TEORI PHILIPS WOOD PALSU

1. Blogger jimstonefreelance.com adalah seorang yang genius, beliau pandai menarik trafik ke dalam blognya dan amat pandai memukau orang ramai sehingga sebahagian pembaca tergoda dan tertarik.

2. Sebagai seorang blogger, saya memang “Salute” jimstone tetapi jimstone ada agenda, semua blogger ada agenda masing-masing, jadi apabila seorang pembaca meniliti setiap tulisan seorang blogger, dia harus berhati-hati untuk menganalisa dan menyiasat apa yang yang blogger itu sampaikan.

3. Malangnya, pembaca kita yang terdiri dari orang Melayu Islam tidak begitu, jutaan anak Melayu tertipu dengan teori Philips Wood yang beredar di internet sehingga benar-benar yakin bahawa pesawat ini sudah ditawan dan penumpangnya selamat di Diego Garcia.

4. Saya sudah membuat andaian perkara ini lama dalam status saya di Facebook bahawa 95 peratus orang akan tertipu dengan konspirasi MH370 dan benar-benar yakin bahawa pesawat tersebut telah ditawan atau hijack.

5. Sehingga ke hari ini, tidak ada SATU PETUNJUK pun yang menunjukkan bahawa pesawat MH370 telah ditawan atau dirampas sedangkan sedikit demi sedikit, sudah ada tanda-tanda bahawa pesawat sebenarnya sudah pun tenggelam di dalam lautan.

6. Orang kaitkan dengan pesawat MAS yang ditemui di bumi Israel yang kononnya menjadi pendua kepada MH370 sedangkan teori ini saya sudah bincangkan dengan blogger Bradokapak akan timbul isu pesawat “Dummy” atau pendua semasa awal kemalangan ini terjadi.

7. Hari ini orangramai baru sahaja “HENDAK” mula berbincang, awal tak awal, BradokapaK telah membuat posting mengenai pesawat pendua pada artikelnya tetapi pesawat pendua ini ada kisah disebalik, cuma saya tidak berminat untuk sentuh di sini.¬†

SEMUA PENGKALAN AMERIKA SYARIKAT DI KAWASAN TERPENCIL GUNAKAN KEMUDAHAN SATELIT UNTUK KOMUNIKASI

8.  Kedudukan pulau Diego Garcia yang merupakan pengkalan untuk operasi strategik Amerika Syarikat juga terletak terlalu jauh dari daratan terdekat.

10.AS tidak memacakkan menara komunikasi untuk kegunaan tenteranya sebaliknya bergantung kepada beberapa jenis satelit seperti YahClick, Hylas 2, Intelsat 10-02, satelit NSS6 dan Global Personal Service (Mobile Internet) di semua pengkalan AS termasuk di Afghanistan, Iraq dan Timur Tengah.

11.Semua perkhidmatan internet di pengkalan tentera US ini tidak menggunakan pemasangan kabel telefon atau kabel optik untuk tujuan kerahsiaan.

12.Dalam keadaan mata tertutup, mustahil untuk Philips Wood mendapat kata kunci keselamatan untuk kegunaan sambungan internet telefon I-phone miliknya walaupun menggunakan arahan suara.

13.Saya fikir kebanyakkan dari mereka yang percaya dengan teori Iphone dan Philips Wood ini tidak mempunyai pengalaman dan ilmu bagaimana satu-satu pasukan tentera beroperasi dan tidak pernah keluar dari kawasan tamadun manusia yang sentiasa dilingkungi gelombang wifi dan liputan telefon bimbit.

MEMAHAMI BAGAIMANA TEORI PHILIPS WOOD BERJALAN

14.Ini merupakan analisa yang dibuat oleh seorang penggodam komputer anak Melayu (Sorry, saya lebih percaya kepada kemampuan anak Melayu dari menerima cerita orang puteh bulat-bulat macam anda semua)

15.Pada 18 march lepas timbulnya satu dakwaan mengatakan kononnya ada gambar yang diambil dari Iphone milik seorang penumpang yg merupakan pekerja IBM. Dalam gambar yg kononnya diambil dari iphone yg disorok didalam punggung penumpang itu selama 10 hari sejak kehilangan pesawat MAS.

16.Gambar yang diambil dari Iphone yg disimpan didalam punggung selama 10 hari itu didakwa mengandungi Exif data yg mengarahkan kepada Diego Garcia. Dan gambar itu dihantar bersama pesanan yg panjang dan teliti.

17.”I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.”

KEPALSUAN TEORI

18.Apakah itu Exif data? Exif bermaksud Exchangeable Image File yg mengandungi data2 berkenaan gambar yang diambil contohnya jenis kamera apa yg digunakan, resolusi apa yg digunakan sehinggalah lokasi gambar diambil sekiranya GPS diaktifkan.

19.Dakwaan pihak luar mengenai Exif data tidak boleh diedit adalah satu pembohongan, kerana terdapat puluhan software2 editor yg boleh digunakan untuk mengedit semula Exif data yg dihasilkan, hanya semudah abc sahaja untuk mengedit semula Exif data ini. Apatah lagi GPS boleh ditipu menggunakan kaedah ‘spoofing’.

20.Sukar untuk dibayangkan bagaimana caranya untuk menahan dari untuk membuang air besar selama 10 hari, dan bagaimana iphone itu diambil semula dari dalam punggungnya selama 10 hari, adapun tentu iphone itu akan kehabisan bateri setelah 10 hari, dengan mata yg diikat, bagaimana dia mahu mengambil hp dari dalam punggungnya yg terperam selama 10 hari dan menghidupkan camera dan menaip dengan sempurna dan teliti?

21.Sukar juga untuk dibayangkan tebusan yg hanya diikat matanya tanpa diikat tangannya, apa gunanya kalau hanya mata diikat tapi tangan tidak? sudah tentu tangan akan diikat sekali, lagi2 ini melibatkan tuduhan terhadap askar US yg biasa melakukan kerja2 tangkapan dan penculikan.

22.Tuduhan bahawa pesawat sudah berada di Diego Garcia tiada rasionalnya, apatah lagi dikirar faktor bahan bakar kerana untuk kesana tidak mencukupi dan hanya memungkinkan tamatnya perjalanannya di lautan sekiranya tidak mendarat di lapangan terbang yg terdekat.

ANDA BOLEH BUAT EKSPERIMEN SENDIRI

23.Kepada pengguna Iphone, anda boleh membuktikan teori ini palsu.

24.Pertama, cuba sumbatkan telefon tersebut ke dalam lubang dubur anda, kalau berjaya, saya belanja anda minum.

25.Kedua, jika kita andaikan Philips Wood menelan telefon dan menggunakan telefon yang kemudian dikeluarkan melalui najis, sila ambil segelas air dan rendam telefon anda selama 10 hari atau kurang. Saya tidak tahulah kalau perut kita ini macam kantung kangaroo yang kering sentiasa kerana kalau tidak silap saya, dalam perut dan usus ini banyak cecair yang kita panggil asid.

26.Selepas direndam, Iphone anda masih boleh dipakai, saya akan jadi pengguna Iphone yang baru sampai bila-bila.

27.Last but not least, sesiapa yang ada Iphone, cubalah sendiri dengan menutup mulut dengan kain dan kemudian beri arahan menggunakan suara…yang paling best, silalah beri arahan untuk menaip sms.

Comments

  1. says

    Assalamualaikum,salam sejahtera.
    Harap persoalan MH370 segera terjawab.

    Dulu pernah terjadi 1 kes kapal terbang membawa pasukan ragbi uruguay berjaya ditemui setelah 72 hari terhempas.itupun penumpang sendiri nekad mendaoatkan bantuan.

  2. Labawi says

    Salam bro,

    teori Diego Garcia ni, expert pun tak menolaknya sebagai satu possibility. Asasnya pada point2 ini;

    1. Laluan ke Diego Garcia adalah laluan sepi dan terasing daripada pengesanan radar2 militari negara2 dalam laluan. Radar Amerika Syarikat di Diego Garcia tidak diambil kira sebab itu sudah berada dalam pihak konspirator.

    2. Ianya juga dalam titik possibility iaitu dalam koridor Selatan dalam kiraan Inmarsat. Cuma kita terlalu bergantung kepada kiraan Inmarsat. Dalam erti kata lain kita terpaksa bertaklid kepada kepakaran dan kiraan mereka. Dan sekiranya mereka mengira pesawat jatuh ke satu tempat, kita terpaksa menerima kerana mereka ada satelit dan kepakaran. Katakan ianya salah, maka kemungkinan point itu berada di Diego Garcia adalah tinggi.

    3. Saksi2 di Maldives yang menyaksikan kapal terbang yang menyerupai MH 370 pada pagi hari sebaik sahaja ianya hilang.

    4. Penerbangan selama 9 jam sebagaimana dikira oleh Inmarsat adalah berkemungkinan untuk sampai ke Diego Garcia.

    Cuma apa yang dilihat oleh penduduk2 Maldives itu pula berkemungkinan dua perkara;
    (Saya yakin dengan kejadian tersebut berdasarkan beberapa laporan akhbar Maldives dan beberapa orang penduduk yang telah diinterview dalam Youtube)

    1. Pesawat Mh370 itu sendiri. Atau..

    2. Pesawat Pendua dari Israel. Kemudian persoalan timbul kenapa ianya diterbangkan ke Maldives?

  3. Labu says

    Saya adalah diantara keramaian yg berdoa agar semua penumpang MH370 selamat.
    Cerita Philip Wood mungkin mustahil…almaklum dlm gelap berhujan tiba2 ada mancis yg menyala. Tapi tidak mustahil kalau iphone disorok dibontot,di celah bontot dlm seluar..Kalu dah kena dadah ++ mata pun boleh jadi tertutup..gelap..weng bro. Melayu memang percaya cerita ni..sebab dah terhakim selY boleh bertahan lama dlm lubang bontot. selain cacing kerawit.Ni pulak sel-ipon..(lawak jap). Utk melihat kehadapan nasib MH370 memang kelam tapi kecewa bila menoleh ke belakang dan risau kepada hari-hari yg mendatang. Saya nak tanya Admin, radar Marconi tu tak power ke ? Ia menimbulkan byk persoalan ???? maka cerita Philip Wood mungkin tidak mustahil dlm mencari kedamaian disebalik persoalan.

    Allah itu Maha Hebat..kita kabus berbagai lubang..IA bagi lagi lubang yg lain..sehingga semua mengenali siapa kita.. Amin.

    • says

      Tidak ada masalah dengan sistem radar kita, orang awam buat tanggapan bahawa sistem pertahanan Malaysia ada masalah kerana depa benar-benar percaya dengan teori pesawat itu kena jammed. Sedangkan insiden ini telah dijelaskan banyak kali oleh DCA dan TUDM mengenai prosedur atau sebab2 mengapa sesebuah pesawat jet harus discramble untuk pintas pesawat

  4. says

    Soalan mudah;

    1. Kenapa tak berani nak ulas mengenai mengenai PATEN yang membenarkan AS mengawal semua pesawat BOEING jika dirampas pengganas?
    2. Kenapa tak berani nak ulas mengenai ‘SENJATA’ RAHSIA’ milik Amerika yang ciba diseludup CHINA melalui pesawat MH370?
    3. Kenapa tak berani nak ulas mengenai simbol-simbol MH370 yang telah lama tertera dalam kebanyakan filem BOX-OFFICE Hollywood?
    4. Adakah saudara diarah tutup mulut atau pura-pura tak tahu atau takut dituduh seorang lagi Melayu mudah lupa yang suka sangat percaya teori-teori konspirasi dan amalan kepercayaan karut Melayu yang sedang diketawakan di alam maya sekarang?

    • says

      Saya sudah ulas kebanyakkan soalan yang diutarakan saudara dalam forum dan facebook. Kebanyakkan apa yang berlaku tidak tepat dan konspirasi yang dilahirkan datang dari laman-laman web barat. Kalau saya nak menjawab semua teori konspirasi yang berlegar kat internet sekarang, masaklah…saya seorang lawan 10 teori konspirasi

  5. raja says

    Why made all four hijacked planes on 9/11 long detours? How did the hijackers know about “radar holes”? How could they conduct key hijacking events simultaneously all within 10 minutes? Who controlled the planes?

    Inside 9/11 – Who controlled the planes?

  6. says

    usus dgn punggung si phillip woods beso kut…mau dia berjaya sorokkan iphone kt jubo dia…kahkahkhakhakhakhakah!

  7. kuarairbanyak says

    mh 370 nie sebenarnya enjin nak jual….pilot bangkrat so sabotage nak songlap enjin kapaltebang

  8. zaris says

    Salam…
    Banyak sangat teori dari beratus-ratus sumber. Semuanya ada hujah masing-masing. Tetapi perasaan aku mengatakan pesawat ini disorok. Ini hanya pendapat aku dan aku tak perlu orang memperayai teori aku. Ianya masih disorok di sebuah pangkalan tentera udara. Aku merasakan ini pakatan negara Inggeris (UK, Australia, New Zealand) dan beberapa negara suruhannya di Asia Tenggara. Najid mengetahui dan terpaksa mengikut arahan ini. Mereka ini mahu menamatkan drama ini di lautan Hindi, lautan dalam yang mustahil untuk orang mencarinya! Semua perancang masih memikirkan cara untuk menamatkan drama ini kerana China masih tak berpuas hati. dalam masa yang sama, mereka yakin China tak akan berani menyerang Malaysia kerana ada pakatan ini yang akan mempertahankan Malaysia.

    Sekiranya terhempas di mana-mana, takkanlah tak ada secebis tulang belulang atau pakaian, atau minyak, atau rangka pesawat yang tidak dijumpai. Dalam beratus orang dalam pesawat, mesti ada sedikit yang terdampar ke pulau-pulau dan pantai-pantai dan dijumpai orang!

    Apa pun, perancangan Allah Taala akan mengatasi perancangan sesiapa pun. Ini hanyalah teori aku. Wallahu Aklam.

  9. fendy says

    power. ramai pengomen power. tapi kapal terbang masih tak jumpe-jumpe. masih ramai yang “kawan bapak die cakap ini, nenek die pesan kat jiran sebelah cakap macam tu, emak die punye anak murid abang die keje kapal, kawan abng die cakap ni” berlambak.

    bros and sis,

    have we lost our hope in Allah?

    stop accusing without any concrete facts.

    bro shah tangkis setiap cerita konspirasi dengan berhemah, dengan hujah, tapi ramai yang datang macam budak sekolah, dengan songkok da kuning, pakai beg sandang dekat kepale, masuk sini main tujah jek.

    come on la. nak tuduh kerajaan playing shit, show us the shit.

  10. anak malaysia says

    bro aku tak percaya dgn teori akhir zaman komplot dajjal dan mcm2 lagi itu semua sampah100% dlm kes mh370.Siapa percaya memang dia bodoh bertinkek tingkek.Apa yang aku percaya dan aku pasti mh370 ditembak jatuh atas sbb politik luar aka urus niaga pembelian senjata, broker pertahanan dan sbgnya yg mana ianya mesti sesuatu yg amat penting dan amat classified covert ops.Ada org penting dlm ac tu,tapi dirahsiakan atau beliau menggunakan identiti palsu. cara terbaik utk bunuh beliau adalah dgn membodohkan satu dunia bahawa ianya sebuah kemalangan.benda mcm ni biasa dlm kes covert ops..lagipun apa nak hairan kalau ada kena mengena dgn US dan China cuma kita yg tersepit di tengah tengah.. anything is possible.

    • tikuscomey says

      betol tu,semua nak menyampah jer,…kes sebenar nie,…mimyak kapal terbang tu habis,….pilot tu ada hutang luar banyak…so jual enjin kapal terbang tu…..macam tak tau jer kita nie suka songlap enjin kapal terbang

  11. celcom says

    Kata orang tua-tua dahulu
    ”awal ‘petua’ barulah datangnya ‘ilmu’…”
    kata orang muda-muda pula
    ”carilah ilmu,baru dapat kuasai ‘teknologi’…”
    kata orang yang dicari-cari
    “apalah yang ada pada ilmu dan teknologi…”
    kata orang yang……
    “cari guna petua,barulah masyuuk..”
    kata aku..
    “hehe..”

  12. chrysalistar says

    Sy still stick dgn pendirian sy yg pesawat tue hilang disebbkn ‘Kamui’ itu jer end of the story huhu :D

  13. x says

    mungkin sorok celah dubur bukan dalam dubur. gua penah jugak cube teknik ni masa study dulu. bawak masuk rokok lepas je.

  14. Chop says

    Hmmm. Dah bertahun tak post kat blog Shah.
    Pendapat saya yang dalam industri penerbangan?
    Ada entiti yang lebih kompleks dari pengganas telah remote control
    kan pesawat ke destinasi terakhir untuk mengelakkan China dari menerima
    suatu teknologi yang akan memberi mereka decisive advantage. Begitu penting
    teknologi ini sampai 239 nyawa dan sebuah pesawat penumpang adalah collateral
    damage yang boleh diterima.
    Satu lagi, nak sorokkan pesawat ke mana2 daratan adalah hamper mustahil,
    semasa pesawat sedang approach untuk landing, somebody must have seen something,
    Lagi2 pesawat widebody sebesar ni.
    Salaams

  15. Blablabla says

    Teknlogi kunun..transponder lah..ingat hebat sangat ke teknologi manusia?kalau dah kena petir yang kuat..confirm2 lah akan terpadam semua sistem dalam kapal terbang tu..

  16. gigikuning says

    hilangnya mh370 nie sebenarnya kerena kapal nie adalah emas asli murni,isue manggis pon sebenarnya itu adalah berlian harta mulayu,so emas ini nak bayar hutang msia yang cecah 55%,….sebenarnya hilangnya kapal tebang nie,…adalah misi rahasia msia yg sedang beli 7 destroyer,25 kapal selam,300 mrca typhoon,rudal balistic,dan sistem pertahanan udara s 400…..wang buat beli alatan itu ada kat pesawat nie,….. Tengok je la lepas nie msia datang destroyer nak kejutkan rakyat

  17. BRONCO says

    BENDA NE MEMANG DAH DIRANCANG…YAKIN DAN PASTI…TIADA YANG KEBETULAN…DAN BUKANNYA NASIB …MEREKA SEBEGITU…SEBABNYA PERANCANGAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA…

  18. kokkok says

    Alhamdulilah dan syabas. Admin sedar dah bangsa MELAYU itu sangat penting disamping islam dalam konteks negara Malaysia dan DUNIA

  19. near says

    explain:

    1- pesawat misteri yang berpatah balik selepas dipintas jet belanda. pesawat tu sedang menuju ke nuclear summit. (wakil israel takde kat situ, sama macam WTC masa 9-11)…ni boeing mana pulak ni? PESAWAT NI BERLEPAS DARI MIAMI, AMERIKA.

    2-SEMALAM, keluar berita ‘penculik’ di sabah menculik seorang pelancong FILIPINA dan seorang dari CHINA. nampak game dia?

    3-

    • near says

      defy israel-lose an airliner
      http://www.tomatobubble.com/id513.html

      christopher bollyn (9-11 scholar)
      http://www.bollyn.com/home/

      sorang lagi ‘truth activist’ yg true dan hardcore – jeff prager

      baca la tulisan2 diorang ni, termasuk jim stone tu…orang2 ni habiskan hidup dia menyiasat perkara2 mcm ni.

      tak tau la apa korang rasa…tapi pada aku, malaysia tgh kena serang..standard la, ops false flag.

      pasal pelancong filipina dan china yang diculik, (ada update tak?)..AS ada pangkalan di FILIPINA. AS mmg cuba renggangkan hubungan malaysia-CHINA.

    • Captain Malaysia says

      dlu bro syah ckp “minyak MH370 TAK CUKUP UNTUK SAMPAI KE DIEGO GARCIA”.

      nah ambik, satelit inmarsat tunjuk titik akhir di selatan Lautan Hind. Lebih jauh dari jarak antara titik mh370 di selat melaka ke diego garcia.

      1. Saya percaya, mh370 di diego garcia sebab byk point2 yg mencurigakan tmsuk dakwaan former CIA sndri Robert Baer bhw USA pd 1980-an penah create plot utk rampas pesawat Soviet. dan…pesawat tsbt d bawa k sbh pulau d laut hindi.

      2. Sumber risikan Rusia sndri ad mklumkn pd China ttg mh370.

      3.6 org lelaki inggeris dikesan mengambil gmbr dan nombor pesawat MAS d klia. dan skrg, TIBA TIBA BANYAK KEBETULAN enjin pesawat Boeing MAS rosak.

      4.Pelancong China diculik. Based on pic, penculik tu nmpk cam tentera or komando….mean group yg tlatih…modus opurandi USA d Afgjanistan.

      • anak malaysia says

        tu semua politik..tengok kat timur tengah apa yg disebut2 sbg kebangkitan islam itu semua kerja Us dan Yahudi.apa kau fikir org mampu angkat snjata dan terus berperang? diorang semua dilatih terlebih dahulu oleh CIA dan Mossad,boleh cari sendiri maklumat,gambar dan info kalau tak percaya.. cuma kita yg dibodoh bodohkan dlm media massa kononya kebangkitan islam dan akhir zaman,sbnrnya ianya adalah peperangan pengaruh politik, satu demi satu negara pro russia US sentuh bermula dari negara islam hinggalah terkini di Ukraine.Peperangan ni dah lama bermula sejak pembentukan soviet lagi.. US dan yahudi sgt licik, pertama sekali mereka akan pengaruh golongan ilmu agama utk memenangi hati rakyat,sbb itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini barisan nasional serius dlm menjaga institusi ulama.nasib kita baik alhamdulliah kita ada barisan peminpin yg bijak dlm mengamalkan dasar equivalent(tidak pro kpd mana2 kuasa besar)..semuanya atas satu sbb utk pembentukan new world order, hasrat ni takkan tercapai sehingga mereka mengurangkan kekuatan kuasa besar dunia yang menentang mereka

  20. Flanker2020 says

    ada baiknya disiasat Diago Garcia oleh komando khas Malaysia, sebelum menolak andaian yang biasa.
    Kalau berjaya diselesaikan Malaysia akan di hormati Negara 2 lain.
    Itupun kalau berani.

    • anak malaysia says

      itu diversion bro, kononnya kapten berlatih simulator utk mendarat di pulau terpencil..Konspirasi demi konspirasi utk menutup perkara sebenar. mcm tu cara Us dan Yahudi menyorokkan krookk krokk yg depa buat..kalau kata jumpalah kotak hitam tu, rakaman suara ketika terhempas akan dipadamkan./ dimanipulasikan oleh proksi Us yg terbabit dlm mh370. tragedi ni akan kekal misteri tak percaya tengoklah nanti..takkan sesiapa yg tahu apa yg sebenarnya berlaku..

      *Sekarang ni zaman di fasa perancangan perang dunia 3, masa perang dunia kedua dulu, perancangan perang dah bermula 10-15 tahun lebih awal, tak mustahil kalau mh370 ni terkait dgn percaturan peperangan kuasa besar dunia..Mungkin ada High value target dlm ac tu, seorang pembroker senjata atau bekas komando risik atau seseorang yang mempunyai rahsia yg mampu menjatuhkan sesebuah negara, kita tak tau..

  21. arnab says

    kita nie tak citer alatan militery lagi ke?apa kerena tak de wang nak ikut arm race?kalau tiada citer alatan militery baik kita citer hantu polong ke,henjutan siam ke

  22. acap says

    bro syah israel nak buat apa dgn pendua mas tu di tel aviv? punya banyak pengguna boeing,knp diorg pilih mas?

    bole tak bro ulas tentang france jual/bagi maklumat kapal perang taiwan (buatan perancis) satu masa dulu . dan kes pegawai tinggi navy taiwan dibunuh selepas dia cuba bongkar hal mengenai pembelian kapal perang taiwan dari perancis.

    apakah tak mungkin perancis ni akan berbuat benda sama kpd malaysia? saya terjumpa benda ni ketika tengah search keupayaan frigate gowind…la fayette…

    bukankah frigate buatan uk lebih berkualiti….tq

  23. march says

    yg percaya teori MH370 ada di Diego Garcia adalah kalangan mereka yang

    1) Masih mengharap mereka hidup
    2) Kerajaan sembunyikan something dan banyak menipu
    3) Manggis bukan manggis
    4) all above: pendek kata, mereka anti kepada Najib and seluruh kerajaannya.

    • near says

      salah.

      Salah.
      aku paling anti anwar dan PR.

      aku 95% yakin,

      mh370 pernah mendarat di diego garcia. tak tau la pulak apa nasih pesawat dan penumpangnya sekarang.

  24. Malaya says

    SAYA TAK PERCAYA DENGAN TEORI PHILIPS WOOD TETAPI SAYA AMAT YAKIN TEORI MH340 LANDING DI MALDIVES (ADA SAKSI DI MALDIVES TETAPI DISENYAPKAN) UNTUK MENGISI MINYAK SEBELUM DESTINASI TERAKHIR KE DIEGO GARCIA.

  25. Sepet faiz says

    Salah.minyak cukup untuk flight 8 jam.distance diego garcia lebih dekat drp distance ke Beijing.bikin research dulu tuan haji. Tapi bule tlg jelaskan mcmane dlm filem man of steel,coordinate sama dgn tmpt MH370 beri signal terakhir dgn scene dlm filem tu?

  26. jejantan says

    Apa khabar Tn. Shahpaskal. Terlebih dahulu tu sy nk bgtau bbrapa fakta yg x tepat mengenai Iphone. Sy rs mgkin pakar Melayu kita tu terlupa atau overconfidence. Bateri iphone mgkin bole tahan 10 ari jika die off hp utk elak dikesan atau nk jimat bateri utk emergency. Kedua iphone bole send sms melaui voice command tanpa menaip ape2 pun semudah abc. Cuba gogube pun ade. X semestinya iphone hp canggih lain pun bole. Wireless network pun ade sbb die us citizen pastinya guna operator sim yg sama dgn askar nya sendiri. Cuma bab simpan dlm blackhole je yg x pasti. Pas exif data mmg bole tukar tarikh sesuka ati tapi modified date sgt ssh utk ditipu lagi2 kalo data tu embedded dan encrpyt dgn image. Maknanye kita bole tau samada ia raw image (ori) atau dh diubah atau altered data. Maybe highly skillful expert shj bole manifest data into pixel bit level dan bukan sng smpkan video lewat bang nor pun anta pi us utk analyze.
    Saya sebenarnya x nak tekankan betul ke x teori ibm wood ni tp sy musykil kenapa tn haji beriya2 sgt menolak teori ini bulat2. Konspirasi masih konspirasi..sukar utk terima dan ditolak.
    Sebenarnya planner utk event ni suka kalo mcm2 konspirasi dicipta kerana org ramai atau official party mmg mudah menolak konspirasi atau teori sedang kan konspirasi tulah jln yg benar telah terjadi. Mudahkan nk divert fokus org dgn mengatakan ia hanya konspirasi. Orang akan mudah melupakan..stratergi psiko skg mmg power dr internet jaga2.
    Lastly tn. Haji cuba menafi kapal dirampas? jika kapal tu dimatikan transponder dgn sengajanya dan membuat pusingan smooth ke kanan dan melalui flight plan yg menjauhi mana2 radar dgn bijaknya tanpa mn2 negara perasan yg malah out smart keselamatan negara sendiri apakah term yg paling sesuai selain HIJACK atau ???!!…Ke kapten zaharie saja main2 utk april fool atau elien takeover ke. Haha just teasing tn haji..

  27. Zender says

    Dah terai letak I-phone celah bontot, tak dan 5 minit berbunyi, siap vibrate lagi hahaha…

    * Tak nampak code2 yang nak dikaitkan dengan entri yang lepas :(

  28. buyeed says

    ramai yg tak percaya pasal phone punya cerita ini sbb memang tak logik.. Andai benar sekalipun bila berita begini tersebsr pasti tahanan akan dihapuskan…dari insiden ini saya pasti ada tgn ghaib yg cuba mengaturkan hal ini….malaysia bukan matlamat mereka buat masa ini cuma scapegoat utk memudah cara hasrat mereka. Apapun 2014 dan 2015 adalah tahun yg penting bg puak zion kerana mereka percaya jika mereka tidak membust new establishment mereka harus tunggu 100 tahun lagi. Saya menjangkakan sesuatu akan mula terserlah start from this mid april.

  29. says

    Dia tulis in my ass….ass bermaksud punggung..tidak bermaksud LUBANG DUBUR..dan dia xda maksudkan didalam lubang dubur dia..boleh saja dia menyelitkan ip5 tue antara dua keping daging punggung..try buat…TQ

    • near says

      kalau dalam lubang dubur tu, bahasa inggerisnya, ‘anus’.

      ‘i hide my handphone in my anus’

  30. says

    aku sejak dulu dah kata dah..ini semua tipu…tapi ramai jugak yang percaya tu..huhuhuhuhuhu..=D….sebab itulah aku dah banyak tempat di banned oleh page-page dan blog propaganda merepek tu..contohnya AL FAEDAH TAK BERFAEDAH tu..huhuhuhu..=D..

  31. black says

    thnx update shah, ade turun kawasan keramat ke smlm?
    kpd comment2 yg berebut nk jd first tahniah n meh la jumpe aku.. aku nk bg hadiah special.. hadiah misteri menanti anda semua..

  32. beruangkutub says

    Salah! Ada cell handphone di Diego Garcia. Tak percaya? Google “Diego garcia cable and wireless”. Cable and Wireless UK adalah syarikat yg membekalkan cell mobile network di Diego Garcia.Fakta bukan auta.Sebelum buka mulut sila la research dgn teliti terlebih dahula.

    • says

      tERIMA KASIH, saya terlepas pandang hal ini, tetapi ia membuka satu lagi kemungkinan bahwa wujud pihak yang mahu menyakinkan bahawa pesawat berada di Diego Garcia. Ada beberapa kemungkinan 1. Sengaja 2. Seseorang yang mahu membuat gurauan terdiri dari penduduk atau anggota tentera US sendiri.

  33. jendol macam mentol says

    Kat malaysia pon ada je org bleh sumbat barang dlm jubo siap tak berak selama 3 hari kehkehkeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>