DILEMMA PEMBELIAN SISTEM PERTAHANAN

Gallery

1. Anda pernah kena tipu atau cuba di tipu oleh tauke bengkel kereta anda?. Sebagai pengguna masalah kena tipu dan cuba ditipu ini adalah perkara biasa.

2. Kalau kena tipu, janganlah anda bersedih dan beranggapan bahawa diri anda itu bodoh kerana anda kena tipu pasal kerajaan Malaysia sendiri pun pernah kena tipu dan cuba ditipu.

3. Kita ini negara pengguna, penjualan dan pembelian senjata adalah satu bentuk perniagaan dan ini melibatkan untung serta rugi.

4. Misalnya, pembelian helikopter Eurocopter EC725, seperti mana anda membeli kereta, kerajaan Malaysia terpaksa membayar sejumlah amaun wang sebagai downpayent dan ia disalurkan kepada syarikat Eurocopter melalui pemindahan wang secara “electronics transfer”.

5. Wang downpayment tersebut dalam kes helikopter ini saya difahamkan sudah pun didepositkan kepada akaun syarikat Eurocopter pada pertengahan tahun lepas.

6. Sebenarnya sama sahaja walaupun tidak 100 peratus serupa, konsep pembelian sistem senjata ini dengan pembelian barangan umum yang lain.

7. Ada juga syarikat senjata yang tidak jujur dan cuba menipu pelanggannya seperti negara pembeli, Malaysia.

8. Misalnya, dalam kes pembelian meriam jarak jauh 155mm dari sebuah syarikat pembekal senjata yang beribupejabat di benua Afrika.

9. Syarikat ini tergamak menghantar laras meriam 155mm yang sudah dipakai, dia ingatkan orang Melayu yang jadi jurutera dalam tentera darat ini bodoh agaknya.

10. Orang Melayu, Iban, Cina atau India yang dok jadi pegawai dalam Kor Jurutera Lektrik dan Jentera DiRaja (KJLJD) bukan calang-calang, mereka ini adalah specialist malah lebih hebat dari jurutera tentera dari negara maju seperti Amerika Syarikat.

11. Untuk memeriksa sebuah meriam, KJLJD hanya menggunakan seorang sahaja pegawai untuk memeriksa satu-satu sistem meriam atau senjata tetapi mampu menghasilkan satu laporan lengkap yang merangkumi keupayaan laras meriam, sistem breech, peluru mahupun tayar sistem itu.

12. Amerika Syarikat (AS)  misalnya memerlukan empat atau lebih jurutera untuk memeriksa sistem meriam yang sama dan pegawai ini terdiri dari jurutera yang pakar bab laras, seorang lagi pakar
dalam sistem breech, pakar dalam hal peluru meriam dan juga seorang yang pakar pasal sistem pemanduan dan kesemua mereka menghasilkan laporan yang sama lengkapnya dengan seorang jurutera tentera Malaysia.

13.Ok berbalik pasal isu tipu laras meriam oleh syarikat dari Afrika tadi, jurutera kita berjayalah menyelamatkan jutaan dollar duit kerajaan Malaysia apabila berjaya mengesan bahawa laras meriam 155mm tadi bukanlah “DARA”, sebaliknya sudah jadi barang terpakai.

14.Jurutera kita ini menyiapkan laporannya dan menegaskan kepada panglima, “Tuan, tidak boleh jadi, ini barang terpakai, ada kesan geseran dalam barrel (laras)”.

15.Panglima kita menganggukkan kepala dan menegaskan kepada pakar-pakar mat salleh yang konon-kononnya pandai ini bahawa pihak tentera dan kerajaan Malaysia menolak perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini dan menegaskan sebagai pengguna, tentera darat mahukan laras yang baru. Hah Padan Muka…

16.Yalah, siapa nak pakai laras meriam yang sudah terpakai kerana laras meriam atau barrel ini mempunyai jangka hayat masing-masing dan jangka hayat ini ditentukan melalui berapa banyak tembakan yang sudah dilepaskan dari laras itu.

17.Kita andaikan laras meriam G5 mempunyai jangka hayat sebanyak 10,000 pusingan atau rounds tetapi kalau 1,000 sudah dilepaskan dan kemudian dihantar kepada kita sebagai produk baru, kita sudah pun rugi 1,000 tembakan dan tinggal 9,000 lagi tembakan sebelum laras meriam itu ditukar atau diservis semula.

18.Bercerita bab kena tipu ini, kerajaan Malaysia sendiri sudah beberapa kali memperolehi pembelian yang tidak berbaloi atau tidak memuaskan hati.

19.Kerana itu sejak tahun 1988, saya lihat dalam ucapan-ucapan menteri dan panglima, sangat-sangat ditekankan mengenai “Transfer of Technology” yang benar-benar “IKHLAS” dari negara maju kepada negara pengguna yang sedang membangun macam Malaysia.

20.Transfer of Technology atau TOT ini merupakan satu program pemindahan teknologi dari syarikat pembekal senjata kepada pelangganya iaitu Malaysia dan dalam program ToT ini,sudah tentulah teknologi ini akan dipindahkan kepada syarikat tempatan Malaysia.

21.Malangnya, usaha baik kerajaan ini tidak dilaksanakan secara jujur oleh syarikat pembekal senjata.

22.Saya masih ingat lagi dalam pembelian senjata yang bernilai berbilion-bilion USD dari United Kingdom (UK) yang melibatkan pembelian pelbagai sistem senjata termasuk peluru
berpandu, pesawat dan kapal perang, Tot yang diberikan adalah teknologi membina pylon pesawat.

23.Itu sahaja yang diajar…memang tidak berbaloi sungguh. Umpama beginilah, Malaysia membeli jutaan dollar kereta dari US, tetapi syarikat kereta dari US ini hanya mengajar Proton, teknik untuk membina cermin sahaja sedangkan teknologi lain seperti
pembinaan enjin kereta tidak diajar.

24.Sedih juga saya melihat program ToT ini gagal walaupun saya tidak memiliki data yang benar-benar tepat dan saya andaikan perkara ini terjadi kerana Malaysia masih tidak mempunyai pengalaman dan negara kita baru sahaja hendak membangunkan sistem peperangan konvensionalnya selepas berpuluh tahun terperangkap dalam kemelut darurat dengan komunis.

25.Sebagai negara pengguna yang memiliki status sebagai negara Islam, Malaysia,  tidak dapat lari dari dianak tirikan oleh negara yang membekalkan sistem senjata.

26.Pada akhir tahun 80an dahulu, Malaysia yang berada di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebenarnya sangat-sangat berminat dengan jet pejuang F-16.

27.Masa itu saya masih bersekolah dan cerita tentang pengganti jet F-5E dan A4 Skyhawk Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) ketika itu benar-benar hangat malah UK siap menghantar skuadrom pejuang/penyerang Panavia Tornado untuk diuji oleh juruterbang TUDM di Malaysia.

28.Masa itu, ramailah yang menyangka Malaysia akan memilih Panavia Tornado.

29.Kerajaan Malaysia akhirnya melalui persetujuan Mahathir memilih untuk menggunakan pesawat Mig-29 dan F-18 Hornet.

30.Hasrat murni Malaysia untuk membeli F-16 Fighting Falcon dari AS terpaksa dibatalkan kerana AS mahu menjual jet F-16 yang sudah didowngrade dan tidak setanding dengan pesawat F-16 yang dijual kepada Singapura.

31.Kerana AS ini merupakan sekutu dagangan Malaysia yang sangat besar (AS banyak beli produk Malaysia), kerajaan belilah juga F-18 Hornet tetapi itu pun kena main juga kerana source code pesawat tidak diberi dan Kongres AS hanya membenarkan penjualan F-18D sahaja tetapi menghalang sistem peluru berpandu beyond visual range (BVR) atau AMRAAM dijual ke Malaysia. Hampehhhh…

32.Sekarang heboh dalam internet dan forum pertahanan mengenai sistem senjata dari China yang kelihatan sangat menarik dan konon-kononnya murah.

33.Maka ramailah peminat pertahanan ini (sebenarnya bukan peminat pertahanan sejati pun) yang mempertikaikan mengapa kerajaan tidak membeli sistem dari China yang murah ini.

34.Baiklah umpama kita hendak membeli kereta, siapa yang berani mentaruhkan puluhan ribu wang anda untuk membeli kereta dari China semasa kereta China mula-mula diperkenalkan ke tanahair pada awal tahun 2000 dahulu.

35.Anda akan bertanya pada kawan anda atau pada masa sekarang ini akan melawat laman internet untuk mengetahui sama ada produk kereta dari China ini benar-benar berbaloi atau tidak.

36.Begitu juga dengan pihak kerajaan Malaysia dan penggunanya iaitu TUDM atau TLDM.

37.Maklumat mengenai sesuatu produk pertahanan ini kadang-kadang dikongsi dengan negara-negara sahabat.

38.Thailand misalnya sudah lama menggunakan produk pertahanan dari China dan antara produk terawal ialah kapal perang buatan China dari kelas Jianghu.

39.Kapal-kapal tersebut dilaporkan mempunyai pelbagai masalah kualiti dan sistem komputernya juga tidak boleh dipercayai.

40.Antaranya masalah paling kecil ialah apabila skrin komputer (deria persenjataan dan radar) yang kadang-kadang menyala atau tidak, Aduhhh…masalah itu, bayangkan hal ini terjadi kalau dalam situasi peperangan.

41.Maklumat seperti inilah yang dikongsi di antara negara sahabat dan tidak semestinya apabila kerajaan berminat dengan sesuatu sistem senjata, tentera laut atau TUDM perlu membuat ujian atau dalam bahasa umumnya “test drive” dan inilah yang selalu dipolitikkan pembangkang apabila mereka mengeluarkan tuduhan bahawa TUDM tidak buat ujian dahulu terhadap helikopter EC725.

42.Maaf, saya bukanlah mahu merendahkan keupayaan sistem pertahanan China, saya yakin produk pertahanan negara tersebut sudah jauh berubah cuma buat masa sekarang, Malaysia lebih berminat untuk membeli sistem persenjataan berteknologi rendah dari China.

43.Kadang-kadang maklumat diperolehi bukan melalui pertukaran informasi, ia dibuat melalui sistem risikan dan bagaimana risikan ini dijalankan, saya tidaklah tahu.

44.Umpama, semasa Malaysia mahu memilih negara India untuk dijadikan rakan kongsi dalam latihan dan baik pulih pesawat Mig dan Sukhoi.

45.Malaysia terlebih dahulu mendapatkan maklumat mengenai perjalanan bidang aeroangkasa India sebelum kita tahupun mengenai krisis spare part MIG India ini dihebohkan melalui media.

46.Masalah kegagalan pembekalan alat ganti MIG oleh Russia kepada India beberapa tahun lepas dijadikan sandaran kepada minat Malaysia untuk meneruskan kerjasama Malaysia dengan India serta Russia.

47.Apabila masalah itu berjaya diatasi, pemimpin Malaysia memberikan lampu hijau untuk projek itu diteruskan dan hari ini India menjadi rakan kongsi utama Malaysia dalam
hal-hal yang berkaitan dengan Sukhoi dan MIG.

48.Untuk pemahaman lanjut, anda boleh membaca artikel saya mengenai peranan broker senjata yang saya buat tahun lepas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  1. ayh ak sorg angota JLJD…mmg btol sorg jurutera mlysia akn buat penilaian dr sekecil2 senjata sampai la meriam saiz gedabak….ak pnh tngok buku lapuran senjata y bpk ak buat masa dia dlm pkhidmatan….part by part…assy drwing…smua dlukis pki tangan….blh dkatakan slama 21 thun die bkhidmat….boleh dkatakan 1 tong kayu saiz 2mx 1mx 1.5m pnuh dgn buku senjata…..sblm die pencen hujung thun 2003….die bakar smua buku 2….die ckp…”smua dah ade dalam pale otak die…”

  2. ToT….

    Selalunya requirement untuk ToT tidak dapat dipenuhi oleh ATM.
    Kebanyakkan yang dihantar untuk mengikuti program ToT adalah dari peringkat pengurusan. Berbanding dengan askar dari amerika dan europe. Askar malaysia yang berpangkat mejar ke atas kebanyakkannya sudah memasuki kumpulan pengurusan. Yang berpangkat Kapten memerlukan LLP untuk membuat semua kerja. Askar europe dan amerika walaupun mereka sudah berpangkat kolonel mereka masih membuat kerja kerja teknikal.

    Lifestyle pegawai ATM tidak akan dapat meningkatkan martabat ATM. Selagi mereka memilih untuk bermain golf selepas solat jumaat. Pernah dengar percakapan salah seorang installer yang datang. “Kalau malaysia kena serang pada hari jumaat petang. Sure malaysia hancur kerana mejar, lt kol, kol dan jeneral semua tengah sibuk main golf”

  3. Sebenarnya Menggunakan BVR missile tidak perlukan source code.
    Penggunaan source code ini membolehkan engineer membuat pengubahsuain flight characteristic dan modding atas jet perjuang tersebut.
    Bukan semua negara boleh dapatkan source code dari AS. malahan sekutu kuatnya Singapore dan Australia.
    Suadi arabia yang telah belanja berpuluh billion atas F-15 pun tak dapat source dia. yang dia cuma dapat ialah object code.
    Turkey pula telah mengguna F-16 lebih 20tahun baru mendapat source codenya.

  4. kenapa semua kebodohan malonsialan ditimpakan pada indo , coba fikir mereka itu juga warga negara malaygay

  5. transfer teknologi perlu diutamakan tdk kira dari mana dari sumbernya.china mungkin kurang kualiti skt brg tentera diorang tapiu diorang ade teknologi dan sedia memberi akses sepenuhnya teknologi mereka dan lebih murah berbanding negara barat.indonesia dan thailand misalnya mula menjalinkan kerjasama dgn china dlm menghasilkan peluru berpandu tempatan pertama diorang.iran pula sudah lama menjalinkan kerjasama dgn china dlm industiri pertahanan diorang.ya memang diakui china kurang kualiti skt barang diorang tapi malaysia kekurangan teknologi.jd teknologi amat diperlukan skrg ni.malaysia tdk sepatutnya tdk ketinggalan dlm mencedok teknologi pertahan dari china.

  6. undang2 kita tdk mengizin kan kita untuk berkreatif la bro..
    anda adalah musuh sekiranya anda bijak dan rajin berfikir..
    ada makanan ada pakaian ada tempat tidor dh cukup..
    so.. pakai je barang2 yg org lain dh buang..

  7. arghhh satu soalan simple la, jiran sebelah semua dah buat , kita masih beli bayar ansur ansur di court mamorth , bilakah Malaysia akan membuat Rifle buatan sendiri ? skung setahu hamba masih menggunakan M4 dan styer buatan Austria tu kan , pernah terbaca kt blog ni , dulu ada anggota keluarkan kertas kerja nak buat project rifle sendiri, a t the end kenA marah & dikutuk Bo##h oleh peg atasannya , komen sket sapa yg pintar ( komen yg ilmiah ye)

  8. kau nak tahu napa melaka kalah?sebab ada orang keturunan jawa haram jadah, bangang yang jadi dayang di istana melaka telah bocorkan rahsia tersebut bukan macam indon belagak sombong….kami tak pernah melawan?kau tengok askar negara mana yang lari di lubnan?siap lari dengan taxi lagi…

  9. kl nk bgnkan teknologi sendri..tggu la beratus tahun dan berabis la beratus bilion usd..

    singapore mmg maju dan kuan yew mmg bijak, TAPI kl xdok israel diblkg sngapore jgn harap la kuan yew akn berjaya spti skrg..semua negara dlm dunia akn deal dgn israel..cuma direct atau xdirect.Singapore jd sekutu rapat israel sbb tu segala military tecnology terbaru dr israel akn trus diperolehi oleh singapore tanpa byk songeh..

  10. Camne leh kne tipu pulak ni ye..tapi camne pun dengan kepakaran yang kita ada, InsyaAllah dapat menangkis itu semua.

    Cuma saya nak kaitkan dengan kata-kata seorang penceramah mengenai sifat orang-orang barat ni terutama bangsa Yahudi bahawa mereka walau macamana pun akan kenakan atau menekan umat Islam jika kita berurusan dengan mereka. So it’t happen now.

    Kadang-kadang tertanya jugak kenapa asik nak beli senjata dari US je..nape tak Iran ke Pakistan ke atau negara Islam yang lain?

  11. Shah,

    kenapa tak datang sidang media anjuran MTL, sesi penerangan untuk NGPV?
    Bloggers lain pun datang. Tapi bagus juga kau tak datang, kalau tidak, kau akan tecalit dosa menyebarkan informasi yang salah dan tidak tepat.

    Alasan kononnya NGPV ini adalah sebenarnya Frigate/Corvette tetapi dilabelkan sebagai PV supaya media negara jiran tidak menggembar gemburkan dan meresahkan jiran adalah tidak tepat sama sekali.

    Setiap pembelian ketenteraan akan di terbitkan di majalah2 serata dunia, Janes Defense Weekly terutamanya. Jadi, apa yang rahsia sangat…rahsia untuk rakyat Malaysia mungkin, tapi satu dunia tau. Itu belum lagi majalah terbitan limbungan2 kapal dunia.

    Saya tidak salahkan MTL, mereka hanya menjalankan tugas untuk ‘spin’ cerita. NGPV 1 Generation yang kerajaan Malaysia bagi kontrak kepada PSCND atau Amin Shah bernilai RM4.5 billion untuk 27 buah NGPV, TLDM hanya menerima 2, kena tambah lagi RM1.5 billion pulak tu. Ini bukan cakap kosong, baca laporan Juruaudit Negara.

    1998 – RM4.5 billion untuk 27 NGPV – TLDM hanya dapat 2 buah, itu pun bermacam2 masaalah. Jauh beza spec kapal itu diterima oleh TLDM dari original plan.

    2011 – RM6 billion untuk 6 NGPV/Corvette???

    Musuh Malaysia bukan sahaja Singapura, malah musuh dalaman lebih bahaya yang melumpuhkan pertahanan dan juga moral ATM. Ramai diluar sana masih ‘naive’ dan mentah, tidak memahami struktur sebenar dan hanya mengharapkan media perdana serta blog untuk memberi mereka informasi dan gambaran tentang ATM. Musuh ini, nama paling tersohor adalah Sapura, Sapura Defense mcm2, dan dalam bab perkapalan, Business Focus yang bertukar kulit menjadi Bouestead Naval Shipyard etc.

    Malaysia ni bernasib baik, kita belum pernah kena serang full-scale attack dalam abad ke 21 ini, tetapi bila ianya berlaku, dan aset2 ATM tidak berfungsi seperti yang dijanjikan, dan ramai tekorban…nak salahkan siapa masa tu?

  12. Pada pendapat saya, kita patut buat JV dgn Turki berbanding Iran kerana Turki telah banyak membina sistem mereka tanpa bergantung dgn barat lagi. Cth, mereka telah membina kapal Kovet dan UAV dgn teknologi sendiri. Mereka juga telah membina bot ronda laju.

    Buat permulaan kita TOT/JV setelah mampu berdikari barulah kita buat R&D sendiri. Kita patut malu dgn jiran kita yg mampu membuat rifle,kapal MPSS, meriam dan lain senjata. Syarikat negara kita sibuk merebut projek tanpa kebolehan, yg difikirkan untung shj. Tidak lama lagi kita akan tertinggal berbanding Indonesia. Sekarang mereka menjadi pengeluar sawit no.1 dunia. Mereka sdg berusaha keras membuat peralatan perang dlm negara sendiri. Sykt kita sibuk dgn lobi & komisen projek?

    Singapura telah jauh maju sehingga mampu menjual senjata ringan,meriam kapal dan kapal MPSS kpd negara lain. Walaupun ada blueprint mereka beli drpd sykt luar tetapi mereka berjaya menkomesilkannya.

    Mereka maju sebab telus, berdisplin dan tidak korup.

  13. baru Shah bukak entry ni, dah KEMENTAH approve RM10b untuk 10 NGPV.
    1 NGPV RM1bn? System Aegis ke hahahah. Kena tipu lagi TLDM.

  14. mane2 pun ada penipu, kalau x nak trus d’tipu, malaysia create lar sistem sendri… nothing imposible lar… huhuhu

  15. Andainya ABRI ingin berkongsi hasil R&D ITB, amat2 dialukan.
    Memang tidak dinafikan, ITB adalah sebuah universitas yang keparan mereka banyak membantu ABRI.

    Malangnya, sentimen nasionalis dan syak wasangka antara Malaysia dan Indonesia menyebabkan kerjasama R&D tidak berlaku.

  16. proton saga,

    dari kaca mata orang awam, ATM mempunyai STRIDE, tapi dari kaca mata ATM, STRIDE ni melukut ditepi gantang. Bajet untuk STRIDE melakukan R&D agak2 berapa? Organisasi awam dibawah MOSTI seperti MIMOS mendapat tidak kurang dari RM200 juta dan pada zaman2 malaysia mewah, RM1 billion, tapi STRIDE? Dari segi kepakaran dalam STRIDE, berapa ramai yang ada Phd, berapa ramai penyelidik luar negara?

    Harapkan Sapura R&D, sapulah.

  17. Ada, CPS (Cawangan Peperangan Siber) dibawah KOMLEKS (Komunikasi Elektroniks), Markas ATM, Pengarah Kapten Maidin, TDLM. Staff, ramai muda2…lepasan UPNM. Kehebatan mereka? Macam ni la, kalau dalam 100 sprint, kita merangkak lagi.

    Silap, MINDEF x monitor, disebabkan masaalah2 birokratik, latihan dan kepakaran.
    Yang rajin monitor, PDRM dan juga MCMC-NSC, itu pun bukan 24x7x365.

  18. lee kuan yew pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kenapa negara sekangkang kera itu memerlukan sistem pertahanan yang kuat sepatutnya memberi iktibar kepada kita..kuan yew merujuk kepada malaysia dan indonesia sebagai ancaman utama kenapa negara itu perlu pertahanan yang kuat.dalam pada itu negara sahabat israel itu membelanjakan rm35.5 bilion untuk pertahananya yang tertinggi di asia tenggara dan mungkin di asia..berbanding dengan negara kita,sejak 23 tahun lalu hanya membelanjakan sebanyak rm180 bilion sahaja.ini bermaksudbelanja pertahanan singapura bersamaan lebih 23 tahunbelanja pertahanan negara kita..lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dalam aspek pertahanan negara..perbelanjaan pertahanan negara merupakan yang kedua terbesar dalam bajet negara sehingga krisis kewangan global melanda malaysia pada 2008,menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009..namun bajet belanja pertahanan negara meningkat lebih 5 kali ganda dari2.09bilioon pada 1987 kepada 11.013 bilionpada 2010…saya yakin pulau batu putih masih menjadi milik kita,jika pertahanan negara kita mengatasi singapura..

  19. kenyataan lee kuan yew mengenai kenapa negara sekangkang kera itu memerlukan sistem pertahanan yg begitu kuat sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua…kuan yew merujuk kepada malaysia dan indonesia sebagai ancaman utama kenapa negara itu memerlukan pertahanan yang kuat….dalam bersedia menghadapi ancaman tersebut,negara anak didik yahudi itu membelanjakan sebanyak rm35.5bilion untuk pertahanan pada tahun lalu,tertinggi di asia tenggara dan mungkin juga di asia..berbanding negara sebesar kit, sejak lebih 23 tahun yang lalu perbelanjaan pertahanan negara membabitkan rm180 bilion sahaja…ini bermaksud lebih lima tahun belanja pertahanan singapura bersamaan lebih 23 tahun belanja pertahanan kita….lihatlah betapa jauh kita ketinggalan dalam aspek pertahanan negara….belanja pertahanan merupakan kedua terbesar dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda malaysia pada 2008,menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009….namun begitu,perbelanjaan pertahanan negara kita meningkat lebih lima kali ganda dari rm2.09 bilion pada 1987 kepada rm11.013 bilion pada 2010…saya yakin pulau batu putih masih menjadi milik kita jika pertahanan kita mengatasi negara singapura..

  20. 1. Penipuan dalam perniagaan adalah kebiasaan terutama apabila penjual melihat pengguna seperti mudah ditipu. Banyak kes telah berlaku dan diharap ATM memantapkan lagi bahagian penilaian kejuruteraan serta penasihat undang2 bagi elakkan penipuan yang akhirnya mmerugikan dana awam.
    2. ATM sememangnya mahukan yang terbaik pada kos bersesuaian. Perolehan sistem dari China telah pun dilaksana namun secara berperingkat, berasaskan kualiti, kemammpuan sistem dan keperluan. ATM sudahpun memiliki sejumlah MANPADS FN-6 & Anza (Pakistan) serta ATGW HJ-8 (Pakistan) yang asal usulnya dari China. Namun apa yang penting ATM & pemain industri tempatan mengambil iktibar dari negara ini dan negara lain seperti Pakistan, India, Iran, Korea, singapura dan Serbia dalam mencapai keberdikarian dalam pembinaan sistem senjata.
    3. Selain penjual, terdapat juga “org dalam” yg cuba mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada pengguna (ATM) dan negara. Golongan ini amat bahaya dan perlu dihapuskan.
    4. Sudah tiba masanya untuk pemain industri benar2 serius hasilkan senjata tempatan rekaan sepenuhnya dan perlu dimulakan dengan sistem individu terlebih dahulu.

  21. bro,lau nk komen rujuk la sejarah dlu,jgn mcm mangkok hayun jer.
    BACA..FAHAMI..SIMPULKAN.. barulah wat komen.
    ak bg ko ide,bukak mistisfile.blog.

  22. Shah,

    Delima pembelian atau penipuan atau skandal aset pertahanan, bukan sahaja terhadap vendor2 dari luar negara, malah dalam negara lebih dasyat.

    Awak ramai kawan2 kan dalam ATM, tanyalah mereka apa pendapat mereka tentang sistem GEN yang dibina oleh Sapura atau nama jolokan Sapulah.

    Angkatan Tentera US…Singapore semua mempunya communication backbone masing2, yang tidak bercampur aduk dengan civillian, tetapi Malaysia, setalah RM6.5 bn, apa yang pihak ATM dapat? Sistem yang dibangunkan oleh SCS yang berpusat di Wangsa Maju…P4 yang indah khabar dari rupa.

    Kesihan ATM kita ni kalau ramai yang tau kisah dalaman, asyik kena tipu…dulu kini selamanya. Projek NCW, khabarnya, Sapura jugak dapat … RM120 juta setahun untuk 20 tahun.

    Kasihan

  23. Bro Shah.. Inilah Pandangan terbaik yang pernah saya baca…Terimakasih
    Kadang2 Kita iaitu macam Saya Orang Awam tak tahu apa sebenarnya Berlaku…
    ThumbsUp

  24. -Ramai yang melibatkan politik dalam hal ni. Kalau pandai memimpin berapa banyak rakyat kelantan dari sekolah2 agama kerajaan negeri yg berjaya dan mendapat tempat di sektor penyelidikan antarabangsa NASA dan sebagainya?
    -Yang maan ada sekarang semuanya hasil dari kerajaan BN. Sebab tu sekarang kerjaan giat memanggil kembali mereka berkhidmat dengan Malaysia.
    -Hal2 TOT ini boleh lah diiibaratkan Tok Guru silat dengan anak muridnya. Mana mungkin Tuk Guru silat ini tadi mencurahkan kesemua ilmu yang dia ada pada anak muridnya, lawan tokey nanti.
    -Kita tidak boleh expect untuk kerajaan keluarkan belanja untuk R&D sistem pertahanan negara kerana kos2 nya bukan calang2 mahal malah boleh lar dikatakan diluar kemampuan kerajaan. Kalau beli kapal selam pun dah bising sampai habis dijaja ke luar negara apatah lagi ingin mengeluarkan belanja untuk R&D yang beribu kali ganda dari kos membeli kapal selam.
    -Tolong2 lar kalau nak berpolitik pergi tempat lain….

  25. mnta ulas tentang operasi PASKAL di teluk eden….akbar utusan sabtu 22/1/2011….br tebaca td…..bangga gila…..x penah dgr lg seigt sy…pasukan special force TLDM 2 beroperasi…….x tau la yg covert operation kan..kan…:)

  26. Salam kepada saudara ShahPaskal… =)

    Pertama kali memberi komen di blog ini walaupun telah sekian lama menjadi Silent Reader dan mengikuti perkembangan aspek pertahanan negara yang dipaparkan di blog saudara..apa pun, Tahniah diucapkan kerana mampu bergerak sebagai satu bentuk wacana mengenai dunia dan wadah pertahanan di Tanah Melayu ini….!

    Hamba ingin menarik perhatian saudara mengenai isu yang dipaparkan di link berikut :-

    http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?192972-Breaking-News-Malaysian-Commando-Foils-Pirate-Attack-on-MT-Bunga-Laurel

    Apakah benar sebagaimana yang dikisahkan, bahawa pasukan komando elit TLDM yakni PASKAL berjaya melakukan misi menyelamatkan kembali kapal dagang MT Bunga Laurel…. Andai benar mengenai perkara ini, saya meyakini bahawa kehebatan dan kebolehan pasukan elit negara dalam melancarkan sesebuah operasi dan misi nampaknya kini semakin terbukti… =) Sebagai seorang warganegara yang sentiasa mengikuti perkembangan dan aliran pertahanan negara, pastinya berita sebegini cukup membanggakan kita.

    Mohon komentar dan pandangan daripada saudara Shahpaskal dan para pembaca yang lain….Terima Kasih! =)

  27. firstly, tahniah kpd bro syah diatas usaha bro dlm menjayakan blog ni…
    untuk makluman, saya baru jumpa blog ni & “I’m very impressed with ur job”.

    Just nak tekankan mengenai isu TOT, saya teringat mengenai perang Iraq & Afghan yg mana saya terbaca artikel yg menyatakan bahawa pihak russia telah menjual maklumat persenjataan iraq & afghan kepada pihak US yg menyebabkan ratusan kereta kebal & fighter jet Iraq tidak berguna dlm melawan AS kerana rahsia & kelemahan sistem pertahanan mereka diketahui oleh US.

    Saya menyokong 100% langkah kerajaan dlm membelanjakan billion-’an’ ringgit dlm mendapatkan blueprint berbanding tot yg x ikhlas mcm kes f-18/d. Cumanya, saya yakin banyak yg tidak kita ketahui mcm kes student Uitm yg jd pro-hacker yg sekarang ini berkhidmat dengan sb.

    Cadangan saya kpd bro syah, tolong kupas isu electronic warefare & cyber war di kalangan warga keselamatan negara. Apakah negara kita ada skuad pertahanan cyber war @ tidak?

    last but not least, thanks for the info…
    <>

    • Hmmm kita memang ada unit peperangan elektronik tetapi masih jauh ketinggalan di belakang Singapura. Saya tidak pasti jika kita ada skuad pertahanan cyber yang dibentuk oleh Angkatan Tentera Malaysia. Yang saya tahu, MINDEF memang setiap hari monitor perkembangan dan forum ketenteraan.

  28. nak lahirkan ratusan ribu org2 yg berkebolehan dlm engineering & seterusnya menzahirkan TOT yg berkesan bukanlah senang…benda ni main at least 10-15 tahun bukan 2 3 tahun je
    actually ada major part salah kerajaan BN jugak(& kroni2 diorang) yg naik kaut duit dr sektor pendidikan

    tgk Germany..mengapa kebanyakan penduduk diorang adalah high-skilled worker?
    kerana pendidikan mereka sampailah ke Universiti-degree,master & phd adalah Free of charge

  29. nak lahirkan ratusan ribu org2 yg berkebolehan dlm engineering & seterusnya menzahirkan TOT yg berkesan bukanlah senang…benda ni main at least 10-15 tahun bukan 2 3 tahun je
    actually ada major part salah kerajaan BN jugak(& kroni2 diorang) yg naik kaut duit dr sektor pendidikan

    tgk Germany..mengapa kebanyakan penduduk diorang adalah high-skilled worker?
    pendidikan mereka sampailah ke Universiti Free of charge

    • Saya rasa universiti di German tidaklah murah dan bukan percuma. Hanya pelajar yang mencapai grade tertentu atau cemerlang sahaja yang akan dihapuskan yuran pengajian mereka.

      Ini sudah pun dilaksanakan di Malaysia apabila pelajar cemerlang, kerajaan menghapuskan pinjaman mereka dan menukarkan pinjaman itu kepada biasiswa.

      Dan seperti biasa, pelajar Melayu lebih berminat berpolitik daripada belajar bersungguh-sungguh, bila gagal, mereka akan menyalahkan orang lain kecuali diri mereka sendiri

    • terimakasih wayau,

      Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia meremehkan kajian seperti ini dan orang-orang seperti saya dicop sebagai paranoid

  30. Kita mungkin tidak mampu untuk membangunkan keseluruhan aset baru tetapi kita boleh menghasilkan teknologi sokongan dan menambah nilai kepada aset sedia ada dengan cara kita. mungkin orang putih jual aset ”low class” kerana banyak sistem yang di downgraded. kita cari inisiatif agar sistem tersebut ada niali tambahnya sendiri…

    Contoh pembangunan peluru pintar, penanda sasaran, radar dan sebagainya yang mana semua cabang ATM boleh mengunakan sistem yang sama..adalah lebih menjimatkan daripada membangunkan sistem yang lebih spesifik seperti pembangunan pesawat pejuang….

    Contoh kita beli ” Dumb Bom” tetapi kita uprade atau add value supaya ianya mempunyai keupayaan untuk dilancarkan secara tepat dengan memasangkan sirip dan GPS.

  31. Untuk generasi sekarang yang harus diingat adalah:
    1.jangan terlalaikan oleh kejayaan masa lalu,karna itu hanya membuat sebuah generasi menjadi malas dan hanya sombong dg kejayaan orang2 terdahulu.
    2.SDM yg berkualitas adalah yang mampu berkarya dengan baik,jika SDM mempunyai karya yang baik maka pemerintah pasti akan memberi perhatian,jadi berkaryalah dulu ! anda akan dihormati dan diakui berkualitas setelah anda punya karya
    3.tidak ada yang salah dengan bansa yag maju,mereka maju karna pinya SDM yg berkualitas,kalau berkualitas mari buktikan dg karya !

    semoga dalah hal TOT jangan ada yg disalahkan,karna jika SDM berkualitas apapun bisa dilakukan tanpa harus menunggu pemerintah.

  32. Bangsa melayu lampau sememangnya terkenal dgn kepakaran2 tetentu ilmu peperangan dan pmbutan senjata, siapa ckp smasa peperangan melaka dan portugis dlu melayu hanya nggunakn tombak,keris atau parang semata2?

    ada bukti menunjukkn manuskrip2 pelaut dan pdagang portugis, belanda, arab, cina mengatakn melaka ketika itu lengkap dgn angkatan ketenteraan yg agak moden dgn dilngkapi dgn pelbagai senjata sperti istingar (senapang) lela (meriam) dan lain2. sejarah telah mnunjukkn kita tidak sekolot itu, sejarah diolah skripnya sejak kejatuhan melayu melaka dan dimanipulasi oleh pihak imperialis eropah dan barat supaya kelihatan anak watan merasa perlu bergantung kepada kuasa luar utk maju. ini menunjukkn bahawa bangsa kita sememangnya boleh maju.

    kerajaan sepattnya mgeluarkn lbh lg pruntukan dan dana utk pmbngunan sistem persenjataan. ini kerana dewasa ini mnyaksikn kesiapsiagaan dan aset pertahann menjadi kayu pngukur thadap kedaulatan negara dan melalui TOT ini sepattnya mewujudkn situasi menang-menang antara negara dan syarikat pngeluar senjata yg berkenaan. dlm jngkamsa pnjang negara akan memperoleh faedah yg byk dan mungkin mampu mencipta sendiri teknologi2 ketenteraan setanding dgn iran,china,indonesia dan sebagainya.

    yg mustahak adalah elakkn unsur rasuah, pnyelewengan, dan cmpurtgan politik pihak2 tertentu…

  33. Sallam,
    Memang diakui kita mempunyai tenaga kerja mahir dan berkualiti terutama peringkat jurutera, tetapi ia masih jauh dari mencukupi. Sebagai cth Korea Selatan amat pesat pembangunan teknologi kerana mereka mempunyai 600,000 jurutera yg terlibat dlm R & D.

    Jurutera kita ramai yg kerja diluar negara kerana kalau kat Malaysia tiada peluang kerja bidang mereka. Cth jurutera lulusan luar negara balik kesini diberikan tugasan bahagian pentadbiran, ilmu mereka jadi sia-sia saja?

    Tidak dinafikan pegawai bawahan kita mahir & jujur tetapi bila mendapat arahan pihak atasan & politik semuanya jadi terbalik . Bayangkan sebatang screwdriver bernilai RM 8 tetapi melalui tender jadi RM 40 spt didedahkan dlm lapuran audit negara 2009. Melalui lapuran tersebut juga terdapat pembayaran cek bernilai puluhan juta RM dibayar tanpa penama/nama syarikat? ( Projek NGPV dibawah Kementerian Pertahanan)

    Kesimpulannya pegawai bawahan kerja keras dan rakyat bayar cukai setiap tahun utk jamin keselamatan nyawa & harta benda tetapi penyelewemgan pihak atasan berleluasan.
    Wassallam
    Abu Amir

  34. Di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ia menyediakan prospek kerjaya yang baik. Sebaliknya di negara kita, ia dilihat sebagai pilihan terakhir kerana persepsi prospek kerjaya yang terhad.

    Andaian negatif ini harus disangkal. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebenarnya menyediakan landasan alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka. Seramai 100,000 lepasan SPM memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun tanpa latihan kemahiran.

    hanya terdapat 23 peratus sahaja daripada tenaga kerja kita merupakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi. Peratusan ini jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara maju lain.

    * sumber petikan daripada Rancangan Malaysia ke-10

  35. ada benarnya kata sambal ikan bls.

    org bodoh n tolol mana nak tot sebegitu saja?
    toksahlah berharap n bermimpi

    semua techno berasal dari r&d, imagine anda penjual barang , mahukah anda menyerahkan sebahagian besar asas pembuatan tekno barang ciptaan anda kpd pembeli? Menyerahkannya sama saja dgn tutup kedai.

    dari buat menara warisan bebilion tu baiklah tubuhkan tim r&d buat senjata sendiri.

    sbelum belari kita kna merangkak dulu.

    makan diluar lebih mahal dari masak sendiri

    semoga Allah swt cepat mendatangkan pemimpin pintar spt mahathir yg berlatarblakangkan pendidikan doktor medical kerana hebat2 otak mreka ni.

  36. Pernah terbaca dalam sebuah buku tulisan Albuquerque (penakluk Melaka pd tahun 1511) bahawa selepas Melaka berjaya ditawan, Portugis telah menjumpai lebih drpd 3000 pucuk meriam yg ditinggalkan oleh pasukan tentera Melaka. Yang menariknya kualiti meriam2 ini adalah setanding dengan meriam2 buatan Jerman pd masa itu (yg mana kualiti meriam buatan Portugis adalah jauh lebih rendah). Kenapa selepas hampir 600 tahun berlalunya masa, Melayu (baca Malaysia) tidak mampu membina walau sepucuk meriam dan kapal dengan kudrat sendiri. Kita semua maklum, teknologi besi dan pembinaan kapal adalah sinonim dengan Melayu.

    • Kalau tak salah saya, Melaka telah membeli meriam dari Empayar Ottoman atau Emopayar Rom Timur (dalam Hikayat Hang Tuah). Melaka tidak pernah kalah, please please please….cuba fikirkan bahawa Melaka tidak pernah kalah…penjajah mengambil masa beratus tahun untuk menjajah keseluruhan bangsa Melayu.

      Kepada pembaca sekelian, Tolong bebaskan minda anda dari program yang cuba ditanam oleh musuh-musuh kita. Empayar Melaka tidak kalah sehinggalah seratus atau dua ratus tahun kemudian. Kita bukan macam bangsa lain, kaji dan baca sejarah betul betul…..

  37. Pertama-tamanya saya ingin menyangkal dakwaan kebanyakan ahli-ahli politik dan pegawai tinggi kerajaan bahawa kita ketiadaan sumber daya manusia.

    Siapa cakap kita tidak mampu dari segi SDM ???

    Kita sememangnya mampu. Cuma persoalannya , Mampukah kerajaan keluarkan belanja untuk projek R&D tersebut???

    Kita jangan terlalu terpengaruh dengan mereka yg berhaluan zionis di dlm negara kita . Buat jet pejuang, peluru berpandu balistik , radar , kapal selam, malah apa sahaja kita sememangnya berkemampuan. Insya ALLAH.

    Kita tidak perlukan India, Iran atau China. Kita sudah buktikan kepada dunia bhw saintis-saintis Star Wars (US), HAARP (US), NASA (US), Irkut (RUSIA), Rolls Royce (UK) dan Senjata Nuklear (US dan IAEA) semuanya ada serba sedikit pinjam dari warga kita (malah bangsa kita). Malah ada yang sudah bertukar nama dan tidak dibenarkan pulang ke tanah air.

    Apakah kita masih mahu tunduk terhadap dakwaan sesetengah VVIP bhw Melayu tak pandai buat jarum, Melayu lesu (lagu layu-layuan dendangan remaja politik), dan sebagainya.

    Itu semua tidak betul. Sebenarnya kita sudah dikuasai oleh organisasi zionis yg mahu kita percaya bhw diri kita tidak berkemampuan utk buat apa-apa. Ini supaya kita senang dijajah dari segi teknologi, wang , ekonomi, pemikiran dan sebagainya.

    Misalnya. Pernahkah anda semua fikir kenapa kita yang mempunyai jumlah minyak yang banyak masih dikira tidak cukup buat perbelanjaan negara. Salah satu puncanya ialah kita menggunakan wang US Dolar.Tetapi sebaliknya sekiranya kita jual minyak menggunakan jongkong emas, percayalah kita akan cepat jadi negara kaya , insya ALLAH. Tidak ada sesiapa yang dapat membuli kita dalam bidang ekonomi. Apa yang perlu kita buat hanya tidak mengiktiraf penggunaan US Dolar dan mengharamkan fungsi Bank Negara. Anda akan lihat IMF dan World Bank akan merangkak ke arah kita untuk memujuk kita. Kita akan dimuliakan oleh masyarakat antarabangsa dgn cara ini.

    Berbalik kpd isu persenjataan. Selagi kita masih benarkan puak berhaluan zionis mentadbir negara , selagi itu kita akan jadi pengemis teknologi TOT. Tidak ada sesiapa yg sanggup beri TOT melainkan dari negara OIC shj.

  38. Buat teman2 dari Malaysia salam kenal

    Hal terpenting dalam TOT adalah:
    1.Kemampuan Sumber Daya Manusia ( SDM ) sebuah negara.
    2.Tidaklah mudah mendapatkan TOT dari negara lain jika kemampuan SDM negara lemah.
    3.Dalam sebuah TOT,ada uji kelayakan dari negara pemberi TOT,apakah negara yg ingin TOT itu bisa menyerap semua ilmu yg diberikan.
    4.Karena negara pemberi TOT tidak ingin produk nya jadi buruk karna ditangani oleh orang yg tidak ahli.
    5.Bersabarlah dalam hal TOT,kembangakan dulu SDM negara,karna membuat peralatan tempur dibutuhkan tenaga yg sangat ahli.
    6.TOT bukan karna ketidak adaan modal,namun lebih kepada SDM
    7.Harus diakui sangat sulit mendapatkan TOT jika negara belum mempunyai SDM yang berkualitas.

    Terimaksih…salam dari Jakarta

  39. assalamaulaikum…

    ada soalan sedikit mengenai TOT:

    embargo yang dihadapi oleh iran menghalang ToT dengan negara luar ke
    atau memang malaysia akan hadapi masalah jika ada hubungan dengan iran?

    • Saya sangat bersetuju jika ToT di laksanakan di antara Malaysia & Iran. Sebagai sebuah negara islam bagi saya memang tiada masalah jika kerjasama ini di jalankan tetapi tekanan daripada kuasa-kuasa besar mungkin membataskan ToT ini.

      Daripada pembacaan saya melalui blog-blog ketenteraan, antara nya http://asian-defence.blogspot.com/search/label/Iran. Iran membangunkan aset ketenteraan nya melalui kaedah reverse engineering. Sesuatu yang boleh di pelajari oleh Malaysia.

  40. menarik artikel bro kali ini…

    bila baca dari awal sampai abis, maka saya rasakan negara kita sepatutnya dan sudah sampai masanya perlu mencipta senjata dan teknologi sendiri,…

    negara luar yang menjual teknologi dan senjata kepada kita sudah pasti tidak mahu berkongsi 100% ilmunya dengan negara pembeli, nanti negara pembeli tersebut pula guna teknologi pengeluar untuk mencipta senjata sendiri..

    serupa mcm guru silat tidak akan mengajar 100% ilmunya pada anak muridnya…

    soalannya lebih banyak berkisar mengenai sampai bila?????

    sampai bila kita perlu berharapkan kepada bantuan negara luar untuk mempertahankan negara sendiri, mencipta teknologi dan sistem pertahanan ??

    sampai bila kita asyik beli senjata dari negara luar dan tidak mahu mencipta sendiri senjata untuk kegunaan sendiri sahaja?

    negara China yang kualitinya diragui pon boleh mencipta pesawat halimunan, bagaiaman dengan negara kita yang saban tahun melahirkan bijak pandai dalam pelbagai bidang??

    ibaratkan dalam rumahtangga…seorang suami dan bapa tidak boleh mengharapkan bantuan dari orang lain untuk menyelamatkan ahli keluarganya..

    kena gunakan akal bagaimana untuk menyelamatkan ahli keluarganya…

    kita ada ramai bijak pandai…tapi sayangnya kita tidak mahu gunakannya…kerajaan patut dah mula lahirkan ramai pakar2 untuk mencipta teknologi dan membangunkan sistem persenjataan sendiri…

    saya rasa pelik juga bila bro shah timbulkan isu ni..adakah kerajaan kita tak penah peikirkan hal ini???

    singapork yang jauh lebih kecil dari negara kita, hanya lebih kurang melaka kala tak silap, boleh ada sistem pertahanan yang lebih maju dari kita, tak ke pelik tu…

    sudahla negara dia yang takde apa hasil bumi tapi matawang dia jauh lebih tinggi dari kita pon tak boleh nak handle, bab semjata pon ita ketinggalan…malang sungguh..

    adakah pemimpin singapork terlalu cerdik berbanding pemimpin kita?
    adakah pemimpin singapork terlalu memikirkan jauh ke depan berbanding pemimpin kita?
    adakah?
    adakah?

    • To:pokheng

      Setiap negara pasti ingin meningkatkan persenjataan,dan salah satu caranya adalah dengan TOT.

      kenapa Singapore lebih maju? jawabannya adalah kaena SDM mereka lebih maju sehingga paham dan bisa menyerap ilmu dari TOT tersebut.

      SDM (sumber daya manusia) terlahir dari Mahasiswa2 yang mempunyai prestasi,jadi bersabarlah untuk TOT,lebih baik membina mahasiswa hingga nantinya bisa menjadi ahli.

      Terimaksih

    • To pokheng;
      Bukan pemimpin Singapura yg pandai, kita rakyat Malaysia yang salah kerana mengundi pemimpin yg kurang bijak.

    • Pokheng,

      Masih baru lagi bro, secara rasmi kita baru bermula selepas tahun 1990an. Langkah masih jauh lagi di hadapan

  41. assalamualaikum.

    sepatutnya di laman tuan, sekurang-kurangnya seminggu sekali ada artikel yg baru.

  42. Shah,

    Saya ade terbace isu berkenaan serangan virus di loji nuklear iran. di mana virus tersebut direka untuk menyerang komputer jenis siemens(betul ke eja). Siemens merupakan syarikat dari jerman dan yang mengejutkan adalah, pihak jerman turut serta membantu pihak israel untuk membangunkan virus tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan aset kita adalah dari negara eropah. eg: EC 725(akan diperoleh), kapal selam, kereta kebal, kapal frigate. Walapon ade beberapa aset yang kita bangunkan sendiri, namun sistem persenjataan, radar, kawalan, dan komputer adlah dari pihak luar. eg: kapal NGPV. Dalam kes ini, saya merasakan, jika berlaku konfrantasi, tidak mustahil kita akan bermasalah sebelum perang dimulakan.

    Ini hanyalah pendapat peribadi saya sebagai seorang civilian di mana mungkin pihak pemikir tentera atau orang yang lebih xpert lebih mengetahui.

    sekian,

  43. kat mana2 pon ad org ske tipu nih. ad peluang jer mst nak ngap. ap petua terbaik ye tanak kene tipu selain tny org dan blaja sendiri?