MISTERI BIN AJAIB…MAS MH370 STORY

NOTA PENULIS : INI ARTIKEL TERAKHIR SAYA KETIKA HANGATNYA ISU MH INI,

1. Saya sudah update blog saya pada 11 Mac, apa yang saya tulis dalam artikel pesawat MH370 sebelum ini memberi manifesasi kepada pembaca bahawa kononnya pesawat telah jatuh sebab ditarik masuk oleh dimesi lain, kalau di baca pada artikel itu, tidak ada satu ayat pun yang merujuk kepada perkara tersebut.

2. Pada perenggan 4, artikel lama tersebut, saya memberitahu bahawa saya menolak semua teori yang menyatakan bahawa pesawat sudah dirampas, juruterbang melarikan pesawat atau buat tindakan tidak masuk akal.

3. Yang saya silap ialah pada peringkat awal saya mengaitkan jatuhnya MH370 disebabkan kena tembak dengan peluru berpandu atau perbuatan sabotaj macam letupan bom (anda boleh merujuk kepada perenggan 2 artikel itu).

4. Tidak ada sebutan pun yang menyatakan ia jatuh disebabkan tarikan kuasa ghaib.

5. Di sini, peranan saya bermula dalam Facebook apabila memainkan penanaman program atau kawalan,brainwashing , thought reform ke dalam minda dengan memasukkan unsur-unsur ghaib, apa pun, laman Facebook adalah bersifat peribadi (Bolehlah mengarut sedikit pasal ia bersifat peribadi)

6. Kerana saya tahu orang Melayu khususnya suka dan minat kepada perkara mistik, tapi jangan salah sangka,semua pengalaman mistik yang saya ceritakan dalam Facebook adalah pengalaman sebenar.

7. Hasilnya dalam sekelip mata, ramai yang menjadi “freind” saya dan ini akan membantu keadaan blog yang merundum akibat masalah “Bandwith Limit” sampai orang ingat blog saya sudah ditutup, jadi untuk sementara boleh akses dr FB lah..

8. Ini sekaligus akan menyelesaikan masalah kegagalan enjin pencari Google untuk mengesan blog saya (kerana kemudahan bot crawler untuk enjin pencari saya sudah nyahaktifkan).

9. Sekaligus ini akan menyelesaikan masalah “Bandwith Limit” yang selalu blog saya hadapi (saya haraplah kerana untuk menambah Bandwith memerlukan wang)

TEORI KENA HIJACK TIDAK BOLEH DITERIMA

10.Orang kata pesawat ini sudah dirampas…sedarkan saudara sekelian bahawa selepas insiden 9 September yang menyebabkan World Trade Centre tumbang, semua pintu kokpit pesawat diperkukuhkan dengan bahan kalis peluru dan umpil, ia juga dilengkapi dengan sistem kekunci kod dan kamera litar pintas. Ia hanya boleh dibuka dari dalam.

11.Jika perampas mahu membawa pesawat kemana-mana lapangan terbang dalam sesebuah negara, Air Traffic Controller dengan kebenaran jabatan penerbangan negara tersebut mempunyai hak untuk tidak membenarkan pesawat yang dirampas mendarat walaupun untuk mengisi minyak (Ini ada disebut dalam peraturan Federal Aviation Federation dan pernah berlaku apabila pesawat Mas yang dirampas tidak diizin mendarat oleh Jabatan Penerbangan Singapura di Paya Lebar untuk mengisi minyak dan kemudian terhempas di Tanjung Kupang, Johor tahun 70an).

12.Adakah negara-negara yang dituduh berpakat dengan pengganas seperti Russia dan China sanggup berdepan dengan masyarakat dunia dengan terbabit dalam insiden rampasan seperti ini? Tambahan pula tidak ada tuntutan yang dibuat selepas masuk hari kelima atau keenam pesawat dirampas?

13.Kemudian ada teori yang menggunakan alasan radar jammer  untuk tujuan “menculik” pesawat tersebut, saya tidak kata mustahil dan boleh berlaku tetapi tidak ada sebab atau objektif untuk senario ini dipakai dalam insiden MH370.

14.Hakikat sebenarnya pesawat hilang dari radar disebabkan, ia sudah jatuh terhempas. Itu sahaja.

15.Pesawat MAS seperti MH370 dari jenis Boeing 777 mempunyai kapasiti untuk mengisi minyak yang mampu bertahan selama 11 atau 13 jam penerbangan.

16.Bagaimanapun untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke lapangan terbang Beijing, China, secara kebiasaanya akan diisi dengan separuh tangki bergantung kepada laluan dan jarak penerbangan.

17.Dalam senario MH370 ini, penerbangan mengambil masa selama lebih kurang lima jam, jadi bahan api yang diisi adalah mencukup untuk lima atau enam jam penerbangan termasuk minyak tambahan untuk sejam atau dua jam penerbangan sebagai tindakan kecemasan.

18.MAS atau mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa yang mengambil laluan jarak jauh tidak mengamalkan polisi mengisi minyak penuh kerana ini akan membebankan pesawat dan akan meningkatkan kos bahan api (lebih berat, lebih banyak bahan api dibakar).

19.Pesawat untuk laluan jarak jauh akan mengambil langkah untuk mengisi minyak atau refuelling di destinasi ketibaan sebelum balik semula ke Malaysia.

20.Jadi, untuk sebuah pesawat dengan minyak yang boleh bertahan maksima enam jam sahaja, ia tidak akan mampu terbang ke pulau Diego Garcia atau Mongolia.

SEBAB-SEBAB TERHEMPAS

21.Tidak ada orang pun mampu memberikan jawapan ini, pembaca seperti anda termasuk saya boleh mencipta pelbagai teori tetapi sebarang hipotesis harus ada pembuktian dan ketika ini, bukti sedang berada di bawah laut dengan kedalaman di antara 300 ke 1,000 meter.

22.Kita ambil teori yang paling ringan iaitu kerosakkan sayap MH307, inilah teori yang paling tidak ekstrem tetapi tidak suka disentuh orang kerana tidak ada “aksi” atau elemen konspirasi.

23.Pesawat dilaporkan pernah mengalami kemalangan di lapangan terbang Shanghai, China pada tahun 2012 pada bahagian sayap.

24.Walaupun sudah dijamin selamat dan lulus untuk terbang seperti yang disahkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya, kita tahu bahawa “kredibiliti” pesawat ini sudah tercalar.

25.Saya berpendapat, selepas terbang melebihi ketinggian 30,000 kaki dan mengalami beratus-ratus kali penerbangan, kemungkinan sayap pesawat yang pernah rosak dahulu telah mengalami keretakan sehingga menjejaskan penerbangan dan membahayakan pesawat.

26.Selepas dua tahun kemalangan berlaku, saya tidak pasti jika pihak Boeing atau MAS ada membuat ujian kedua dan ketiga untuk menguji integreti struktur sayap yang rosak atau integriti sambungan sayap kepada badan akibat kemalangan pada tahun 2012 tersebut.

27.Dengan kelajuan yang mungkin telah mencecah lebih kurang 900 kilometer sejam dan dengan tekanan udara yang sangat tinggi, keretakan pada sayap pesawat yang pernah rosak ini mungkin telah berlaku lagi.

28.Tanpa sempat berbuat apa-apa termasuk panggilan kecemasan, pesawat barangkali telah mengalami penurunan mendadak sebanyak 10,000 ke 20,000 kaki dari ketinggian 30,000 (berpunca kepada kerosakkan sayap pesawat/patah/bengkok or what ever).

29.Penurunan mendadak ini yang disokong oleh tujahan enjin jet mampu menyebabkan pesawat mengalami daya tekanan graviti yang tinggi sehingga lebih daripada 5g.

30.Kita juga tahu bahawa daripada radar pihak tentera, pesawat dilihat seperti berpusing tetapi kita tidak tahu radius pusingan pesawat.

31.Kalau pusingannya ketat, kita tahu bahawa kemungkinan besar pesawat telah membuat “Sudden Maneuver” yang terhasil dari tujahan enjin yang terjejas dari salah satu sayap pesawat yang bermasalah.

32.Soalnya kalau benar pesawat telah membuat pusingan balik, sudah tentu juruterbang akan memaklumkan sebab-sebab beliau berbuat demikian dan jika berada dalam keadaan kecemasan seperti rampasan pesawat, juruterbang masih mampu menghantar amaran tetapi kalau keadaan sudah mencapai tahap gawat seperti daya hentaman g pada tubuh badan, juruterbang akan kaku dan melekat pada kerusi akibat penurunan darah yang mendadak sehingga otot menjadi kejang.

33.Seorang manusia akan mengalami pengsan pada tahap 2g atau 3g ke atas dan integriti pesawat mungkin akan terjejas jika ia mengalami tekanan 6g ke atas, bayangkan ini hanyalah pesawat awam atau penumpang yang bukan direka untuk bertahan dari tekanan g yang tinggi seperti pesawat atau juruterbang pejuang.

34.Penurunan mendadak ini ditambah dengan kelajuan yang tinggi mungkin telah menyebabkan sindrom apa yang kita namakan sebagai “G-LOC atau G-force induced Loss Of Consciousness) sehingga boleh menyebabkan juruterbang atau penumpang pitam untuk beberapa saat (bergantung kepada kekuatan tubuh) atau beberapa minit.

SEBAB-SEBAB TEORI TERRORISME/HIJACKING  DIPOPULARKAN AMERIKA SYARIKAT

35.Kita sedia maklum bahawa pesawat tersebut merupakan produk buatan Amerika Syarikat (AS)

36.Pesawat milik Malaysia Airlines itu baru berusia 11 tahun dan masih ada jaminan 14 tahun lagi oleh Boeing (Setiap sebuah pesawat komersil diberi jaminan 25 tahun).

37.Terhempasnya pesawat ini jika terbukti disebabkan kerosakkan teknikal akan menyebabkan reputasi Boeing jatuh teruk.

38.Boeing pula sedang menerima saingan sengit dari pembina pesawat komersil Peranchis iaitu Airbus.

39.Kuasa besar seperti AS akan menggunakan apa sahaja termasuk kekuatan medianya untuk menjaga kepentingan negaranya dan dalam hal ini, AS mungkin sedaya upaya cuba meletakkan tanggungjawab kepada Malaysia dengan mengaitkan dengan kelemahan piawaian keselamatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

40.Malangnya….media Malaysia termasuk sebahagian besar rakyat negara ini termakan dengan teori ini hijack/rampasan/pengganas ini hanya berdasarkan laporan passport yang hilang (Passport hilang atau palsu ini digunakan oleh macam-macam orang, agen perisik, pengedar dadah, mereka yang bangkrup dan bukan perampas pesawat sahaja).

41.Jika terbukti bahawa kemalangan berpunca disebabkan kelemahan integriti sayap pesawat yang telah dibaiki dan dijamin oleh Boeing, bayangkan berapa banyak kerugian dari insuran dan ganti rugi yang terpaksa di bayar oleh syarikat penerbangan itu.

42.Ketika artikel ini ditulis, saham Boeing sedang jatuh menjunam dan syarikat itu melalui pesawat model terbarunya iaitu 787 Dreamliner sedang berhadapan dengan masalah pada struktur pesawat.

43.Untuk meletakkan tanggungjawab pada kerajaan Malaysia, AS demi untuk kepentingan dirinya akan cuba mengaitkan pengganas dengan MH370 dan kerana itu dengan pantas telah menghantar pegawai FBI dari kalangan pakar keganasan ke Kuala Lumpur.

44.Tindakan penghantaran FBI ini dibuat kerana AS bimbang, insiden kemalangan MH370 akan membantutkan pasaran pesawat terbaru Boeing dan kehadiran FBI memberikan imej palsu kepada pelanggan Boeing bahawa “Ini semua kerja terroris, our plane is safe”.

TEORI ALAM GHAIB “KICK IN” DAN KETIADAAN DEBRIS ATAU BAHAGIAN PESAWAT/PENUMPANG YANG  TERAPUNG

45.Bab ini paling susah nak jawab.

46.Entah macam mana, pesawat mungkin tidak terhempas dalam keadaan menjunam atau berpusing sampai badan pesawat tegak 90 darjah.

47.Ia mungkin terhempas secara glide atau mengelungsur (bab ini kuasa Allah, saya sukar hendak jelaskan) sebelum masuk ke dalam Laut China Selatan.

48.Kegagalan sistem penggera pada Blackbox atau kotak hitam juga menimbulkan satu misteri. Sistem ini yang mengaktifkan pemancar lokasi pada Blackbox sepatutnya berfungsi sebaik sahaja pesawat menghentam air (Bab ini juga saya serahkan kepada Allah)

49.Bagaimanapun secara teorinya, sistem ini hanya akan berfungsi apabila muncung pesawat menghentam air dalam kelajuan atau kederasan tertentu.

50.Jika ia berfungsi sekalipun, kemungkinan disebabkan keadaan air laut yang dalam, gelombang yang dipancarkan mungkin bersifat lemah dan gagal dikesan oleh mana-mana alat receiver dan ini terpakai untuk lain-lain sistem elektronik pada pesawat.

51.Berbalik pada teori alam ghaib (saya sebenarnya tidak tahu ayat apa yang sesuai dipakai). Menimbulkan satu keanehan, bagaimana pesawat boleh terhempas atau “Glide” seolah-olah seperti ada kuisyen lembut yang menahannya dari berkecai sehingga tiada kelihatan “debris” atau pecahan pesawat.

52.Melalui kebolehan orang-orang Malaysia dan Indonesia yang bermunajat kepada Allah, kelihatan pada mata kasyaf bahawa pesawat sudah berada di dalam laut dengan kedalaman di antara 300 hingga 1,000 meter.

53.Dalam keadaan demikian, suhu yang sejuk di dalam laut akan melambatkan proses pereputan.

54.Malah diberitahu oleh orang-orang ini, pesawat berada dalam keadaan yang O.K dan tidak hancur di dalam jurang yang agak gelap.

55.Fisulaj atau badan pesawat ada sedikit rosak, misalnya muncung pesawat rosak (saya jangka disebabkan hentaman ke dalam permukaan dasar laut), salah satu sayapnya patah.

56.Oleh kerana sebab-sebab sensitif, saya tidak mahu lagi menerangkan keadaan dalam pesawat.

57.Kita tidak boleh menolak pengaruh makhluk lain selain dari manusia kerana kita ini berkongsi alam.

58.Blog saya bukan sebuah paparan akademik atau ilmiah yang memerlukan setiap penjelasan dari lojik akal dan saya fikir, tidak perlulah kita merendah atau tertawa dan mengutuk kebolehan orang yang mampu melihat jauh ke dalam lautan dan berkomunikasi dengan makhluk-makhluk Allah ini yang turut membantu memberikan lokasi secara kasar kepada mereka yang telah bermunajat kepada Pencipta Alam Semesta ini.

59.Orang-orang itu bukan saya, tetapi sebahagian kecil dari mereka yang ada di Malaysia dan kiai-kiai pensantren agama di Indonesia yang membuat hubungan yang rapat dengan saya, dari mereka….saya titipkan artikel ini dan sebelumnya untuk kita sama-sama berkongsi ilmu baik perkara yang lojik mahupun tidak.

60.Saya seperti anda….dan apabila saya meminta saudara semua mengenali Allah melalui Ilmu Tauhid dalam laman Facebook, saya tidak maksudkan anda terus mendapat keajaiban tetapi kita belajar untuk kita mengenal Sifatnya, dan apabila kita faham…Insya Allah minda kita diberi kebolehan untuk memahami kejadian atau ilmu lain yang tidak diketahui. Saya rasa sangat sedih kerana seruan saya “bab belajar Tauhid/usuluddin/akidah” ini dijadikan bahan caci oleh mereka yang saudara seagama dengan saya dalam sebuah forum popular tanahair.

TIMBUL PESAWAT

61.Apa yang diberitahu oleh mereka ini kepada saya, pesawat dijangka timbul atau dalam bahasa lain akan dikesan dan diberi petunjuk mulai hari ini iaitu PENGHULU SEGALA HARI, hari Jumaat yang mulia ini.

62.Saya bukanlah mendahului sesiapa tetapi apa yang diberitahu, bermula hari ini, Sabtu atau Ahad, ia akan dilepaskan dari lingkaran ghaib yang melitupi pesawat atau setidak-tidaknya minggu hadapan.

63.Kemungkinan besar….ia ditemui oleh nelayan.

64.Bab lokasi saya tidak mengetahui secara tepat…saya difahamkan, di perbatasan negara…mungkin dalam sempadan laut Malaysia/Vietnam atau mungkin Malaysia/Siam.

APA PUN SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…SAYA TIDAK MEMAKSA ANDA PERCAYA, MUNGKIN SAYA SILAP DAN MUNGKIN ANDA BENAR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  1. Ada 3 kemungkinan:
    1) Dirampas dan ditawan di Airport Diego Garcia- sebab utama, tak de satu pun kuasa besar nak “Check” tempat ni, percaya je bulat-bulat, kata takde pesawat tu di sini, sebabnya Diego Garcia terletak di lautan Hindi.
    2) Terhempas ke dalam lautan a.k.a pesawat “zombi” kerana kebakaran dalam pesawat, asap daripada kebakaran telah menyebabkan penumpang, krew pengsan!
    3) Pesawat telah pun dicat dan terbang semula, tanpa disedari oleh mana-mana pihak, sedangkan nasib penumpang tak dapat dipastikan.

  2. MH370 dihijack oleh seorang Profesor dr China. Dia telah litarpintaskan wiring dlm kapal terbang tu dgn hack monitor di belakang kerusi penumpang.(monitor utk kegunaan penumpang). Pilot sedar dan keluar dr cockpit utk menyiasat tetapi penumpang itu teruskan hacking dan pilot terpaksa lepaskan tembakan.(dr report :ada satu tembakan). Mungkin penumpang itu mati atau cedera-tak tahu. tetapi kerosakan yg telah dilakukan agak besar. Target penumpang tu hendak jatuhkan kapal terbang ke atas negara China. Pilot cuba mengurangkan bencana dan itulah tindakan diambil-dgn membawa kapal terbang tersebut ke tempat terpencil. Sekian.

  3. Tak ada perampas,siapa yang kemudi kalo bukan pilot…kenapa pilot sendiri yang rampas mh370..
    tekanan jiwa yang mendalam atau taksub …

  4. Apa blog atok ? Atok ade blog kew ? Ape link atok ? Terlintas difikiran saya untuk membacanya dan saya bersedia untuk membukanya.

  5. Artikal Diambil Dari Blog Minda Ahad
    19 February 2014 · 15:20

    Kronologi hubungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Yahudi dan Israel.

    1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan ‘luar biasa’ Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato’ Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya.

    Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan ‘asing’ di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

    10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi.

    Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

    1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

    1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan ‘anak didik Kissinger’.

    6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

    Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

    6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

    16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

    Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari USD272,000 dalam tahun 1966 kepada USD565,000 dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari USD1.1 juta kepada hampir USD1.7 juta.

    17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :“Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres”. …”Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa”.

    13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: “Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik.”

    Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

    Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh ‘masyarakat Yahudi’ yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles.

    Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan ‘Hollywood’ akan diwujudkan di Cyberjaya.

    21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap ‘terbuka’.

    Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk ‘menginsafkan’ pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

    1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

    September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

    OLEH : Penulis Siber
    Ahady Aqady

  6. Bro shah, ini sudah hari isnin wooi , katanya hari sabtu or ahad 15-16 marc 2014 sudah dilepas pesawatnya oleh kekuatan gaib ( no.62-64)??? Dasar pembohong

  7. mana buktinya radar TUDM telah mengesan pesawat MH370 sekarang masih belum jelas kan keberadaannya, insa ALLAH nanti orang indonesia sendiri nanti yg berhasil menemukannnya !!! ok

  8. lawak ke..koh koh koh..sila la masuk rajalawak mega..time2 ni nak test2 pulak jadi tak jadi..syah dah lama buat…cuba buat sesuatu yg menyumbang skit..kalu tak, jadi silent reader sudah

  9. pagi ni ade 1 member aku tetibe jer bagi tau 1 klu yg aku tak pernah terfikir pon.. klu nyer ader skit-skit cam akula said cakap.. cume lain sikit… semua yg dlm pesawat tu memang x naik pon pesawat tu.. pilot n beberape yg terlibat sahaja yg ader… emmm.. abeh cerita.. 1 dunia dah pening. kecuali yg terlibat.. betul cakap akula said “Inilah the biggest worldwide scam ever”. plot cerita yg menarik untuk alih perhatian dunia dan dunia perisikan… ini lah yg gov kite nak kan. Syhhhhh!!!
    thanks kepada semua yg terlibat membuat spekulasi2 hijack.
    kesemua keluarga kononnya mangsa diberi perlindungan atau dikawal oleh kononnya lagi pakar psychology. (takpernah dengar pon sebelum nih ader pakar psychology beri khidmat camni kat keluarga mangsa klu ader musibah or whatever)

  10. seingat aku, kawasan tumpuan pencarian utama pada masa itu adalah di Laut China Selatan. kita memerlukan banyak aset di LCS sebab perimeter nya besar. USS Kidd ni dah digerakkan somewhere 11hb – 13hb.

    slot sar di selat melaka diberikan kepada Malaysia-Indonesia pada masa tu.

    hanya setelah USS Kidd sampai di Laut China Selatan, govt minta USN re-route USS Kidd ke selat melaka iaitu hari Khamis atau pagi Jumaat..

    kalau asalnya govt minta USN tolong di selat melaka, aku rasa kapal dari diego garcia yg datang

    correct me if i’m wrong

  11. tak terkejut sebab seseorang yg tau pasal auto-landing sepatutnya tahu bahawa auto-landing tu masih perlu di-conduct oleh pilot/co-pilot..

    auto-landing bukan bermaksud pilot/co-pilot boleh dibiar pengsan @ separuh sedar dimana si penulis menggambarkan krew & penumpang dah pengsan @ separuh sedar.. u still need human to push the auto-pilot switch..

    lagi 1, sistem auto-pilot buat major alteration of course without anyone monitor in the plane? seriously.. in which this case, kalau ikut teori dia, pesawat dah airturn lebih kurang 180 darjah untuk ke Gong Kedak & this plane is totally unmanned by human human..

    i’m maybe not a pilot, but tell me our pilot & co-pilot insert all the flight data & set the auto-pilot just to heading to Gong Kedak AFB..

  12. Malaysia Airlines Mystery Deepens After Top Disease Experts Rushed To Indian Ocean

    A grim report prepared by the Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) on Malaysia Airlines Flight 370 is stating today that within 24-hours of this aircrafts “diversion” to the highly secretive Indian Ocean US military base located on the Diego Garcia atoll, no less than four flights, within the past week, containing top American and Chinese disease scientists and experts have, likewise, been flown to there.

    According to this report, Malaysia Airlines Flight 370 (also marketed as China Southern Airlines flight 748 through a codeshare) was a scheduled passenger flight from Kuala Lumpur, Malaysia, to Beijing, China, when on 8 March this Boeing 777-200ER aircraft “disappeared” in flight with 227 passengers on board from 15 countries, most of whom were Chinese, and 12 crew members.

    As we had previously noted in our report “Russia “Puzzled” Over Malaysia Airlines “Capture” By US Navy,” the GRU had previously notified China’s Ministry of State Security (MSS) of its suspicions regarding this flight due its containing a “highly suspicious” cargo that had been offloaded in the Republic of Seychelles from the US-flagged container ship MV Maersk Alabama.

    First arousing the GRU’s concerns regarding this “highly suspicious” cargo, this report continues, was that after its unloading from the MV Maersk Alabama on 17 February, its then transfer to Seychelles International Airport where it was loaded on an Emirates flight bound for Kuala Lumpur International Airport in Malaysia, after first stopping over in Dubai, the two highly trained US Navy SEALS who were guarding it were found dead.

    The two US Navy SEALS protecting this “highly suspicious” cargo, Mark Daniel Kennedy, 43, and Jeffrey Keith Reynolds, 44, were found dead under “suspicious circumstances” aboard the MV Maersk Alabama, this report says, further raising Russian intelligence suspicions as they were both employed by the Virginia Beach, Virginia-based maritime security firm The Trident Group which was founded by US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) and Senior US Naval Surface Warfare Officers and has long been known by the GRU to protect vital transfers of both atomic and biological materials throughout the world.

    Upon Flight 370’s departure from Malaysia on 8 March, this report continues, the GRU was notified by the MSS that they were going to divert it from its scheduled destination of Beijing to Haikou Meilan International Airport (HAK) located in Hainan Province (aka Hainan Island).

    Prior to this planes entering into People Liberation Army (PLA) protected zones of the South China Sea known as the Spratly Islands, however, this report continues, Flight 370 “significantly deviated” from its flight course and was tracked by VKO satellites and radar flying into the Indian Ocean region and completing its nearly 3,447 kilometer (2,142 miles) flight to Diego Garcia.

    In a confirmation of the GRU’s assertion that Flight 370 was, indeed, flown to Diego Garcia, this report says, satellite transmission data analyzed by US investigators showed that this planes most likely last-known position was in a zone about 1,609 kilometers (1,000 miles) west of Perth, Australia in the Indian Ocean..

    Most troubling to the GRU about Flight 370’s “diversion” to Diego Garcia, this report says, was that it was “nearly immediately” followed by some of the top disease scientists and experts from the United States Centers for Disease Control and Prevention (CDC) and the Chinese Center for Disease Control and Prevention (CCDCP) embarking to Diego Garcia on at least four flights.

    As to why both American and Chinese disease experts were taken to Diego Garcia where Flight 370 is now known to be, this report says, has as yet not been answered by either of these governments after repeated Foreign Ministry requests for “explanations and clarification.”

    What is to be known, this report says, is that as Malaysia has been forced to admit Flight 370 was, indeed, “diverted” from its flight path as the GRU had previously reported, and as at least 25 nations are now involved in searching for it, it remains a mystery as to what is actually occurring.

    Also known, this report concludes, is that Diego Garcia as a designated ETOPS emergency landing site for flight planning purposes of commercial airliners transversing the Indian Ocean, and as one of 33 emergency landing sites worldwide for the NASA Space Shuttle, it is “inconceivable” that any type of aircraft, let alone Flight 370, can fly anywhere in the Southern Hemisphere without being tracked, monitored and recorded in totality.

  13. Jom cuba fahami data2 yg telahdikenal pasti oleh pasukan forensik avionic manatau ada yg akan jadi pakar mee segera extra handal.
    anda perlu fasih:

    skyvector link: http://skyvector.com/

    IGARI: N6°56.20′ E103°35.10′
    VAMPI: N6°10.92′ E97°35.14′
    GIVAL: N6°59.99′ E97°59.99′
    IGREX: N9°43.47′ E94°24.99′

  14. setuju…. semasa SR operation di Laut China Selatan berlangsung dgn intemsif, kemungkinan besar team penyiasat sudah mula buat kerja di kws barat. Skrg kita dgr byk data dikuarkan dari pelbagai pihak termasuk yg terbaru ada 6 signal handshake dgn Inmarsat. SR masuk fasa yg lbh menarik termasuk highlight ketaksuban fahaman politik dan simulator kapten@penyokong kuat PKR

  15. kau dah ada maklumat solid dalam tangan,
    takkan ko nak hambur keluar semua isinya,
    terangan pihak musuh boley baca.
    berkias!!! adalah yg terbaik.
    ade paham bra?

  16. ONE OF THE BEST COMMENT IN FB FROM SWEEDEN:-
    It’s sad to see how some Malaysians keep on bashing, blaming, judging the authorities of Malaysia each time they announced any news. It’s not an everyday case that we encounter here but I believed they did their very best to find the clue behind the incident and the pressure to prepare the answers to the families. Can you imagine the burden they carried in their shoulders and how much precaution they have to take before announcing anything? No, because you are not in their shoes! That’s why it’s so easy to judge and bash them for any actions, responses, or announcements in fact they can’t simply say anything they want. They desperately wanted to solve this puzzle for the sake of the related families and for the nation more than just to cater YOU, the public’s crave for answers. They are still confuse as much as we do. If you have nothing better to say, just SHUT UP! Or follow silently, and if you still have a kind heart, say your prayers. Shame on you people who keep on bashing your own country where the fact you still live in it and called yourself Malaysian. At this time, Malaysia needs support from her people and at this hard time, it really testing our UNITY! It’s just shameful when outsiders look at the ugly inside of the nation, showing how people lacking of respect & love to their own country. Whatever happen Malaysia, you have my support, love and prayers far thousand miles from Sweden! Be positive, we will find you #MH370! Keep on #prayforMH370 and their family members to keep strong. Have faith and please keep on praying not blaming.

  17. Aduhai, Ko lagi besau sial. Satu benda pun ko tak tau dan tak membantu pun lepas tu nak memekak kat sini.
    Ko tak boleh bantu apa2 pun dan ko tak perlu ambik tau pun pasal hal ni.
    Duduk diam2 je.
    hi hi hi

  18. diorg ada kat Russia boh..kerajaan terpaksa lengah2kan ‘pencarian’ sbb dlm proses rundingan dgn kuasa2 cilaka berkenaan.. kerajaan bknnya bodoh.. benda ni kena bt hati2. silap2 perang bai..

  19. pada aku apa yang shah cakap tepat, cuma ayat shah tu ko makan2 buta2. alhamdullilah mcm shah cakap minggu ni kita semua dapat berita pasal kapal terbang tu off transponder dan make a turn. Itu kira hint la.

  20. Sebuah akhbar yang rapat dengan pemimpin China membidas Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370, dan berkata Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab serta perlu membekalkan maklumat terkini tentang kapal terbang yang hilang itu.intinya fihak otoritas di Malaysia tidak boleh berpura pura Bodoh.

    Dalam lidah pengarang akhbar itu hari ini, Global Times berkata kehilangan pesawat “harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya perlu dipertanggungjawabkan kepada Malaysia”.

    “Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas dan dinilai sangat tidak ada kualiti.

    “Terdapat kelemahan dalam kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan,” kata akhbar pro-Beijing dalam laman beritanya.

    “Jika ia disebabkan kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.

    “Jika ini adalah serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu dipersoalkan. Jika ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor semulajadi atau tidak terkawal, maka syarikat penerbangan Malaysia Airlines, ia perla dimasukan daftar hitam sebagai syarikat yg berbahaya,” katanya.

    Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas penerbangan MH370 Malaysia Airlines itu adalah dari China, dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk China dari segi bilangan rakyatnya yang terlibat.. lebih buruk lagi rakyat China itu mati karna kebodohan fihak malesia.

    Siasatan telah dilancarkan terhadap penumpang yang menjadi suspek selepas para pegawai berkata dua orang Eropah yang nama mereka dalam senarai penumpang – yang pasport kedua-dua mereka dicuri di Thailand – tidak berada di atas kapal terbang, menurut laporan AFP.

    Dalam editorialnya, akhbar China Daily menulis bahawa “keganasan tidak boleh dikesampingkan”, dan pihak berkuasa Malaysia telah terbukti tidak mampu menangani dan sangat tidak bertanggung jawab dengan sehingga lembaga antarabangsa terpaksa mengambil alih tugas pencarian dan hingga hari ini masih belum bisa menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang tersebut dapat menaiki kapal terbang itu dengan pasport Itali dan Austria yang dicuri.

    Akhbar itu menulis bahawa hakikat beberapa penumpang di atas kapal telah menggunakan pasport palsu harus menjadi peringatan kepada seluruh dunia bahawa keselamatan tidak boleh terlalu ketat di lapangan terbang khususnya, “kerana keganasan, yang buruk dari dunia, masih cuba untuk menoda tamadun manusia dengan darah dari nyawa yang tidak bersalah”. kerajaan China juga telah memasukan MAS kedalam daftar penerbangan yg paling tidak aman dan managemen MAS di tandai sebagai organisasi amatir.

    “Siapa mereka dan mengapa mereka menggunakan pasport palsu?,, mengapa pula petugas di malaysia sangat bodoh sekali sehingga KLIA yg KONON mempunyai kualiti sistem keamanan tercanggih dimuka bumi bisa dikelabui oleh 2 ekor pengganas saja??” soal China Daily.

    Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata bahawa kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport dicuri memiliki ciri wajah Asia.

    “Saya masih hairan mengapa (pegawai imigresen) tidak boleh berfikir: Itali dan Austria tetapi dengan ciri-ciri wajah Asia,pejabat yg bertanggung jawab haruslah dihukum berat.” beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional, Bernama.

    Pihak berkuasa penerbangan masih menemui jalan buntu hari ini dalam mencari pesawat dan menunggu keputusan ujian pada tumpahan minyak selama 7 tahun kedepan untuk mencari petunjuk jet penumpang yang hilang. – The Malaysian Insider

    Read more: http://www.myberitasemasa.com/akhbar-china-daily-kutuk-malaysia/#ixzz2w6SSUBTZ

  21. adakah kemungkinan enjin pesawat itu dicuri saat di udara?,, karena jika dicuri saat masih di KLIA tidak mungkin dikarenakan sistem keamanan KLIA yg sangat ketat dan sangat canggih bahhkan jauh lebih canggih dari pada sistem keamanan yg berlaku di ITALIA ataupun AUSTRIA.. ?

  22. Bro..saya nampak teori ko ni berbaur politik yang amat taksub..boleh jadi Leman Raja Lawak gak ko ni..hahaha..semua tak logik..teori ko ni 13hb malam 14hb, so mmg ko malu lah lepas ni kan..hahahaha..susah dah ko nak cover dah bro..hahaha…jgn taksub sgt ma Anwar tu..bahaya..dia juga manusia biasa yang punya hawa nafsu untuk merosakkan muka bumi ini seperti manusia lain termasuk Najib..so percaya pada Allah s.w.t..dia lebih tahu dan mengatasi segalanya…

  23. Dalam cockpit pesawat mmg ade autoland dan autothrottle button dan new komersil jet boleh land sendiri cuma takeoff tidak.Terkejut ke..harap teliti dulu sebelum kuar pandangan. Yep mmg tech pesawat amat canggih x semua org biasa sangka.
    Apapun teori kna hijack dan landing kt base msia tu agak out of proportion..

  24. PM baru umum hari ni tak bermakna diaorang baru tahu hari ni.. mungkin dah banyak hari.. saja terpaksa rahsiakan…
    bayangkan kalau hari ni tahu, maka terus umum, tentu ‘penjahat’ itu akan cepat2 tukar rancangan.
    Rasanya kalau diaorang dah syak foulpay, awal-awal lagi team siasatan dah bertindak sebelum maklum kepada public.

  25. aku turut berduka cita ngan kemalangan ini, dan lebih berduka lagi apabila mendengar kenyataan PM Najib Razak hari ini, ianya mengakui bahawa pesawat terdeteksi military radar mengarah ke Indonesia semenjak hari pertama dan takde sesape bagitau kat rescue team dari banyak negara yg susah poyo nak cari kapal tu di Laut Cina Selatan, sudah nak buang tenaga, waktu, avtur dan harapan, lepas semnggu barulah ngkorang cakap bahawa pesawat dah berbelok arah ke barat sementara korang dah tahu semenjak hari pertama lagi?…….APAHAL cik?…..transponder dimatikan dengan sengaja maknanye pesawat dah berubah jadi Unidentified Fling Object, seharusnya military radar ko yg mengesan pesawat change route ke barat dah bagitau kat tentera udara agar jet2 pejuang ko terbang bagi amaran kat pesawat tu, tapi apa yg jet2 pejuang ko buat?…takde?…kemane sume tu?..ke Sulu ?…HAH, pantas Cina desak negara ko dan banyak negara kecewa dengan sikap ko camsial tu….

  26. Salam..kepada shah,aku dah tau ape yg sebenarnya berlaku pd kapal tu..

    soalan aku :
    1) Kenapa kita yang kena buat keja ni sedangkan seluruh asean mengalami masalah yang sama.??
    2) Tak ke pemimpin kita tau dgn siapa yg dia cuba bodohkan??
    3) Apa jaminan dari penganjur yang hak kita takkan dirampas???
    4) Beribu penganalisis pertahanan diluar sana,andai mereka tau ape yang berlaku,apa akan jadi pada kita??

    jawab soalan ni atau hang mmg tak tahu…

  27. Janganla tn. haji mengambil hati org yg mengutuk pendapat tn haji. Ini hanya pendapat tn haji berdasarkan info terdekat tn haji. Saya sgt suka sbb tn haji selalu berkongsi info yg penting yg tiada terdapat dlm forum lain. Yg penting berkongsi info dan maklumat bkn menghentam pendapat org yg sudi berkongsi.

  28. coridor 1= yg di buat2. Kapten Nik telah terangkan kenapa area coridor 1 tak logik.
    coridor 2 = yg betul2.

  29. calm down anak-anak semua … benarlah kita akan dapat petunjuk dalam lingkungan hari-hari ini bak kata tuan tanah. Nah Allah membenarkan clue hadir sedikit demi sedikit. Mungkin teori sha ada silap tapi ilmu kira-kira masih ada betol nya. Hujan pun dah turun di bumi Malaysia sejurus najib umumkan perkembangan terbaru… keyword? tiada yang kebetulan di donia ini. Sabar anak-anak semua teruskan teroskan berdoa. Allah masih bersama kita. Alhamdulillah ….

  30. aku rasa isu yg vat70 tanya make sense, apsal still nak guna USS kidd yg dari laut china selatan, apsal tak guna asset yg berada di diego garcia utk cari di kawasan laut andaman?

  31. http://www.whatdoesitmean.com/index1753.htm

    menarik, tapi kalau ikut analisis aku, US tak berjaya bawak flight ni pegi diego garcia. Mh370 di bawah kawalan mesia , high possibility ada dekat gong kedak. Ni krolonogi dari data yg aku analize.

    1. US berjaya took over mh370 by remote at the point 1.21am and shutdown all communication.
    2. Kapten Zahari berjaya takeover balik mh370 selepas “some fight”. Flight mode change to 100% manual, Kap Zahari mungkin telah memutuskan system electronic utk mengelakkan dari di kawal oleh US. Ada bukti mengatakan masa Pesawat Japan berjaya contact MH370, pilot japan di jawap oleh co-pilot MH370 dan pilot japan dengar org membebel kat background.(bukan nak tuduh co-pilot, tapi kalau ikut data, staff CNN yg dah jadi open secret agen CIA ada datang jumpa co-pilot beberapa hari sebelu kejadian).
    3. Kap Zahari pusing balik ke mesia dgn terbang rendah utk mengelak dari di kesan radar US, kalau nak kata US yg kawal masa u-turn apsal US nak bawak rendah kapal terbang tu US dah berjaya hilang kan dari radar masa 35k kaki, so non sense utk dia remote control dan terbang rendah kat area Malaysia. Ini membuktikan yg terbang rendah kat area kota baru tu adalah di bawak kawalan pilot.
    4. Mungkin komunikasi telah terjadi between pilot and pihak keselamatan semasa terbang rendah. Pihak tentera telah mengarahkan mh370 mendarat di Gong Kedak, dgn kelengkapan bawah tanah, mh370 selamat di situ.
    5. ATM terpaksa buat cerita kata mh370 berpatah balik utk menyelamatkan nyawa mh370.
    6. Di saat ini, US jadi bingung di mana MH370 sebab remote control dia tak berjaya. US suspect China took over the control.China was not able to complete the plan sebab mh370 never enter it airspace. China bingung dan mengesyaki US still controlling the aircraft.
    7. Hero is Malaysia, US and China underestimate us, but hero will have a big issue to complete this plot……..

  32. so tn. haji..
    skrg apa cita..kpl tu akan timbul dkt area mna plak pasni?laut dah x jd dah..timbul dln aquarium kot?? ;)

    aku bknnya nk mmprkecilkn atau mprsendakn kau bro..aku x prnh tolak teori2 yg menjurus ke arah prkra2 ghaib ni..tp aku cuma x brapa suka cra ko ni mengolah teori2 ko..nmpk mcm trlalu yakin sgt,kdg2 aku tgk mcm da smpi thp nk mnunjuk2 n riak pn ada..sori to say la klu terasa.klu ko xda niat mcm tu mgkin x sgaja,so mnta maafla.ini bkn ttg siapa yg prtama mngeluarkn sesuatu teori mhupn sapa yg pnya teori trbaik,yg plg trdkt dgn kjdian sbnr..ini ttg mncri apa sbnrnya yg brlaku d smping mnjga hati keluarga mreka yg trlibat..

    tu je lah.aku pn mls nk brteori pekejadah.klu trasa maafkn aku.salam :)

    #PrayForMH370, #PrayforMiracle

  33. wakakakaka…shah..teknik mind divertion ni mmg mantop…wakakaka…tenkiu shah…jerat dh mengena…ada gak yg mengomen…hahahaha…sekurangnya aku tau ramai suka menjatuh hukum pada org…
    Sorang ngan double meaning..sorang ngan daun ketum..sorang ngan syiahnyer…hahahahaha…tergelak sorang aku dowh…

  34. Mmg merapu gaban blog tu,mamat tu syok sndiri..mcm bomoh kt klia tu jugak! Meluat gua baca blog cipan tu.

  35. BEIJING 14 Mac – Pasukan pakar seismologi di Universiti Sains dan Teknologi China berkata, mereka mengesan aktiviti seismik kecil di dasar laut antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac lalu, yang mungkin diakibatkan oleh pesawat terhempas ke dalam laut.

    Portal berita South China Morning Post melaporkan kejadian itu mungkin mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

    Penemuan tersebut disiarkan di laman web universiti itu, hari ini yang mungkin menjadi petunjuk terbaharu dalam operasi mencari pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.

    Saintis daripada Makmal Seismologi dan Fizik Dalaman Bumi, universiti itu dalam satu kenyataan berkata, aktiviti itu dikesan oleh dua stesen pemantau di Malaysia menunjukkan gegaran kecil berlaku di dasar laut pada pukul 2.55 pagi pada 8 Mac, kira-kira 50 kilometer dari selatan Vietnam.

    “Aktiviti seismik tidak pernah dikesan di kawasan tersebut sebelum ini.

    “Justeru berdasarkan daripada waktu dan lokasi kejadian, ia mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370,’’ kata kenyataan itu.

    Aktiviti seismik itu berlaku kira-kira 85 minit selepas MH370 hilang daripada radar menara kawalan trafik dan kira-kira 116 ke barat laut dari lokasi terakhir pesawat itu dikesan.

    “Jika benar sebuah pesawat terhempas ke dalam laut, berdasarkan kekuatan gelombang seismik itu menunjukkan kejadian tersebut sangat teruk,’’ kata kenyataan berkenaan.

    Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Pertahanan Nasional China semalam mendedahkan imej-imej satelitnya yang menunjukkan tiga objek terapung yang berada di kawasan yang dipercayai pesawat Malaysia Airlines terhempas.

    Bagaimanapun, pasukan mencari Vietnam melaporkan pihaknya tidak menemui sebarang serpihan atau bangkai pesawat ketika memperluaskan kawasan mencari dan menyelamat di perairan itu.

    0Share 5Share 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140315/lu_01/China-kesan-gegaran-dasar-laut#ixzz2vzy4bVYC
    © Utusan Melayu (M) Bhd

  36. Pasal autopilot tu mmg btul. Setiap kapal modern mmg capable untuk membuat autoland dgn engage autopilot with ILS. Maknanya dr final approch sampai landing atas runway tak perlu input langsung dr pilot. Setengah airline mengkehendaki pilot wat autoland 6 bulan sekali utk reliabilty check. Tapi take-off x de auto off lg.

  37. Setiap kapal modern mmg capable untuk membuat autoland dgn engage autopilot with ILS. Maknanya dr final approch sampai landing atas runway tak perlu input langsung dr pilot. Setengah airline mengkehendaki pilot wat autoland 6 bulan sekali utk reliabilty check. Tapi take-off x de auto off lg.

  38. iya dan mereka bebas mengakses memantau kondisi di malaysia.
    dan membuktikan betapa lemahnya malaysia dan tidak sinkronnya antara radar militer dan radar sipil

  39. Nicely said Shah! X payah sedih bab orang yang caci dan x berapa faham berapa luasnya ilmu Allah dan dunia yang dicipta dalam 7 masa ni. Saya tumpang kasihan kat mereka. :) Keep up the good work brother. Wasalam

  40. Mengambil kira kenapa pilot langsung tidak alert pada tower atau tidak ada emergency beacon, kemungkinan ada depressurization yang mendadak yang menyebabkan pilot pengsan. Kes macam ni pernah berlaku pada Helios Air. Persoalan yang paling besar sekali ialah kenapa tiada debris or anything from the plane jikalau ianya terhempas ke dalam air? Sedangkan Air France pada tahun 2009 terhempas di lautan atlantik dan meninggalkan debris seperti ekor pesawat. Saya ada terbaca dimana jikalau pesawat mendarat di atas air, selalunya bahagian ekor pesawat akan tercabut dahulu.

    Lagi satu, jika pesawat glide ke lautan, ia akan glide pada kelajuan yang tinggi. Agak mustahil tidak ada debris atau minyak atau apa-apa petunjuk dari pesawat tersebut jika dilihat pada impak.

    “Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain. Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)” – Kapten Norudin

  41. ImageryMalaysia

    Cuba ko baca betul2 dan mendalam idea mamat tu dan beritahu dimana “relevan” dan “logik”nya idea cipan tu.
    Sebab tu la artikel @ teori macam gini tak boleh ditulis oleh orang yang mempunyai pengaruh politik sangat kuat, habis jadinya teori ke laut.

    Mana ada Boeing 777-200 boleh autopilot mendarat dan berlepas. Bukan kata Boeing 777-200, pesawat mana2 pun belum pernah rekod guna autopilot untuk mendarat dan berlepas.
    Aku rasa si cipan tu banyak main game. Dia ingat Boeing 777-200 ni boleh jadi drone macam QF-4.
    Tapi dia kena ingat, even drone pun ada manusia kawal.

    dan lagi satu, secara logik akalnya, si cipan tu maybe duduk dekat tempat yang jauh dari kawasan lapangan terbang. Bunyi pesawat airliner ni boleh dengar dari jauh. Benda tu terbang kat udara pun kita boleh dengar bunyi enjin, lagi la kalo dah in-procedure nak landing.

    Aku tak hebat buat teori, tapi dah baca 2-3 kali teori dia pun aku tak tau kenapa orang boleh consider idea dia tu “relevan” dan ada “logik”.

  42. Tak yah fikir pening2. Sebab dari lost contact, pesawat tu hilang di Laut China Selatan. USS Kidd ni kalau tak salah aku dah digerakkan dalam 2-3 hari lepas. Cuma baru sampai. Sekarang Malaysia dah minta tolong USN untuk re-route USS Kidd ke Selat Melaka.

  43. Tak faham kenapa ko kata teori mamat ni logik. hahaha.
    Aku dah baca 2-3 kali pun tak dapat tangkap kat mana “relevan”nya tulisan penulis ni.

    Cuma nak beritahu, enjin pesawat penerbangan awam ni tak sesenyap yang ko sangka sampai kawasan perumahan 10 minit – 15 minit dari Gong Kedak AFB pun tak dengar apa2. Senang kata, baik ko pergi lepak mana2 kawasan dalam lingkungan 5 kilometer – 10 kilometer dari lapangan terbang dan komen kat sini balik bahawa ko tak dengar bunyi enjin pesawat nak mendarat langsung.

    Dan enjin setiap pesawat ni boleh di-monitor oleh Boeing Commercial. Jangan kata Boeing, engineer MAS pun boleh monitor in-flight data enjin Rolls Royce Trent 892 ni secara live feed. Ko ingat benda ni boleh disorok gitu je.

    Dan untuk pengetahuan, autopilot ni tak boleh digunakan untuk berlepas dan mendarat. Sekali lagi membuktikan penulis teori ni hanya mengarut. Pergi jumpa mana2 pilot airliner atau TUDM, sambil rakam video ko tanya diorang boleh ke autopilot digunakan untuk berlepas dan mendarat. Dah dapat video tu, baru boleh argue balik.
    Aku rasa penulis @ rakan ko ni ingat, Boeing 777-200 ni boleh jadi drone macam QF-4 dengan kacang goreng sekali.

    Aku berpendapat penulis asal teori ni hanya salah seorang dari penyokong fanatik anwar ibrahim yang amat terbakar jiwa raga bila cerita pasal anwar ibrahim tak glamour lagi.

  44. Sila tengok dokumentari Air Crash Investigation Adam Air 574

    Memang dari rakaman Kotak Hitam, sebaik pesawat menjunam jatuh, pesawat hilang dari pandangan radar secara tiba2..sebijik macam kes MH370

    utk bab Autopilot, rujuk video Air Crash Investigation Air France 447..Sistem komputer pesawat sendiri minta tukar dari autopilot kepada manual bila ada kekeliruan bacaan data..Tak tak kenapa, pesawat ni kalau ada masalah faktor luar yg menyebabkan kecelaruan bacaan data, sistem autopilot akan nyahaktif..tapi memang logik la pun, sebab autopilot takkan dapat take over hal2 kecemasan pesawat yg besar dengan ancaman luaran yang besar, dia cuma boleh kawal sesuatu yang dah predict/preset..Kalau RC tu lain ler sebab RC takder pilot kat dalam kapal terbang kecik tu & tak perlu hadap ribut taufan & G-Force drag bagai

  45. mungkin punca bermula masa pesawat diselenggarakan. mana tau kan, dorang buat lagi jahanam ke..??

  46. Setakat sebagai teori konspirasi bolehlah daripada pelbagai lagi teori.Isu ini memang menarik untuk dikaji dan diperbuat macam2 spekulasi kerana keadaan berlakunya kejadian yg sangat misteri.Tapi tiada siapa yg betul2 pasti apa kejadian sebenar yg berlaku dan boleh mendakwa teorinyalah yg betul.

    Lagipun agak mustahil kalau nak kata nelayan2 yg jadi saksi kapalterbang itu terbang rendah keliru dengan arah pesawat iaitu darat ke laut atau laut ke darat.

    Macamana pula saksi yg mendengar bunyi letupan kuat dari arah laut sekitar pulau kapas?Kemudian ada saksi mat salleh new zealand seorang pekerja pelantar minyak yang nampak kapalterbang sedang terbang dalam keadaan terbakar?

    Pengkalan gong kedak itu bukanlah jauh sangat daripada penempatan penduduk sebenarnya.Kapalterbang komersial yg terbang rendah(500 kaki) yg terbang di atas kampung2 sekitar sangat mudah menarik perhatian penduduk setempat kerana bunyi yg dihasilkan.Macamana pula nak tutup mulut staf2 pengkalan tudm gong kedak yg tak terlibat?

    Aku tahu maksud untuk ‘mengalihkan tumpuan’ yg ko atau abang k ko perkatakan.Tapi ini sangat ekstrim dan berisiko tinggi.Tanpa mengalih tumpuan pun kerajaan boleh handle isu yg satu itu sebab momentum dan persona anwar(terus terang lagi senang)tidaklah sekuat manapun drp zaman reformasi 1998 dulu.

    Lagipun timing sekarang bukanlah timing terbaik kalau sekalipun nak mengalihkan perhatian.Selepas insiden mh370 ini sejuk dalam seminggu dua lagi apa yg najib nak buat untuk mengalihkan tumpuan sedangkan anwar masih belum dipenjarakan pun,masih bebas dan masih belum dibicarakan di mahkamah persekutuan pun lagi?Nak korbankan kapal laut pulak?

    Ada lah tak berbaloi untuk menghapuskan 239 orang awam yg tak bersalah semata2 untuk mengalih perhatian yg tak perlu pun sebenarnya.Sekiranya tidak dihapuskan dan dilepaskan ataupun ‘black ops’ itu bocor apa yg najib dan Malaysia nak jawab dengan china,us dan berbelas lagi negara penumpang mh370?Apa pulak yg kerajaan nak jawab dengan rakyat Malaysia sendiri?Nak mampos??

  47. perghh…kiai-kiai dan para ulama takkan citer bab mcm ni dalam internet, takbur namanya…nampak sangat saudara ni khayal daun ketum…hahaha…

  48. ………………….-Dulu Malaysia hanya negara kecil dan hanya
    dikenali kerana nama Tun M. Tapi, kali ni
    Malaysia hampir menjadi tajuk utama di hampir
    setiap berita dunia luar.

    Dan paling menyebakkan hampir sebahagian
    besar negara-negara berkuasa besar dan
    berpengaruh datang menghulurkan bantuan.

    Malah paling mengejutkan dua negara berkuasa
    besar dunia iaitu China dan Amerika bergabung.
    Jepun dan India juga turut serta.

    Australia, Singapura, Vietnam, Thailand juga
    tidak mahu ketinggalan..

    Malaysia tak sebesar mana pun.Jauh lebih kecil
    daripada kesemua negara besar tadi.

    Namun lihatlah dunia, negara sekecil kami
    mampu MENYATUKAN dunia yang berbeza fahamannya….

    Betapa kini Malaysia disenangi kerana
    menjadi rujukan perhatian keprihatinan
    dunia…

    Tidak sia-sialah sikap kerajaan Malaysia selama
    ini yang begitu prihatin pada setiap bencana yang
    melanda negara sahabat dan segera menghulurkan bantuan pada kadar yang termampu!!!

    Semuanya ini kuasa Allah S.W.T….Sesungguh
    nya ada hikmah terbesar disebalik “kehilangan”
    ini….

    Ya Allah, sesungguhnya hanya padaMu kami
    berserah-…………..

    *untuk bacaan org fekah katogari awam..ahli hakikat n maa’rifat tolong senyum ajer.

  49. aiyooo…bila masa autopilot boleh guna untuk landing kapal terbang atas airstrip…landing kasi terhempas boleh laaa,,,

  50. ex military nk tanya sikit apa rasionalnya USS kidd dari SR laut China Selatan ke SR Laut Andaman. kapal ni bkn ke dari 6th fleet pasific? takde ke kapal US dari Diego Garcia yg boleh cover SR sebelah barat?

  51. sy menolak teori pesawat jatuh dan turun menjunam berdasarkan laporan dari radar..tetapi lebih kepada keadaan mistik,kerana tidak ada data pesawat turun dari altitud yg dibenarkan…data radar menunjukkan dot..hilang seperti tiada bekalan elektrik..sebagai seorang pilot rc yg mempunyai pengalaman menerbangkan pesawat2 fpv dan los.jika pesawat hilang signal atau gagal mengenal pasti keadaan sekitar.system ‘autopilot’ akan berfungsi dan menstabilkan kedudukan pesawat itu balik mengikut arah gps yg telah di programkan(loiter,planner mission)…kecuali jika bateri habis atau kerosakan mechanical pada airleron,rudder atau eleventor….tapi itu RC..huhu

  52. saya pon dapat info seperti yg bro shah citer..kata beberapa ulama, kapalterbang tu dah tenggelam dalam laut..tunggu masa je belum dijumpai lagi…

  53. bro, bukan ke pesawat dh diselenggara 10 hari sebelum hari kejadian?
    human error sbb tak leh detect anything kat sayap??

  54. Salam semua, apapun keputusannya kita terima dgn redha dan pasrah. itulah ketentuannya.
    Kita makhluknya sudah berdoa dan bermunajat memohon pertolongannya.
    Apapun caranya menemukan kita dgn pesawat tersebut adalah diatas kuasa dan kehendaknya.
    Kita terima ajalah seadanya.
    Amiiiin.

  55. Aku menjangkakan yang pesawat berpusing-pusing secara mendatar semasa dia dlm proses jatuh ke laut dengan kelajuan tinggi..Bukan apa, aku merujuk kepada keadaan pilot semasa kemalangan Air France 447 dengan Adam Air 574..Didapati kelajuan kapal terbang membuatkan otak pilot mengalami kecelaruan, tertipu antara keadaan kokpit dengan keadaan realiti pesawat..

    Itu dalam kapal terbang bergerak ke hadapan..Apatah lagi kalau kapal tengah berpusing-pusing dengan laju & ditambah lagi tengah jatuh dengan kelajuan yang tinggi, dengan tekanan G-Force yang benar2 kuat..Dalam keadaan camtu, memang sangat susah untuk Pilot nak buat contact dengan menara kawalan..Pilot tengah kelam kabut dengan keadaan dalam pesawat, memang tak terfikir nak bagi apa2 laporan kecemasan kepada menara kawalan, belum lagi dikira keadaan Pilot yang tergamam & tak bergerak sebab panik..

    Ditambah dengan keadaan pesawat tengah berpusing menyebabkan sistem komputer tidak dapat membaca dengan betul keadaan pesawat..Berkemungkinan besar dalam keadaan kelam kabut tersebut, sistem komputer tidak dapat memproses semua data pelik2 yang dia terima yang jauh dari spesifikasi dalam simpanan dia, menyebabkan sistem komputer tersebut ‘Hang’ (bukan maksudnya ‘Hang’ macam komputer kita kat rumah, sekadar ambil istilah mudah sahaja) & tak buat apa2 keputusan untuk navigate pesawat tersebut..

    Sepanjang yang saya tau, pesawat cuma akan hantar isyarat data pesawat beberapa ‘burst’ dalam detik waktu yang tertentu yang telah diprogramkan sahaja..Bukannya pesawat itu sentiasa online dgn menara kawalan & sentiasa bertukar-tukar data sepanjang masa macam yang orang ramai fikirkan..Kalau sistem semacam itu yang dipakai, pesawat takkan pakai dah Kotak Hitam, Kotak Hitam dah jadi tak penting..Saya berpendapat kemalangan ditakdirkan berlaku betul2 dalam sela masa selepas pesawat menghantar ‘burst’ data pesawat & sebelum masa penghantaran ‘burst’ data yang berikutnya

    Bab yang tiba2 hilang dari kawalan radar itu, itu tidak mustahil..Adam Air 574 dah membuktikan keadaan tu memang boleh berlaku ketika pesawat jatuh menjunam pada kelajuan yg sangat tinggi..Tiada apa yang ajaibnya di sini, hanya membuktikan kelemahan teknologi ciptaan manusia

    sekadar pendapat

  56. Jawapan yang mengecewakan tetapi berkemungkinan.
    1) Kenapa hanya pesawat MAS ini yang bole patah sayap dan jatuh ke laut dengan berkusyen tanpa impak oleh alam ghaib. Ringkasnya kenapa MH370 ini tidah jatuh seperti normal pesawat2 lain yang berkecai..apakah hujah disebalik ini.

    2) Point no. 32-34 saling bercanggah dgn point 47 dan menyebabkan semua teori di atas ni hampir tak betul.
    Andaikata kata kapal terhempas dgn secara gelongsor dan mendatar dengan kerosakan minima menghampiri normal landing, adakah pilot boleh pitam kesan efek gloc tu sehingga tak sempat nak anounce Mayday dalam masa kurang 5 saat.
    3) Adalah lebih baik kuasa ghaib ini tidak perlu terlibat kerana ia lebih byk kesan mudaratnya. Kuasa ghaib ini berpaksi yg baik atau dari yang jahat?

    Hakikatnya imej Malaysia, Melayu dan Islam khusus sudah terjejas kehadiran kuasa yang tak diundang ini walaupun bercanggah dengan apa hujah sekalipun kerana..nasi tetap sudah menjadi bubur.

    Bukan menidakkan kuasa Allah..tetapi atas kelemahan fikiran manusia la terjadi.

  57. percubaan admin membuat social experiment pada previous entry nampaknya berkesan. ramai yang respons dan bermacam persoalan yang timbul. harap entry kali ni dapat menjawab sedikit sebanyak kekeliruan.moga hari jumaat ni dipermudahkan segala urusan SAR.

  58. Salam Shah..

    Mungkin saudara Shah boleh pecahkan kod yang atok Zamany berikan di dalam blog beliau.

    ——————————————————————————————————————————————————————————
    Ini merupakan teory kedua atok yg atok katakan masa hari ke dua pesawat hilang. Merupakan sambungannya. Baca betul2 tulisan atok ni, ia tersirat dgn jawapan2 utk semua soalan2 kamu bertiga.

    Teory kamu tu hampir tepat… tetapi bukan ke diego garsia dan tak ada kena mengena dgn US. Ia adalah perbuatan “org2 expart” yg sangat cekap dlm teknology dan tujuan ,mereka nak tunjuk kehebatan, nak lawan siapa lebih cekap, beradu kepintaran teknikal dan terakhir ialah “kod B.Z.B” atau “kod 16:18:2:15:13″ . Makin kamu tanya akan jadi lebih “tersorok” kerana memang begitu cara mereka berfikir.. Ingat, utk sampai kpd mereka kenalah ikut cara mereka berfikir. Kena keluar dari kotak. Bukan satu kotak, ia adalah 5 kotak….mcm mana atok tahu, ini yg susah atok nak cakap. Ia merupakan ilham Allah beri, atok “nampak” mereka. Tapi mereka tak baca apa yg atok tulis ni. Tu sebab tak ada balasan drp mereka.

    Yang menjadi masalah besar dlm perkara ini, atok tak boleh “buka” semua. Atok hanya buka dari kotak pertama saja. Semua kata2 atok akan jadi berkias dan menyindir saja. Tak dapat tulis di sini dgn tepat atas alasan keselamatan negara, maruah negara, maruah orang-orang tertentu yg ternama, boleh jadi kejutan yg sangat besar dan rahsia mereka-mereka itu akan bocor dan sangat memalukan negara. Apa pun masalah utama di sini adalah berkenaan dgn DUIT. Duitlah punca benda ni jadi. Mereka bukan ugut nak duit tebusan… tetapi mereka nak duit mereka balik. Kan perkataan atok jadi bertambah rumit nak fikir. Ini lah cara mereka. Semakin dijawab, semakin rumit. Atok pasti mereka ada tinggalkan “jejak” mereka jika mereka tu benar2 “org expart”. Tapi nak pecah kod mereka tu bukan senang… makan masa yg sangat lama. Bukan kod di atas tadi… itu kod yg atok cipta utk kamu fikir. Kalau kod atok itu pun tak boleh kamu pecah… sampai tualah jawabnya tak dapat fikir apa yg atok cakap di sini. Kod atok tu setakat cucu atok darjah 5 tu pun boleh jawab. Org2 yg buat “salah” tulah yg menyorok macam tikus dah jadinya. Dah fobia nak naik kapal terbang, takut dia juga akan hilang sama. Pesawat ditawan dan disorok di satu kawasan org tak sangka pun. Kawasan ni dipanggil “no body land” dan tiada rada, tiada satellite yg boleh suluh dan sangat selamat sebab tak ada siapa yg peduli tempat tu, tapi tidak ada juga yg berani nak masuk ke situ. Mereka dah “Jaga” semua penumpang, bukan menganiayai atau berkasar, tetapi mereka terpaksa buat begitu. Semuanya selamat dan makan sedap2 pun di sana, tak perlu risau. Masalahnya org ramai tak tahu akan perkara ni, hanya beberapa kerat saja yg tahu…pun tak boleh buat apa2. Terpaksa tunggu dipecah kod tu baru dapat faham. Kita tunggu dan lihat sajalah, sebab kita pun tak boleh masuk campur.

    Teory kedua ini sangat berbeza dgn yang pertama. Yg pertama itu berkenaan paranormal sedangkan yg kedua pula ialah bersangkutan orang-orang yg tak normal. Kemungkinan besar ia lebih berat pd yg kedua ni, ia sangat rumit dan susah nak selesai kerana semua dok pandang sini. Setiap tutur kata, setiap gerak gaya semua org dok perhati, jadi susah nak bergerak. Bergerak sikit, orang akan soal. Pulak tu tak boleh jawab, kalau jawab jadi bertambah masalah. Kenalah membisu seribu bahasa.

    Maaflah.. atok bukan jawab soalan, tapi tambah soalan. Tapi kalau kamu baca banyak kali mungkin kamu akan faham. ia memang direka begitu supaya “menduga” kemampuan berfikir. Keluar dari kotak, dan kamu akan nampak.

    atok zamany

  59. yg ak sedih masyarakat kita mentertawa ahli agama. Itulah bila selalu bermain soal logik. walhal perkara sebegini bukan perkara luar biasa bila kita mengguna ilmu Allah sebagai ASAS pada setiap kejadian dan penciptaan .. tanamkan sentiasa ilmu Tauhid dalam dada dalam-dalam … InsyaAllah terbuka mata hati.

  60. teori yang lebihkurang sama dgn teori ‘Super Air Pocket’ yg saya baca dlm akhbar harian semalam terutama ttg daya tujahan yg dialami pesawat ketika jatuh menegak.

  61. yo! ada teori baru..flight MH370 sudah dilarikan ke US military base, Diego Garcia kerana TEKNOLOGI CIP FREESCALE…fening fening

  62. bro, since kita dh masuk ruangan mistik dan ghaib…aku nk kongsi apa yang aku dpt dr ‘radar imbasan’ aku…aku berkomunikasi dgn pilot..dia cakap memang ada masalah pada pesawat..dan dia rasa xdpt nk teruskan penerbangan sbb dia tahu pesawat akan jatuh…

    dia terpaksa buat keputusan yg terbaik utk semua….dia ckp if teruskan akan jatuh dlm kawasan yg sukar utk org cari…jadi dia pusing cari tempat yg terdekat dgn malaysia agar org ramai bole cari & jumpa…dia pilih utk mendarat kt air & bkn atas tanah sbb impact kat tanah lebih kuat berbanding air….if atas tanah akan affect org kt tanah so lagi ramai korbannya…

    aku xsempat nk tanya mana dia jatuh sbb duk dgr citer sedih dia…masa dia dtg ckp tu…dia dtg dgn berpakaian pilot sambil berjalan dlm air..air kat paras peha dia…pelik betul sbb yang lain xnampak…pesawat tenggelam sepenuhnya dlm air ttp pilot tu berjalan dlm air mcm berada di kawasan cetek…

    aku bkn minta utk sesiapa percaya…aku cuma cerita apa yg aku nmpak…wallahu’alam

  63. radar militari dpt trace di pulau perak tu ape cite bos..? dan adakah diego garcia ada kaitan dalam cite ni..?

  64. OK. saya terima penerangan Tuan Haji. semoga kejadian ini Allah cepat kan penyelesaiannya. dan Negara Melayu ini terselamat dari fitnah jahat dari mereka yang jahat. dan supaya yang jahat cepat-cepat masuk jirat

  65. alhamdulilah bro shah…dapat jugak pengetahuan serba sedikit pada hari jumaat ini…tqvm
    Kita dah Berusaha, Kita dan Berdoa, Dan Kita Bertawakal…lambat laun jumpa jugak..

  66. 3rd for the 1st time…hehehe..

    Petikan dr blog Bhai/Deedee semua…

    Malam semalam gua berborak ngan “Abang K” sampai pukul 1.30 pagi… Untuk pengetahuan lu orang.. “Abang K” la yang antar kat gua emel dalam bahasa inggeris suruh gua publishkan… Tapi gua ader gatai skit ejast sana sini ayat dier… Hahaha… Nasib baik “Abang K” tak mare…

    “Abang K” tue senior gua… Masih lagi berkhidmat … Cuma la nih dier bukan dengan Agensi… Hahaha…. Okeh la..

    Aper yang gua nak tuliskan nih aderlah rangkuman aper yang gua tahu dan aper yang gua diberitahu oleh “Abang K” dan beberapa sumber lagie…

    12 hari sebelum penerbangan malang MH370 hilang… Pesawat tue dihantar untuk maintainance kat AIROD… Jika ader orang nak “tampered” apa-apa pada pesawat tue.. Inilah masa terbaek…

    Selepas pilot menerbangkan pesawat pada ketinggian 35000 kaki… Barulah pilot akan menetapkan “autopilot” dengan “heading” ke Peking/Beijing. Dalam tempoh 3 hingga 5 minit selepas autopilot dioperasikan.. Barulah crew akan membuat peramusaji…

    Sebelum sempat peramusaji dibuat, cabin pressure turun senyap-senyap tanpa ada amaran pada sistem kapal terbang. Alarm pada dashboard kapal terbanhg berkenaan cabin pressure tidak berfungsi.. Dan oxygen mask tidak dikeluarkan sepertimana biasa… Jadi tiada siapa tahu yang pesawat ader masalah cabin pressure..

    Disebabkan ini, maka hypoxia berlaku dimana semua yang berada dalam pesawat tersebut pengsan/tertidur.

    Sistem “autopilot” pula telah diubahkan arahan padanya dengan dimasukkan arahan untuk turun/landing di Gong Kedak “airbase”. Ini boleh dibuat dengan mudah tanpa pengetahuan sesiapa pun semasa pesawat ini diservis di AIROD..

    Bagi mengelakkan pesawat dikesan oleh radar awam DCA, “hijackers” @ orang yang membuat perubahan semasa di AIROD telah memasukkan arahan supaya peralatan ADS-B dan flight transponder serta SATCOM dimatikan… Dan pesawat diarahkan turun dan terbang dibawah paras 500 kaki terus menuju ke pangkalan udara Gong Kedak…

    Ini dapat kiter sahkan dengan cerita-cerita nelayan yang melihat pesawat besar terbang rendah di pantai timur (kelantan dan terengganu) dimana mungkin mereka tersilap dalam mengesahkan arah sebenar pesawat tersebut lalu.. Iaitu bukannnya kearah laut lepaa tetapi ianya pergi ke arah daratan.

    Pangkalan Udara Gong Kedak mempunyai landasan yang cukup panjang lengkap dengan kemudahan IFR/VFR yang boleh support pesawat landing menggunakan ILS/MLS… Malah lokasi pangkalan udara ini agak landai dari arah Laut China Selatan iaitu paling tinggi pon sekitar 50 kaki dari paras laut…

    Jadi… Pesawat mungkin akan terbang dan landing dalam keadaan lampu utama dipadamkan untuk mengelak daripada dikesan oleh orang awam.. Lagipon pesawat MH370 ini landing pada pukul 3 pagi… Siapa yang akan perasan… Tambah lagi rumah orang awam agak jauh dari pangkalan udara ini.

    Pesawat MH370 ini telah landing secara autopilot dengan bantuan ILS/MLS dalam keadaan semua crew dan penumpang masih dalam keadaan hypoxia… Sebaik sahaja pesawat selesai membuat pendaratan.. Sepasukan anggota tindakan khas menyerbu pesawat ini dan menahan semua yang ada didalam pesawat ini termasuklah crew penerbangan..

    Semuanya telah dipindahkan kedalam beberapa buah bas yang semua tingkapnya ditutup gelap… Dalam keadaan mamai akibat hypoxia.. Semua mangsa MH370 terpinga-pinga tidak mengetahui dimana mereka berada dan apa yang berlaku kepada mereka… Semua crew dan penumpang telah dibawa ke satu lokasi rahsia untuk ditahan (atau dibuat soal-siasat secara olok-olok oleh pihak “hijackers”)

    Pesawat 9M-MRO pula sama ada telah disorok di dalam bunker bawah tanah di Gong Kedak ataupun telah ditukarkan kod serta nombor siri dan seterusnya diterbangkan ke Subang untuk di hantar ke AIROD kembali.. Dengan kepakaran yang ada pada AIROD, kotak hitam dan segala peralatan “tracking” boleh diubah dan direset.

    Persoalan yang timbul…

    1. Siapakah “hijackers” tersebut..
    2. Apakah tujuan utama ianya dibuat (pengalihan tumpuan)
    3. Berapa ramai anggota “task force” yang terlibat melakukan “hijack” ini
    4. Bila agaknya “hijackers” ini akan membebaskan semua tahanan
    5. Adakah tahanan akan dibebaskan dengan selamat atau ada yang akan ditamatkan riwayat semata-mata untuk melengkapkan satu senario

    Berkenaan dengan macam mana takder siapa di Gong Kedak bercerita mengenai perkara ini… Gua rasa lu orang boleh amik iktibar dari kea Mejar Zaidi… Aper yang berlaku padanya

    Gua percaya… Benda nih memang dilakukan oleh “orang dalam” yang mempunyai “high access”… Malah Menteri Pertahanan dan KPN pon tak tau menahu perkara ini… Hanya anggota “task force” ini jer beserta tok dalangnya sahaja yang tahu..

    Sebab itu kenapa Najib Razak nampak macam tak runsing langsung… Hehee… Aderkah Najib Razak tok dalangnya… Gua tatau… Tapi kalo betul la Najib Tok Dalangnya… Pergh… Inilah the biggest worldwide scam ever… Even Mahathir Mohamed pon kena main… Presiden US dan China pon kena main terbaek punya…

    Hahaha…

    Ini rumusan yang gua boleh buat hasil klu yang diberikan oleh “Abang K” dan lain-lain kengkawan… Aper pon… Kiter tengok la sama ada ianya betul atau tidak..

    Oh yer… Just nak kasik tau… Kalo MH370 turun kat tempat lain… Payah nak cover cerita…. Tambah lagi kalo landing di negara asing….. Jadi lokasi terbaek hanya di Gong Kedak….

    P/S : gerak hati gua mengatakan benda ini relevan dan boleh dibuat… Sekadar untuk mengalihkan tumpuan… Untuk apa dan kenapa gua tabley nak terangkan…. Lu pikir la sendiri..

    Hahahaha

    • ayat dah manis . tp buta hati sungguh . kalau dah jadi taik politik ni . pak dan mak dia kongkekpun nk dikata anwar dan najib yang punya angkara . .

  67. ungkapan yg dipergunakan untuk menyatakan ketidakpastian والله أعلمُ بالـصـواب

    Allah knows the best. and Allah knows the right

  68. Terima kasih kepada Shah atas artikel ini yang menginsafkan kita semua akan pentingnya rasa rendah diri kepada Maha Pencipta kita, manusia sentiasa bersaing untuk bolot kekayaan walau terpaksa cipta peperangan.Dalam krisis sekarang kita harus bertenang dan tidak saling menyalahkan sebab dah banyak bala dan cabaran pada umat Malaysia yang tak tertanggung seperti perebutan air minuman,jerebu beracun,jenayah semakin buas,politik kacau bilau dan pergelutan ekonomi kapitalis .

  69. maknanya diaorg smua telah unconcious sbb O2decomprss…hanya autopilot sahaja time saksi nampak plane terbang rendah

  70. bro shah ape yg bro ceritakn tu ada persamaan dr no 15.16.18 n 21 cme dr ape yg di beritahu pd sy enjin plane mgalami masalh `rosak`. sbb ape rosak mgkn dr no 21..n 1 lg sahabat pula bmimpi pd 2 mlm berturut2 mlm prtama dpt gmbran mh730 berada di ats air dlm keadaan teruk..pd mlm kduanye dia bmimpi lg plane tsbut terus tenggelam secara terjunam muncung ke bawah trus ke dasar laut dlm keadaan laju..