KEDUDUKAN OPHIR DARI KOMPAS ILUMINATI

 

Nota Penulis : Untuk beberapa purnama ini, tidak lah saya dapat menulis tentang ketenteraan secara langsung disebabkan beberapa hal yang menutupi keamanan dalam hati kita semua lantaran sikap fanatik sesetengah dari rakyat kita terhadap politik sehingga tertutuplah hatinya kepada kebenaran dan terpinggirlah dirinya dari apa yang dituntut agama.

Sebagai orang kampung yang duduk di ceruk bandar, menumpang kasih Allah mencari rezeki pagi dan petang maka tergerak lah hati saya untuk menyumbang sebarang dua buah pemikiran supaya boleh dijadikan “escapism” dari masalah politik yang semakin hari semakin rumit untuk ditangani.

1. Selama ini kita selalu baca dan buat kajian tentang Tanah Ophir dari penyelidik Melayu tetapi kali ini saya bawa saudara semua sekelian melihat tanah tersebut dari kaca mata barat berdasarkan dokumen-dokumen terbitan Iluminati yang disampaikan kepada saya.

2. Kalau ikut kajian barat dan bukti-bukti gambar yang saya lihat, Ophir sebenarnya merujuk kepada Filiphina di mana aktiviti perlombongan emas berkualiti tinggi masih dijalankan di negara itu.

3. Ophir juga merujuk kepada nusantara itu sendiri di mana rantau ini kaya dengan galian emas, dari Semenanjung Malaysia hinggalah ke Kemboja.

4. Tidak ada disebut bahawa secara spesifik Ophir itu adalah Gunung Ledang, kerana jika Ledang itu adalah Ophir, sudah tentu sehingga ke hari ini, kerajaan kita sudah pun mengali emas di situ. Kewujudan Ophir dinyatakan dalam Bible Perjanjian Lama.

Continue reading

EMAS DAN KEBANGKITAN NUSANTARA

Penulis : Ini artikel dari sifu saya dalam bidang ekonomi akhir zaman dan harta karun yang saya gelarkan, “Master Planner”, kang letak nama betul, kantoi pulak. Untuk bulan ini kita fokus kepada alam Melayu, malas nak buat cerita militari, nanti orang gaduh pasal demam politik tidak turun lagi suhunya.

Saya harap para pembaca akan dapat membuka minda, artikel ini membatalkan banyak teori yang berlegar di dalam internet. Ini bukan teori, ini realiti dan ada segelintir rakyat Malaysia (Melayu Islam) yang terbabit dalam membantu negara, bangsa dan agama untuk peperangan sulit melawan Iluminati ini.

1. Ramai dari kita telah menonton malah berkali-kali epic bersiri Indiana Jones oleh George Lucas yang mengisahkan seorang ahli kajipurba bernama Dr. Henry Walton “Indiana” Jones, Jr yang tak ada kerja lain selain memburu harta karun.

2. Orang yahudi seperti George Lucas ini pandai bermain sentimen kerana dengan membuat cerita-cerita berkenaan, ia seolah-olah mengesahkan bahawa harta karun ini adalah milik mereka berdasarkan sejarah Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).

3. Raja-raja Eropah tahu perihal Nusantara ini setelah diberitahu oleh kumpulan rahsia ahli sihir penyembah Iblis mereka kerana gurunya, Dajjal The AntiChrist telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka walhal di kala itu dokumentasi yang boleh dirujuk hanyalah terhad kepada manuskrip mitos Nusantara kuno yang tersimpan di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Elexandria Library), Mesir.

4. Maka dengan itu, berlumbalah kaum penjajah Eropah beserta bala tenteranya ini ke Nusantara dan kita terjajahlah bermula dari kejatuhan Melaka di tahun 1511 kepada bangsa Portugis, kemudiannya Belanda (bermula 1641), kemudian Inggeris (dari 1824) sehingga kekalahannya kepada Jepun (Disember 1941) dan bermulalah pentadbiran ketenteraan Jepun secara rasmi (15 Febuari 1942 hingga 12 September 1945 – kekalahannya dalam WW2).

5. Juga dari hasil kajian dan pemerhatian kepada wahyu Allah SWT dan hadis-hadis Rasullulah SAW, berjayalah kaum penjajah ini menjumpai Negara kita – Negara yang kaya dengan galian ‘EMAS’nya. Sila ikuti entri berkaitan Tanah Ophir di blog ini (AKAN DATANG SHAHPASKAL TULIS)

Continue reading

MINYAK DAN HARGA UNTUK KESELAMATAN NEGARA

 Nota Penulis : Artikel ini adalah hasil dari seorang rakan yang berada dalam lingkungan yang saya kira masyarakat umum akan gagal untuk faham, minyak dan pertahanan sebenarnya berkait rapat. Saya bagaimanapun tidak menambah perkara-perkara yang sensitif di dalam ini yang berkait rapat dengan keselamatan negara.

Saudara pembaca : Dalam dunia, carigali minyak laut dalam dibuat di Teluk Mexico dan kawasan Sabah sahaja. Teknologi terkini industri minyak laut dalam di kuasai Petronas dan meninggalkan negara-negara jiran kita yang lain.

 

1. Negara diambang pilihanraya ke-13 pada 5hb. Mei ini dengan parti politik sekarang giat berkempen menjelaskan manifesto masing-masing dengan pelbagai tawaran dijanjikan.

2. Malangnya, tidak ada satu pihak pun yang memberi penekanan kepada pemantapan elemen pertahanan negara khususnya berkaitan penambahan aset tempur Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.

3. Sebenarnya, kes Lahad Datu mempunyai objektif tersirat yang mana ia mempunyai kaitan dengan kekayaan  Sabah yang ditunjangi oleh terdapatnya lembangan minyak dan gas (O&G) diperairan Sabah, selain kemungkinan wujudnya emas tinggalan perang – yang tidak dikupaskan di sini.

Continue reading

STATUS MRCA

1. Assalammualaikum…

2. Kepada semua anak Melayu, anak Malaysia.

3. Maaf kerana lewat update blog, tapi ini kira tidak lama….kalau dulu berbulan-bulan saya hilang dan kemudian muncul kembali.

4. Ketika artikel ini ditulis, negara baru sahaja pulih akibat pencerobohan pengganas Kiram dan sekarang seluruh rakyat Malaysia sedang fokus dengan pilihan raya umum kali yang ke 13.

5. Kepada yang mengikuti komen-komen saya di Facebook, nampaknya ramalan saya tentang tarikh pilihanraya adalah 80 peratus tepat kerana telahan saya ianya akan berlaku pada bulan Mei atau Jun semasa itu, siap dengan hujah dan fakta-fakta yang saya campakkan.

Penulis berada di tepi KD Kelantan untuk menikmati jamuan makan tengahari bersama anak kapal di Langkawi (Kapal ini juga akan diupgrade)

Continue reading