KEPUTUSAN BELI JET PEJUANG SELEPAS MAC TAHUN 2012

Gallery

Nostalgia F5 di zaman kegemilangannya (diambil dari laman jetphotos)

Kedua-dua gambar di atas diambil dari pengkalan TUDM Butterworth tahun 80an dahulu

1. Sudah lama tidak update blog dan balas surat pembaca saya, bukan apa, laptop saya rosak, PC pun rosak. Sejak 2008, saya sudah ada tiga laptop dan kesemuanya jahanam.

2. Ini pun menulis pakai PC orang lain dan tindakan segera sedang dibuat untuk mendapatkan laptop secara hutang, kesian den, bukan kaya pun tetapi yang penting laptop kali ini buat pertama kalinya akan menggunakan jenama Toshiba kerana syarikat ini serta Asus berjaya membuktikan bahawa laptop keluaran mereka terbukti tahan lebih lama dan jarang meragam.

3. Kali ini saya hendak menyentuh tentang pembatalan pembelian pesawat-pesawat baru oleh kerajaan yang dibuat sebelum ini sehingga menyebabkan ramai peminat ketenteraan terlayu dan berasa kecewa.

4. TUNGGUUUU !!! Jangan cepat melatah kerana perbincangan mengenai siapa bakal menjadi juara di antara Superhornet, Typhoon dan Rafale belum boleh dihentikan pada masa sekarang.

5. Jangkaan saya termasuk sedikit maklumat dari sumber industri dan kenalan terapat memberi perkhabaran bahawa pembatalan tersebut ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU 13).

6. Jika kita lihat kepada sejarah pembelian helikopter Eurocopter EC725, bekas Perdana Menteri Tun Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah
membatalkan hasrat kerajaan untuk membuat pengumuman pembelian helikopter kerana ketika itu tarikh untuk PRU 12 sudah terlalu hampir.

7. Sebaik sahaja PRU 12 selesai, hasrat itu kemudian dijelaskan semula dan tanpa mengambil masa yang panjang, surat LOA helikopter itu pun
ditandatangani.

8. Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sudah belajar banyak kesilapan dan kalau boleh sudah pasti tidak mahu sebarang isu panas yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijadikan senjata oleh pembangkang.

9.Firasat saya, PRU 13 akan dibuat di antara bulan Feb hingga Mac tahun depan selepas tarikh 11.11.2011 berlalu tanpa sebarang pengumuman pembubaran parlimen (spekulasi orang politik).

10.kalau keadaan mengizinkan ( kalau BN menang), saya rasa pengumuman pesawat baru akan dibuat mulai pertengahan tahun 2012.

11.Jika surat LOA ditandatangani pada tahun depan, kita akan melihat pesawat baru memasuki inventori Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)
selewat-lewatnya pada 2015-2016.

12.Walaupun sebelum ini Panglima TUDM Tan Sri Azizan Ariffin  ada menjelaskan bahawa Mig 29 akan kekal dipakai sehingga tahun 2025 tetapi saya rasa keadaan ini tidak mungkin berlaku malah saya yakin bahawa Mig akan disarakan lebih awal lagi.

13.Sekarang ini pun kerajaan menanggung kos yang sangat besar untuk memastikan Mig 29 yang sudah pun berusia lebih kurang 16 tahun
(1995-2011) itu terbang menjaga angkasa raya pertiwi.

14.Jika Mig 29 dikekalkan sehingga 2025, maknanya jet pejuang tersebut akan berusia 30 tahun sebelum disarakan.

15.Dengan jumlah yang sedikit iaitu lebih kurang 14 buah sahaja, sungguh tidak berbaloi kerajaan melaksanakan projek upgrade kepada pesawat ini.

    KES F-5E

16.Jika kita melihat kepada sejarah pesawat pemintas F-5E yang dibeli pada tahun 1975, kerajaan tidak mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan pesawat itu dari perkhidmatan TUDM sekitar tahun 1990an, iaitu tidak sampai 20 tahun pun usia pesawat F-5E.

17.Itu pesawat buatan Amerika Syarikat (yang terbukti lebih bagus dan berkualiti), kalau pesawat buatan Russia yang sekarang ini pun menyebabkan TUDM “Pening Kepala”, saya rasa tidak mungkin kita lihat Mig ini kekal sampai tahun 2025, dah jadi besi buruk, masa itu.

18.Memang F-5E ada menjalani proses naik taraf dan dijalankan oleh sebuah syarikat dari luar negara kalau tidak silap saya, bagaimanapun status kemampuan pesawat itu selepas dinaik taraf tidak pernah dibincangkan pun.

19.Syarikat yang mendapat projek naik taraf tersebut pun dipertikaikan dan hampir mencetuskan satu lagi skandal apabila syarikat terbabit
sebenarnya tidak pernah ada pengalaman pun untuk projek naik taraf pesawat pejuang.

20.Saya sendiri tertanya-tanya apa sudah jadi dengan pesawat F-5E kita, berapa banyak yang diupgrade dan dikekalkan? Kalau benar sudah diupgrade, bagaimana dengan statusnya hari ini?

   LIMA 2011

21.Saya akan berada di pameran LIMA di Langkawi pada 4 hingga 11 Dis ini (LIMA 6 hingga 10), selepas bertahun saya tidak pergi LIMA, akhirnya kali ini saya bertugas kembali di pameran pertahanan yang terulung itu.

22.Apa pun spekulasi mengenai perolehan jet pejuang baru, mungkin kita akan mendapat tanda-tandanya di LIMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  1. JD maksudnye bro,ade org dlm NGO kemungkinan talibarut singapore sengaja nk cetuskan perang antara malaysia dan indonesia???

  2. tak ada rencana serang malaysia.. kecuali sebab Ambalat.. Perkuat di Kalimantan untuk jaga garis perbatasan.. agar yang serang malaysia d borneo tidak masuk ke Indonesia .. apache pun hanya untuk test US, US kan sekutunya hanya singapore.. tak mungkin Indonesia di kasih Longbow.. Kami juga sibuk awasi NGO yg isuekan agar perang dengan malaysia.. mereka ada maksud lain di timur..

  3. Germany Might Sell Used Eurofighters to E. Europe
    BY ALBRECHT MÜLLER | PUBLISHED: 5 JAN 2012 12:50

    BONN – In the wake of its military restructuring, Germany could sell some of its used Eurofighter jets to Eastern European countries. The Financial Times Deutschland newspaper reported on Jan. 4 that Bulgaria is interested in acquiring eight aircraft.

    sila lawat link ni :
    http://www.defensenews.com/mobile/index.php?storyUrl=http%3A%2F%2Fwww.defensenews.com%2Fstory.php%3Fc%3DAIR%26s%3DTOP%26i%3D8761300

    ini ada berita pesawat Eurofighter typhoon milik german yg di grounded nak di jual, agaknya malaysia berminat tak membeli typhoon terpakai bekas angkatan udara german ni?..

    entah ler bug2 yg dialami typhoon ni dah baiki ke belum? beberapa tahun dulu pesawat typhoon milik german dan spain ada masalah pada bahagian ejection seat hingga slh sebuahnya membawa maut kepada pilot tentera udara spain dan yg milik german pulak sumanya di bersarakan kerana kes ni, kalau tak silap di libya pesawat typhoon milik bristish pernah di cannibalism kerana kekurangan parts.

  4. Skuardon MIG29 perlu kekal.. Pesawat pejuang Malaysia masih kurang. . Kalau nak beli baru lagi bagus..sama ada Eurotypoon atau. Singapura gerun lihat MIg29 dan Su30.. Malaysia perlu ada satu pengkalan baruTUDM samada di Johor dan Sabah Sarawak. Jet pejuang baru perlu ditempatkan di pengkalan baru.

    Jangan ghairah beli pesawat pejuang baru. Malaysia perli beli peluru berpandu jarak sederhana atau jauh bagi membantu. PESAWAT PEJUANG MALAYSIA YANG SANGAT SEDIKIT. Sistem peluru berpandu lebih tahan lama berbanding pesawat pejuang yang singkat jangka hayat.

  5. Skuardon MIG29 perlu kekal.. Pesawat pejuang Malaysia masih kurang. . Kalau nak beli baru lagi bagus..sama ada Eurotypoon atau. Singapura gerun lihat MIg29 dan Su30.. Malaysia perlu ada satu pengkalan TUDM samada di Johor dan Sabah Sarawak. Jet pejuang baru perlu ditempatkan di pengkalan baru.

    Jangan ghairah beli pesawat pejuang baru. Malaysia perli beli peluru berpandu jarak sederhana atau jauh bagi membantu. PESAWAT PEJUANG MALAYSIA YANG SANGAT SEDIKIT. Sistem peluru berpandu lebih tahan lama berbanding pesawat pejuang yang singkat jangka hayat.

  6. Hebat perancangan tapi baaayakkk lambat lagi banyaaakkk kurang, harus ditambah dan dipercepatkan lagi sbb tahun 2020 kan kite dah jadi negara maju.

  7. Kita dah ada 18 Su 30 MKM, dan telah terbukti berkemampuan tinggi kenapa tidak tambah je,dari jenis yang sama tetapi dilengkapi dengan sistem persenjataan dan avionik yang lebih canggih,daripada kita membeli jet buatan eropah dan AS yang banyak karenah……setahu saya rundingan tentang penjualan Super Hornet dah berjalan bertahun…..tapi tidak ada kesudahannya..bayangkan jika ketika itu kerajaan ada cukup dana dan telah memilih pesawat Russia misalnya..sudah pasti pesawat2 tersebut dah beroperasi pun sekarang…

  8. Perkataan financial budget ni la yang memuakkan aku dari dulu , kalau x de duit baik tok sah cakap..Balik-balik soal badjet,kita beli bila ada badjet….kalau asyik nak tunggu ada badjet sampai bila??? Nak tunggu Putrajaya musnah dengan JDAM baru nak bertindak……

  9. Salam Bro..,pada pendapat saya semua, pesawat seperti super hornet,typhoon dan rafale,semua ada kekuatan dan kelebihan masing-masing.Semua canggih belaka walaupun saya kurang arif bab teknologi pesawat tempur ni.Kalau benar ada desas desus mengatakan kerajaan akan membeli Typhoon,saya hanya mampu tersenyum sinis.TUDM pastinya arif dengan pemilihan mereka untuk memenuhi keperluan dan kehendak operasi.Persoalan besar nya yang adalah mampukah….?????Ada cukup badjet ke?? Dari segi mengendalikannya, saya tak nampak ketidak upayaan anak watan untuk membawa pilot pesawat walau secanggih manapun…Persoalan nya Modal jer..

  10. setiap pembelian dan aset yg ade lam unit ada yg kita tahu dn ade yg mnjadi rahsia kpd pndngn umum…..sebagai perncg ketenteraan mereka yg brkenaan amat arif dan bijaksana dlm melakukn penyamaran utk mlindungi aset negara……..jadi anda2 sekalian perlu faham akan hal ini jngn skdr brckp tanpa alas……sedangkn org lama kita dahulu bnyk brkias dlm mnympaikn maksud sbenr…..jngn kita sangka kita tahu semua sedangkn hakikatnya kita buta…….Salam Perjuangan Membela Negara……..hahahahahahahahahaha

  11. Baru minat je….jadi atau tak lain kira…yg penting minat dulu…..sumber….luar negeri (Eropah)…..depa khuatir hilang kontrak utk 2nd batch mrca RMAF

  12. Sakura-san x minat bab military malaysia plus tgh busy sumbang idea dkt kartunis Masashi Kishimoto utk manga Naruto isu ke-564

  13. wah . . . seronoknya semua sedara-sedara ku ada kat sini, Sasuke-san, Sasori-san dan Kakashi-san, cikgu, mana Sakura-san ?

  14. mamat kanggaroo tu tak tau rupanya, yang radar leninets b -004 akan jadikan kapai tu `stealth` atau lebeh tepat menghuru harakan sistem pertahanan udara tempat sasaran.

  15. Salam semua. Apa2 pun perbincangan & pandangan tntg fighter jet nie, tak payahlah nak kita idamkan F35 JSF tu. Tak guna nye fighter, menghabihkan boreh je! Projek dah delay silap2 kena cancel sbb kos yg tinggi.
    Satu lagi tahukah anda yg Cik Su MKM tu didesign untuk memusnahkan F16, 18 & 35? F15 je yg on par dgn MKM kerana radarnye yg lebih baik untuk BVR, tetapi kalau close-in combat dgn MKM, Eagle kalah kat TVC.
    F35 boleh jaja dia punye stealth aje, yg lain MKM boleh pukul habis. Satu lagi advantage MKM ialah dia boleh bawa internal fuel 10 tan maknenya boleh berlegar2 lebih lama diudara, Eagle tak boleh. Cuma F22 Raptor aje yg MKM agak sukar nak tewaskan kerana stealth, super cruise dan radarnye. Tapi yg ni takde negara lain yg boleh pakai lagi kecuali Uncle Sam je. Lawan Raptor ialah PAKFA. Kalau singa beli Raptor barulah rimau akan beli PAKFA.
    Kalau nak tahu lebih pasal analisa Cik Su kita ni sila bertandang ke blog “ausairpower.net”. Ini adalah analisa in-detail mengenai performance fighter yg saya sebutkan ini (too technical) tapi berbaloi contentnya.
    Harap bermanfaat kpd kwn2 semua.
    MKM tu ape adik2 ? “Musuh Kena Mamah” Tak caye tanye PASKAL ! He He He! Gurau je!

  16. wet dream la inland nk dptkan apache…sedangkan apaci singland pun nk maintain pun payah ahahaaa…pakai aje la bumblebee ya udah…tak perlu pusing2…ribut2..

  17. dalam paper jerr..tp belom cukup realistic…tu yg payah kalo ade campur politik..sepatutnya bab national security jgn di sentuh oleh mana2 party politic atau politian individu…

  18. A sixth generation jet fighter is a conceptual airplane expected to enter service in the United States Air Force and United States Navy in 2025–30 timeframe.

  19. apache indo siap dapat diskaun dr Boeing (coz krisis ekonomi kt US ngn Europe x reda lgi, kebanyakan pembekal di US ngn europe sanggup turunkan harga) tpi p’belian dri US still kna dpt k’lulusan kongres

  20. benar-benar menjadi kenyataan, dgn syarat malaysia beli tambahan pesawat sukhoi.. kalau x kilang repair sukhoi mungkin dibuka di vietnam (vietnam skg dh agree nk buat tambahan pesawat sukhoi)

  21. Chief of Air Force: RMAF’s plan is to have six MRCA squadrons. The type of aircraft which will be procured is determined by strategic requirement and financial budget.

  22. Su30mkm memang boleh menyerang pada waktu mlm sdh terbukti pada masa latihan Paradise di Kota belud Sabah kelajuan menyerang memang boleh tahan mcm chip more lepas serang terus hilang tak mcm F/A18D bunyi enjin dah dengar Dari jauh tapi slow Dari Su30mkm…. Apa pun Kedua-dua pun Ada kelebihanya…..

  23. Dont worry bro. By 2030 nanti, penggunaan HAARP telah di optimumkan. Takde lagi perang konvensyenal. Perang digital dah jadi benda biasa. Tentera bertukar jadi power ranger orang tak heran. Satu skuadron `hilang` pun orang tak kisah dah. Tapi masa tu kita belum catch- up lagi. Masih bertelagah sesama sendiri gamaknya….

  24. Future of the Royal Malaysia Navy Program (2010-2030)

    Kapal Serangan Amfibia (AAS/LHD)
     Skuadron Kapal Serangan Amfibia – Kelas Dataran/Mistral BPC 140

    Kapal Selam (S/SS/SSK/SSG)
     Skuadron Kapal Selam – Kelas Perdana Menteri/Scorpene

    Kapal Latihan (TS)
     Skuadron 21 – Kelas Kasturi/FS 1500

    Frigat (F/FF/FFG)
     Skuadron 22 – Kelas Yang di-Pertuan Agong/Type 26 (GCS)
     Skuadron 23 – Kelas Lekiu/Yarrow F2000

    Korvet (K/FS/FSG)
     Skuadron 24 – Kelas Laksamana/Assad

    Kapal Penyapu Ranjau (M/MCM/MCMV)
     Skuadron 26 – Kelas Mahamiru/Lerici

    Kapal Kawalan Dan Perintah Pelbagai Guna (MPCSS)
     Skuadron 31 – Kelas Indera Sakti

    Kapal Hidro (HSV)
     Skuadron 36 – Kelas Mutiara

    Kapal Ronda Luar Pantai (OPV/PV)
     Skuadron PV ke 17 – Kelas Kedah/Meko100
     Skuadron PV ke 18 – Kelas Johor/Gowind

    Kapal Serang Laju (FAC)
     Skuadron 1 – Kelas Perdana (M)
     Skuadron 6 – Kelas Jerong (G)

    Kapal Auxiliary (AV)
     Bunga Mas Lima
     Bunga Mas Enam

  25. Nie wish list ker apa nie bro..? emm.. kalau jadi sekarang, macam gempak juga laa.. tapi by the time sampai 2025, masa tuu Gen 5 punya fighter dah start guna dah.. rasa cam membazir lak labur duit bebanyak untuk typhoon yang sememangnya mahal tuu.. ada baiknya beli yang agak murah sikit untuk mengisi gap sekarang nie, simpan sikit duit, pastu sambar F35 ker.. export version PAK FA ker.. cun gak.. just my 2 cents jek..

  26. Future of the Royal Malaysia Air Force Program (2010-2025)

    • 1st Division
    o 2 Squadron – Fokker F-28 Fellowship, Falcon 900, Global Express, Boeing BBJ (737–700), Subang AFB
    o 3 Squadron – EC 725 Super Cougar MkII, Butterworth AFB
    o 6 Squadron – Aermacchi MB-339CM, Kuantan AFB
    o 10 Squadron – EC 725 Super Cougar MkII, Kuala Lumpur AFB
    o 11 Squadron – Su-30MKM, Gong Kedak AFB
    o 12 Squadron – Su-30MKM, Butterworth AFB
    o 13 Squadron – Su-30MKM, Labuan AFB
    o 15 Squadron – Aermacchi MB-339CM, Butterworth AFB
    o 16 Squadron – Beech 200T, Subang AFB
    o 17 Squadron – Boeing 737 AEW&C, Subang AFB
    o 18 Squadron – Boeing F/A-18D(RC) Hornet, Butterworth AFB
    o 19 Squadron – Eurofighter Typhoon, Kuantan AFB
    o 20 Squadron – Airbus A400M, Airbus A400T Subang AFB
    o 21 Squadron – CN-235-200M, Subang AFB
    • 2nd Division
    o 5 Squadron – EC 725 Super Cougar MkII, Labuan AFB
    o 7 Squadron – EC 725 Super Cougar MkII, Kuching AFB
    o 14 Squadron – Lockheed C-130H Hercules, Labuan AFB
    • Training Division
    o 1 FTC PC-7 Mk II/PC-21, Alor Setar AFB
    o 2 FTC Eurocopter AS555 UN, Alor Setar AFB
    o 3 FTC MB-339CM, Kuantan AFB
    (12 Su-30MKM Labuan AFB displaced from Gong Kedak & Butterworth AFB)

    Future developments
    Pilatus PC-21
    12 of which were produced in the Switzerland and 21 in Malaysia. This variant is also powered by the Pratt & Whitney Canada PT6A-68B Turboprop.

  27. Salam..
    News dari blog lain..

    PETALING JAYA (Nov 18, 2011): An aide to Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has denied claims that he was in Russia to sign a deal to purchase fighter jets.

    His media director Kol Fadzlette Othman Merican told theSun in a text message yesterday that Zahid was invited to visit Russia by its government.

    “It’s a long overdue visit. He was not there to sign any deal,” she said.

    Fadzlette declined to state if any negotiations took place during the visit. It is believed that this was Zahid’s first visit to Russia since being defence minister.

    The Russian state news agency Ria Novosti had created a stir when it reported that Zahid might sign a contract to buy 18 Sukhoi Su-30MKM fighters during the visit.

    Zahid had recently been reported as saying that plans to purchase 18 new multi-role combat aircraft for the Royal Malaysian Air Force had been postponed due to the lack of funds.

    The Russian news agency cited a report in the Izvestia daily which said that Malaysian had plans to buy 18 fighters fit to carry the Russian-Indian Brahmos supersonic cruise missiles.

    The paper, citing miitary sources, reported that Zahid would visit the Irkut aviation plant, producing Su-30MKI fighters.

    Izvestia reported one such aircraft would cost Malaysia about US$50 million (RM150 million).

    The minister “may sign a contract to buy 18 Su-30MKM multirole fighters,” the paper said.

    The paper had said that Zahid also plans to discuss installing new missiles, including the BrahMos, on the 18 MKM fighters that Malaysia received under the US$900 million (RM270 million) contract signed in 2003.

  28. salam bro shah…saya memang tertarik dengan semua artikel berkaitan dengan military ne bro….dan saya pun mula la membuka blog pasal tentera dll…walaupun saya cuma rakyat biasa…dan tiada peluang untuk masuk ke unit ketenteraan tapi saya harap prajurit negara akan sentiasa membela nasib negara dan rakyat,anyway nak minta pandangan bro pasal…link

    http://www.youtube.com/watch?v=m2AEOpNy4QQ

    dan ini blog saya biarpun tidak tahu menahu pasal military ne saya memang nak tahu hehe…copy paste jer…harap boleh kongsi pengalaman bro…

    asengpeace.blogspot.com

  29. As’kum kekawan….yg aku tau MENTAH dah pegi kilang Irkut..cuma suratkhabar Msia je x nak keluarkan berita ni…tp aku setuju…dlm lawatan tu Msia berminat utk dapatkan 24 buah jet utk advance training utk gantikan hawk 108 dan 208…yg menggumbirakan aku Msia berhasrat juga utk dptkan 18 buah lg Su30mkm….siap dgn pakage persenjataan terkini…kalu jadi n ongkos n harga ngam tahun 2017 baru Irkut buat penghantaran…harap aku jg tentang F18 Super Hornet x dikuburkan…Super Hornet letak kat PU Buttwort n Su30 kat PU Labuan…br mantap…

  30. MKM memang untuk night attack, sbb maksud MKM ialah “Menyerang Ketika Malam”. Tak caya pi tanye TUDM.
    Andaian saya aje. Gurau sikit!

  31. sori,comment saya lari dari topik.nanti blh tk shah paskal buat analysis psl national service sesuai ke tk di malaysia.saya lihat kebanyakan tentera daripada golongan bangsa melayu.mana org dari bangsa lain yg tinggal kat malaysia ni ???.saya ni bukan bersifat perkauman tapi inilah realiti.dan dimanakah kesetiaan mereka sekirannya malaysia diserang oleh ancaman luar.ke semua akan lari pulang ke negara asal diorang??? .sekiranya national sevice menjadi kenyataan di malaysia,saya pasti masuk maklumlah minat bende2 militari walaupun tdk sesuai langsung menjadi tentera krn memakai cermin mata dan ade asma serta lemah dari aspek fizikal.saya harap bro akan dpt ulas isu ni dlm analisis akan dtg.

  32. yup, yang kompeni Thales buat tu. Asal nya untuk laser targeting, then improve to night vision. tapi image dia ijau la, mcm kamera CNN coverage kat iraq dulu. Tapi…….. untuk MKM, tak pasti la pulowk… hihi, sori… :)

  33. Bro,
    MKM pakai damocles targeting pod kan ? Itu ker yang membolehkan buat night attack ? ker menda alah lain yer..? Jgn ler marah yer silly question nie..

  34. bro, huruf M kedua tu indicate ` the latest version` russian have. Perang zaman moden gunakan malam sebagai advantage. Jadi…. sudah tentu la ada punya

  35. itulah . . . saya dah cakap, apa guna Irkut bukak kilang kat Sungkhai kalau kita tak guna produk dia, dgn syarat kilang Irkut itu benar-benar menjadi kenyataan . Sama-sama lah kita berdoa semoga perkara ini menjadi kenyataan .

  36. Bro gewe . . . saya tak faham mcm mana blogger dapat payment kalau kita klik kat iklan tu . Kita klik saja dia dah dapat payment ke ? sorry, saya slow sikit bab ni . Anyway, saya dah klik 2 iklan kat atas tu

  37. rasanya bro….dan pasti F5E masih berterbangan sehingga kini…..pernah terlihat ketika melalui lebuhraya ke utara dari butterworh…pesawat tersebut masih disenggara dengan baik…dan rasanya pesawat peninjau RF5E telah dibuat peningkatan dari segi peralatan tinjauan udaranya

  38. Ni yang den tunggu ni sekiranya malaysia mempunyai jumlah pesawat su 30mkm yg banyak antara kelebihannya kos upgrade dan maintenance akan lebih murah..

  39. surat khabar tempatan rusia izvestia bertarikh 15/11/2011 telah mendakwa malaysia bakal membeli 18 buah su 30mkm lagi sebagai mrca bagi menganti mig 29. second batch nie nanti bakal dilengkapi dgn peluru brahmos cruise missile serta beberapa perubahan kecil sistem radar dsnya……. berita panas ini bertiup kencang kerana terdapat ura-ura menteri pertahanan yg akan melawat kilang irkut aviation nanti……apakah benar ….sama2 kita tunggu..bagaimana dengan superhornet dan typon…..sayonara. ( mungkin saya rasa keengganan senate us meluluskan peluru aim c7 seperti yg dipohon oleh malaysia. manakala typon harganye diluar kmampuan kita ) anggaran kos sebuah su 30 mkm nanti adalah lebih kurang rm 50 juta.

  40. Merujuk entry shahpaskal yg terkini, kenapa kerajaan suka sangat beli dengan angka 18.. ape signifikannye..?

    Yang benar
    Jahil

  41. tu la namanya ‘ BODOH SOMBONG ‘. Tapi ada yg terbaru ‘ SAJA BUAT-BUAT BODOH’ , janji diaorang boleh menang pru akan datang

  42. betul to bro . . . sekarang ni ramai sangat yg dah buta dan tuli, yg sengaja buat-buat buta dan tuli pun ramai, semuanya pasal dah gila kuasa. Orang yg terang-terang buat salah kemudian kata dia kena fitnah pun orang boleh percaya. Cubalah kita bagi fakta tepat macammana sekalipun, kalau benda tu tak menyokong diaorang, mati-mati diaorang tak mengaku punya . Balik-balik kata itu konspirasi kerajaan . Huhuhu . . sedih !

  43. terima kasih la semua ye.
    dah tau dah si milosuam tu cuba spin fakta. tapi berapa ramai yg tau maklumat yang dia bagi tu salah? cuba baca kat bahagian komen dia tu, semua main terima je apa yg dia bagi tu bulat2. tak check langsung.

  44. Insyaallah mungkin kita akan berjumpa disana. Saya dan anak bini akan pegi sana. Anak lelaki saya umur 16 & 14 tahun sungguh minat dgn ketenteraan. Saya nak tunjukkan dia org asset2 yg bakal kita beli. Syukurlah minat diaorg sama mcm abahnya, ada jugak common point yg nak dibincang kat rumah.
    Tapi parah jugak bro, 5 org nye belanja kat Langkawi bukan sikit anak. Tapi takpe asalkan berbaloi.

  45. tuan commoore saya nak celah sikit bab nie…… melalui info yg saya terima kapal sgpv kita telah di declare didalam akhbar tempatan sebagai kapal peronda, walaubagaimanapun melalui info blogger luar negara menyebut kapal sgpv kita adalah kapal bertaraf frigate …..
    kini semua kelengkapan senjata, radar dan lain lain juga adalah turut selaras dengan kehendak dan keperluan kapal frigate mcm yg saudara sebutkan tadi….. menurut pakar kententeraan dari negara jiran turut sangsi dengan kapal sgpv kita yg disebut sebagai petrol vessel (kapal peronda) sedangkan saiz kapal kita yg baru nie cukup besar dan tidak layak dipanggil petrol vessel. dah tentulah harga nya turut jauh beza macam harga kancil dengan lori ( boleh ke beli harga kancil tapi dapat lori ) ……bro……..mungkin mereka ini sangka petrol vessel kita mcm kapal peronda filipina tu……hissshhhh x baik buruk sangka dan buat citer yg bukan2…..janganlah kita ambil satu maklumat dan terus buat keputusan saja….

  46. Mmg menjadi harapan ramai utk melihat 2skdrn dibentuk. Satu di pahang yg menggantikan Mig dan satu lagi di sabah. Tapi , kalau dibaca komen dari pihak Boeing sendiri mengatakan yg Malaysia hanya setakat ini mampu 18 buah sahaja.
    Keutamaan yg lain kena jaga jugak . Bajet kita tak semewah singa sana.

  47. tengok blog dia pun dah tau orng penipu…
    nama blog milo suam tapi gambar kat sebelah tu teh o….
    sepatutnye nama blog dia teh o suam le

  48. Statement mcm tu langsung tak ilmiah. X payah la si milosuam tu kata org lain takde otak. Dia tak tau org yg terlibat dlm industry pertahanan berdekah2 ketawa dia. Dah la budus, mengata org lain x de otak plak. Jgn ikut style tony pua, skali baca mcm bagus je,.. tp sebenarnye cuma nak memperbodoh kn pengundi. Brape ramai org yg sedia budus tertipu posting mcm tu??. Come on la brader jd la pembangkang yg berkualiti. Bg mereka yg tak tau aper2 pasal defence mmg dorg akan join maki hamun. Tp bg mereka yg tahu,.. mereka dh tentu la mahu kn pembangkang memain kn peranan sbg check & balance yg credible. Nak baca posting milosuam tu rase mual la pulok. Bukan niat nak memperbaiki system atau planning yg sedia ada tp cume nk menabur fitnah utk mendpt undi. Politik yg mcm ni la yg menjahanm kn Negara. Klu mcm tu la pendirian pembangkang mcm mane la klu dpt memerintah nnt. Umpama mat sabu dilantik menjadi menteri pertahanan. Indon x jd nak serang m’sia sbb siang malam ketawa kn mat sabu. Sungguh mencuit hati.

  49. Apa yg dibeli oleh Filipina tu (Hamilton Class) boleh dibandingkan dgn KD Rahmat kita yg dah bersara. KD Rahmat pun ada Seacat SAM. Hamilton langsung takde, cuma 76mm gun aje. Hamilton era 70an, SGPV kita era New Millennium. Teknolojinya dah beza 40 tahun. Belum sebut lagi Stealth, Anti-sub, anti-surface, anti-air, combat mgmt center dll yg terkini, ini semua mesti mau ada duit lebuh baru boleh dapat. Tak masok lagi program vendor yg Boutead Naval uruskan. Sekurang2nya kita beli kapal, industri tempatan dapat sama2 merasai hasil (jobs,income & skill).Hamilton apa ade? Bulat2 bayar kat US, industri tempatan Filipina dapat ape? Lepas tu kapal boleh tahan berapa lama kalau bandingkan dgn SGPV yg baru? Ini semua kena ambil kira. Nama blog pun milosuam, bila dah sejuk nanti tarak apa2 la.
    Kdg2 blog pro pembangkang buat perbandingan gunakan hati bukannya akal.
    Cubalah buat analisa secara professional & intelligent skit barulah sedap dibaca walaupun berbeza pandangan., ini tak !!
    Lain kali nak info pasal persenjataan, alat pertahanan, tanya aje kat sini, ramai pakar ada kat sini boleh bagi info mcm2 kat kamu, Insyaallah!
    Harap membantu.

  50. 1. kapal yang filipina tu beli adalah jenis kapal peronda hamilton-class yang dipakai oleh US coast guard.
    2. kapal peronda jenis tu dah berkhidmat lebih 46 tahun di pesisir pantai US.
    3. filipina beli kapal peronda US coast guard 2nd hand tahun 1960’an punya, takkan kita nak ikut jejak kot?
    4. jauh sangat beza antara SGPV TLDM dengan kapal peronda konvensional filipina tu.
    5. jauh sangat beza speksifikasi antara gowind-class dengan hamilton-class, malah class antara dua jenis kapal tu pun berbeza.
    6. sepatutnya penulis tu bandingkan kapal peronda filipina yang baru tu dengan kapal peronda TLDM yang dah dinyahtauliahkan & diserah kepada Maritim Malaysia. itu baru betul. sama2 jenis kapal peronda coast guard.

  51. ingatkan diaorg yg pembelian kapal ‘RM 1 billion’ ni seperti diaorg beli Toyota Camry sewaktu memerintah Perak=suatu pelaburan agar mereka ( PR ) dapat berpolitik seperti orang gila
    Terima kasih

    P.S maaf bro Shah berkait politik skit

  52. xi xi indonesia masih nego leopard a6 brand new dengan jerman 100 unit dengan harga 280 juta dollar pars 8×8 fnss turki 9 juta dollar leopard a6 2,8 juta dollar xi xi xi

  53. 1 – Akhirnya ade gak post terbaru bro shah yang boleh kita ramai-ramai bagi pandangan.. Den pun setuju ngan bro shah x akan ade pembelian baru sehingga PRU 13 kerana kerajaan hari ini akan lebih memberi perhatian kepada keperluan rakyat..
    2-Harapan saya apabila tiba masanya nnti kita akan membeli terus 36 buah bagi memenuhi 2 squadron yang akan berpengkalan di kuantan mengantikan Mig 29 dan lagi satu di Labuan sebagai cegahrintang bagi krisis di kawasan yang berhampiran.
    3- Den juga berharap kerajaan kita akan membangun satu ketumbukan benteng pertahanan kita yang menyamai di semenanjung di wilayah malaysia timur yang melibatkan darat , laut dan udara bagi menunjukkan kuasa cegahrintang angkatan tentera kita mempertahankan kedaulatan Malaysia di kawasan “PANAS” yang menjadi isu hari ini.Di samping itu juga ketumbukan ini jugalah yang akan pihak musuh terpaksa hadapi dan fikirkan sekiranya ada terlintas di kotak pemikiran pemimpin mereka untuk menceroboh tanah semenanjung.
    4-Den juga berharap Bro shah akan memberikan gambar-gambar peralatan dan juga cerita (kira gosip la tu )yang terbaru sepanjang beliau berada di LIMA kerana ramai peminat blognya yang tak dapat mengunjungi LIMA macam den ni …

  54. lagi satu,indon mula menguatkan tentera dengan pembelian 100 leopard,apache.tapi cuba kita lihat,pembelian besar-besaran ini untuk apa?mereka kali terakhir melakukannya masa sukarno untuk menghalau belanda dari irian jaya?Adakah pembelian kali ini untuk menyerang malaysia?

  55. Aku percaya beli tetap akan beli…..jenis ikut yg sesuai dgn doktrin TUDM..bukan sbb2 yg x ada kena mengena ngan TUDM…persoalannya….berapa byk…bl beli x pernah lebih drp 18 kecuali pesawat Hawk 108 n 208 (28 buah) n F5 (22 buah) ..tu pun utk latihan n sokongan serangan darat n sedikit peranan pemintas-F5.. Pesawat Skyhawk x perlu ambil kira la… Aku harap pembelian kali ni akan ada sqn yg akan ditempatkan di Labuan secara tetap…kat sn semakin lama semakin panas dgn isu spratly, Ambalat, Nanukan n dgn Filipina..Pertahanan di negeri Sabah perlu diberi perhatian khusus…Cuba lihat perkembangan terkini, Indonsial telah dan akan menempatkan segala aset modennya di Kalimantan kecuali TNI-AL…kalu blh jadikan juga PU Kuching sebagai FAB sbg sokongan pd PU Labuan….Pada pandangan aku TUDM akan bertaring kembali bl PO la ni akan jadi Panglima TUDM… Lef.Jen umur baru 49 thn..

  56. JGN MASUKKAN ISU POLITIK DLM PERBINCANGAN..jgn kita rasa kita lebih patrioritik dr orang lain..kita bincang n bg pendapat sebagai orang DEWASA..bukan sebagai kanak-kanak..xperlu masukkan agenda politik dlm ni…pemerintah akan laksanakan setiap tindakan setelah menilai dan membuat perancangan teliti..kita sebagai rakyat biasa patut bersabar jgn buat andaian melulu..:)

  57. Salam bro shah.
    F 5 tu rasanya masih begolek golek kat butterworth kot. Mungkin nasibnya akan sama dengan Skyhawk dulu. Akan jadi tugu atau tukun kat mana mana. Fighter yang kita akan beli nanti memang canggih kabarnya, cuma ia akan jadi mcm printer buatan cina. canggih dan murah, tapi kerap kena beli ink. hihihi. kalo boleh, jangan la jadi mcm tu nanti

  58. itu kau bro.. org2 yg akan stay berjuang kalau pape jadi kat negara ni.. yg berjuta lagi org yg nak bil free tapi tak kisah negara dapat kat peliwat tu kena gak amik kira.. bukan diorg kisah pun pasal pertahanan negara..

  59. salam,tanya sikit..ape yang berlaku kalau pembelian dimuktamadkan sebelum pilihan raya??bukanke rakyat kita jugak yang happy bile tengok aset pertahanan negara ditingkat upaya??so boleh gak digunakan sebagai taktik nak pancing pengundi..

  60. Wha da lama da aq tunggu update ne..bro shah bagus pakai ASus hardware dia tahan lama,,,anyway nak tanya malaysia nak beli suprhornet ke @typhoon and rafale?..dan mana satu better Sukhoi MKM30 atau Raptor F22.

  61. nak buat macam mana? kualiti barang zaman sekarang memang begitu. kalau boleh tahan 10 – 15 tahun alamat mana2x industri pengeluaran tidak akan untung. kalau dulu barang semua dari besi sekarang dah ganti pvc takpun plastik. laptop eden pun hidup segan mati tak mahu dah ni. butang dah banyak tercabut. skrin dah tinggal wayar je berhunbung dengan badan, dah patah tengkuk. tips kalau laptop tinggal dalam rumah tak perlu buka tutup/ lipat screen dia. biarkan terbuka. kalau usung ke sana sini dek kerana kerja memang tak boleh nak buat apa.

  62. Finally ada update, penantian penuh penyeksaan bro, anyway, nak tanya kalau disarakan, ap yg terjadi pada pesawat tersebut?