melintasi selat sunda antara marinir TNI AL dan Paskal malay tahun 2008, Tak ada satupun paskal malay dapat menyelesaikan lomba kerana tak kuat berenang.. ini fakta. Aku beri link ye jika ingin melihat perkembangan militer Indonesia… http://www.beritahankam.blogspot.com
        http://www.alutsista.blogspot.com
        http://www.maju-indonesia-ku.blogspot.com

  115. tahniah bro..
    kupasan menarik..~

    aku rase ni adelah sebahagian daripada strategi kerajaan yang umum pembelian 257 PARS je berbanding 500 seperti di permulaan.
    kita sedang mengorak langkah nak jadik angkatan tentera yang disegani.boleh bawak PARS nih mase misi2 PBB.hehe..

    aku terbayang nak tengok PARS nih buat lintas hormat mase hari kemerdekaan..bangge woo!!

    gempur..wira!!