Nota Penulis : Baru saya tahu mengapa sebulan dua ini, rakan-rakan dari Indonesia banyak menyerang peribadi saya dengan keterlaluan. Rupa-rupanya ada orang memakai nama saya dalam forum-forum Indonesia. Aduh, nakalnya orang ini. Kepada rakan-rakan Indonesia, saya tidak pernah masuk ke dalam Topix atau forum-forum Indonesia dengan cara menghina kalian. Harap hati-hati, periksa dahulu identitinya.
1. Saya tersenyum apabila membaca liputan mengenai lawatan kapal pengangkut pesawat USS George Washington dan dua buah kapal perang milik Amerika Syarikat (AS) ke pelabuhan Kelang baru-baru ini.
2. Ada yang mengaitkan kedatangan kapal-kapal perang itu dengan agenda Dajal, Yahudi, Illuminati dan Freemason yang dikaitkan pula dengan kepimpinan Malaysia.
3. Saya bagaimanapun memandang isu tersebut dari sudut “survival” Malaysia yang tersepit di antara dua kuasa besar dunia.
4. Tidak salah tetapi kadang-kadang kita ini terlalu memikirkan soal Illuminati, kadang-kadang kita lebih tahu soal Dajal dan Iluminati tetapi kita sendiri gagal mengenal Rasulullah SAW dan tanda-tanda kebesaran Allah mahupun perkara-perkara yang telah ditunjukkan Allah kepada kita.
5. Seronoknya Dajal kerana ramai orang bercakap tentang dia, dalam hati dia : “Glamour Den”.