PENGALAMAN PERANG DI AFGHANISTAN

PENGALAMAN PERANG DI AFGHANISTAN

1. Bulan Ramadhan sudah berlalu dan sekarang Syawal, saya tiba-tiba teringat untuk menulis pengalaman saya berada di Afghanistan/Pakistan dan kebetulan pula, kenalan saya – SniperGunung (Ex Sniper tentera Malaysia yang pernah terlibat dalam peperangan di Somalia) akan pergi ke Afghanistan tidak lama lagi

2. Seperti yang anda semua sedia maklum, saya pernah terlibat dalam serangan Amerika Syarikat ke atas Taliban sekitar tahun 2002 atau 2003 (saya tidak ingat tarikh pergi ke kawasan itu     dan saya malas hendak buka fail-fail lama saya-yang pasti pada masa itu adalah pada bulan Ramadhan).

3. Saya dijadualkan untuk tiba ke Karachi di Pakistan dengan menaiki kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) tetapi oleh kerana perjalanan mengambil masa selama dua minggu, penerbangan udara merupakan pilihan yang lebih baik, kalau tidak silap, penerbangan dari Sepang ke Karachi mengambil masa selama 14 jam termasuk persinggahan sementara di Dubai.

penulis di hadapan kapal KD Mahawangsa di pelabuhan Karachi

penulis di atas kapal KD Mahawangsa, turut mengiringi kapal ini adalah friget, KD Kasturi

4. Memang tepat keputusan saya untuk tidak menaiki kapal laut kerana sebenarnya tidak selesa naik kapal perang ini, nak buang air pun susah (tandas kecik-pintu tandas berlaga dengan kepala lutut) kalau tidur mesti atas lantai atau kerusi panjang, maklumlah nama pun kapal perang, mana selesa tetapi percaya atau tidak, ada kedai 24 jam atas kapal perang hehehe, untuk membeli rokok dan makanan ringan seperti Maggie dan Mamee

5. Saya diberi kebenaran oleh Wisma Putera untuk berada di bandar pelabuhan Pakistan, Karachi selama tiga hari, selepas puas berjalan di bandar itu, saya terjumpa pula kawan saya, Azaliza, yang sudah beberapa minggu berada di Pakistan, beliau meminta saya menemaninya ke Afghanistan.

6. “Bila lagi nak tengok perang beb? Ini pengalaman berharga, jadi sejarah dalam hidup kita,” kata kawan saya itu. Saya akui agak risau juga hendak ke sempadan Afghanistan kerana Utara Pakistan merupakan kawasan “Lawless” dan sering berlaku pergaduhan dan rompakan bersenjata api. Lagipun, saya sudah menghabiskan elaun perjalanan ribu-ribu ringgit di Malaysia dan kini pokai

7. Saya dan rakan seperjuangan yang bernama Zali dan kawan saya yang mengajak tadi, akhirnya nekad untuk melihat peperangan, sebelum bergerak ke sempadan, saya sudah maklumkan kepada pegawai Wisma Putera bahawa kami tidak mahu lagi balik ke Malaysia.

8. Kami bertiga kemudian meminta bantuan Zul Alwi, salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno pada masa itu untuk menyeludup kami ke dalam pasukan bantuan dari Pemuda Umno Malaysia, sebagai balasan, satu tugas khas diberikan kepada kami tetapi maaf, saya tidak boleh memberitahu apa tugas khas itu

Bersama AJK Pemuda Umno yang membantu menyeludup kami masuk

9. Kami semuanya berpakat dan akhirnya secara tidak rasmi, kami bertiga bertukar kerjaya, maka ketiga-tiga sahabat ini menjadi DOKTOR TIRUAN dari Malaysia yang mahu memberikan bantuan kepada pelarian perang Afghanistan.

10. Akhirnya dari Karachi, kami terbang selama lebih kurang beberapa jam untuk mendarat di bandar Quetta, sebuah bandar yang dipenuhi dengan media luar negara dan petugas CNN, petugas-petugas ini yang kebanyakkan dari barat hanya bermalam dan tinggal di bandar ini kerana wartawan serta jurugambar tidak dibenar untuk memasuki sempadan Afghanistan  atas sebab keselamatan.

Penulis di tepi sebuah jalan di bandar musim sejuk Quetta yang menjadi tempat tinggal kebanyakkan panglima perang Taliban

11. Pasukan Umno tadi meninggalkan kami di Quetta untuk terus bergerak ke Chaman, sebuah bandar terakhir di sempadan Pakistan/Afghanistan dan dipenuhi dengan pengintip CIA, pelarian perang serta penyeludup barangan haram seperti senjata dan candu.

12. Di Quetta, saya sendiri memerhatikan keadaan bandar ini kurang selamat kerana kebanyakkan komander Taliban dan raja-raja candu Pakistan dan Afghanistan tinggal di bandar ini, jika terjadi pergaduhan, orang-orang di sini biasanya beradu tenaga dengan kekuatan AK-47.

Saya bersama teman satu agensi bergambar bersama dua sahabat baru yang merupakan ahli kepada parti politik bekas pemain kriket Pakistan, Imram Khan

13.Kami akhirnya bersahabat dengan dua pemuda Pakistan yang merupakan ahli kepada sebuah parti politik pimpinan pemain kriket antarabangsa Pakistan, Imram Khan, mereka ini menjadi pemandu dan juga jurubahasa

14. Hotel sangat mahal ketika itu malah sebuah hotel yang setaraf macam rumah tumpangan di lorong Chow Kit mengenakan caj lebih kurang sehari US150 (lebih kurang RM300) , dan selepas dua hari meninjau keadaan dan mendapatkan maklumat mengenai keadaan di Chaman dan sempadan, tim kami bergerak ke Chaman dengan menyewa sebuah van buruk untuk tidak menarik perhatian sesiapa

15. Perjalanan cukup menyiksakan, lebuhrayanya tidak seperti di Malaysia. Ia melalui kawasan  gunung ganang, curam yang sangat dalam dan merbahaya macam di Khojak Pass dan tidak ada pagar keselamatan, kalau terbabas, habis meletup van kami termasuk ke dalam gaung yang curam

Bergambar bersama pengawal sempadan Pakistan (Pashtun Guard), beliau tidak lokek untuk membenarkan saya mencuba AK 47nya

16.Kami juga terpaksa berhati-hati kerana kawasan ini terdedah dengan perompak atau bandit yang biasanya menembak sahaja mangsa mereka dengan raifel AK47, selain itu kami juga risau kerana pemandu kami memang sedang lalok, di Pakistan, berjuta orang ketagih candu dan dadah.

17.Sepanjang perjalanan dari Quetta untuk menuju ke Chaman yang terletak dalam wilayah Balochistan, kami melihat kesan musim kemarau yang melanda wilayah itu. Pemandu kami memberitahu, kesan kemarau itu mempunyai kaitan dengan ujian bom nuklear pertama Pakistan yang dibuat di wilayah itu beberapa tahun lepas.

18.Tiba di Quetta, tim kami di sambut oleh pasukan perubatan Umno dan satu pasukan doktor dan pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (Maaf nama-nama mereka saya tidak ingat), kami menumpang tidur di hotel yang sudah ditempah oleh pasukan Umno dan ATM ini.

19.Di hotel tempat penginapan kamilah, saya menyaksikan sendiri kebolehan pegawai perubatan ATM melakukan pembedahan “in situ” untuk membuang serpihan mortar dari kaki seorang budak lelaki, beliau hanya terbaring kesakitan atas meja pengurus besar hotel itu, suasana memang cemas dan macam cerita perang sahaja.

Saya sedang melihat doktor dari Angkatan Tentera Malaysia membuat pembedahan atas meja dalam bilik manager hotel

Melihat penuh kyusuk mangsa dibedah, tetapi budak-budak Afghanistan ini tabah, kalau budak Malaysia, rasa-rasa dah melalak dan habis doktor ni kena terajang

Budak ni memang cool, lepas kena bedah, kami berama-ramai menghisap rokok sambil pekena teh tarik cairrrrrr (pakai susu kambing)

20.Sebut pasal cuaca, memang sejuk tahap gila walaupun bandar ini terletak di kawasan gurun (pelik, gurun pasir tapi sejuk gila). Saya gagahkan juga untuk mandi setiap pagi sepanjang beberapa hari duduk di Quetta, malam kami tidak berani keluar kerana takut ditangkap oleh polis rahsia Pakistan yang dikenali sebagai ISI (macam CIA) dan orang-orang di sini kebanyakkan ganas-ganas berlaka dengan senjata raifel tersandang, macam filem koboi pula

21.Akhirnya saya berpeluang masuk ke Afghanistan dengan bantuan pasukan perubatan Umno, kawasan yang dimaksudkan ialah Spin Boldak, kami bergerak secara konvoi dan kenderaan kami menggunakan bendera Indonesia atau Umno, ini disebabkan bendera Malaysia mempunyai jalur yang sama dengan bendera Amerika Syarikat

22.Perasaan anti Amerika sangat meluap ketika itu, melihat kami memakai bendera Indonesia membolehkan kami bertemu dengan ketua puak-puak Afghanistan tanpa sebarang masalah dan mereka melayan kami dengan baik memandangkan kebanyakkan mereka mengetahui bahawa Indonesia merupakan sebuah negara Islam yang besar

23.Di Afghanistan ini,  saya lihat beribu-ribu pelarian Aghanistan, ada pelarian yang lari dari kubu kuat Taliban iaitu Kandahar di Afghanistan dengan berjalan kaki sambil memakan batu bata kerana terlalu lapar.

24.Macam-macam cerita saya dengar dari mereka, ada seorang lelaki hilang seluruh keluarga dan semua saudara maranya apabila kampung beliau terkena “Carpet Bombing” dari B-52 dan membunuh beratus-ratus orang dalam kampung itu

Gambar di atas ialah seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang cedera akibat perang dan dirawat oleh doktor tentera Malaysia. Habis lalat bersarang pada luka budak ini dan gambar kedua ialah kanak-kanak Afghanistan dalam khemah pelarian, mereka ini suka sangat bergambar dan agak teruja melihat penulis, ramai menyangka kami orang Mexico, hahaha

25.Di sini, saya juga melihat bertapa hipokrit dan bangsatnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melayan pelarian perang Islam, anda kenal “Ubat Biru”, iaitu sejenis cecair berwarna biru yang biasa kita pakai untuk mencuci luka semasa kecil dahulu.

26.Jika anda pelarian perang Afghanistan, anda akan diberi ubat cecair biru ini dan Panadol sebagai bekalan ubat anda, tidak kiralah anda ada ceret beret ke, demam kepialu ke, buasir ke tetapi hanya itu sahajalah ubat untuk anda.

27.Dalam berita CNN, mereka akan kata PBB datang untuk memberikan bantuan perubatan, kita di Malaysia, memang pujilah orang puteh ini kerana sanggup bantu orang Islam tetapi itulah, setakat bagi Panadol dan ubat biru sahaja (bukan betul-betul ikhlas pun)

28.Jadi jika kita lihat dalam TV atau akhbar, watak dan kelibat pasukan PBB di ada di mana sahaja padahal NGO dari negara Islam pun ada, cuma itulah propaganda barat, hanya PBB ditonjolkan dan kita di kampung menyumpah “Tidak ada ke negara Islam yang bantu”, sebenarnya ada, cuma NGO negara Islam ini tidak ditonjol dan tidak keluar dalam CNN

29.Seperkara lagi, semua penghantaran kotak bantuan makanan, perubatan dan bantuan lain contoh dari Malaysia, biasanya akan diserahkan kepada PBB.

30.PBB ini pulak memang “kurang ajar”, bantuan dari Malaysia tadi akan dikotakkan semula dengan logo PBB, jadi pelarian perang dari Afghanistan ini tidak tahu pun bahawa sebuah negara kecil dari Asia Tenggara ini ada membantu mereka.

31.Kerana itulah, pasukan bantuan Umno ini yang disokong pakar rawatan dari ATM datang dengan kotak-kotak bantuan yang siap dengan logo dan sticker bendera Malaysia untuk dihantar terus kepada mangsa pelarian.

32.Doktor dari Umno dan ATM akan memastikan, setiap pelarian perang yang sakit akan diberikan rawatan dengan sewajarnya, jika demam diberi ubat demam, jika buasir diberi ubat buasir, bukan ubat panadol untuk sakit ceret beret seperti yang dibuat oleh orang puteh PBB ini

33.PBB inilah yang sibuk menwar-warkan kepada dunia melalui CNN, bahawa mereka datang membantu pelarian Islam, begitulah propaganda barat dan orang Melayu pun terpengaruh dengan barat walaupun mereka menafikan.

Penulis bersama dua bekas pejuang Mujahidin yang pernah berperang dengan Soviet Union, mereka kini sudah tua

Saya bersama seorang bekas tentera komunis Afghanistan, sekarang menjadi ketua puak tetapi lepas itu turut menjadi pelarian perang

34.Hipokrit segelintir bangsa Melayu ini, mengaku kononnya bersimpati dengan perjuangan dan penderitaan umat Islam yang lain tetapi terus menerus menggunakan barangan buatan barat danmakan di McDonald, malah dari kecil mengajar anak mencintai budaya barat dengan membawa mereka ke McDonald dan masih terus menerus menggunakan produk barat, musim memboikot produk (kalau bercakap pasal Islam, pum pang, pum pang tetapi realitinya jauh dari memahami apa itu Islam) barat atau yahudi dibuat secara bermusim dan bukan terus menerus (kononnya boikot barat tetapi terus menerus terus hanyut dengan racun barat, contohnya lepak di TGI Friday dan mengalakkan anak-anak menjadi penyanyi)

35.Negara Islam lain seperti Malaysia juga memberi bantuan dan mendirikan kem-kem pelarian di bawah kelolaan mereka sendiri tetapi mereka ini menghadapi pelbagai rintangan serta sentiasa di tekan dan diganggu oleh “Mat Salleh dan Minah Salleh” keparat.

36.Berada di sempadan Afghanistan memang hiba dan gerun, mangsa perang sampai ke khemah setiap masa dan askar-askar serta unit tentera dan pengawal berkuda Pashtun dari Pakistan mengawal pintu sempadan dengan ketat.

37.Saya perhatikan ramai mangsa pelarian yang menggunakan sepatut yang mahal, kaum wanita ada yang memakai kasut Christian Dior dan Vicci, mungkin ehsan dan derma dari masyarakat barat di Eropah yang sudah sebati menggunakan jenama itu, macam orang Malaysia pakai kasut BATA.

38.Hampir setiap hari saya menyaksikan pesawat B-52 terbang untuk mengebom sasaran di Afghanistan, bunyinya amat mengerunkan, ia terbang tinggi nun jauh disebalik awam tanpa dapat dilihat dengan mata kasar tetapi enjinnya seolah-olah berada di belakang cuping kita.

39.Ledakan bom dari bandar Kandahar yang menjadi sasaran, meraung merempuh muka saya dengan suara yang amat mengerunkan, saya tidak pasti adakah ianya bunyi dari ledakan bom yang digugurkan oleh pesawat B-52 tadi atau tujahan api dari roket-roket Katyusha.

40.Akhirnya selepas puas berada di Afghanistan, tim saya yang terdiri dari tiga orang ini mengambil keputusan untuk balik ke Quetta, saya rindukan nasi briyani Pakistan di Quetta kerana di Chaman, restoran sukar dicari dan kami cuma makan roti Nan keras macam kulit tayar lori dan minum dalam bekas tangki minyak hitam Castrol

Ini bukan bilik hotel tetapi merupakan sebuah warung, yang kelakarnya tidak ada meja makan kecuali pangkin dan minuman dihidang dalam tin minyak hitam kerana tidak cukup jug air . Kalau anda bukan jenis lasak dan tidak kuat mental, tak payahlah pergi ke kawasan macam ini, siksaaaaaa

41.Selepas tiba di Quetta, malang menghampiri kami, pasukan perisikan Pakistan yang dikenali sebagai Inter Service Intelligence (ISI) berjaya mengesan peranan kami. Mereka menyoal siasat kawan saya (ketika ini saya berada di restoran hotel untuk menikmati daging kambing panggang yang dimasak dengan daun pudina, perghhh sedap tidak terkata, tidak sama macam daging kambing kat Malaysia)

42.Habis semua komputer peribadi kami dan bagasi diselongkar.

43.Kami bertegang urat menyatakan bahawa kami adalah DOKTOR, akhirnya mungkin kerana letih melayan kami, dua pegawai risik ISI ini memberi kami tempoh 24 jam untuk keluar dari Quetta jika tidak mereka akan mendakwa kami, sebagai perisik asing.

44.Selepas diberitahu, hukuman ke atas perisik asing adalah penjara dan rotan serta tembak, kami mengambil keputusan untuk keluar dari Quetta tetapi sebenarnya, kami ada projek lain,  kami hendak ke Islamabad (saja nak tengok ibunegara Pakistan) sebelum bergerak ke Penshawar (Sebuah lagi bandar sempadan yang terletak beratus kilometer dari Quetta).

45.Oh Ya, sebelum itu, pegawai ISI tadi sempat menanyakan kawan saya mengenai Malaysia dan menyatakan kekaguman mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

46.Mereka respek kami kerana berjaya menyelinap masuk ke sempadan dan duduk selama satu minggu lebih tanpa dapat dikesan dan yang paling utama, mereka sebenarnya memberi peluang kepada kami kerana mereka amat menyukai Mahathir

Telefon satelit yang saya gunakan, ini bukan di Afghanistan tetapi di sebuah negara lain dalam kejadian yang lain (tidak ada kena mengena dengan perang Taliban)

47.Balik di Malaysia, semua orang kagum dan saya dinaikkan pangkat walaupun bos bengang kerana saya MISSING IN ACTION selama dua minggu (Ada bawa satelit phone tapi leceh nak pakai pasal susah nak cari kedudukan satelit di orbit, lagi pun sebelum pakai, kena bukak kepak tranceiver dia dan ini menarik perhatian orangramai).

48.Ingatan saya, kalau nak tengok perang, pastikan mental dan fizikal anda kuat kerana melihat penderitaan mangsa-mangsa perang terutama anak-anak akan menyebabkan anda tertekan yang amat sangat, lagi pun kehidupan masa perang sangatlah sukar

49.Jadi kita di Malaysia ini, bersyukurlah atas nikmat yang kita ada, ambillah peluang dari keamanan yang wujud dalam negara ini untuk menimba ilmu dan buat duit.

50.Seorang pakar perubatan dari sebuah NGO Malaysia terpaksa dihantar pulang kerana mengalami tekanan mental akibat tidak tahan melihat keadaan mangsa perang dan beliau adalah lelaki, yaaa, lelaki pun kena tekanan mental dan kalau perempuan, entahlah, agaknya kering air mata dan terus kena histeria nak balik Malaysia hahahaha

51.Bercakap pasal perang, walaupun Malaysia ini aman tetapi sesekali itu belajarlah hidup secara susah, manalah tauuuu kannn…..

Bersama dengan menteri petrolium Afghanistan (kabinet kerajaan Taliban), memang sempoi orangnya dan selalu melepak bersama kami

KRISIS AFGHANISTAN SECARA ASAS – NAK TAHU LEBIH LANJUT CARILAH SENDIRI

-Veteran Mujahidin dan rakyat Aghanistan atau Pakistan tidak pernah mendengar nama

Osama Laden sebelum ini, mereka sendiri menganggap Osama merupakan pengintip (Bila saya balik Malaysia, saya tengok ramai orang pakai t-shirt Osama, saya geleng kepala…CIA mudah menipu umat Islam hanya dengan mewujudkan watak palsu yang konon-kononya wira Islam. Sebenarnya ramai umat Islam yang disesatkan dan ditwist pemikiran mereka oleh tokoh-tokoh Islam yang diwujudkan oleh pihak musuh dengan tujuan hendak memecah belahkan umat)

-Hampir semua panglima perang Islam dari medan tempur Chennya, Russia sampailah ke Palestin, habis dikesan dan berjaya dibunuh Barat dan kuncu-kuncu dajal serta zionis tetapi Osama sampai sekarang terselamat, pelik tak???

-Musuh Islam menghancurkan kita dengan Islam juga, ingat, Barat tidak pernah mengalahkan Islam melalui Perang Salib, akhirnya Islam tertewas dengan perpecahan dari dalam macam PAS dan UMNO

-Tunggulah negara ini tergadai, barulah tahu korang semua dah kena tipu hidup-hidup dan sudah termasuk ke dalam fitnah Dajal

-Semasa saya di Chaman, saya berbual dengan Menteri Petroleum Afghanistan (kerajaan Taliban), entah betul atau tidak mamat ini menteri kerana Afghanistan tidak pernah ada kerajaan atau kabinet dan menteri dilantik sesuka hati.

-Beliau mendedahkan rancangan Amerika secara terpeinci melalui penguasaan minyak, jadi apa yang anda baca dalam laman-laman web konspirasi tentang krisis di Afganistan, saya merupakan antara orang yang awal-awal tahu tentang matlamat sebenar dunia barat.

-Taliban merupakan organisasi tajaan Pakistan. Dahulu, mereka memiliki pesawat pejuang dan helikopter perang, dipercayai juruterbang pesawat-pesawat ini dikemudi oleh askar rahsia ISI atau pilot Pakistan sendiri

-Pakistan terpaksa tunduk dengan Amerika Syarikat kerana bimbang dikaitkan dengan keganasan yang akan mengakibatkan AS mungkin menyerang negara itu seperti yang terjadi ke atas Iraq.

-Saya suka Pakistan, mereka ROCK dan sempoi,  kambing Pakistan juga sedapppppppp, antara ayat yang popular ialah “You’re my Muslim brother” dan kerana ayat inilah juga ramai askar Pakistan yang kena sembelih di Somalia

Comments

  1. anizan says

    Menarik cerita-cerita dan pendapat sahabat-sahabat semua. Cerita yang ditulis oleh saudara kita 2 tahun yg lalu mungkin tidak jauh bezanya keadaan pada masa itu dan sekarang. Kini mencecah 11 tahun US bertapak di bumi Afghanistan, namun suasana di Afghanistan tidak juga berubah, masih bergolak dan meletup sana sini setiap hari. Setiap minggu berpuluh jiwa terkorban termasuk tentera asing dan tentera Afghan sendiri. Amat menyedihkan jiwa orang-orang awam, wanita dan kanak-kanak terus menjadi korban oleh pengebom berani mati, bom kereta dan tak kurang juga oleh bom yg dilepaskan melalui pengebom tanpa pemandu tentera US di kawasan perumahan awam, kononnya utk memusnahkan Taliban. Berita-berita sebegini amat sedih dan sayu utk kami baca setiap hari. Pihak tentera US/NATO tidak pernah rasa bersalah atas tindakan mereka. Kononnya sebagai tindakan menentang keganasan oleh Taliban. Apa pun tindakan mereka, sudah tentu banyak pihak tidak senang hati.
    Hampir setahun kami berada di bumi Afghanistan ini, tidak terkira oleh kami insiden-insiden letupan bom dan serangan-serangan keganansan berlaku di sekeliling kami. Beberapa insiden serangan dan tembakan RPG dan Mortar turut kami hadapi. Kami bersyukur kerana ianya tidak terkena pada kedudukan kami di sini. Namun gegarannya tetap kami rasai, kerana bom-bom tersebut hanya jatuh tidak jauh dari tempat kami berlindung. Setiap hari, kerisauan tetap terasa, sentiasa waspada dan berjaga-jaga. Entah bila pulak, peluru dan bom bakal menghujani sekitar kawasan penugasan kami. Paling menyedihkan lagi, satu insiden berlaku semasa kami balik bercuti Hari Raya Puasa. Sebelum balik saya dan sahabat di sini, keluar di depan kem(kawasan yg agak selamat) dan kami memberi duit raya kepada kanak-kanak yang setiap hari menagih simpati kami disini. Setibanya kami balik dari bercuti, kami di beritahu 3 kanak-kanak yang kami kenali terbunuh akibat terkena letupan pengebom berani mati dan ramai yang cedera. Kanak-kanak ini amat kami kenali kerana, seringkali kami bersama mereka dan memberi makanan dan gula-gula kepada mereka.
    Saya ingin berkongsi pengalaman bersama sahabat-sahabat semua, betapa nikmatnya keamanan itu. Bersama kita pelihara dan hargai nikmat keamanan yang kita kecapi di negara kita yang tercinta. Kalau terjadi seperti di Afghanistan ini, menyesal pun tidak ada gunanya lagi. Jauhkanlah diri kita terlibat dengan pihak-pihak yang sering mencetuskan suasana tidak tenteram dan mengganggu keselesaan orang lain.

  2. Anne says

    Assalamualaikum..saya baru je baca artikel2 uncle syah..maaf baca tanpa kebenaran.
    tersentuh ati baca artikel2 ni

  3. pai says

    28.Jadi jika kita lihat dalam TV atau akhbar……

    Sepatutnya media2 kita sebarkan kerja2 NGO2 ni. Ini tak kita pun ikut rentak diorg gak. Tulis mcm diorg. Bila tulis pengganas letak nama Pengganas Islam. media kita pun ikut sama…

    34.Hipokrit segelintir bangsa Melayu ini….

    Kenapa tak diajak skali saudara kita dalam pas and pkr join. ini tak asik pungpangpungpang politik atas pentas.

  4. says

    salam

    apa yang saudara lakukan amat mulia….semuga saudara dan keluarga dirahmati allah hendaknya…

    teruskan berblog…dari blog saudara saya boleh tahu cerita sebenar yangberlaku di negara2 islam yang dilanda peperangan

  5. anak jawa bgn datoh says

    Sokong GEMPURWIRA.. sungguhpun hampir sama ianya berbeza.. dan sangat faham mengapa gempurwira terus menjawab komen oleh gaban ini. Ia ada kena mengena dgn patriostisme, dan saya pasti ianya amat tinggi di dada gempurwira.. Kadang kita lupa, cantik atau buruk, ia ttp bendera kita yg kita kena hormat. Inilah bendera yang kita julang di medan perang, ini jugalah bendera yang akan dirampas, dijatuhkan bahkan diinjak oleh musuh kalau kita kalah dimedan. Spt mak dan bapak, buruk atau cantik, mereka ttp mak dan ayah kita yang kita wajib hormat dan kasihi. Dan bagaimanakah pula rasanya kalau mak bapak kita dicerca atau dinista oleh orang lain.. pastinya terbakar perasaan kita kan.. Seharusnya begitu jugalah dengan bendera. Kalau tidak menyirap darah melihat bendera kita dipijak, dilumur tahi atau dibakar tak tahulah. kerana apa yang pasti itu adalah satu penghinaan bukan shj kepada bendera bahkan sebenarnya kepada kita, rakyat negara ini. Nak bakar dan injak rakyat Malaysia tak dapat, so buat kat bendera je pun dah cukup. Jelas ianya adalah penghinaan kepada setiap rakyat Malaysia. Bayangkan yang dilumur tahi, diinjak dan dibakar itu kita, tak terbakar perasaan? Tak marah? Tak rasa terhina?
    Wallahuaklam.

  6. SBS TEAM says

    jangan terlalu banyak mendedahkan identiti anda wahai sahabat….special forces hanya boleh memberitahu nombor, pangkat dan nama..that all…..

  7. arop says

    aslkum..
    tuan telah mendedahkan wajah & identiti tuan, adakah perkara ini tidak mengancam kaedah perisikan negara??

  8. arop says

    ASLKUM..
    TUAN TELAH MENDEDAHKAN WAJAH TUAN, ADAKAH PERKARA INI TIDAK AKAN MENJEJASKAN KAEDAH PERISIKKAN NEGARA??

  9. Tentera Islam says

    orang melayu patriotik, yg bangsa lain? ape citer? kang jadi msa zaman penjajahan jepun ramai yg jadi tali barut, spy2..kita x tahu..x guna kalau sistem pertahanan canggih tapi masyarakat kita x patriotik..Memang bahaya kalau2 mata2 tali barut jadi upahan musuh tahu gerak geri angkatan tentera kita.. fikirkanlah..

  10. shaifu03 says

    Bro Astomahawk…
    Kadang-kadang inilah masalah syarikat Bumi..kepakaran takde tapi nak tunjuk boleh buat, sanggup bagi harga rendah. Bila projek tak masuk duit lebih, mulalah sabotaj projek yang ada.
    Tempat aku sendiri bagi kontrak untuk upgrade kolej utk student, tapi dah dekat setahun lebih..tak siap-siap, itu baru upgrade, kalau buat baru agaknya kena berapa tahun lagi nak tunggu.
    Beza sangat dengan bangsa yg satu lagi…sanggup datang awal pagi…keje macam nak gila sampai tenggelam matahari. Orang kita…datang lepas pukul 10, minum dulu, keje pun lebih kurang, langsung takde hati nak tolong anak bangsa sendiri.
    Macam mana kerajaan nak majukan orang yang takde wawasan macam ni.

  11. astomahawk14 says

    Aku kadang kala sedih dgn suasana patritik rakyat Malaysia, cth kat office aku ada projek uabhsuai banggunan melibatkan pendawaian elektrik dan sebagainya sampai sekarang aku rasa dah 3 kontraktor buat sbb masing-masing buat-buat tinggal separuh jalan. Kita perasan macam dah siap tak sampai sebulan semua blackout… ni la nasib projek kerajaan… kadang kala kerajaan tak salah tapi pelaksana yang tak amanah dengan tugas yang diberikan

  12. shaifu03 says

    Salam bro shah,
    Kat tempat kerja aku ada sorang brader pernah jadi BGO ke Afghanistan. Banyak juga cerita menarik dia tentang pengalaman dia kat sana. Tapi ada juga cerita yg tak berapa nak sedap tentang peranan UN kat sana. Cerita ni media pun tak berani sentuh.
    Cerita lain tentang hobi dia tembak arnab gurun pasir yang sebesar kucing.

  13. kermitt says

    salam bro.. setahu aku PAS mmg ada hubungan ngan mujahidin afghanistan.. malah ramai juga pemuda PAS ikut berjihad di afghanistan waktu penjajahan soviet dulu.. boleh rujuk buku salah seorang veteran mujahidin afghan “Dagangannya di beli Allah” siap ada gambar lagi.. misi pemuda UMNO ada backup government bro dari segi kewangan dan diplomatic clearance.. so tak adil menidakkan kewujudan PAS di afghan..

  14. says

    Report perang terkini dari pihak insurgent di Afghanistan..
    ,a href=”http://www.pakalertpress.com/2010/10/11/in-pictures-american-hell-in-afghanistan/”> American Hell In Afghanistan

  15. Sang Pujangga says

    soal lmbt tu dh xleh nk wat ape dh….
    yg pentg skrg kite kene sdr kepentgn pertahanan dan usahe k arh pemodenan angktn tentera…….
    kalu stkt beli je smpi bile pn kite x kn maju…..
    generasi mude pn kene ambk peluang la teroke bdg ni….

  16. Call Of Duty says

    Aku ada terbaca gak yg Malaysia(VB Berapi) ada mencipta 3 jenis rifle..
    cuma tak tau,dah siap ke blum…

    -Captain ‘Soap’ MacTavish-

  17. astomahawk14 says

    bagus la kalau Malaysia ni ada prospek… Kita memang perlu berhabis berbilion kalau nak R&D peralatan ketenteraan sendiri.. masalahnya kita ni silap… dah terlewat… patutnya dari dulu kita dah bangunkan teknologi… sekurang-kurangnya dulu masa kita diancam komunis kita dah mula buat kajian berkenaan rifle yang sesuai utk digunakan di hutan dan saiz anggota tentera kita yang kecil berbanding org US..
    Kadang-kadang geram juga ada sesetengah orang politik bercakap tentera bukan jaminan kepada keamanan… disebaliknya diorang lebih mementingkan pembangunan materialistik lain. Rakyat Malaysia perlu dijelaskan kenapa pembangunan dan pengukuhan ketenteraan penting bagi Malaysia walaupun zahirnya negara ini tiada ancaman…Adakah orang yang berperang di Afghanistan pada satu masa dulu berperang dengan Russia yang merupakan jiran mereka menyangka mereka akan dikerumuni oleh tentera-tentera US yang beribu kilometer jaraknya pada masa sekarang??

    • ibnuzailan says

      nie la yg kerajaan didik pd rakyat…
      ble ade plhanrye kcil je,bjuta2 duet krajaan laburkn kt tmpt tu…
      krajaan sndiri yg buat cmtu nk wt cmne…
      lg2 ble ade ‘first penguin’ M’sia yg bnyk buat projek ntah hape2 ke bnde ntah..
      ROS*AH bkn aset kerajaan..tp lagaknye nauzubillah…pkai duet rakyat bjuta2…
      WTH?duet negara bnyak habis kt b*t*ne nie…spe yg ngundi die jd wakil rakyat?

  18. Sang Pujangga says

    salam bro shah……
    aku skrg ni student engineering kat ipts…
    so aku nk mintak pendapat ko la tentang industri pertahanan kite ni…
    prospek die cmne in future
    adekah kerajaan msh nk bergantg lgi pade produk luar
    just curious je

    • shahpaskal says

      Bro,

      Ada prospek selagi takde puak yang menyalahgunakan amanah kerajaan dan rakyat.

      Antara prospeknya –

      1. Malaysia akan membangunkan kapal perang sendiri (design dari Meko 100)

      2. Kereta perisai pertama buatan negara, prototype akan ditunjukkan kepada kerajaan Malaysia pada 2012

      3. Prototype pertama Assault Rifle buatan Malaysia sedang dibuat sekarang oleh syarikat yang menghasilkan senjata Merapi dahulu

  19. aku melayu says

    tahniah shah!aku dah lama ikut tulisan kau.orang macam kau memang negara perlukan.soal patriotik ni sebenarnya adalah peranan 2 pihak…jiwa2 di Malaysia perlu diterapkan nilai2 patriotik dengan lebih agresif melalui kerajaan yang ada dan dalam masa yang sama kerajaan perlu mengubah atau menambah baik beberapa dasar contohnya pendidikan agar jiwa2 yang lahir akan menjadi warga yang tinggi dan tebal semangat patriotiknya dan kecintaan yang tinggi kepada agama Islam..insyaallah dengan cara itu kita mampu menjaga,mempertahankan,memperjuangkan hingga titisan darah terakhir seandainya ada sesiapa saja yang mahu menganggu gugat keamanan dan ketenteraman negara Malaysia…ini pendapat peribadi aku…salam.

  20. astomahawk14 says

    assalamualaikum bro Shah

    boleh kupas sikit tak isu-isu kenapa malaysia ni susah sangat nak bangunkan teknologi ketenteraan sebagai contoh senjata kecil seperti rifel dan kenderaan perisai… Bimbang la bro saya tgk kita byk sangat melabur kat negara luar tapi negara kita yang maju ni tak guna peralatan ketenteraan jenama sendiri….. padahal setakat rifel, kereta persai, trak dan sebagainya kita dah mampu buat… saya tak nak la kita sekadar tukang pasang macam adnan, styer dan trak 3 ton kita guna sekarang… byk duit kita boleh jimatkan..

    Then saya nak abg bagi idea why kita tak ubah sahaja PLKN kepada konsep ketenteraan sekurang-kurangnya kita boleh menyelam sambil minum air.. jika kita buat kerahan kita bukan sahaja boleh wujudkan semangat patriotik negara malah melatih rakyat kita menghadapi susasana genting semasa perang… sekurang-kurangnya tahulah jugak masayarakat kita bertindak untuk menentang musuh andaikata ada ancaman pada masa akan datang. Kalau setakat PLKN tembak M16 dah banyak budak PKBM sekolah buat perkara yang sama….

    • shahpaskal says

      Boleh maju tetapi sanggupkah kita lihat berbilion dollar dihabiskan untuk membangunkan industri pertahanan. Singapura menghabiskan berbilion dollar setahun untuk mendapatkan teknologi atau membeli blueprint senjata. Malaysia ini payah sikit, pasal ramai sangat yang hendak jadi jeneral. Kena tukar mentaliti kita.

  21. Call Of Duty says

    Salam semua…

    To Gempurwira…

    Ko ni SHIAH ke? Len mcm je ayat ko,pro Iran je…
    Hati2 brader bila mngeluarkan pendapat tentang fahaman dan konspirasi,takut nanti terjerat diri sendiri…
    Pe2 hal pun tahniah dan aku salute cara ko komen,sungguh bernas dan berhemah…

    To Bro Shah…

    Lu mmg rock la brader,gua mmg respeck sama lu!
    Mmg ati kering bleh turun survey tempat2 mcm tu,klu aku mau pikir sejuta kali,itupun belum tentu mau haha…
    Pe2 hal pun,very nice artikel,klu bleh buat story cm artikel ni bnyak2 sikit,bru terbuka hati dan minda yg keras mcm batu ni…aku tau banyak story yg ko simpan,yg lg horror pd ni pun ada…
    Aku tetap sentiasa menanti haha…

    -Captain ‘Soap’ MacTavish-

  22. eric says

    Salam Bro Shah….

    Lagi 2 bulan kita akan masuk kepada tahun 2011 dan 2011 jugalah dimana perjanjian air malaysia singapura akan tamat…Adakah krisis perjanjian air 2002 akan berulang???apa altenetif kerajaan dan komen bro???Is that War can solve it???

  23. astomahawk14 says

    assalamualaikum

    shah awak mempunyai kelebihan untuk mengulas dan mencambahakan lagi idea ketenteraan… tahniah… why kita nak pening pasal AS, fidel castro dan sebagainya….. kita just tunggu dan lihat….. yang penting propaganda AS dimana-mana cth Iraq, afghanistan, Pakistan dan vietnam sebenarnya menyebabkan sesuatu bangsa atau kumpulan agama berperang sesama sendiri. Cth Iraq wujud pertelingkahan sunni dan syiah. afghanistan diantara taliban dan penyokong kerajaan. Vietnam diantara viatnam utara dan selatan dan begitu juga di Korea. Dimana-mana pun AS akan mewujudkan satu bayangan yang menyebabkan kekocohan dan akhirnya dua kumpulan yang sepatutnya menentang bayangan tersebut akan berperang sesama sendiri.

    Apa kata kita bawa situasi ini ke malaysia dan Indonesia… kita lihat peristiwa konfrontasi satu masa dahulu… kita bercakaran sesama bangsa diatas sebab yang tidak munasabah hingga menyebabkan pertumpahan darah diantara kita… konfrontasi mungkin berpunca dari percambahan fahaman komunis… tapi hal yang sama sedang dipraktikkan oleh AS kerana Russia kini tidak lagi menjadi kuasa besar yang berpengaruh. Kita selalu melihat sejak akhir-akhir ini BENDERA dari indonesia seringkali mengadakan demonstrasi jalanan menimbulkan isu2 yang tidak munasabah… siapakah BENDERA? mereka kebanyakannya kanak-kanak dan orang-orang yang hidup dijalanan… tidak pernak tengok television!! silap haribulan membaca pun tidak tahu……rakyat indonesia pada asasnya tiada masa untuk itu semua, mereka sebenarnya lebih mementingkan bagaimana untuk mencari sesuap nasi setiap hari…. tapi adakah anda semua terfikir siapa dalang dibelakang mereka!!! dalang tersebut tahu andaikata indonesia dan malaysia bergabung tenaga sudah semestinya ianya akan mewujudkan kesatuan yang kuat. Malaysia mempunyai percambahan ekonomi yang baik manakala indonesia mempunyai tenaga mahir yang ramai…. dalang tersebut sebenarnya ingin mengucar kacirkan hubungan sedia ada…. siapakah dalang tersebut??

    So berbalik pada pengalaman Shah ni saya fikir ATM perlu mengkaji semula beberapa perkara asas dalam military standard. sebab dari apa yang saya bual-bualkan dengan rakan yang berkhidmat sebagai pegawai dalam ATM mereka bimbang dengan generasi rekrut sekarang. Mereka takut aanggota mereka tidak begitu komited menjadi seorang tentera terlatih… budget semakin kecil so latihan-latihan agak berkurangan, sistem pentadbiran semakin kompleks kerana wujud beberapa perkara yang tidak perlu ATM laksanakan….

    shah.. kupas la sikit pasal kemempuan ESM ATM… minat nak tahu andaikata kita ni ada peralatan canggih tapi ramai yang tak tahu. Bangga jadi anak Malaysia…

    • Joko says

      “andaikata indonesia dan malaysia bergabung tenaga sudah semestinya ianya akan mewujudkan kesatuan yang kuat..”
      Yang menjadi tanya .. apakah kerajaan malaysia mahu bergabung tenaga dengan indonesia?? ..
      Untuk ajak runding secara baik mengenai sempadan pon mereka selalu menghindar ..
      hingga saat ini tak ada hasil .. mereka keras seperti batu ..
      cuba tanya sendiri pada kerajaan malaysia saat ini ..

      • eric says

        Base on pengalaman aku dan apa yang aku tanyakan kepada rakan2 sekerja aku warga indonesia dan sumber2 yang boleh diguna pakai yang aku interview,dan ada beberapa rumusan yang dapat aku rumuskan…..

        1) bendera ni berkemungkinan adalah satu gerakan yang ditaja atau dialatkan oleh pihak2 berkepentingan(parti pembangkang dari malaysia agaknya lah)..ini kerana isu2 yang dibangkitkan langsung tidak senada dengan apa yang diperjuangkan dan hanya beberapa isu yang terpencil melibatkan malaysia dan bukan isu pokok dan bukan yang melibatkan negara lain, seperti isu TKI yang di dera,ada juga TKI yang didera di arab saudi, di hongkong, di dubai dan banyak lagi, tetapi kenapa tidak pernah ada demostrasi di kedutaan negara terbabit,sebaliknya hanya apabila melibatkan malaysia dan demostrasi di kedutaan malaysia sahaja…Perkara ini makin menjadi2 selepas nurul ezzah mengadakan lawatan ke indonesia baru2 ini(bukan untuk menuduh tapi kemungkinan sahaja)….

        2) rakyat indonesia di anggarkan keseluruhanya berjumlah 350juta penduduk(anggaran sahaja,jumlah sebenar di anggarkan lebih daripada itu berdasarkan pada kelahiran yang tidak berdaftar) jadi jika kita ambil 0.001% penduduk indonesia, sekitar 3500 orang, pendemo2 BENDERA tidak lah sampai 1000 orang,jadi BENDERA hanya mewakili kurang dari 0.001% rakyat indonesia,bukan nya mejoriti rakyat indonesia…

        3)kalau kita ke media alternatif pula,banyak bloger2 dan website2 yang anti malaysia, aku ambik satu portal iaitu KASKUS, aku ada buat user checking untuk tengok IP adress diorang(member aku pandai bab godam2 ni,aku tak berapa reti sangat) and dapat di katakan,ada sehingga 20 user yang memiliki satu IP address sama,jadi maknanya 20 user tu baru melambangkan seorang yang anti malaysia…..

        4) di indonesia, media bebas bebicara atau melaporkan apa yang mereka inginkan walaupun apa yang dilaporkan adalah tidak benar, jadi sentimen meng”api2″kan(menghasut) ni amatlah berleluasa, jadi tak hairan lah kalau ada segelintir pihak yang terpengaruh,terutama golongan bawahan yang mudah percaya malaysia suka mencuri hasil sumber ekonomi negara mereka…sedangkan golongan atasan indonesia dan koprat2 serta pemerintah indonesia menilai itu semua sebagai pelaburan yang mengungtungkan banyak pihak terutama negara indonesia itu sendiri dan amat penting untuk memajukan negara mereka….

        5) di indonesia demostrasi tidak mempunyai akta khusus yang boleh menjadikan ianya satu kesalahan dari segi undang2 seperti di malaysia, jadi tak hairanlah warga indonesia sentiasa berdemostrasi apabila mereka tak puas hati akan sesuatu hal….”Presiden juga bisa mereka protes,inikan isu2 kecil kaya gini”-kata heru(rakan baik aku di tempat kerja,beliau juga ada masa demo anti BENDERA di Taman Kerang Kuantan beberapa hari lepas)

        Moral Of The Story Jangan lah kita mudah melebelkan indonesia biadap dan sebagainya serta memusuhi mereka,kerana ini semua adalah antara angkara firaun2 kecil atau anak2 dajal yang mahu melihat umat islam berpecah dan berperang sesama islam…Kiamat Sudah Dekat….Waallahualam…

  24. ZzzzZZZzzzZZzzz says

    Bro, tertariknyer dengar cerita you… I like spies & intelligence stories… You must be from some agencies… MIB? RESEARCH?

    Good Story!!!!

  25. ener says

    Tabik buat bro GEMPURWIRA.pendapat yang mantap.
    Kepada bro shahpaskal,apa kata pas ni buka pulak topik ‘sejarah’ kupaskan sedikit ..
    banyak lagi canteek,kisah2 di Sg Manik,Senggarang…bakar semula dan lagi ‘semangat’ anak bangsa yang sedang dahagakan ILMU.
    -‘bakar’ bukan sebarangan,tetapi dengan tertib dan cara.
    Adios.

  26. ahal says

    Bro Shah, ada tak kemungkinan mereka sengaja buat tak kenal/tidak tahu menahu tentang Osama Laden kerana tidak mahu disoal lebih demi jaga keselamatan beliau?

  27. ahal says

    Saudara, ada tidak kemungkinan yang orang2 di sana telah ‘berpakat’ untuk mengatakan tidak tahu menahu tentang Osama Laden supaya tidak ‘dikorek’ rahsia oleh sesiapa agar dia selamat? Saya bukan mempertikaikan ‘risikan’ saudara atau mungkin propaganda barat tapi cuma berfikir di lain sudut.

  28. shahpaskal says

    Izz@14yrs,

    bagus dan tahniah kerana ada blog lain dari yang lain berbanding remaja seusia saudara.
    Promo dengan lebih kerap kepada rakan-rakan yang lain agar mereka mendapat manfaat dari blog saudara

  29. finf says

    @meriambuluh

    Pembetulan, Tun det bukan berdarah Pakistan. Tapi Tun det berdarah Malayalee dari kerala.

    Yeah, saya sokong akan pendapat GEMPURWIRA.

  30. GEMPURWIRA says

    pendapat gempurwira..

    tak apa sy hormati pandangan kamu meriambuluh…

    walaupun tun mungkin ada darah bukan melayu sekurang-kurangnya dia membantu melayu lebih dari melayu tu sendiri jika anda menegas tidak terangkan pada sy jgn buatkan fikiran anda cetek dan sempit… ramai yg mengagumi tun bukan kerana bangsa atau agamanya namun kerana kelantangnnya, pendiriannya dan pemikirannya yg mendahului zaman dan mendahului pemikiran anda sendiri saudara meriambuluh…

    pasal bendera pula mengapa hendak ditukar? adakah anda takut mati untuk mempertahankan negara anda sendiri kerana bimbang musuh akan menyerang kita kerana tersilap bendera?

    jangan sempitkan fikiran anda yg jumut itu berbanggalah dengan apa yang telah kita ada kalau anda terlalu banyak persoalan itu dan ini tanya diri anda dulu apa sumbangan anda pada negara ni? barulah anda boleh persoalkan segalanya pasal negara ini…

    hanya pendapat gempurwira…..

  31. meriambuluh says

    Kenapa rakyat Pakistan menyanjung Dr Mahadir sebab mereka menganggap Cik det darah keturunan mereka.Tak caya cakap gua boleh sembang dengan orang Pakistan sendiri.
    Satu lagi memang cari ajal kalau pakai lambang bendera Malaysia kat Iraq atau Afganistan dan tak sempat GEMPURWIRA nak explain dah terkena peluru.
    Elok sangatlah kalau kita tukar design baru bendera Malaysia.kekalkan bulan bintang dan jalur merah putih tu gantikan dengan merah dikiri dan putih di kanan….yang penting, sekali pandang tak sama dengan US

    • says

      Jelas sekali anda x berbangga dengan bendera kita walaupun itu hanya cadangan. selama 53 tahun kita menggunakan bendera yang sama tup2 takut ditembak anda minta tukar. Saudara dah minta tukar walaupun belum kena tembak dengan 1 butir peluru pun. Kalu dah kena burst ntahlah saya x pasti anda akan buat apa. Apa-apa hal bendera atau panji yang kena pertahan dahulu sebab itu la ada ungkapan retreat with colour atau retreat with no colour (berundur dengan panji2 atau tidak). Itu sebab dalam perbarisan panji2 tentera, RSM akan membaling tongkat ke belakang. Ia adalah menunjukkan semasa pertempuran, RSM akan berada bersama2 panji2 dan mempertahankan panji2.

      Pasal Che Det tu fikirla sendiri sebab apa yang anda kecapi sekarang sebahagian nya adalah idea dia. x kira la apa asal usul dia janji Melayu x rugi, kita makmur dan porak peranda

      • Hairul Nizam says

        Dangkal sekali pemikiran penulis komen di atas.

        bila di medan perang.., apa bila telah di beritahu – yang bendera malaysia seakan-akan bendera US..! adakah anda nk berlagak rambo.. pakai jugak benda tu?

        hanya yg berfikir menggunakan rasional dan otak yg bukan di letakkan di lutut saja.. akan pakai bendera malaysia dlm situasi yg di hadapi bro. shah ..!

        bukan pasal bangga tak bangga, ini pasal kesinambungan nyawa! jgn cakap pasal bangga.. bila nyawa dah berkecai di hantam mortar !

        • GEMPURWIRA says

          pendapat gempurwira…

          pada saya itu bukan dangkal itu semangat patriotik saudara..

          jelas jika negara ini diserang anda orang yang pertama sekali melarikan diri kerana dengan JELAS ANDA MENUNJUKKAN DIRI ANDA SEBEGITU…

          bila ditanya mengapa anda melarikan diri dari mempertahankan MALAYSIA? jawapan anda mudah sahaja GILA!!! NAK MATI OTAK LETAK DILUTUT!!! INI pasal kesinambungan nyawa! jgn cakap pasal bangga.. bila nyawa dah berkecai di hantam mortar!!!

          dan yang utama Tiada sesiapa memaksa tentra kita ke kawasan konflik jika bukan kerelaan mereka sendiri jika diserang dan mati itu lumrah di kawasan konflik.. jika tidak mahu mati tinggal sahaja di rumah tiada sesiapa pun memaksa!!!

  32. gara says

    Ruj para 46 entri ni: Aura Tun M slamatkan shahpaskal dari execution agen ISI pakistan…Maha Suci Allah yang Maha Agung, dan saya bersyukur malaysia pernah dipimpin oleh negarawan ini

  33. eric says

    “Jika orang islam masih belum ‘buka mata’, tak mustahil malaysia bakal jadi macam palestin…” – Daripada sumber yang boleh dipercayai…

    Rejim Zionis (Yahudi) & Palestin – Asia Barat…..
    Proksi Zionis (….Missing…..) & Malaysia – Asia Tenggara…..

  34. finf says

    Banyak membaca pun 1 hal juga, semuanya disebabkan penulis2 sejarah dunia lahirdan berpaksikan negara Barat atau ertikata lain, Pihak yang menang.

    Mungkin terdapat beberapa buku yg ditulis berpandukan kejadian sebenar, tapi malangnya ia tidak diterima oleh masyarakat dunia khususnya Negara US, dan kebenaran dan kisah benar ini la yang kerap kali di panggil ‘Teori konspirasi’.

    Boleh dikatakan rahsia sebenar masih tidak kita ketahui lagi. sebab itu saya katakan hanya mereka di White house sahaja mengetahuinya.

  35. GEMPURWIRA says

    hanya nak menambah sedikit pandangan…

    mengapa terlalu banyak teori konspirasi pada umat islam?

    kerana umat islam tu sendiri kurang ilmu dan pembacaan oleh sebab itu bila timbul sesuatu isu mereka terus percaya tanpa banyak mengkaji adakah itu benar atau tidak…

    mengapa hanya media barat yg banyak memaparkan kisah osama? kerana media-media islam tidak efektif apatah lagi wartawan dr ngara2 islam yg mahu membuat liputan ke kawasan konflik di negara islam adalah kurang kalau ada pun boleh dikira dengan jari..

    mengapa fidel castro dia tidak mati namun orang kanan dan rakan sejatinya semasa revolusi cuba iaitu che guevera yg terbunuh anda harus banyakkan membaca… setelah fidal castro berjaya mengambil alih cuba… che guivera telah bertegas untuk meneruskan revolusi ke sebuah negara di amerika selatan iaitu bolivia dalam menghapuskan kuasa kapitalis di sana.. namun akhirnya dia terbunuh bila dikepung oleh askar khas bolivia.

    yup tepat osama itu individu manakala taliban(disokong pakistan, arab saudi dan amerika) mujahiddin(disokong pakistan dan amerika) adalah organisasi termsuklah hizbullah..
    pendapat gempurwira…

  36. finf says

    Terbaik punya analisis.

    lihat, permainan barat memang ternyata berjaya, sampaikan Umat islam sendiri sudah keliru dengan akan jalan yg mereke pilih iaitu jalan kebenaran(islam yg dibawa secara langsung oleh Nabi Muhammad S.A.W)

    jika kita ingin huraikan siapa kennedy, siapa osama dan siapa fidel castro, dalam tidak sengaja ia akan terkeluar cerita2 yg lain, dan kepala kita pun akan pening dan keliru.

    Bagi saya, Kennedy adalah seorang yg bijak dan jujur, malangnya kebijaksanaan dan kejujuran yg ada padanya telah membawa padah pada dirinya sendiri. Teori konspirasi mengatakan, seminggu sebelum kennedy ditembak oleh ‘CIA’, Kennedy telah berucap, dan di dalam teks2 ucapanya terkeluar akan perkara2 yg boleh di anggap sulit oleh sesetengah org yg berada di dalam White house. betul atau tidak, itu tidak saya tahu.

    Osama pula, terus terang saya katakan, dia hanya alat. siapa dia? hanya white house sahaja tahu. hancurkan Islam menggunakan Islam, adalah strategi mereka.

    fidel castro pula, adalah salah 1 watak yg menyedapkan keadaan, bagaimana rakan seperjuangannya Che guevara boleh dibunuh oleh CIA senang2, dan dia boleh terlepas? hanya White house sahaja tahu cerita yg sebenar.

    teori konspirasi sudah terlalu banyak, sampaikan kita umat islam jadi keliru.
    fitnah terhadap kita sudah lama dilontarkan, dan akhirnya islam di pandang begitu jijik sekali.

    Islam skrg di fokus. di fokus untuk dihancurkan satu persatu.
    siapa yang ingin hancurkan islam? tepuk dada, dan tanya siapa.

    untuk kita sebagai umat islam, memahami akan perkara yg berlaku di persekitaran kita, itu tidak cukup. kita perlu bangkit. bangkit demi kebenaran.

    • pembaca says

      Terdapat juga teori konpirasi yang menyatakan amerika hanyalah sebuah negara yang dikawal the hidden hand dan setiap presiden amerika yang dilantik hanyalah sebagai buah catur yang berperanan menjalankan tugas2 yang diberikan hidden hand termasuklah obama semua..tapi kennedy tak mahu menurut arahan mereka…sebab tu lah kennedy dibunuh

      sesungguhnya teori konpirasi terlampau banyak..tapi kita haruslah bijak dengan menapis dan selidik terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu teori itu…kebanyakan umat islam yang terkeliru dengan teori konspirasi ni adalah kerana mereka percaya bulat2 setiap apa yang mereka baca dan dengar tanpa sebarang usul periksa…

      maaf bro shah..lari topik sikit….dan tahniah…satu artikel yang amat menarik…pengalaman yang diceritakan sendiri adalah sangat berbeza dengan pengalaman yang diceritakan pihak ketiga..original dan tiada tokok tambah…

  37. shahpaskal says

    Pertama sekali, tahniah kepada Gempurwira dan IbnuZailan kerana memberikan analisis yang baik walaupun berbeza dengan pandangan saya

    Kedua, analisis yang baik ini bagaimanapun mengambil contoh yang salah kerana Taliban dan Mujahidin adalah satu organisasi dan Osama merupakan seorang individu

    Ketiga, Taliban bukan senjata Amerika Syarikat (AS) kerana skop Taliban ketika itu adalah untuk sosio politik Afghanistan sahaja dan Pakistan mempunyai kepentingan di dalamnya

    Keempat, Fidel Castro tidak meninggalkan kesan yang mendalam untuk rancangan AS ke hadapan

    Kelima, Kennedy dibunuh sebab apa? Kenndey yang hampir membawa AS kepada kancah perang dunia ketika berseteru Fidel Castro dibunuh sedangkan Fidel Castro masih hidup

    Keenam, cuba fikir mengapa Kennedy dibunuh

    Ketujuh, Osama adalah watak rekaan, bukan maksud saya menyatakan Osama ini tidak wujud tetapi dia cuma pejuang biasa

    Kelapan, Osama tidak pernah mengaku melancarkan serangan 9 Sept sehingga menyebabkan beliau diangkat sebagai hero oleh sebahagian dari kita

    Kesembilan, Osama sendiri diangkat oleh Amerika Syarikat atau sesiapa sahaja di belakang AS untuk menjadi hero umat Islam

    Kesepuluh, pegawai CIA sendiri hairan, seorang manusia (Osama) yang duduk dalam kawasan pergunungan (afghanistan) boleh melancarkan operasi yang paling kompleks dalam sejarah manusia

    Kesebelas, Osama tidak dibunuh kerana sebenarnya Osama tidak penting kepada AS, ia cuma “watak rekaan” , membenarkan kewujudan watak Osama membolehkan AS mengeledah setiap organisasi, setiap individu, setiap wilayah dan setiap negara Islam

    Kedua belas, maklumat tentang Osama hanya datang dari barat dan mediannya

    Ketiga belas, teori konspirasi mempunyai kaitan dengan hidup kita, sama ada anda sedar atau tidak tetapi untuk ketiga belas perkara di atas dan beratus lagi perkara yang boleh saya kupas, saya rasa cukup sekadar ini kerana jika dibincangkan ia akan terkeluar dari ragam blog saya

  38. GEMPURWIRA says

    analisis GEMPURWIRA…
    Jika kita mengatakan taliban atau osama adalah “mungkin” mereka dikalangan CIA, pada pandangan saya selagi bukti yg kurang jelas kita tidak boleh terus menuduh ingin saya beri beberapa contoh pejuang sama ada individu atau organisasi yg menentang sebuah kuasa namun akhirnya mereka berjaya tanpa dimusnakkan secara total oleh negara kuasa besar tersebut contoh ini adakaitan seperti juga kes Osama dan Taliban… anda pernah mendengar fidel castro? dia antara mereka yg berjuang menentang sebuah kuasa besar amerika dan hampir mencetuskan perang dunia ketiga… kenapa dia tidak mati terbunuh atau dibunuh oleh agen perisikan barat adakah dia agen CIA rasanya jika anda membaca siapa dia dan sejarahnya anda kenal siapa fidel castro?…. anda pernah dengar mujahideen… yg menentang sebuah kuasa besar semasa perang dingin iaitu soviet union? mengapa mujahiddin tak dimusnahkn secara total oleh tntra konvensional soviet yg brkali berganda dr pjuang mujahideen(jika anda katakan mereka dibantu CIA namun ia hanya sekadar persenjataan dan sedikit nasihat ketentraan shaja) namun akhirnya soviet brundur mengaku kalah adakah ini menunjukkan mujahiden itu proksi kesatuan soviet atau KGB(agen perisikan soviet)… antara bukti lagi perang vietnam yg tercetus di mana peperangan itu telah membunuh lebih 50 ribu askar amerika dimana amerika masa itu bertempur dengan tentra vietcong dan vietnam utara.. kenapa vietcong tak dapat dimusnahkan oleh AMERIKA sekalipun CIA? adakah itu juga menunjukkan vietcong ini proksi CIA/MOSSAD?…
    diakhir analisis saya ini memburu pjuang bukanlah satu kerja yang mudah dan pjuang pula bukanlah mereka yang bodoh untuk menampakkan diri dimana mereka berada… sehebat mana pun barat mereka bukan tuhan yg boleh mengetahui dimana kedudukan seseorang yg bersembunyi walaupun mereka dilengkapi pelbagai alatan perisikan yg tercanggih… mengapalah amerika sanggup berhabis berbilion dolar menghapuskan proksi mereka sendiri dan membiarkan ribuan tentra mereka menemui ajal disana… jika masuk akal amerika tidak akan menyerang sebuah negara proksinya sendiri jika nak berlakon pun takan nak sampai kos berbilion dolar peruntukan menaja bil peperangan utk menghapus sekutu sndiri iaitu taliban dalam ekonomi amerika yg tidak menentu? dan membiarkan tntra mereka mati dan membuatkan rakyat amerika muak dgn peperang yg tiada penghujung ini… hanya pandangan GEMPURWIRA

  39. ibnuzailan says

    “Hampir semua panglima perang Islam dari medan tempur Chennya, Russia sampailah ke Palestin, habis dikesan dan berjaya dibunuh Barat dan kuncu-kuncu dajal serta zionis tetapi Osama sampai sekarang terselamat, pelik tak???”

    knp pelik? taliban dr dlu amerika perangi tp x hbis2..mereka dh takluk afgan(HQ talibn) tp smpi skarng x hbis pjuang taliban ni. di pakistan, kerajaan negara tu smpi skrng x dpt musnahkan puak taliban…pdahal prkmpungan taliban ni meraka tahu..

    kalau mcm tu knp kita x plik ngn puak taliban nie?ish3x..konspirasi CIA nie…

    • GEMPURWIRA says

      pendapat Gempurwira..

      saya terima pendapat saudara ibnuzailan…
      namun persoalan anda mengapa taliban sukar untuk di hapuskan? anda harus mengkaji sesuatu konflik dengan mendalam dan membuat analisis dalam banyak pembacaan ilmiah…

      pada saya mengapa taliban sukar dihapuskan untuk mengaitkan mereka ejen CIA, mohsad, m-15, KGB dan banyak lagi satu tuduhan yang melulu sebelum kita melihat dan mengkaji secara mendalam… kes taliban ini adalah sama seperti kes komunis di negara kita sendiri, perang vietnam-amerika dan perang korea…jika kita melihat dari kesamaan konflik ini ia adalah sama dimana negara yang berperang berjiran dengan negara yang membekalkan kekuatan manusia dan senjata…tidak mengira negara jiran itu sekutu atau tidak…

      seperti di vietnam semasa perang vietnam-amerika, amerika sangat sukar menghapuskan vietcong dan komunis kerana vietnam pada masa itu terbahagi kepada 2 iaitu vietnam utara adalah komunis dan vietnam selatan demokrasi.. walaupun cukup amerika dan sekutunya cuba menghapuskan pengaruh komunis dan vietcong di vietnam selatan namun korea utara terus membekalkan senjata dan tentra baru dalam diam untuk masuk kesempadan vietnam selatan melakukan serangan gerila, adalah amat sukar untuk amerika menghapuskan pengaruh komunis secara total selagi vietnam utara tidak dimusnahkan!!!

      manakala konflik perang korea kes ini sama seperti kejadian perang vietnam namun ini melibatkan kuasa besar iaitu korea utara di sokong oleh china dan rusia manakala korea selatan di sokong oleh barat, perang yang panjang namun tentra yang diketuai oleh amerika tidak dapat mengalahkan korea utara kerana korea utara adalah sebuah negara yang bersekutu kuta dgn china dan rusia maka wilayah korea utara dijadikan tempat untuk penyusupan tentra gerila dan senjata termasuk logistik maka selagi korea utara masih wujud adalah mustahil untuk mengalahkan pengaruh komunis dari terus masuk melalui pintu sempadan yang luas dan sukar dikawal..

      begitu juga kesnya seperti di afganistan taliban adalah seperti orang awam amat sukar untuk mengenali mereka dan taliban juga adalah dari mereka yang berada dan berwarganegara pakistan yang bersimpati dan berjihad akan masuk ke afganistan mealui pakistan… pakistan menjadi pembekal kepada tentra gerila dan senjata secara tidak langsung dan untuk menghentikan kemasukan pejuang ini adalah amat sukar kerana sempadan pakistan-afganistan amat luas dan muka bumi yang berbatu dan berbukit bukau…

      tak perlu kita melihat ke luar negara sejarah negara kita menghapuskan komunis malaya.. adakah komunis MALAYA di musnahkan secara total??? sudah tentu tidak!!!! itu pun setelah mereka meletak senjata kepada malaysia… mengapa komunis malaya sukar dihapuskan??? kita harus lihat mereka menjadikan negara jiran kita iaitu thailand sebagai pusat merancang menyerang dan melakukan penyusupan tentra gerila dan persenjataan ke negara ini melalui sempadan yang luas dan berhutan tebal…adalah amat sukar negara kita untuk masuk kenegara jiran untuk menghapuskan musuh walaupun ada namun terbatas…

      itulah contoh mengapa taliban sukar dihapuskan… jika kita berfikiran begitu kenapa kita tidak mengatakan vietcong, korea utara, komunis malaya adalah agen kepada CIA??? saya bertanya begitu kerana semua yang saya sebut tadi sukar dimusnahkan walaupun oleh sebuah kuasa besar……..

  40. GEMPURWIRA says

    sy nak beri pendapat sy bro cebong:
    iran adakah ia menyebelahi islam atau menyebelahi zionis? iran ialah sebuah negara beraja sebelum berlakunya revolusi islam dan antara negara islam awal yg mengadakan hubungan dengan israel apabila israel jahanam itu tertubuh oleh PBB dgn sokongan kuat barat yg diketuai oleh amerika dan britain… pada waktu itu iran di bawah shah iran pahlavi (Shah Mohammad Reza Pahlavi) adalah seorang raja yg bertunjangkan barat (boneka barat)… hubungan antara negara iran, barat dan israel sangat erat sehinggakan iran berbelanja berbilion dolar untuk menaja dan membeli sistem pertahanan barat yg bernilai tinggi (antaranya iran menaja kos program F-14 tomcat tu pasal hanya iran sj yg ada psawat tu selain amerika) namun shah iran pahlavi digulingkan oleh seorang ulama iaitu Ayatollah Ruhollah Khomeini ni hanya sejarah ringkas iran … berbalik kpada ada mengatakan iran proksi zionis pada saya pandangan itu agak kabur hanya dgn alasan-alasan yg kurang jelas kesahihannya dan tidak terbukti kebenarannya kecualilah melalui andaian pemerhati semata-mata anda tidak boleh terus menuduh tetapi pastikan dulu dan dapatkan banyak informasi yg boleh di sahkan kebenaran maklumatnya… siapa kata iran dan kelantangan pemimpinnya tidak menjadi perhatian israel/zionis anda ada bukti? setahu saya iran telah lama didendam oleh amerika dan sekutunya sejak mereka di halau dan dimalukan apabila terjadinya revolusi islam… antara buktinya amerika dan sekutunya menjadikan iraq sebagai proksi untuk menyerang iran semasa perang iran-iraq namun ketabahan dan keberanian iran berjaya menghalau keluar iraq daripada terus daripada iran dimana barat telah menaja dan membekalkn pelbagai jenis senjata termasuklah bom kimia (saddam gunakan bom kimia untuk mengebom sebuah kampung dihuni puak kurdis)… selain itu selepas revolusi iran amerika mengenakan sekatan ekonomi kepada iran namun iran tetap bertahan mungkin kerana iran antara negara pengeluar minyak membuatkan sukar utk menyekat iran dr segi ekonomi secara total kerana bimbang iran akan bermain dgn minyak mereka yang boleh membuatkan ekonomi dunia merudum…harus diingat mengapa saya mengatakan dari tadi mengenai amerika dan iran? kerana israel selalu berselindung di sebalik kuasa besar tersebut… harus diingat iran bukan seperti negara islam berfahaman sunnah di mana shiah cukup kuat pegangannya dan sukar untuk ditembusi oleh anasir luar untuk mengancam kedaulatan iran anda boleh bndingkan islam sunnah di beberapa negara arab dan shiah pula di iran, lubnan dan palestin… antara negara arab yg berfahaman sunnah menjadikan barat dan amerika sebagai ketua hampir separuh contohnya mesir, jordan, uae, kuwait dan beberapa negara lg termasuklh arab saudi sendiri kesemua ngara arab ini sunnah adalah dominan berbnding shiah… mereka mengadakan hubungan yg cukup erat hingga anda boleh lihat sendiri betapa negara2 arab sunnah cukup di pegang erat oleh barat sehingga tidak dapat berbuat apa2 jika merah kata amerika merah la jg pada mereka…antara contoh terdekat isu palestin hamas (syiah), fatah (sunnah) siapa yg bersekongkol dgn israel dan barat tanpa mempedulikan majoriti rakyat palestin yg menyokong hamas(hamas menang dalam pilihanraya mengalahkan fatah)… sudah tentu fatah… israel mengumpan fatah dgn memberi kuasa memerintah palestin dan ini secara tidak langsung menyebabkan berlaku perpecahan didalam kumpulan pjuang palestin kerana berebut kuasa, manakala hal berkaitan shiah di iran, lubnan(hizbullah) dan palestin(hamas) lain pula ceritanya… kuasa shiah ini agak mengkagumkan pada pemerhatian dan pembacaan saya.. mereka/shiah adalah mereka yg cukup setia dan taat kepada ketua mereka ini menyebabkan israel dan barat sukar untuk mengumpan mereka dgn duit, kuasa dan sebagainya(namun saya tidak mengatakan semua shiah sama ada yg jahat jg), ini dapat dilihat pejuang hamas tidak mahu langsung berkonfromi dgn isu perdamaian dgn israel yg berat sebelah mereka sanggup mati demi mewujudkan israel merdeka dan ini jauh berbeza dgn fatah yg sanggup berlembut!, mengapa hizbullah sukar dimusnahkan?adakah mereka proksi ciptaan israel? hizbullah adalah sebuah organisasi yg didominasi oleh shiah atas sokongan iran dan syria dan mereka wujud adalah untuk menentang perluasan kawasan dan penjajahan yg dilakukan oleh israel kerana pada masa lalu hizbullah menentang 2 seteru iaitu israel dan puak plangis dalam beberapa perang saudara namun akhirnya puak plangis dapat dikalahkan.. pemimpin hizbullah nasurullah cukup sukar dibunuh malahan tempat persembunyiannya pun sukar dikesan mengapa ini berlaku adakah kerana mossad melindunginya? anda harus tahu bahawa pengikut hizbullah amat menynjungi ketua mereka dan cukup menyimpan rahsia walaupun israel memberi pelbagai ganjaran namun semua gagal (ini mungkin disebabkan kebencian mereka terhadap israel cukup meluap2) ini menyukarkan agen perisikan israel untuk menyusup masuk kedalam organisasi hizbullah.. kesetiaan pengikut hizbullah terbukti apabila berlakunya perang lubnan-israel dimana mereka mengerjakan israel secukupnya sehingga menyebabkan israel berundur (tahu siapa pembekal persenjataan mereka? lain dan tidak bukan iran dan syria), manakala dipihak iran pula rasanya semua tahu kekuatan iran berlkali ganda berkemampuan berbnding iraq menyebabkan israel cukup berhati2 untuk agar tidak menimbulkan perbalahan yg besar terhadap iran yg mana iran berkemampuan untuk menyerang israel dengan aset2 peluru berpandu jarak jauh dan sederhana yg dikuatiri bakal menghujani seluruh wilayah israel(ini terbukti semasa perang dimana hizbullah melancarkan ribuan peluru berpandu berganda jauh kedalam wilayah israel).. untuk tidak mahu mengambil risiko israel berselindung disebalik amerika untuk menghancurkan iran… namun iran bukan bodoh ia tahu tntra amerika sudah terlalu letih untuk membuka medan peperangan yg baru selepas iraq dan afganistan yg mana dua wilayah tadi masih belum aman…oleh itu iran berani berkata lantang membidas barat dan israel kerana pasti barat tidak sanggup menangung satu la peperangan yg cukup merugikan bukan sahaja dari segi keewangan tetapi juga dari sokongan rakyat di negara2 sekutu amerika dan amerika sendiri…
    Manakala mengapa israel cukup membenci mantan perdana mentri kita yg paling kita kagumi dan terkenal di seluruh dunia (cth shahpaskal ditahan oleh polis ISI mereka mengenali tun mungkin cuba anda tanya malaysia mungkin mereka tidak tahu apa tu malaysia dan di mana namun bila kita sebut mahathir hampir semua org kenal) sebagai ikon pemimpin dunia ke-3 yg lantang mengutuk barat tidak terkecuali israel jahanam dan cukup pintar dalam merangka sesuatu yg tidak terfikir oleh kita dan mendahului zaman? kehebatan tun mahatir ini yg ramai menjadikan tun sebagai ikon meresahkan israel kerana apa yg dikatakan oleh tun mahatir cukup memberi kesan bukan sahaja kepada masyarakat di malaysia namun di dunia secara keseluruhannya dan yg paling menarik mereka yg mengikuti dan mendengar kelantangan tun mahathir melangkaui negara, agama,umur, jantina dan sempadan dan ini amat merbahaya kepada survivel israel itu sendiri kerana jika tun berjaya menerapkan pemahaman bahawa israel adalah penjenayah sebenar dan dunia melihat rialiti sebenar ia boleh membawa israel kepada kehancuran kerana tanpa sokongan barat dan amerika, israel/zionis hanyalah sebuah wilayah yg tinggal menunggu masa untuk hancur!….hanya pendapat GEMPURWIRA.

    • sakaratul says

      perhh.. mmg best penerangan gempurwira ni… senang difahami dan ada munasabahnya… klu dilihat, kecekalan dan kesetiaan syiah lebih mengkagumkan berbanding sunnah yg kebanyakannya telah ‘dibeli’ oleh barat..

      • abu busyra says

        erk…cam berbau syiah je comment nih.
        kita malaysia nih, akidah kita ahlus sunnah wal jamaah. syiah mmg jauh skali utk kita beri’tiqad, jauh skali nak sokong.

  41. cebong says

    kwn ‘paste’ ni dari blog seorang sahbat,jika ada sesiapa yang boleh mengesahkan ..

    * Iran is a symbol of strength and victory of Muslims against the Jewish people, pagans and Christians throughout the world. Things it can be seen clearly that the volume of each president and the leadership of a very great religion or ulamaknya criticize Israel in the eyes of the world. We wonder all the critics will not take any action by the Mossad intelligence service as their killer squads. As long as the Shia of Iran or persons who criticize it as if they escape from the grip agents Mossad agent, but not among the critics of the Sunnah, accept the result of ill will. Include former Malaysian prime minister Tun Dr. Mahathir Mohamad who has followed every text for a speech by the agent of information and broadcasting Israel ruled that Dr Mahathir for the country have issued scathing attack and criticism against the Jewish state six times. We find that he was forbidden from entering the Jewish state is as well known. That is why he failed to enter the Gaza not long ago. In our calculation, if he remains prime minister and often slammed Israel and the open secret it is not impossible that the former prime minister of Malaysia will be the victim of food poisoned or fire ammunition. Be like the late Al met Osama bin Laden who has returned to alaih rahmatullah. Although originally a belt dressing but eventually secede actually fight for Islam. Thanks for his determination of live ammunition to members of the kuffar as their savior and expiation. Iran and Shiites are hated Al Qaeda and the Taliban.

  42. says

    tentang pakistan.. banjir besar baru2 ni ikut citer org pakistan mmg pelik..
    kawasan tu tak penah kene ujan lebat.. ujan sekali sekala pun jarang.. sampai rumah pun dibuat takde bumbung.. tetiba sekali kene banjir teruk gile.. sebab glasier cair.. mungkin ni pun ada kaitan dengan ujian nuklear pakistan gak kut..

  43. says

    1. Aku harap pihak pembangkang terutama PAS sedar bahawa UMNO tidak lah terlalu teruk. UMNO banyak berjasa membantu umat Islam di luar negara serta dalam negara. Itu realiti.

    2. Tun Mahathir di sanjungi di rakyat luar negara, namun ada rakyat Malaysia yang mencerca pemimpin sendiri. Ingatlah, itu semua cara psikologi pembangkang menjatuhkan kestabilan politik negara.

    3. Dulu aku turut terpengaruh Osama merupakan Islamic Fighters. Aku percaya sebab pernah dengar ceramah PAS berkobar-kobar cerita pasal Osama. Namun, bila lama-lama, aku realize Osama hanyalah satu watak lakonan. Lakonan dari agensi dan ejen perisik. Sedangkan ada banyak ejen perisik CIA dalam military Russia. Inikan pula dalam organisasi seperti Taliban?

    4. Bro, penulisan kau membuka mata tentang realiti Malaysia dan luar negara. Teruskan berkembara. Wish u all the best!

  44. shaifu03 says

    Syabas bro shah…
    Memang posting yang menarik kerana tak sama macam dalam Reuters, dlm TV3 ke, Majalah 3 ke…
    Sayang takde agensi berita Islam yang dapat melaporkan secara terus dari kancah peperangan di sana.

  45. GEMPURWIRA says

    analisis GEMPURWIRA… adakah anda tidak bangga dengan bentuk dan corak JALUR GEMILANG? pada pendapat saya bendera malaysia tidak meniru mana2 negara dan atau pun mengambil design mana2 negara… anda harus berbangga dengan corak/ design jalur gemilang… walaupun ia seperti bendera sebuah kuasa besar namun ia berbeza dari beberapa sudut… bendera indonesia jika anda amati dgn bendera poland ia hampir sama kecuali warna hanya terbalik iaitu merah dan putih bgitu juga kita… pada saya di rantau asia tenggara bendera malaysia la yg paling cntik dan bila bndera malaysia di naikkan dan lagu kebnagsaan di mainkan anda pasti cukup bangga dgn keanggunan,kecantikan dan yang paling penting bentuk bulan dan bintang mengesahkan kita sebuah negara islam, dan setiap jalur dan lambang di dalamnya memberi maksud apa yg wujud dalam pemerintahan negara berdaulat iaitu malaysia.. membina sebuah bendera bukanla semudah membuat baju tengok sj warna cntik dan terus buat! tentu anda tahu setiap bndera memberi makna yg besar dan menunjukkan kekuasaan sebuah negara kepada negara yang lain… harap tiada siapa mempersoalkan mengapa bendera kita berbntuk itu dan ini… jika anda seorang warga malaysia yg bertanggung jawab dan patriotik persoalan ini tidak sepatutnya wujud dalam diri anda… hanya pendapat GEMPURWIRA

  46. gaban says

    “kami bergerak secara konvoi dan kenderaan kami menggunakan bendera Indonesia atau Umno, ini disebabkan bendera Malaysia mempunyai jalur yang sama dengan bendera Amerika Syarikat”

    itu la bahana nye kerajaan approve design bendera Malaysia lebih kurang dengan Amerika..

  47. nizam says

    aku suka ngan citer kali ni brother shah..citer yang real punyer..bukan citer dari orang lain..good job shah..kalo ade citer pengalaman camni kasi keluar lagii

  48. mrtoggle says

    Peperangan ini sgt mengerikan. Terfikir juga jika berlaku peperangan di Malaysia adakah kita mampu menghadapi dr segi mental n fizikal kerana kt dh dimanjakan dgn kesenangan.Tp ini satu info sangat menarik utk dibuat renungan. syabas bro shah.

  49. GEMPURWIRA says

    kasihan yg membunuh ni pun satu bengong! namun mungkin pemahaman mereka siapa bersekongkol dgn amerika yg mengetuai tntra pengaman PBB di anggap pengkianat islam tu yg di bunuh…. kes ni antara penyebab mengapa tntra pakistan menarik diri dari terlibat semasa operasi BLACK HAWK DOWN… pakistan tak mahu lg ada tntranya terkorban so apa g perajurit kita je la dgn tntra US tinggal braksi…

  50. shahpaskal says

    gempurwira,

    Ya masa tu, kata snipergunung, dia orang angkat tangan dan guna ayat itu, habis semua mati dibunuh, masa perang, patutnya dia org kena adjust metaliti, masa perang semua musuh

    • says

      rasanya ada sebab kenapa Askar Pakistan kena bunuh walaupun dah guna ayat tu

      1. militan somalia tu tengah lalok makan khat
      2. militan tu tak reti bahasa inggeris

  51. GEMPURWIRA says

    shah kamu maksudkan askar pakistan kene sembelih di somalia tu bukan yg tak silap 20 org tentra pakistan terbunuh dalam satu serang hendap terhadap konvoi tentra pengaman pakistan semasa di somalia oleh militia somalia farah aidid….

  52. shahpaskal says

    Camo37.

    Entahlah, x tau, kalau dia ada pasang senjata baru barulah nak amik tahu, ni setakat Upgrade dan overhaul je, malas lah den nak amik tahu

  53. Finf says

    “Saya suka Pakistan, mereka ROCK dan sempoi, kambing Pakistan juga sedapppppppp, antara ayat yang popular ialah “You’re my Muslim brother” dan kerana ayat inilah juga ramai askar Pakistan yang kena sembelih di Somalia’.

    Bro shah, ada apa ayat ‘You’re my Muslim brother’ nie sampai askar Pakistan kena sembelih?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>