NOTA PENULIS : HARAP BACA DENGAN RASIONAL. INI ADALAH RENTETAN SEJARAH. HARAP JANGAN BERGADUH DENGAN FORUMER INDONESIA. SAYA SEDANG MERANCANG UNTUK MEMPERKENALKAN SISTEM EMEL, DI MANA HANYA MEREKA YANG BERDAFTAR SAHAJA BOLEH BAGI KOMEN. MANA-MANA KOMEN YANG MEMAKI HAMUN, EDEN TERUS BLACK LIST.
1. Tentu ramai yang tidak tahu kisah ini, ia berlangsung sewaktu negara kita berada di dalam konfrantasi dengan Indonesia yang ketika itu melancarkan “Ganyang Malaysia” atas dosa yang sehingga hari ini kami tidak tahu.
2. Alasan mahu membebaskan Malaysia dari Inggeris tetapi yang diserang dan disembelih hidup-hidup termasuk ketika sedang beribadat ialah anak-anak bangsa Melayu dan dua insiden telah terjadi, satu melalui Peristiwa Kalabakan dan dua, pembunuh beramai-ramai Rejimen Infantari 1 Singapura (SIR 1) yang terjadi di Kota Tinggi, Johor.
3. Pada 16 September 1965, negara kita iaitu Malaysia dirasmikan dengan kehadiran Singapura, Sarawak dan Sabah dan pada tarikh yang sama, pasukan komando Indonesia ketika itu sedang bersiap untuk mencerobohi ruang udara Sarawak/Sabah melalui sempadan Long Pasia/Long Bawan.
4. Sebuah pesawat Hercules C130B dengan nombor lambung T-1306 sedang disiapkan dan terbang dari lapangan terbang Pontianak, kapal terbang ini dengan seramai 36 komando para akan menceroboh Sabah pada hari itu.
5. Pesawat tidak ditandai dengan jelas, ia merupakan satu operasi sulit atau clandestine, tidak ada iringan dari jet pejuang MIG-17 milik ABRI-AU pada hari itu, petugas-petugas meriam anti pesawat yang berkedudukan di kawasan lembah Long Bawang (di bawah kawalan kompeni meriam anti pesawat ABRI) juga tidak dimaklumkan.