THE ECTASY OF GOLD

NOTA PENULIS : Saya nak ucapkan terima kasih kepada blogger Kujie dan pasukannya kerana berjaya menyelesaikan masalah blog saya. Hari ini, saya buka Lapisan Pertama, Lapisan Kedua dan Ketiga adalah untuk hari-hari kemudian.

1. Jenuh nak melayan pertanyaan kawan-kawan dalam Facebook, tiba-tiba naik mendadak sampai beribu orang, pertanyaan yang diajukan kepada saya adalah daripada masalah percintaan boyfren and girlfren, cara-cara mengorat awek (inipun aku kena selesaikan, adehhh) , masalah macam mana nak jadi lelaki macho,  Ufo, alam ghaib, jin, agama, ekonomi, harta karun, tempat-tempat arkeologi sampailah kepada hal-hal politik tempatan, antarabangsa dan pertahanan.

2. Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan, saya tidak dapat menjawab semuanya…teruk sungguh kerana saya sudah menjadi kaunter pertanyaan hehehe.

3. Bab MH370 ini saya malas nak ulas, walaupun ada nada-nada sumbang menyindir saya tetapi saya malas nak melayan kerana walaupun saya benar tetapi ada kesilapan misalnya lokasi kerana itu dalam hal-hal yang berhubung dengan keadaan pesawat itu termasuk dalam hal-hal yang tidak boleh diterima akal orang.

4. Kalau saya nak beritahu pasal MH370 ini, ia hanya akan memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikan.

5. Sambil menaip, sambil saya menghisap rokok dan pasang lagu dari filem The Good, The Bad and The Ugly lakonan Clint Eastwood, lagu kegemaran saya, The Ecstasy Of Gold yang digarap oleh Ennio Morricone.

6. Emas adalah logam yang sangat istimewa, ia menjadi tarikan kepada alam ghaib dan juga manusia.

7. Cuba anda ambil perhiasan emas (lebih besar kandungan emas dia, lebih bagus), anda tanam di dalam tanah dan tandakan kawasan tersebut dengan pacang kayu.

8. Biarkan selama 40 hari atau lebih, anda akan mendapati emas tersebut seolah-olah ditarik masuk ke dalam lagi dan silap-silap haribulan, boleh hilang walaupun anda telah buat tanda.

9. Ini menunjukkan emas merupakan logam yang sangat berat dan mudah benar tertarik dengan graviti bumi (secara saintifiknya), kadang-kadang ia tidak ditarik tetapi ia berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Emas yang sudah disumpah milik sahabat saya yang dikeluarkan dari Pulau Tengkorak, Terengganu

Emas yang sudah disumpah milik sahabat saya yang dikeluarkan dari Pulau Tengkorak, Terengganu

WARIS

10. Anehnya emas di Tanah Melayu berbanding dengan emas-emas di tempat lain, emasnya terutama dalam bentuk jongkong seperti yang dibuat penjajah melalui lombong-lombong rahsia di dalam hutan seolah-olah seperti sudah mempunyai hak atau milik seseorang atau apa yang kita panggil sebagai waris.

11.Waris yang akan menaikkan emas-emas ini perlu membuka rahsia yang disimpan dalam tanah atau gedung-gedung besar yang ditutup dengan gunung menggunakan sejenis kunci khas yang diwarisi dari Rasulullah SAW.

12.Kunci-kunci ini akan digunakan untuk membuka perbendaharaan dan hasil galian di bumi bertuah ini untuk kegunaan beliau sebagai pentadbir dan dengan segala kemuliaan junjungan besar Nabi kita, ia akan dipakai untuk memajukan umat Islam, umat bukan Islam, merapatkan hubungan Malaysia dan Indonesia, Kemboja dan mungkin termasuk sebahagian dari Filiphina atau Bangladesh dengan dibantu oleh dua atau tiga orang sahabatnya yang terpilih.

13.Jadi jika satu hari nanti, waris yang sebenar ini muncul, tidak perlulah menagih hak anda. Anda tidak mempunyai hak, ia adalah adalah kepunyaan seseorang. ANDA INGAT PESAN INI : IA BUKAN HAK ANDA tetapi atas belas ehsan dan kemuliaan serta kasih sayang yang diwarisi dari moyangnya, Rasulullah SAW, ia akan diguna secara tidak langsung ke atas anda melalui projek-projek ekonomi, pembangunan, memartabatkan Islam dan sebagainya.

KAPAL-KAPAL YANG KARAM

14.Oleh kerana emas-emas di Tanah Melayu ini mempunyai waris, sesiapa yang cuba engangkatnya keluar tanpa izin dari pemerintah seperti Raja-raja Melayu yang berdaulat (zaman sebelum waris sebenar lahir), pastinya cubaan itu akan gagal.

15.Dan bukan sedikit kapal yang karam kerana berdaulatnya emas-emas ini dan contoh yang paling popular adalah kapal Portugis iaitu Flora De La Mar.

16.Isunya adakah kapal Flora De La Mar yang karam ini mengandungi emas? Saya syak, emasnya mungkin sudah ditarik balik atau dipindahkan ke tempat yang lain di Tanah Melayu ini untuk diambil oleh orang yang empunya hak pada sampai detik dan ketika.

17.Bagaimana pula dengan kapal yang lain yang tenggelam di dalam lautan, mungkin ada tetapi rasanya ada pihak tidak yang mahu kapal karam ini dijumpai, kalau jumpa pun, emas yang dibawa sudah dialihkan ke tempat asal.

18.Adakah kapal-kapal karam ini tenggelam di lautan nusantara, ya sudah semestinya tetapi ada yang dilontar terus keluar dari wilayah nusantara.

19.Itu contoh yang paling buruk sampai nyawa jadi galang gantinya. Dalam situasi lain, emas-emas ini yang mungkin berjaya diangkat keluar tetapi ia akan ghaib secara tiba-tiba.

20.Wilayah nusantara terutama di Tanah Melayu ini masih ada Wali-wali Allah atau Penjaga Kunci Tanah Melayu yang menjaganya, ada yang masih hidup dan ada yang duduk diam dalam lapisan alam yang lain.

SIFAT EMAS BERTUKAR

21.Paling boring adalah emas yang berjaya diangkat atau ditarik keluar tanpa menepati syarat-syarat yang sah seperti waris dan kunci akan bertukar menjadi sejenis logam lain atau dalam bahasa mudah menjadi “Tembaga”.

22.”Tembaga” ini sebenarnya merupakan emas itu sendiri tetapi “Sifat” emas itu telah ditarik dan tinggal lah sejenis logam yang unsurnya gagal dijelaskan oleh komuniti sains sendiri, sejenis logam baru yang sangat keras dan saya fikir, saya sudah jumpa bahan untuk membuat armor kereta kebal zaman akan datang yang kalis peluru HEAT, SABOT dan sebagainya.

Di atas adalah emas yang sudah bertukar menjadi “Tembaga” milik sahabat saya, nampak tu…saya isap rokok League tapi kalau orang belanja, saya tukar Dunhill.

Di atas adalah emas yang sudah bertukar menjadi “Tembaga” milik sahabat saya, nampak tu…saya isap rokok League tapi kalau orang belanja, saya tukar Dunhill.

23.Bolehkan emas-emas yang sudah bertukar “Sifat” ini dipulihkan kembali, saya kata boleh tetapi hehehe, kenalah cari tuan yang empunya atau waris yang saya ceritakan di atas (Jadi janganlah dibuang).

24.Bagaimanapun bukan semua emas akan jadi begini, emas-emas yang diwariskan oleh keluarga, Insya Allah tidak akan bertukar.

emas seketul

BOLEHKAN ORANG UMUM MENDAPATKAN EMAS INI

25.Boleh untuk tujuan terdesak seperti membayar hutang dan sebagainya.

26.Masalahnya kebanyakkan pencari emas atau pemburu harta karun meletakkan kepentingan diri pada tingkat utama dan barulah bercita-cita untuk membuat sekolah pondok, pusat tahfiz dan sebagainya tetapi kadang-kadang untuk mendiri dan membina tempat-tempat ini memerlukan ilmu.

Antara projek harta karun saya yang gagal….(&#4^^%$4)

Antara projek harta karun saya yang gagal….(&#4^^%$4)

27.Nasihat saya, jika berpeluang terjumpa emas-emas ini, ambilah sedikit dengan niat untuk membayar hutang, kalau hutang ada RM100,000…memadailah ambil sedikit sesuai dengan hutang tersebut atau kelak, emas yang diangkat keluar bertukar sifat atau ghaib.

28.Seperti yang sahabat-sahabat saya pernah pesan : “Niat adalah sesuatu yang ghaib. Tidak ada satu makhluk pun termasuk iblis, jin atau malaikat yang mengetahui niat seorang manusia kecuali niat itu diterjemahkan ke dalam akal fikiran, barulah hijab niat itu terbuka dan makhluk-makhluk ini boleh membacanya dan mendedahkan apa yang ingin anda buat”.

29.Saya nak tulis lagi tetapi mengantuk…next time, saya buka lapisan kedua

Comments

  1. syafi syamimi says

    salam..boleh x kita berhubung menerusi system lain,,klu boleh..bagi no phone..nak minta bantuan sikit..tq

  2. adren says

    penah dgr cite psl HIBAH..sapa2 yg dpt hibah ni kene settlekan sume hutang2nya dulu..dan senarai penerima hibah dlm 14k org je..

    sama la mcm cite emas ni..klu nk dpt kene ikhlas settlekan hutang dan buat projek kebajikan

    macam ada persamaan..

  3. Izoe says

    Mana komen2 dari saudara “äkudatangdaripantek”? dia xtau ke blog SP dah baru skang hehehehehe…

  4. Sendoh says

    Apakah Kaitan Emas dan Harta dengan Rasulullah dan Umat Islam Akhir Zaman.

    Baginilah Cara Rasul Berniaga…

    Cuba tengok rakaman video pada minit ke 27:27… Selamat menonton!

  5. risa says

    Mcm pernah dgr psl emas…kunci…2 tawun lps…kalu x slap….kunci tu ada pd ank sultan perak…abg pd raja nazrin..(tp dah mangkat)…dan emas tu dkatakan dsekitar johor…wallahualam..maaf kalau sy slh infomasi

  6. says

    Alhamdulillah, akhir2 ini sudah mula bangsa Melayu sedar akan asal usul mereka dan sedikit demi sedikit rahsia mereka terungkai. Moga segala kebaikan dan keamanan buat bangsa Melayu yang berpegang teguh pada panji-panji Islam sejak berkurun lamanya, ada yang meriwayatkan sejak kurun pertama Hijrah. Oleh demikian, ribuan para Ulamak dan Wali kerap berkunjung di bumi bertuah, malah ada yang terus menetap sejak ratusan tahun hingga kini untuk terus menerus memastikan panji-panji Islam dipegang dengan kukuh oleh bangsa Melayu. Alhamdulillah, walau pun terdapat kekurangan namun tidak dapat dinafikan bangsa ini terus menerus memegang panji-panji Islam dengan kukuh.

    Terlalu banyak rahsia yang belum terungkai dan mungkin yang akan kekal rahsia. Memang menarik kisah emas ini, pada mulanya boleh diragui, namun kisah ini bukan berkitar dalam kumpulan kecil, malah terdapat ramai saudara kita bercerita atau berusaha atau mendapat emas tersebut.

    Terima kasih kerana tulisan tuan bukan rekaan dan andaian seperti sesetengah penulisan.

  7. Sendoh says

    Ini pendapat saya, pasal tu sejarah dalam negara ini hanya Suam Suam kuku sahaja kerana Demi melindungi rahsia besar yang tersimpan di sini.

    Kerana rahsia tetap rahsia cuma tunggu masa waktu yang sesuai untuk diberitakan kan. Ini pendapat saya shj.

    Kerana sedia maklum musuh Islam banyak. Oleh kerana Tuan Haji cakap untuk kegunaan umat Islam Akhir Zaman. Maka ianya harus dipelihara dan dirahsiakan.

    Betul tak Tuan Haji???

  8. Sendoh says

    Salam Tuan Haji Shah,
    1. Saya sangat tertarik dengan kenyataan tuan pada nombor 11..
    11.Waris yang akan menaikkan emas-emas ini perlu membuka rahsia yang disimpan dalam tanah atau gedung-gedung besar yang ditutup dengan gunung menggunakan sejenis kunci khas yang diwarisi dari Rasulullah SAW.
    2. Secara kebetulan saya ada membaca kisah sejarah Nusantara sebelum kejadian Nabi Musa membawa kaum Bani Israel melalui laut dengan Ombak yang terbelah.
    3. Menurut scan empunya blog, hebatnya kerajaan masa itu di nusantara yang dipimpin oleh Qarun. Menurut beliau kerajaan Qarun berpusat di Nusantara.
    4. Menurut beliau, Qarun memiliki teknologi yg boleh menukar pasir atau tanah kepada Emas.
    5. Teknologi mesin ini boleh di perdebatkan kerana jika zaman sekarang kita mempunyai mesin yang menapis dan mengasingkan tanah dengan emas.
    6. Jika benar la tanah nusantara satu ketika dahulu adalah sumber emas dan tidak mustahil Kerajaan Qarun pernah berada di sini.
    7. Dengan senang dan mudah kerajaan Qarun mendapat emas maka tidak hairanlah Qarun memiliki harta dan kekayaan yg sangat banyak sehingga memerlukan binatang membawa kunci2 penyimpanan harta ini.
    8. Yg paling menarik kenapa istilah Harta Karun sangat popular di kalangan org Melayu. Adakah kerana Kerajaan Qarun berasal dari Nusantara.
    9. Menurut sejarah jugak, salah satu kaum dari Bani Israel iaitu di Pimpin oleh Nabi Yusuf telah diperintah ke suatu tempat ke timur. Menurut Sejarah Israel juga ini satu-satu kaum mereka yg hilang dari Zaman Nabi Yusuf. Adakah Kaum Nabi Yusuf sudah bercampur dan berada di kalangan kita. Sampai sekrang kaum nijak pandai Israel masih menkaji kemana hilangnya kaum mereka ini.
    10. Dan yg lagi menarik menurut beliau melalui scan ialah pemakaian Nabi Yusuf sama seperti Pemakaian Org Melayu seperti Baju Melayu dan Songkok. Adakah semua ini kebetulan?
    11. Adakah Maksud Melayu ini Bangsa yg Bercampur-campur?
    12. Jika kita tengok salasilah Nabi-nabi maka Kerajaan Qarun ini berada sekitar Antara Nabi Yusuf ke Nabi Musa.13. Dalam Salasilah Nabi Yusuf ada keturunan Baginda bernama Nun. Menurut Beliau, Bangsa Melayu ini ada Kaitan dengan Bangsa Nun.
    14. Menurut beliau lagi, 2 perkara besar berlaku serentak ketika itu.
    a. Pertama peristiwa Nabi Musa sedang mengetuai Kaum Baginda melarikan diri dari kekejaman Kerajaan Firaun. Ketika mana dengan izin Allah Peristiwa Ombak terbelah dua itu berlaku di Kordinat N 28 59 34, E 34 40 18..
    b. Masa yg sama di tempat lain di nusantara di mana Kerajaan Qarun memerintah dengan diberikan Harta dan kekayaan yg begitu banyak berbentuk emas dan lain2 semakin bongkak dan melupai PenciptaNYA.
    c. Akibat dari peristiwa terbelah OMBAK itu. Maka ketinggian air laut naik mendadak (Tsunami) dari Selat Laut Merah sehingga ke nusantara lalu menenggelamkan kerajaan Qarun di Nusantara.

    15. Maka saya yakin kunci-kunci pembendaraan simpanan emas yg dimaksudkan oleh Tuan Haji Shah boleh jadi kunci2 simpanan emas zaman pemerintahan Qarun satu ketika dahulu di Nusantara.
    16. Menurut beliau lagi, pusat pemerintahan Kerajaan Qarun ketika itu ialah di antara BATAM, PANGKAL Pinang dan PONTIANAK. Boleh jadi pusat pemerintahan ketika itu berada di kawasan lembah dan mudah terdedah kepada resiko ombak besar.
    17. Dan tidak mustahil pusat simpanan emas berada di kawasan banjaran titiwangsa dalam Negara kita atau berada di kawasan hutan simpan terkenal dalam Negara kita. Sebab kekayaan Qarun yg sangat melampaunya yg tidak dapat dibayang oleh kita dalam buku2 cerita.
    18. Itu sahaja ulasan dari saya sempenan tajuk Keterujaan Emas dari Tuan Haji Shah. Best Tuan Haji buka cerita ini. Lihatlah betapa Misteri Umat Malayu ini. Dan betapa misteri nusantara ini.
    19. Betul tak Tuan Haji Shah???

    PS: Jika Tuan Haji rasa ulasan saya mengarut dan tidak masuk akal serta boleh menganggu emosi pembaca lain maka tidak perlulah disiarkan. Sekian.

  9. erik says

    ini webite militer or ekonomi sih,kok membahas emas,tp wajar aj sih si admin bahas emas krna tiada alat militer terbaru yg di miliki malaysia saat ini,krna kekurangan budget,harusnya klian byk shopping karna PLAN mkin mendekat berbeda jauh dg indo yg mkin mningkatkan shoping military nya

    • ninja says

      bener .. rakyat kebanyakan indon hanya mampu minum kopi cap kapal api + gula harga 1000 perak sehari…… hanya di Indon ada jual makanan dalam paket yang kecil sebab wang negara habis untuk tujuan militer .. rakyat kebanyakan jadi sengsara .. rakyat kebanyakan diperbodoh … gara gara warga seperti kamu suka perang …

  10. Sendoh says

    Salam Tuan Haji Shah,

    1. Tuan sudah membuat perihal kisah EMAS Dan Nusantara. Apa kata lepas ni tuan sambung pula kisah EMAS, KERAJAAN Empayar Melayu Nusantara dengan KERAJAAN EMPAYAR China.

    2. Sememangnya dua KERAJAAN ini punyai HUBUNGAN yg sangat istimewa dari dahulu lagi.

    3. SEHINGGA DALAM berita jam 8 malam tadi (2.4.14) wakil khas dari KERAJAAN China mengutuk tindakan akhbar2 barat melaporkan berita yg tidak benar dan tidak tepat seolah-olah cuba melagakan Malaysia dengan China. Sehingga WAKIL KERAJAAN China memberitahu bahawa HUBUNGAN KERAJAAN Malaysia DENGAN KERAJAAN china sangat rapat dan istimewa.

    4. Mohon Tuan Haji Shah buat pencerahan bab ini. Hubungan istimewa Malaysia dengan China.

  11. teratai says

    ALIF dihukum YA dimakam
    Huruf disimpul kata diterkam
    Wadi madi mani manikam
    Asal kejadian insan al hikam

    Masa berlalu meniti hari
    Siang dan malam silih berganti
    Sang habib berlari ke sana ke mari
    Salawat pemancar cahaya diri

    Cahaya menjulang langit berlubang
    Kuda menari berpencak garang
    Takbir dilaung berulang – ulang
    Tak disadari air mata tergenang

    Suatu malam Pangeran bermimpi
    Didatangi moyang insan terperi
    Usah dilayan hasrat di hati
    Biarkan moyang menyepi diri

    Al kisah moyangnya merentas lautan
    Jauh dari tempat kelahiran
    Berkahwin dengan puteri bangsawan
    Membuang gelaran putera sang Sultan

    Moyang terdampar di tepian pantai
    Kapalnya karam dihempas badai
    Titah dijunjung Laksamana Zaini
    Rahsia diri jangan tergadai

    Ke hadrat Allah SWT doa dipanjatkan
    Agar namanya tak dapat dikesan
    Andai diketahui oleh sang insan
    Itu tandanya akhirul zaman

    Syahdan dibuka riwayat sejarah
    Datuk Maharajalela menjunjung perintah
    Membawa bersama sekeping amanah
    Keris si naga berupa khazanah

    Pangeran menghunus keris si naga
    Warisan keturunan moyang bertiga
    Kalau sungguh bagai dikata
    Pantang berundur barang seketika

    Arakian Pangeran mengatur langkah
    Seiring dengan zikir bertingkah
    Hatinya diolah qudrat dikerah
    Kepada Allah SWT dia berserah

    Pabila hati mula bersinar
    Nafas disusun gerak dilontar
    Jasad terpaku bagai terbakar
    Empunya diri hendak keluar

    Pangeran melihat raja buana
    Duduk bersemayam di singgahsana
    Terdetik di hati hendak ke sana
    Membantu sang raja yang bijaksana

    Raja buana hatinya hiba
    Melihat sang puteri dalam bebola
    Apakan daya tiada upaya
    Hidup terkurung di tengah paya

    Melihat sang puteri hidup derita
    Pangeran sedih tidak terkata
    Belenggunya dibuka serta – merta
    Kepada Allah SWT taubat dipinta

    Berjanjilah akan sang raja buana
    Membantu pangeran di alam sana
    Sengketa lama tak pernah sirna
    Akan menghambat si hitam durjana

    Tika Pangeran berangkat pulang
    Terlihat olehnya piramid yang hilang
    Di puncaknya naga melilit tiang
    Cahaya memancar bagai dijulang

    Cahaya terpancar menembusi langit
    Diiringi dengan bunyi yang bingit
    Bola hitam berputar menghimpit
    Menjana kuasa di atas bukit

  12. pang5kundur says

    aku suka teratai !
    terkesima aku dengan bait bait pantun dia
    mendalam pula maknanya..

    terima kasih teratai.. aku jadi terhibur kerana agak lama sudah tidak membaca susunan kata kata indah.

  13. insyirah says

    ilmu y brmnfaat..alhmdulillah, hari ni dpt 1 ilmu baru lg :) terima kasih SP:)
    ari 2 nk add SP kt fb tp xble dah..npe xon je butang follow kt fb? nk ikut prkmbgn SP jgk..huhu..
    neway, suke ngn post SP..dpt rase SP ne low profile n positive orgnya :)
    keep it up..gud luck! :)

  14. pacific says

    Pengajaran MH370

    Kita Melayu islam kena ada trade mark/patent dalam cara/kaedah meningkatkan kegemilangan tamadum melayu islam kita yang tersendiri. Orang lain atau bangsa lain agama islam tidak boleh tiru. Sebab ini adalah survival orang melayu islam sendiri. KIta kena berkerjasama dan belajar dengan bangsa eropah yang diilhamkan oleh ALLAH dengan pelbagai kemajuan scientific dan teknologi. Kita kena ketepikan sedikit perbezaan agama sementara waktu untuk maju ke hadapan. Semoga tamadum melayu islam kembali gemilang di dunia.

    • soilparticles says

      Memang betul tu. Teringat masa zaman belajar kat UK hujung 80an dulu. Minah2 salleh ni heran tengok kita punya gelang ke rantai emas yg berkilau2 yg kita pakai. Sedangkan diorang punye emas (selalunya 18K) takla begitu bersinar sekali.

  15. DohSen says

    Tuan Haji Shah, JIKA PANDANGAN dan theories saya ada kena DENGAN isu yg sensetif melibat pihak2 tertentu. TIDAK perlulah Disiarkan. Cukup sekadar mengata ya sahaja.

  16. DohSen says

    CHECKMATE!

    Salam Tuan Haji Shah,

    INI PANDANGAN DAN TEORI SAYA BERKAITAN MH370 DAN EMAS.

    1. HUBUNGAN KERAJAAN MELAYU DAN KERAJAAN EMPAYAR CHINA SUDAH LAMA TERJALIN.

    2. EMAS MENJADI DUA NEGARA INI ARKAB DAN SALING BEKERJASAMA SEJAK DARI DAHULU LAGI WALAUPON KEDUA NEGARA BERBEZA IDIOLOGI FAHAMAN.

    3. PERKARA INI MENJADI PELIK BAGI PIHAK AMERIKA.

    4. RAHSIA PERSAHABATAN ADALAH EMAS ITU SENDIRI SEBAGAI UFTI KEPADA EMPAYAR KERAJAAN CHINA SEHINGGA SEKARANG.

    5. SEBAGAI BALASAN CHINA MENJADI RAKAN KONGSI YANG RAPAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA DAN MENJADI NEGARA PELINDUNG KEPADA KERAJAAN MALAYSIA.

    6. MAKA TIADA YANG PELIK JIKA BENAR DALAM MH370 ADA EMAS DAN RUTIN PENGHANTARAAN KEPADA KERAJAAN CHINA DARI WARIS YANG DIBENARKAN TELAH DIHIDU OLEH PIHAK MUSUH.

    7. MAKA TERJADILAH SATU KOMPLOT DARI PIHAK MUSUH UNTUK MEROMPOK EMAS TERSEBUT.

    8. TIDAKKAH ANDA PELIK DILAPORKAN ADA PERSONALITI ASIA YG BERTARAF JUTAWAN ATAU BILIONWAN DAN TERKENAL DI DALAM MH370 YANG MUNGKIN WAKIL BAGI URUSAN EMAS INI.

    9. TIDAKKAH ANDA RASA PELIK KENAPA MH370 DIPANDU OLEH SESUATU PERGI KEARAH KORIDOR SELATAN TEMPAT YANG TERPINGGIR DENGAN CUACA YANG TIDAK MENENTU DENGAN OMBAK YG SENANTIASA MENGGANAS. DENGAN KEDALAMAN LAUTNYA YG MENCECAH LEBIH 3000 KAKI DALAMNYA.

    10. LIHAT RAKAMAN SATELIT MENUNJUKKAN BANYAK SERPIHAN DIJUMPAI DIPERMUKAAN LAUT. JIKA INI BENAR SERPIHAN MH370 MAKA BENARLAH ADA PERCUBAAN UNTUK MENGELUARKAN EMAS DARI RUANG KARGO MH370 DI KAWASAN KORIDOR SELATAN.

    11. JIKA SANGKAAN INI BENAR, SAYA YAKIN EMAS INI SUDAH BERJAYA DIROMPAK DAN DIBAWA KESUATU TEMPAT YANG LAIN.

    12. KEBETULAN PULA LALUAN MH370 KE KORIDOR SELATAN INI HAMPIR DENGAN PENGKALAN RAHSIA TENTERA AMERIKA DI PULAU DIAGO GARCIA.

    13. SEGALA BUKTI HARUS DIHAPUSKAN. SEGALA USAHA MENYELAMAT DAN MENCARI HARUS DILENGAHKAN. KERANA ITU TEMPAT KORIDOR SELATAN TELAH DIPILIH LOKASINYA.

    14. ADAKAH KOMPLOT INI MUSTAHIL? TIDAK MUSTAHIL. SEBAB ADA BUKTI KES BESAR LAIN YANG DAHSYAT TELAH BERJAYA DILAKUKAN. TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN PERISTIWA PELANGGARAN DAN RUNTUHNYA WORLD TRADE CENTRE DI NEW YORK CITY, NEW YORK.

    15. BAK KATA TUAN HAJI SHAH EMAS YANG BERWARIS TETAP EMAS YANG BERWARIS. PADA PEROMPAK YANG MENYIMPAN EMAS TERSEBUT TIDAK DAPAT BERBUAT APA2.

    16. EMAS TERSEBUT DAPAT DICAIRKAN DAN DIGUNAKAN APABILA MENDAPAT PERSETUJUAN DARI PEWARISNYA.

    17. KERANA EMAS ITU HIDUP. HIDUP ITU BERNILAI. BILA TIDAK HIDUP BERTUKARLAH SIFAT EMAS ITU KEPADA TIDAK BERNILAI. JADILAH IA LOGAM TEMBAGA.

    18. CARILAH SEJARAH EMAS DAN TANAH MELAYU NI DALAM BLOG TERKENAL KITA. SEMASA PERANG DUNIA KEDUA KERAJAAN BRISTISH TELAH MEMBINA SEBUAH KAPAL PERANG BESAR YANG DIBERI NAMA HMS MALAYA ATAS PERMINTAAN RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MELINDUNGI TANAH MELAYU DARI TENTERA JEPON.

    19. CONTOH KES LAIN LAGI IALAH BAGAIMANA TENTERA JEPON INGIN MEMBAWA EMAS-EMAS DARI TANAH MELAYU KELUAR. ADAKAH MEREKA BERJAYA??? DARI SEJARAH YG DIBACA JAWAPANNYA TIDAK. KERANA MEREKA TIDAK PERCAYA TENTANG WARIS EMAS INI.

    20. CARA KEKERASAN UNTUK MEMBAWA KELUAR EMAS INI TIDAK AKAN BERJAYA. HANYA MELALUI DIPLOMASI YANG LEMAH LEMBUT BERJAYA MEMBAWA KELUAR EMAS INI UNTUK DICAIRKAN.

    21. HANYA MEREKA YG BELAJAR DARI SEJARAH TAHU PASAL EMAS WARIS INI. DAN SEMESTINYA FORMULA INI TELAH DIGUNA PAKAI OLEH KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERAJAAN CHINA.

    22. PADA PANDANGAN SAYA, TIDAK SEMUA RAHSIA HARUS DIDEDAHKAN PADA UMUM. SETIAP KITA ADA TUGAS MASING2. KITA DENGAN TUGAS KITA. DAN MEREKA DI ATAS DENGAN TUGAS MEREKA DEMI KELANCARAN KEHIDUPAN UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN. WALLAHUALAM.

    PANDANGAN DAN TEORI INI TERHASIL DARI GABUNGAN INFO TUAN HAJI SHAH DI SINI DAN JUGA INFO2 DI BLOG UTAMA DALAM NEGARA KITA DAN JUGA BERITA2 DARI SURATKHABAR KITA.

    ALLAH SWT JUA MAHA MENGETAHUINYA. KEPADANYA KITA MEMOHON PELINDUNGAN DARI KEJAHATAN iblis, syaitan, Jin DAN DARI HATI MANUSIA YANG JAHAT. AMINN.

  17. celcom says

    Para pengamal ‘ilmu belut’ sedang mengasah ilmunya.
    bilakah lagi masa dan tikanya.

    Ular naga melintuk manja.hmm..

    Sang ‘naga tapa’ sedang diasak bangkit bertalu-talu.jap lagi jam loceng nak berbunyi.

  18. Kendi says

    Daripada History of the Malay DNA dan penulisan Bro Shah diatas boleh dirumuskan bahawa Tanah Melaysu ni penuh denan Emas.

  19. Sendoh says

    Assalamu’alaikum TuanHaji Shah, apakah yang mahu dirahsiakan beliau? Siapakah personaliti tersebut???

    Kata penulis dalam Astro Awani seperti dibawah:

    Dalam banyak-banyak teori konspirasi itu, ada satu yang menjadi pilihan saya. Seorang aktivis wanita di Kuwait tampil mendakwa dia tahu kenapa pesawat Malaysia Airlines itu hilang. Katanya, di kalangan penumpang MH370, ada seorang “personaliti Asia yang penting”. Dia tidak menamakan siapa penumpang itu.

    Tetapi, melalui satu mesej di YouTube, aktivis itu menegaskan dia hanya akan mendedahkan maklumat tersebut kalau ada permintaan rasmi. “Tidak bolehkah Malaysia menghantar wakil kedutaan untuk berjumpa saya (dan mendapatkan maklumat tersebut)? Kenapa perlu hanyar sampai 40 buah pesawat mencarinya dan mengheret seluruh dunia dalam masalah yang saya boleh selesaikan dengan mudah?” kata wanita itu.

    “Percayalah, saya boleh selesaikan masalah ini kalau mereka (Malaysia) secara rasmi minta pertolongan saya. Banyak orang minta saya campur tangan tetapi saya tidak mahu kecuali ada permohonan rasmi.”

    • anak johor says

      jangan percaya sangat, nanti aku pon buat stetmen kat internet, aku kata ‘aku tahu pesawat dan penumpang tu semua ada kat mana, tapi najib kena jumpa kat aku’..hehehe..lepas tu adakah kerajaan akan percaya? jangan buat kerja bodoh dengan mempercayai cerita karut,kita orang malaysia,bukan ‘ AKU ORANG SEBERANG, PENUH ILMU DI DADA ”…..hehehe….aku ubah sikit ayat tu…

  20. teratai says

    Tika leka bicara santai
    Di bawah naungan gunung terperi
    Datang sesuatu dari pantai
    Sang raja buana bersama puteri

    Puteri nan ayu tersenyum simpul
    Sambil membawa sebuah bakul
    Sang raja pula berdiri sugul
    Hatinya resah bagai terpukul

    Sang puteri bermadah kata diatur
    Salam diucap sungguh teratur
    Bahasa purba jua ditutur
    Adat melayu tak pernah luntur

    Carilah aduhai sang pangeran
    Satu nama yang kamu lupakan
    Hubungkan dengan keturunan kalian
    Moga tarsilah dapat disiapkan

    Pangeran memanggil anak buahnya
    Tasik chini minta diterokanya
    Apakah maksud apakah alamatnya
    Hingga sang puteri sanggup mengadapnya

    Mereka melayang ke suatu tempat
    Sang puteri menyambut penuh beradat
    Mereka melihat sang naga terikat
    Dipasung dengan ilmu makrifat

    Istana sang puteri tersergam indah
    Menusuk qalbu menikam asmara
    EMAS dan INTAN tersusun megah
    Sebagai simbol kerajaan nusantara

    Si tua datang merafak sembah
    Membawa bersama peti khazanah
    Intan permata tersusun indah
    Sebagai tanda pemegang amanah

  21. search708 says

    Semua sistem yang ada kat dunia ni adalah di bawah penguasaan penuh Yahudi. Tengok ranking orang kaya dunia berapa ramai Yahudi. Pemusatan semua disana.

    Apa yang kita boleh banggakan adalah sebuah Negara ISLAM seperti Malaysia yang masih utuh mengamalkan ISLAM yang tulen.

    Insyallah pertolongan daripada Allah pasti datang. itu JanjiNYA.

  22. TOK KENALI says

    DI HULU-HULU DI BUKIT BUKAU KELANTAN BANYAK BENDA YANG BERHARGA…ADA YANG HAKNYA DAN BUKAN HAKNYA….YANG PENTING NIAT.

  23. MatJohn says

    Tun Dr. Mahathir dengan Dato’ Seri Najib saja yang boleh setel kes tragedi pesawat MH370 ni. Punca permasalahan dia adalah duit yang beribu2??@ratusribu??@berjuta??@ratusjuta?? trilion. Takder pon kaitan dgn Amerika China (adala kaitan sikit sbb nak amik port pasal duit tu), etc.. Hangpa semua dah kena tipu dgn mcm2 teori. Hahahaha. Makan popcorn

  24. t.k.pulau manis says

    pom pang pom pang..istiqamah suboh jemaah ke dok semuanya.

    kalao dok, tak usah peng pong peng pong lah

    ambe pong pang pong pang..ke laut jugok…

    bahang tanah jugak kita..cepat tak cepat..

  25. ahmad zuhaili says

    Dengar gendang-genderang
    Gema menghentam dada
    Seluruh Nusantara
    Rentak yang sama

    Pergolakan drama manusia
    Masing-masing mahu buktikan
    Kuat lemah

    Langit mana pun sama
    Bulan pun redha
    Sinar bumi ayahku
    Dan ayahmu jua

    Gugur daun
    Di telapak tangan
    Terpijak ranting di jalanan
    Aku rindu oh! kampungku

    Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
    Aku tak mahu dijajah lagi
    Biar terkubur jasad terbujur
    Tak rela aku berpisah
    Dari cintaku yang satu

    Dan RAJA WALI terbang tinggi
    RAJA WALI terbang tinggi… terbang

    • maz says

      Rajawali…oh Rajawali….Rajawali…
      Dialah Sang Raja dan Dialah jua Sang Wali…
      Dimanakah Kita akan temui…
      Raja Berdaulat Wali Suci…

      Dia bukan raja2 yang ada kini…
      Dia diam hidup menyendiri…
      Menunggu perintah Illahi..
      Saat untuk munculkan diri…
      Tiada siapa ambil peduli…
      Walaupun depan dirinya kita berdiri…

      Sedarlah Wahai seluruh insani…
      Masanya hampir kemari…
      Sang Fitnah makin menghampiri…
      Tanpa kita sedari…

      Wahai Tuhan Rabbul Izzati…
      Kepadamu jualah Hamba menangisi…
      Mohon dikasihi…
      Mohon dikasihi…
      Mohon dikasihi…

      Nun,nun.nun….

      Wallahuallam

  26. dotdot says

    Emas itu adalah MAS itu sendiri.
    orang kebanyakan pronounce emas sebagai “mas”.
    so M.A.S. itu lah emas nya. terang2 didepan mata. kunci nya ada diekor. iaitu bntuk wau bulan. ia menyembunyikan kod disitu.
    sama seperti Kijang pada Note Ringgit Malaysia lambang Bank Negara Malaysia. Khazanah Negara. Kijang itu adalah kod tertentu. wau bulan dan kijang menyimpan ‘kod rahsia’ utk anak bangsa masadepan mencari nya. sebab itulah di sabuah negeri……… ckup stakat ini.

    Amacam?

  27. teratai says

    EMAS PERMATA
    Dgn bismillah bermula kata
    Pembuka bicara hamba mulakan
    Ke hadrat Allah jua dipinta
    Semoga yang kabur dapat dihuraikan

    Malang sungguh engkau pesawat
    Hilang tanpa sebarang maklumat
    Tidak di udara tidak di darat
    Mungkin di lautan engkau mendarat

    Aku mengelamun barang sejenak
    Di bawah naungan cuaca nan gelap
    Hati berkata di dalam benak
    Pesawat masuk ke alam yang gelap

    Kiri dan kanan gelap gelita
    Di bawahnya pula nampak kelabu
    Fikiran buntu buat seketika
    Bila tak tahu mana nak tuju

    Nampak seperti kelibat sang naga
    Mengiringi pesawat tak pernah leka
    Apakah hasrat mahumu naga
    Seperti bala akan menimpa

    Sang naga membebel tak tentu butir
    Melihat sesuatu di dalam pesawat
    Seakan layaknya panahan sang petir
    Sang naga menghambur melibas kuat

    Sang naga marah haknya diambil
    Tanpa izin tanpa restunya
    Bila ditanya matanya terkebil
    Ketulan EMAS adalah miliknya

    Sang naga semakin kuat marahnya
    Bila melihat barang miliknya
    Diambil oleh yang bukan haknya
    BATU PERMATA kesayangannya

    • Melur says

      Assalamualaikum….

      Terima kasih teratai…saya xtau sama ada apa yg sy baca sy dh faham sepenuhnya…tapi saya rasa, saya dh tau…

  28. Sendoh says

    Ustaz Darul Manzil Mimpi Pesawat MH370
    Posted on March 25, 2014

    Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

    Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

    Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

    Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

    Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

    Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

    Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

    Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

    Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

    “You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

    Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

    Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

    Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

    Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

    Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL

    • Faredz73 says

      Salam Ustaz Darul Manzil,

      Tertarik dgn mimpi ini, terutama berkenaan dengan sebuah pesawat persendirian yang terbang di hadapan MH370. ( Maaf- apa yg sy tintakan di sini bukan dengan niat ingin menyinggung mana-mana phak apatah lagi melukai hati mereka-mereka yang kehilangan orang yang tersayang- Harap maklum.)

      Sahabat saya, sebenarnya pada hari kedua kehilangan pesawat telah cuba menjejaki menggunakan ‘flightradar24′. Saya tertarik berkenaan pesawat kecil tersebut kerana rakan saya ini mencuba mengikuti penerbangan tersebut menggunakan 3 dimensi. Terlihat di dalam grafik yg beliau tonton , terdapat sebuah pesawat kecil dari pandangan juruterbang di kokpit pesawat MH370. Adakah ini secara kebetulan benda yang sama diperlihatkan? Menurut sahabat saya itu, diakhir penerbangan , grafik 3D menunjukkan pesawat seolah memasuki terowong @ lorong . Sesuatu yang kebetulan?

      Sekali lagi maaf, pandangan ini sekadar pandangan peribadi melalui apa yg disampaikan oleh sahabat saya dn saya cuma ingin kongsikan persamaan nya sahaja. Jika sekiranya apa yg saya cuba sampaikan ini menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak, sila Admin padamkan. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membacanya.

  29. Imaginal Reality says

    Pity the Malays

    desperately seeking Imam Mahdi to remedy all their self-inflicted ills. are you sure that the Imam will rise among you?

  30. Ked Putra says

    Terkait dengan akan kehilangan #MH370 yang tenggelam membawa khazanah yang bukan hak empunya.

  31. maz says

    -emas?kunci?waris?
    >>>>>>>>keys of the kingdom of heaven …
    -kunci dah ada…
    -waris dah ada.
    -Masa???hanya Allah jer yg tahu..Pada pendapat sy (kalau salah mudah2an Allah ampunkan sy) mengikut pemerhatian,dan kajian x mustahil waktunya dah terlampau dekat..Contoh paling mudah—Kemarau yg sedang berlaku + keadaan dunia hariini +kejadian alam semesta..(cek hadis)
    -tempat2 simpanan emas pun banyak sekali.(patut la kalau ikut hadis kata – akhir zaman nanti manusia semua dah senang sampai takda siapa yg nak terima duit zakat..Dahsyat sungguh.sampai takda yang mahu duit!!!!)
    -unity-kesatuan (umat islam masih berpecah dek kerana politik atas izin Allah)
    -kalau nak lihat para waris keluar,kita kena sama2 usaha untuk satukan kembali umat islam kat malaysia dulu atas izin Allah…(ingat mudah ker??? kecuali Allah izinkan) so mana2 yg sedar tue
    bersama2lah kita berdoa denga sepenuh keikhlasan (bagus mohon pada waktu malam) mudah2an Allah berbelas kasih pada kita semua dengan menyatukan kita kembali dengan Islam yg sebenar….
    -Artikel ini-serampang 1000 mata…

  32. march says

    aku dah baca belog lu dengan dramaraja lah sya …
    cuma belog ni nadanya lembut sedikit mcm pantun
    belog seblah tu sempat selit condemn ahjib-gor
    tapi angkat puji plak anugerah ilahi ahbang-non …
    tu bila aku baca, takut terikut dengan emosi tak stabil haha

    Jadi benarlah bahtera dikambinghitamkan untuk sebuah khazanah?
    dan siapa yg bertanggungjawab mengangkat khazanah tanpa izin penjaganya?
    ada natang gila menggadai khazanah merentas laut china selatan
    akhirnya bahtera tak berdosa terbenam di lautan Hindi?? .

    kalau cerita tentang salasilah dua-dua ahjib dan ahnon
    salah sorangnya kononnya ada darah raja mengalir dibadannya
    salah seorang kononnya mengalir ilmu agama di jiwanya
    dan kedua2nya punya sejarah silam yg ‘kabur’
    soalnya kenapa hilangnya bahtera dikaitkan dgn mereka berdua?
    ikut teori2 yg aku baca di luar sana? kerana rasa benci penyokong yg satu kpd yg satu lagi
    begitu juga sebaliknya …

    kita sedang diadu-dombakan bro tp Allah masih mahu melihat tanah nusantara ini dan masih peduli kita bro. Waris dan wali-wali masih siaga …

  33. Wali jaga kunci says

    Lepas ni aku nk sumpah emas yang aku ade untuk anak cucu aku jer..Nanti perompak takleh nak curi wat lari.. kalau boleh wat lari pun, nanti comfirm eksiden coz emas tu untuk pewaris yang berhak jer..hahaha..kalau nk jugak emas tu kene la mintak kunci dengan tok wali..sebab tok wali dah amek tugas jadik lawyer pembahagian harta pusaka..Takder maknenye sumer tu bro..hahaha..anyway, tq for the funny article..

  34. pakpan says

    freescale semiconductor,lithium ion batteries, emas , kl-beijing , 26 negara , diverted flights otw to australia, diverted flights again to hong kong instead of korea.pilihanraya? manggis ?

    apakah yang sebenarnya dalam perjalanan ke china?….

    hanya Allah yg tau…may Allah bless them…x dapat bygkan jika terjadi pada diri dan keluarga…tiap naik plane mmg tangan bpeluh panic…

  35. bang joni kaki pengkau says

    Adakah emas yg dicari tu? Datang dari mana? Emas lama dari bumi nusantara ni ke? Teringat laluan bawah tanah misteri kat palekbang tu..dengarnya penemuannya penuh misteri dikawal selia dgn ketat cuma misteri dia berlalu macam tu saja mcm angin lalu.. Ada kata berjongkong emas dok kat dlm tu

  36. hakeem, says

    kalau based daripada apa yg aku baca pasal artikel ni, rasanya…..govt mesia nak anta emas tu (cover dgn manggis) ke china..mgkn ada deal kot sblm ni…tapi emas tu dihantar tanpa dpt persetujuan dari raja2 melayu or waris … dan dari artikel ckp graviti dgn emas berhubungkait…mgkn sbb berat sgt ..tu yg masuk dlm laut…

    tapi ada satu g teori, yg aku rasa lebih logik ….

  37. celcom says

    slm bro
    tari ‘nukil’ penuh lemah gemalai
    jauh amat sembah bunga yang dipamer
    berilah satu buah pukul,,’puncak daik’ namanya
    tapi adat melayu………
    kurang ajarnya masih brsantun.
    buka rahsia dalam berkias.

    • says

      puncak daik tidaklah dapat ku tawan, sungguhpun kudrat dimamah mentari

      kias itu mainan bibir, agar terkupas isi, pahit ditelan manis akhirnya, asam garam melayu juga

  38. shah x says

    Warisnya sudah ada bahkan dia telah mendapat kunci khazanah bumi, tinggal perintah dan paksaan utk zahir kot

  39. says

    Lepas habis baca artikel terbaru saudara, saya membuat kesimpulan ada kemungkinan pesawat MH370 ada membawa sejumlah emas?…yang menyebabkan sesuatu objek itu boleh teralih arah dan mudah di tarik oleh graviti bumi…ini andaian saya saja berdasarkan artikel saudara.

  40. Mat says

    Pesawat tenggelam dalam laut macam movie Airport ’77 yang ditayang pada tahun 1977; Macam yang Shah ‘lihat’ tu. Bahagian akhir diceritakan bagaimana pesawat tu ditimbulkan dari dalam laut menggunakan belon untuk dikeluarkan semua penumpang yang masih hidup. Sejurus selepas itu, pesawat tu tenggelam semula sebab kesemua belon dah tak tahan nak tampung berat pesawat. Adalah MH370 pun boleh ditimbulkan?

  41. Vat70 says

    kurangkan merokok seterusnya tinggalkan terus amalan merokok….ingatlah merokok mendatangkan bahaya pd tubuh badan. Tak pasti pulak dgn ganja..katanya adanilai erubatan..

  42. bang joni kaki pengkau says

    Ada jugak emas yg dapat tanpa kita sedar.. Ingat lagi kisah sepasang suami isteri tua yg jumpa dua guni emas berupa barang kemas lama kat belakang rumah dia..Kisah ni ada kluar dlm akhbar dulu…

  43. says

    erm….walaupun tidak disebutkan langsung pasal mh370, tpi dah paham sket2 klu yg diberikan…

    memaksa otak utk berfikir di luar kotak

    tahniah bro…

  44. Padan Muko says

    Shah, kau kenal ke waris tu? Kalau kau kenal mintaklah dia set aside skit emas tu untuk pertahanan negara.
    Lepas tu kita boleh bincang dlm blog ni apa benda yg patut kita beli.
    Aku rasa kalau jadi la kau mungkin dilantik sbagai Menhan.
    Hehehehe!
    Berasap blog ni bincang pasal pembelian alutsista ATM. nanti. Sungguh luarbiasa.
    Boleh tak aku jadi Wamenhan (Timbalan kau)?
    Kih Kih Kih

    • sahabat shah paskal says

      Waris jari hantu aku kenal. Nak jumpa dia, belanja teh tarik mamak pun dah cukup tp jgn lupa, admin kena dtg sama untuk panaskan kerusi.

  45. Zender says

    Emas dan MH370 ada kaitan mengikut kefahaman saya .Hanya tunggu code2 dari Tuan Haji….cuba fikirkan semula ayat ini ” MF370 berakhir di Lautan Hindi” ayat PM Najib tergantung di situ..mungkin dia ingin menutup mulut2 konspirator yg tak bertauliah. :) :)

  46. skyfun says

    kalau emas itu sudah bertukar sifatnya,apa susah tukar le balik…ilmu ni cuma Allah bagi kt qarun jer..tembaga tukar emas….

    mungkin sebahagian ilmu ni ada didlm kitab2 lama tertanam di tapak :BAITULMAQDIS yg israel dok gali tu…

  47. Edmun Irsy says

    “Tiada lain tujuanku
    Hati emas yang ku cari
    Kisahnya di hujung dunia
    Mengapa tak ku temui

    Oh! Terdengar suara halus
    Bagai dengar dan menghilang
    Katanya pulanglah oh anakku
    Ia tiada di sini…”

  48. Calamusbond says

    Agama islam tu baik tapi kebanyakan pengikutnya dari pelbagai bangsa tu tak boleh percaya. Tuhan dah cipta bangsa….setiap bangsa ada negaranya. Apa yang telah berlaku telah dicatatkan dalam kitab siratulmustakim. Kita kena bangga dengan melayu islam. Pengalaman saya belajar di UK selama 4 tahun dan bergaul dengan semua bangsa bangsa lain yang beragama islam menunjukan bangsa islam lain seperti dari mahzab Hanafi tidak boleh dipercayai. Orang islam dari bangsa lain (seperti tuan admin katakan) banyak menipu orang islam melayu macam saya ni. Kita kena hati-hati sebab dalam Quran pun pernah tulis “jangalah engkau sedih wahai Nabi Muhamad S.A.W kerana kaun-kaun tersebut tidak mahu beriman”. Ini maknanya adanya munafik dikalangan islam bangsa lain yang kita tak boleh percayai. Di Universiti tempatan sekarang ni..ada isu sebab kerajaan ambil pensyarah asing dari negara-negara mundur seperti tuan admin tulis dan menghakis dan menganaktirikan pensyarah melayu/tempatan di negara islam melayu ini. Pensyarah asing kontrak dari negara mundur (bermazhab hanafi) ni kurang ajar dan biadat kepada pensyarah tempatan, banyak menipu dalam pembuatan jurnal dan kurang ajar kepada pensyarah melayu/tempatan. So, pendapat saya orang macam tu menggunakan islam utuk kepentingan sendiri. Melayu islam kena hati-hati sebab ini tanah melayu Allah bagi pada orang melayu. Peluang pekerjaan kena bagi kat anak- melayu dan nusantara yang lain.
    Kes MH 370 jadi iktibar…semua peralatan teknologi tinggi dikeluarkan oleh orang putih.nasrani………ilham dan ilmu diberikan oeh Allah…tapi kenapa ilmu sebegitu Allah bagi pada orang putih.(kaun nasrani)?,. Termasuklah facebook, whatapp semuanya Allah ilhamkan keapada oranfg putih……kenapa?. Pada pendapat saya ini semua ada kaitan dengan peristiwa kiamat iaitu tentang turunnya nabi isa (s.a.w)…nabi isa tu kan keturunan orang dari eropah. Mungkin mudah untuk nabi isa menyeru orang putih/nasrani kembali kepada islam….mengikut teori saya. So, kita islam melayu kena pertahankan hak melayu/bumiputra. So kalau nak maju kena ambil orang putih eropah yang pandai buat roket, kapal angksa keja kau universiti tempatan la. Semasa zaman kebangkitan islam dulu, orang barat mengenepikan perbezaan agama untuk belajar dari orang islam, sekarang kenapa orang melayu islam sepatutnya mengenepikan perbezaan agama dan mengaji saintis orang putih eropah di U tempatan supaya kita boleh buat roket, jet dan sebagainya…baru berbaloi. Melayu islam jangan kena tipu lagi dengan bangsa lain kafir atau islam. Sedikit sebanyak setuju dengan pendapat akupantek selepas mengikuti laman ini selama beberapa tahun. Ini cuma pengalaman peribadi.

    • Hantu Kopek says

      Salam bro kitab siratulmustakim or Luh Mahfuz?? Correct me if I’m wrong…Siratulmustakim adalah titian ataupun maksudnya yg sebenar adalah jalan yg lurus..

    • Habib Hussein says

      Belajar Islam dari UK? macam mana pulak tu? belajar islam dari middle east and north african its better than learning islam from UK.
      if you want to go on the Hajj to the UK? :D

      • calamusbond says

        Saya tak belajar islam di UK walaupun di oxford dan lampatier ada pengajian islam. Saya katam Quran dan belajar islam di Madrasah melayu kat Malaysia. Saya buat PhD bidang applied science di UK. Saya cite pengalaman bergaul dengan orang islam bangsa lain dan bermahzab islam lain seperti hanafi. Ini pengalaman sebenar untuk menyedarkan melayu islam. Saya dahulu dikira sangat islamik seperti ahli sufi…tapi ALLAH menyedarkan saya bahawa bangsa juga penting.

      • calamusbond says

        Tambahan lagi’

        Saya dahulu sangat islamik di UK sehingga jadi bilal dan imam kecil masjid. Tapi selepas bergaul dengan islam mazhab hanifi…..fikiran saya jadi macam tak betul dan kearah menyokong dan simpati keapada pejuang islam yang ekstreme/teroris. Akhirnya bila saya hadapi macam-macam masalah dan kesusahan seperti kereta ditarik polis di hadapan masjid mazhab hanafi….tiada sapa islam bangsa lain dari mazhab hanafi nak tolong saya. Begitu juga bila ada masalah di Universiti, yang tolong ikhlas adalah islam melayu. Banyak perkara lain yang terjadi yang ALLAH bagi petunjuk bahawa bangsa melayu juga penting kepada orang melayu macam saya. Kalau Tuan nak tahu lebih pengalaman pedih saya……kita boleh berjumpa. Saya bercakap demi Islam melayu

        • G_nawa says

          Hanya Islam Melayu yg masih ada mengamalkan sopan-santun, budi bahasa, salam cium tangan, kasih sayang, akhlak, senyum..dll…:-)

          • Tiong says

            setuju dengan Gnawa… saya rasa… islam melayu lah yang paling lemah lembut nya berbanding org islam di sebelah arab, pakistan n sbgnya……

            • ARSHAD says

              kawan saya berbangsa korea (selatan )bertugas di iraq semasa perang iran/iraq.. katanya islam yg paling bagus adalah sebelah asia.. saya tanya kenapa mr.park kata begitu. you percaya lah cakap saya .. islam sebelah asia yang paling terbaik cara hidupnya.

          • calamusbond says

            Yang baik ambil tauladan, yang tidak kita kena betulkan islam melayu kita.

            Kini, saya selalu menasihati adik-adik yang nak belajar luar negara ke eropah supaya sembahyang jemaah sesama islam melayu mazhab shafii. Kalau cukup 44 orang buat solat jumaat sendiri mengikut mazhab shafii. sepanjang saya hidup di malaysia, tiada imam melayu pernah menyatakan dalam kutbah yang mazhab shaffii paling betul dan mazhab yang lain salah..tidak betul. Tetapi di UK…yang mana bangsa islam dari mazhab hanafi (dari negara yang sememangnya teruk)…pernah mengatakan hanya mazhabnya yang betul…….mazhab yang lain seperti syafii kurang betul kerana imam syafii lebih junior dari imam yang lain. Ini menimbulkan rasa kurang senang kepada melayu macam saya. Itu sebab di Manchester ada masjid bermazhab iamam hanafi (yang fahaman ekstreme) dan hambali (juga ekstreme). Kedua-dua orang isdlam dari mazhab ini yang banyak melalukan dan menyokong pengeboman di UK dan di Mumbai, India 5 tahun lepas melalui jalan laut.

            Islam melayu bermazhab syafii tersepit kerana tiada masjid islam melayu di bandar seperti Manchester. Oleh yang sedemikian, saya menyeru supaya orang yang ada hubungan rapat dengan orang melayu kaya di Malaysia seperti Tan Seri Azman Hasim dan Syeikh Bokhari dan raja-raja melayu boleh membina madrasah/surau untuk pelajar/pekerja islam melayu di UK dan eropah. Ini penting supaya islam melayu tidak terpengaruh dengan mazhab lain yang lebih ekstreme dan menganjurkan keganasan.

            Sehingga kini, setelah balik dari Malaysia…terdapat student orang putih/eropah yang datang intership dengan saya dan saya katakan kepadaereka kalau nak balajar islam…..beajarlah dengan islam melayu bermazhab syafii. Saya juga pernah membawa pelajar eropah/orang putih melawat masjid Putrajaya.

            Kita sepatutnya boikot semua orang islam dari mazhab yang meyokong keganasan. Islam sebenar tidak mengajar dan berdakwah secara keganasan.

            Admin tolong jangan delete respond ini…..supaya orang islam melayu dapat tahu sebenarnya apa pandangan islam bangsa lain terhadap islam melayu

        • atok k says

          sangat menarik pengalaman tuan, itulah bila ada cucu cicit kata Melayu tdk semestinya Islam… ni anak-anak melayu kita yang insecure dengan bangsa sendiri, malu mengaku yang sesungguhnya memang majoriti Melayu itu islam

          walhal adat budaya baik bangsa Melayu itu sungguh tinggi nilainya

          • calamusbond says

            Sama-sama kita islam melayu mendapat pengajaran. Yang baik ambil, yang tidak baik tinggalkan.
            Kini saya sering menasihati adik-adik islam melayu yang nak gi belajar kat eropah supaya kalau cukup ahli..buat sembahyang jemaah sendiri cara kita mazhab syafii. Sebelum pegi eropah……. belajar cara-cara sembahyang wajib jumaat,, sunat raya fitri dan haji.Sebab sepanjang saya kat melaysia tidak pernah imam kita dari mazhab syafii menyatakan dalam kutbah bahawa mazhab kita yang terbaaik……tapi pengalaman saya kat UK, imam hanafi pernah menyatakan dalam kutbah bahawa mazhab dia paling betul dan imam hanafi lebih senior dari syafiii…..di mana kadang-kadang menyinggung perasaan kita. Itu sebabnya di Manchester terdapat masjid mazhab hanafi dan hambali. Satu mazhab adalah islam extrreme dan lagi satu kurang sedikit ekstremenya, Islam melayu kat sana tak ada masjid……jadi islam melayu tersepit. Semoga sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan orang islam melayu kaya seperti Tan sri azman hashim, sheikh bukhari dan raja-raja melayu agar dapat menyumbangkan dana untuk buat surau/madrasah untuk melayu islam kat penduduk melayu yang ramai seperti London (selain malaysian hall) dan Manchester. Ini penting supaya student, pekerja islam melayu tidak terpengaruh dengan fahaman ekstreme/teroris. Di Malaysia, Kadang-kadang ada student eropah yang buat praktikal/intership dengan saya di Malaysia dan saya kata nak tau lebih tentang islam….tanyalah dengan islam melayu….kerana ia adalah lebih baik. Kerana sebelum ni pengetahuan student eropah yang intership dengan saya ni….tentang agama islam adalah kurang baik. Saya juga membawa mereka melawat masjid putrajaya dan sebagainya. Inilah mungkin sumbangan saya selaku islam melayu pada ALLAH.

    • maha says

      suadara pasti silap facebook di cipta orang yahudi bukan di cipta oleh kaun nasrani, sebab saya tak ada gunakan sangat, kalau ada pun saya jarang gunakan, suadara kena tahu yahudi terlalu suka menipu, di negara islam ramai berhenti gunakan facebook, Mark Zuckerberg menutup ac hamas, mari kita sokong twitter di situ ada orang islam jadi belabur terbesarnya twitter, walaupun twitter ia milik kaun nasrani

      • calamusbond says

        Itu terpulang pada masing-masing. Kadang-kadang, saya pakai facebook juga, ustaz-ustaz pergi umrah dan haji…….contact pakai facebook jugak. Tak malu ke…..kalau nak hina bangsa dan agama orang yang cipta facebook tu. Di Masjid sekarang ni pun ada wifi….siapa cipta wifi. Tak malukah pakai wifi……..kalau nak hina bangsa dan agama orang yang cipta wifi. Itulah kalau tahu kitab al-quran dan hadis sahaja.. dan kitab sains lain tak kaji dan baca. Inilah graduate belajar agama di timur tengah…..fikiran tertutup sikit. Tiada niat nak hina atau merendah-rendahkan sesiapa. Masing-masing ALLAH telah bagi kelebihan dan kekurangan.

        Apa pengalaman yang saya cite untuk kebaikan umat melayu islam. Setelah kembali ke malaysia, saya bersembahyang dengan mazhab syafii, berubat dengan seorang bekas imam melayu di masjid ipt tempatan, berbaik dengan orang putih (sebagai manusia ciptaan ALLAH yang ALLAH sendiri benarkan mereka hidup di muka bumi ni), segala nagetive kesan dari pengalaman saya dahulu hilang.

        Terpulang kepada masing- masing nak terima nasihat dan pengalaman saya yang tak seberapa ni.

  49. camo says

    Salam….
    Artikel menarik..sekali tgk macm seolah olah hj shah cuba alih perhatian…tetapi mungkin ada kaitan dgn perkembangan terkini MH370..haha…tahniah artikel terbaru tuan…

  50. pen merah says

    Siapa waris tu? Imam Mahdi ke? saya dapat daripada satu sumber yang boleh dipercayai, Imam Mahdi telah pun lahir antara 2 ke 3 tahun lalu.. =)

    • says

      x silap ada hadis yg mngatakan salah satu tanda2 Imam Mahdi lahir berlaku nya gerhana bulan dan matahari pada awal ramadhan dan pertgahan ramadhan pada dua tahun berturut turut.. cuba try test tngok tahun bila benda ni dah berlaku…. mungkin Beliau sudah dewasa sekarang.. Allahua’alam….

      • Ahmad Sufian says

        Sy tahu tentang hadis Nabi tu….berlaku 2 gerhana pd 1 bulan yg mulia iaitu Ramadhan pd 2 tahun yg berturut-turut…..peristiwa ini berlaku pd tahun 1981 & 1982. Imam Mahdi lahir pd tahun tersebut….mungkin sudah besar skrg. Ade video tentang ini di youtube.com yg dipublish oleh Harun Yahya dari Indonesia kalau tak silap…

  51. says

    Terjemahan Kod dalam artikel ini

    Siapakah Waris yang dimaksudkan?

    Waris yang dimaksudkan adalah orang yang mempunyai
    salasilah dari keturunan Rasulullah.
    Orang inilah yang akan mempunyai kunci kepada semua harta emas itu.

    Kenapa waris ini mempunyai kunci kepada harta ini dan siapa dia?

    Dialah orang yang akan membangkitkan panji dari timur,
    dan dialah Imam Mahdi, Imam Mahdi adalah orang yang lahir dari keturunan Rasullullah.

    Kenapa orang2 asing yang cuba mengangkut emas ini keluar tanpa izin raja2 melayu akan gagal?

    Kerana Raja2 Melayu itu sendiri dahulunya ramai yang dari keturunan Rasulullah.

    Dan soalan bonus untuk pembaca sekalian,

    Apakah kejadian Flor De Lama sama dengan MH370?
    Apakah penyebabkan sama?
    Apakah muatan 4tan manggis yang dimaksudkan?
    Dan apakah yang dimaksudkan oleh bro paskal pesawat tenggelam dan seolah2 diletakkan disitu?

    Jeng jeng jeng…

    • naza says

      bro Tj jangn tanya skarang… nantikan maklumat dari black box (padahal warna oren kotak tu)… ***berkkenaan para yang last tu

    • Ahmad Sufian says

      >Al-Mahdi la tu….tp sy dpt perkhabaran bhwa Imam Mahdi bukan dari sini….tanah Melayu. Khabarnye, Imam Mahdi akan mulai dijumpai di Makkah, setelah beliau dikejar oleh org2 di Makkah yg telah pun menunaikan ibadah Haji…..entah ape lah tanda2 yg dilihat mereka2 ni sehingga mereka mengenali bhwa Hamba ALLAH tu adlh Imam al-Mahdi, lalu terus diangkat menjadi Imam al-Mahdi. Hamba ALLAH itu dikatakan terpinga-pinga kehairanan krn beliau tidak tahu & menyangka pun yg diri nya itu adlh Imam al-Mahdi. Ini menyangkal semua dakwaan pengakuan2 yg dibuat oleh manusia2 yg mengaku kononnya dirinya lah Imam Mahdi….sedangkan dlm diri Imam besar itu sendiri tidak mengetahui dirinya yg sebenar adlh Imam Amirul Mukminin al-Mahdi….wallahualam. Lgpun sy dpt tahu, pemuda2 negara khususnya dari bani Tamim (Ahlul Bait) dtg dari sini membantu al-Mahdi di sana. Betul ker?

      >Sy tidak tahu jawapan2 bg soalan2 itu si Taklukjagat. Sila terangkan kenapa emas2 negara kita dibawa ke China? Adakah krn perjanjian lama Sultan2 & Raja2 Melayu di zmn Kesultanan Melayu Melaka, Kedah Tua, Johor Lama yg telah diamalkan istiadat menghantar hadiah / ‘perutusan’ sbg tanda persahabatan & perlindungan dari sebarang ancaman2 luar yg pd ketika itu juga bangsa2 penjajah Eropah dtg menakluk kita di Nusantara?

      >Sy percaya kargo2 emas & kotak hitam terlebih dahulu dipunggah keluar sebelum dibiarkan tenggelam di Lautan Hindi sbg penghapusan bukti & saksi2. Cumanya, sy pelik bab lokasi2 yg berbeza tu….pd pandangan sy, cerita2 diversion direka utk mengalih perhatian dunia utk perkara ini disamping dgn niat melaga2kan rakyat negara2 di dunia kemudiannya…..peranan media digunakan seterusnya.

  52. si polan says

    saya berasa ‘emas’ ada dalam MH370.pihak barat berlumba nak mencari pesawat atau konspirasi sahaja dibuat untuk mendapatkannya.tak mustahil.

  53. siddiq says

    Niat semacam tu dah lama ada dalam hati i.e sekadar nak lunaskan semua hutang dan kalau ada baki pun nak wakaf pada pusat pengajian ugama.

    Tapi emasnya saja yang tak pernah nak timbul2!!

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>