Jalur Gemilang disamping bendera negara lain di Kem Bamian, Afghanistan
1. Sekali lagi kita bertemu dan kali ini, kita mengimbau kembali pengalaman sahabat-sahabat saya yang bekerja sebagai operatif dalam grup Malaysia Connection yang diketuai oleh Jismi
(sila klik sini untuk baca pasal Malaysia Connection Siri Pertama)
2. Jismi ini baru telefon saya untuk memaklumkan dia akan “feed” report dari Tebing Gaza,
Palestin dan misi ke Palestin, saya masih tidak jelas kerana semasa beliau telefon saya, badan saya patah riuk akibat banyak kali jatuh motor, jadi saya tidak berapa fokus apa yang dia cakap.
3. Saya cuma cakap, “Ya..ya bagus..bagus, jangan lupa aku…ada secret mission ke? ada kaitan dengan Israel kah?”, dia cuma tersengih…hehehehe.
4. Keesokkan harinya, saya bertemu dengan orang paling kanan Jismi iaitu Sniper Gunung, bekas penembak tepat tentera yang pernah terlibat dengan pertempuran di Somalia.
5. Pertemuan kami adalah kerana saya dan dua sahabat lagi mahu mengutip barang-barang yang kami pesan dari Afghanistan.