NOTA PENULIS : TAK BOLEH NAK PONTENG SEKARANG INI, NAZA, COMMODORE, MAT INDOOR, NARUTO, ANAK MALAYSIA DAN PEMBACA LAIN DOK PRESSURE DEN,
1. Untuk beberapa minggu ini saya akan mengeluarkan artikel yang ringan untuk mengelakkan sebarang “peperangan kecil” dalam ruang komen, dan kemudian akan mengeluarkan satu artikel yang pastinya akan menyebabkan “peperangan” menjadi gamat kerana ia membabitkan kejadian sebuah negara tertembak…jeng jeng.
2. Buat sementara itu, biarlah kejadian dan identiti negara terbabit dirahsiakan.
3. Oleh kerana saya pun sudah terbuka mulut pasal penemuan bandar hilang kelmarin, saya mengeluarkan cerita pemuka dahulu untuk menyebabkan kalian semua terfikir-fikir sampai berdarah kepala otak dan hati menjadi selalu rindu kepada blog saya hahahaha.
4. Sudah bertahun saya mendengar tentang sebuah bandar yang hilang di dalam hutan di negeri XXX, saya membuat penyiasatan sendiri melalui bantuan bekas kakitangan Muzium Negara, pejabat tanah, sahabat saya di Muzium Tentera Darat tetapi maklumat yang diperolehi sangat sedikit dan sebenarnya, mereka tidak tahu pun kewujudan bandar ini.
5. Selepas berpindah ke Kolumpo pada bulan November 2011, saya mula giat membuat soal siasat kerana banyak akses di kota besar berbanding pekan kecil macam Seremban.
6.Dengan bantuan kontek saya iaitu seorang peguam dan “Treasure Hunter” di Pahang, saya cuba mendapatkan peta topo untuk negeri XXX tetapi malangnya peta terbabit hanya diberi kepada pihak tentera dan untuk orang awam, versi yang sudah ditapis sahaja dikeluarkan, hampehhhhh…kalau tidak ada peta topo, payahlah nak bergerak dalam hutan, di Kuala Lumpur pun saya gagal dapat peta ini dari pihak JUPEM.