KEDAULATAN TANAH MELAYU LAWAN SIHIR

 

1. Maaf kerana sudah lama tidak update, saya menulis kali ini kerana mahu menjawab pertanyaan beberapa pembaca yang bertanya mengenai sihir mason, sihir illuminati, sihir kabalah serta apa sumpahan yang dikatakan menyelubungi Tanah Melayu ini yang telah mencecah ratusan tahun sehingga gagal dipulihkan.

2. Saya cuma tersenyum sahaja apabila membaca serba sedikit mengenai sihir-sihir ini yang dikatakan masih  berkuasa sehingga sekarang, hebat….iluminati atau pengikut-pengikut Dajal ini seolah-olah terlalu berkuasa sehingga satu negara atau satu Tanah Melayu masih dibelenggu sihir yang berusia beratus-ratus tahun sehingga sekarang.

3. Bagi saya mudah, sebenarnya tidak ada sihir…segala masalah yang menyelubungi orang Melayu adalah disebabkan mereka membiarkan akidah diri dipengaruhi, melupakan terus pengajaran Sifat 20 atau Akhidatul Iman sehingga  iktikad diri menjadi rosak dan kejahilan berleluasa.

4. Perkara kedua, mereka ini lupa bahawa Tanah Melayu dan nusantara ini dilindungi oleh para Wali Allah dan jangan kita menyangka orang-orang alim mati dan tidur semata-mata di Alam Barzakh kerana sesungguhnya mereka hidup di sisi Allah (soal ruh ini, bukan untuk perbincangan umum jadi kita tamatkan di sini sahaja).

Continue reading

TEORI PHILIPS WOOD PALSU

1. Blogger jimstonefreelance.com adalah seorang yang genius, beliau pandai menarik trafik ke dalam blognya dan amat pandai memukau orang ramai sehingga sebahagian pembaca tergoda dan tertarik.

2. Sebagai seorang blogger, saya memang “Salute” jimstone tetapi jimstone ada agenda, semua blogger ada agenda masing-masing, jadi apabila seorang pembaca meniliti setiap tulisan seorang blogger, dia harus berhati-hati untuk menganalisa dan menyiasat apa yang yang blogger itu sampaikan.

3. Malangnya, pembaca kita yang terdiri dari orang Melayu Islam tidak begitu, jutaan anak Melayu tertipu dengan teori Philips Wood yang beredar di internet sehingga benar-benar yakin bahawa pesawat ini sudah ditawan dan penumpangnya selamat di Diego Garcia.

4. Saya sudah membuat andaian perkara ini lama dalam status saya di Facebook bahawa 95 peratus orang akan tertipu dengan konspirasi MH370 dan benar-benar yakin bahawa pesawat tersebut telah ditawan atau hijack.

5. Sehingga ke hari ini, tidak ada SATU PETUNJUK pun yang menunjukkan bahawa pesawat MH370 telah ditawan atau dirampas sedangkan sedikit demi sedikit, sudah ada tanda-tanda bahawa pesawat sebenarnya sudah pun tenggelam di dalam lautan.

6. Orang kaitkan dengan pesawat MAS yang ditemui di bumi Israel yang kononnya menjadi pendua kepada MH370 sedangkan teori ini saya sudah bincangkan dengan blogger Bradokapak akan timbul isu pesawat “Dummy” atau pendua semasa awal kemalangan ini terjadi.

7. Hari ini orangramai baru sahaja “HENDAK” mula berbincang, awal tak awal, BradokapaK telah membuat posting mengenai pesawat pendua pada artikelnya tetapi pesawat pendua ini ada kisah disebalik, cuma saya tidak berminat untuk sentuh di sini. 

SEMUA PENGKALAN AMERIKA SYARIKAT DI KAWASAN TERPENCIL GUNAKAN KEMUDAHAN SATELIT UNTUK KOMUNIKASI

8.  Kedudukan pulau Diego Garcia yang merupakan pengkalan untuk operasi strategik Amerika Syarikat juga terletak terlalu jauh dari daratan terdekat.

10.AS tidak memacakkan menara komunikasi untuk kegunaan tenteranya sebaliknya bergantung kepada beberapa jenis satelit seperti YahClick, Hylas 2, Intelsat 10-02, satelit NSS6 dan Global Personal Service (Mobile Internet) di semua pengkalan AS termasuk di Afghanistan, Iraq dan Timur Tengah.

11.Semua perkhidmatan internet di pengkalan tentera US ini tidak menggunakan pemasangan kabel telefon atau kabel optik untuk tujuan kerahsiaan.

12.Dalam keadaan mata tertutup, mustahil untuk Philips Wood mendapat kata kunci keselamatan untuk kegunaan sambungan internet telefon I-phone miliknya walaupun menggunakan arahan suara.

13.Saya fikir kebanyakkan dari mereka yang percaya dengan teori Iphone dan Philips Wood ini tidak mempunyai pengalaman dan ilmu bagaimana satu-satu pasukan tentera beroperasi dan tidak pernah keluar dari kawasan tamadun manusia yang sentiasa dilingkungi gelombang wifi dan liputan telefon bimbit.

MEMAHAMI BAGAIMANA TEORI PHILIPS WOOD BERJALAN

14.Ini merupakan analisa yang dibuat oleh seorang penggodam komputer anak Melayu (Sorry, saya lebih percaya kepada kemampuan anak Melayu dari menerima cerita orang puteh bulat-bulat macam anda semua)

15.Pada 18 march lepas timbulnya satu dakwaan mengatakan kononnya ada gambar yang diambil dari Iphone milik seorang penumpang yg merupakan pekerja IBM. Dalam gambar yg kononnya diambil dari iphone yg disorok didalam punggung penumpang itu selama 10 hari sejak kehilangan pesawat MAS.

16.Gambar yang diambil dari Iphone yg disimpan didalam punggung selama 10 hari itu didakwa mengandungi Exif data yg mengarahkan kepada Diego Garcia. Dan gambar itu dihantar bersama pesanan yg panjang dan teliti.

17.”I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly.”

KEPALSUAN TEORI

18.Apakah itu Exif data? Exif bermaksud Exchangeable Image File yg mengandungi data2 berkenaan gambar yang diambil contohnya jenis kamera apa yg digunakan, resolusi apa yg digunakan sehinggalah lokasi gambar diambil sekiranya GPS diaktifkan.

19.Dakwaan pihak luar mengenai Exif data tidak boleh diedit adalah satu pembohongan, kerana terdapat puluhan software2 editor yg boleh digunakan untuk mengedit semula Exif data yg dihasilkan, hanya semudah abc sahaja untuk mengedit semula Exif data ini. Apatah lagi GPS boleh ditipu menggunakan kaedah ‘spoofing’.

20.Sukar untuk dibayangkan bagaimana caranya untuk menahan dari untuk membuang air besar selama 10 hari, dan bagaimana iphone itu diambil semula dari dalam punggungnya selama 10 hari, adapun tentu iphone itu akan kehabisan bateri setelah 10 hari, dengan mata yg diikat, bagaimana dia mahu mengambil hp dari dalam punggungnya yg terperam selama 10 hari dan menghidupkan camera dan menaip dengan sempurna dan teliti?

21.Sukar juga untuk dibayangkan tebusan yg hanya diikat matanya tanpa diikat tangannya, apa gunanya kalau hanya mata diikat tapi tangan tidak? sudah tentu tangan akan diikat sekali, lagi2 ini melibatkan tuduhan terhadap askar US yg biasa melakukan kerja2 tangkapan dan penculikan.

22.Tuduhan bahawa pesawat sudah berada di Diego Garcia tiada rasionalnya, apatah lagi dikirar faktor bahan bakar kerana untuk kesana tidak mencukupi dan hanya memungkinkan tamatnya perjalanannya di lautan sekiranya tidak mendarat di lapangan terbang yg terdekat.

ANDA BOLEH BUAT EKSPERIMEN SENDIRI

23.Kepada pengguna Iphone, anda boleh membuktikan teori ini palsu.

24.Pertama, cuba sumbatkan telefon tersebut ke dalam lubang dubur anda, kalau berjaya, saya belanja anda minum.

25.Kedua, jika kita andaikan Philips Wood menelan telefon dan menggunakan telefon yang kemudian dikeluarkan melalui najis, sila ambil segelas air dan rendam telefon anda selama 10 hari atau kurang. Saya tidak tahulah kalau perut kita ini macam kantung kangaroo yang kering sentiasa kerana kalau tidak silap saya, dalam perut dan usus ini banyak cecair yang kita panggil asid.

26.Selepas direndam, Iphone anda masih boleh dipakai, saya akan jadi pengguna Iphone yang baru sampai bila-bila.

27.Last but not least, sesiapa yang ada Iphone, cubalah sendiri dengan menutup mulut dengan kain dan kemudian beri arahan menggunakan suara…yang paling best, silalah beri arahan untuk menaip sms.

THE ECTASY OF GOLD

NOTA PENULIS : Saya nak ucapkan terima kasih kepada blogger Kujie dan pasukannya kerana berjaya menyelesaikan masalah blog saya. Hari ini, saya buka Lapisan Pertama, Lapisan Kedua dan Ketiga adalah untuk hari-hari kemudian.

1. Jenuh nak melayan pertanyaan kawan-kawan dalam Facebook, tiba-tiba naik mendadak sampai beribu orang, pertanyaan yang diajukan kepada saya adalah daripada masalah percintaan boyfren and girlfren, cara-cara mengorat awek (inipun aku kena selesaikan, adehhh) , masalah macam mana nak jadi lelaki macho,  Ufo, alam ghaib, jin, agama, ekonomi, harta karun, tempat-tempat arkeologi sampailah kepada hal-hal politik tempatan, antarabangsa dan pertahanan.

2. Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan, saya tidak dapat menjawab semuanya…teruk sungguh kerana saya sudah menjadi kaunter pertanyaan hehehe.

3. Bab MH370 ini saya malas nak ulas, walaupun ada nada-nada sumbang menyindir saya tetapi saya malas nak melayan kerana walaupun saya benar tetapi ada kesilapan misalnya lokasi kerana itu dalam hal-hal yang berhubung dengan keadaan pesawat itu termasuk dalam hal-hal yang tidak boleh diterima akal orang.

4. Kalau saya nak beritahu pasal MH370 ini, ia hanya akan memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikan.

5. Sambil menaip, sambil saya menghisap rokok dan pasang lagu dari filem The Good, The Bad and The Ugly lakonan Clint Eastwood, lagu kegemaran saya, The Ecstasy Of Gold yang digarap oleh Ennio Morricone.

6. Emas adalah logam yang sangat istimewa, ia menjadi tarikan kepada alam ghaib dan juga manusia.

7. Cuba anda ambil perhiasan emas (lebih besar kandungan emas dia, lebih bagus), anda tanam di dalam tanah dan tandakan kawasan tersebut dengan pacang kayu.

8. Biarkan selama 40 hari atau lebih, anda akan mendapati emas tersebut seolah-olah ditarik masuk ke dalam lagi dan silap-silap haribulan, boleh hilang walaupun anda telah buat tanda.

9. Ini menunjukkan emas merupakan logam yang sangat berat dan mudah benar tertarik dengan graviti bumi (secara saintifiknya), kadang-kadang ia tidak ditarik tetapi ia berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Emas yang sudah disumpah milik sahabat saya yang dikeluarkan dari Pulau Tengkorak, Terengganu

Emas yang sudah disumpah milik sahabat saya yang dikeluarkan dari Pulau Tengkorak, Terengganu

WARIS

10. Anehnya emas di Tanah Melayu berbanding dengan emas-emas di tempat lain, emasnya terutama dalam bentuk jongkong seperti yang dibuat penjajah melalui lombong-lombong rahsia di dalam hutan seolah-olah seperti sudah mempunyai hak atau milik seseorang atau apa yang kita panggil sebagai waris.

11.Waris yang akan menaikkan emas-emas ini perlu membuka rahsia yang disimpan dalam tanah atau gedung-gedung besar yang ditutup dengan gunung menggunakan sejenis kunci khas yang diwarisi dari Rasulullah SAW.

12.Kunci-kunci ini akan digunakan untuk membuka perbendaharaan dan hasil galian di bumi bertuah ini untuk kegunaan beliau sebagai pentadbir dan dengan segala kemuliaan junjungan besar Nabi kita, ia akan dipakai untuk memajukan umat Islam, umat bukan Islam, merapatkan hubungan Malaysia dan Indonesia, Kemboja dan mungkin termasuk sebahagian dari Filiphina atau Bangladesh dengan dibantu oleh dua atau tiga orang sahabatnya yang terpilih.

13.Jadi jika satu hari nanti, waris yang sebenar ini muncul, tidak perlulah menagih hak anda. Anda tidak mempunyai hak, ia adalah adalah kepunyaan seseorang. ANDA INGAT PESAN INI : IA BUKAN HAK ANDA tetapi atas belas ehsan dan kemuliaan serta kasih sayang yang diwarisi dari moyangnya, Rasulullah SAW, ia akan diguna secara tidak langsung ke atas anda melalui projek-projek ekonomi, pembangunan, memartabatkan Islam dan sebagainya.

KAPAL-KAPAL YANG KARAM

14.Oleh kerana emas-emas di Tanah Melayu ini mempunyai waris, sesiapa yang cuba engangkatnya keluar tanpa izin dari pemerintah seperti Raja-raja Melayu yang berdaulat (zaman sebelum waris sebenar lahir), pastinya cubaan itu akan gagal.

15.Dan bukan sedikit kapal yang karam kerana berdaulatnya emas-emas ini dan contoh yang paling popular adalah kapal Portugis iaitu Flora De La Mar.

16.Isunya adakah kapal Flora De La Mar yang karam ini mengandungi emas? Saya syak, emasnya mungkin sudah ditarik balik atau dipindahkan ke tempat yang lain di Tanah Melayu ini untuk diambil oleh orang yang empunya hak pada sampai detik dan ketika.

17.Bagaimana pula dengan kapal yang lain yang tenggelam di dalam lautan, mungkin ada tetapi rasanya ada pihak tidak yang mahu kapal karam ini dijumpai, kalau jumpa pun, emas yang dibawa sudah dialihkan ke tempat asal.

18.Adakah kapal-kapal karam ini tenggelam di lautan nusantara, ya sudah semestinya tetapi ada yang dilontar terus keluar dari wilayah nusantara.

19.Itu contoh yang paling buruk sampai nyawa jadi galang gantinya. Dalam situasi lain, emas-emas ini yang mungkin berjaya diangkat keluar tetapi ia akan ghaib secara tiba-tiba.

20.Wilayah nusantara terutama di Tanah Melayu ini masih ada Wali-wali Allah atau Penjaga Kunci Tanah Melayu yang menjaganya, ada yang masih hidup dan ada yang duduk diam dalam lapisan alam yang lain.

SIFAT EMAS BERTUKAR

21.Paling boring adalah emas yang berjaya diangkat atau ditarik keluar tanpa menepati syarat-syarat yang sah seperti waris dan kunci akan bertukar menjadi sejenis logam lain atau dalam bahasa mudah menjadi “Tembaga”.

22.”Tembaga” ini sebenarnya merupakan emas itu sendiri tetapi “Sifat” emas itu telah ditarik dan tinggal lah sejenis logam yang unsurnya gagal dijelaskan oleh komuniti sains sendiri, sejenis logam baru yang sangat keras dan saya fikir, saya sudah jumpa bahan untuk membuat armor kereta kebal zaman akan datang yang kalis peluru HEAT, SABOT dan sebagainya.

Di atas adalah emas yang sudah bertukar menjadi “Tembaga” milik sahabat saya, nampak tu…saya isap rokok League tapi kalau orang belanja, saya tukar Dunhill.

Di atas adalah emas yang sudah bertukar menjadi “Tembaga” milik sahabat saya, nampak tu…saya isap rokok League tapi kalau orang belanja, saya tukar Dunhill.

23.Bolehkan emas-emas yang sudah bertukar “Sifat” ini dipulihkan kembali, saya kata boleh tetapi hehehe, kenalah cari tuan yang empunya atau waris yang saya ceritakan di atas (Jadi janganlah dibuang).

24.Bagaimanapun bukan semua emas akan jadi begini, emas-emas yang diwariskan oleh keluarga, Insya Allah tidak akan bertukar.

emas seketul

BOLEHKAN ORANG UMUM MENDAPATKAN EMAS INI

25.Boleh untuk tujuan terdesak seperti membayar hutang dan sebagainya.

26.Masalahnya kebanyakkan pencari emas atau pemburu harta karun meletakkan kepentingan diri pada tingkat utama dan barulah bercita-cita untuk membuat sekolah pondok, pusat tahfiz dan sebagainya tetapi kadang-kadang untuk mendiri dan membina tempat-tempat ini memerlukan ilmu.

Antara projek harta karun saya yang gagal….(&#4^^%$4)

Antara projek harta karun saya yang gagal….(&#4^^%$4)

27.Nasihat saya, jika berpeluang terjumpa emas-emas ini, ambilah sedikit dengan niat untuk membayar hutang, kalau hutang ada RM100,000…memadailah ambil sedikit sesuai dengan hutang tersebut atau kelak, emas yang diangkat keluar bertukar sifat atau ghaib.

28.Seperti yang sahabat-sahabat saya pernah pesan : “Niat adalah sesuatu yang ghaib. Tidak ada satu makhluk pun termasuk iblis, jin atau malaikat yang mengetahui niat seorang manusia kecuali niat itu diterjemahkan ke dalam akal fikiran, barulah hijab niat itu terbuka dan makhluk-makhluk ini boleh membacanya dan mendedahkan apa yang ingin anda buat”.

29.Saya nak tulis lagi tetapi mengantuk…next time, saya buka lapisan kedua

MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN

1. Penat saya membuat pelbagai teori dan spekulasi dari pelbagai sudut ilmu, sejarah dan kes-kes berkaitan dengan penerbangan dan ketenteraan apabila apa yang saya terima benar-benar mencabar minda logikal saya.

2. Saya merupakan antara orang pertama yang membuat status bahawa pesawat tersebut sudah musnah akibat satu letupan yang saya syaki bom di muncung pesawat (saya update status saya di Facebook bahawa pesawat sudah berada di dalam lautan/musnah bertentangan dengan idea majoriti orang lain yang percaya pesawat sedang ditawan)

3. Saya juga antara orang pertama dari segelintir orang yang melihat bahawa pesawat sudah pun berada di dalam lautan.

4. Saya antara orang yang menolak pendapat bahawa pesawat sudah dirampas dan kononnya di bawa ke lokasi rahsia, saya juga menolak teori kemungkinan juruterbang telah membuat satu tindakan yang membahayakan orang.

5. Yang saya tidak tolak ialah pesawat mungkin dibom dari dalam dan saya juga tidak mengambil ringan hipotesis kemungkinan pesawat sebenarnya ditembak oleh peluru berpandu dari udara ke bumi kerana kemampuan seperti itu dimiliki oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia.

6. Senjata misil jarak jauh seperti ini sehingga boleh memintas peluru berpandu balistik juga dimiliki oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS).

7. Semua itu rupa-rupanya tidak ada kaitan langsung.

HILANG MENJADI MISTERI, TIMBUL MENAMBAHKAN MISTERI

8. Akhirnya dengan peluang yang ada, saya dilaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut berada di dalam lautan yang gelap, lebih kurang 300 meter.

9. Pesawat berada di dalam keadaan baik, 100 peratus atau 90 peratus dalam bentuk asal tanpa kecacatan yang ketara.

10.Semua penumpang berada di dalam pesawat, terikat di tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah berhari-hari di dalam laut.
KEJADIAN TIMBUL

11.Pesawat akan timbul menurut kiraan saya di antara Jumaat/malam Sabtu atau hari Ahad ini, genap tujuh atau lapan hari ia hilang.

12.Ia akan timbul dalam perairan di sebelah Vietnam

13.Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.

14.Pihak berkuasa boleh mengambil barang-barang dan tubuh-tubuh mangsa yang saya rasa berada dalam keadaan yang masih elok.

15.Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri.

16.Tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.

17.Saya juga menjadi orang pertama yang mengumumkan berita ini “pelik tapi benar”, tak payah tuduh kerajaan atau TUDM, TLDM, ATM, LLN, TNB tahu kisah ini kerana semua orang hatta teknologi tercanggih milih kuasa besar pun pening…

NOTA PENULIS : SAYA TIDAK PAKSA ANDA PERCAYA, TUNGGU AJELAH, TAK LAMA PUN, TINGGAL 3-4 HARI SAHAJA LAGI/KALAU TIDAK BETUL, ANGGAP JELAH SEBAGAI ANGIN LALU

 

MITOS DAN KEBENARAN SECRET FUND RAJA RAJA MELAYU

 

1. Selama saya membaca cerita tentang Dana Emas Raja-raja Melayu, Tabung Rahsia Raja-raja Melayu atau lebih tepat lagi “Malaya Funds”, macam-macam versi yang saya jumpa, ada yang kata nilainya sampai bertrilion dan ada yang kata nilainya sampai berzilion-zilion.

2. Wow…kalau sudah sampai ke tahap zilion atau trilion, tidaklah raja-raja kita tinggal dalam istana yang biasa-biasa sahaja, sudah tentu raja kita mampu mengupah askar upahan dari seluruh dunia untuk berperang dengan Siam, tidaklah perlu Kedah merempat di bawah Siam dahulu.

3. Saya senyum sahaja apabila terlalu ramai umat Melayu meletakkan harapan yang tinggi kepada dana emas ini yang kononnya boleh membangkitkan nusantara kembali.

4. Kalau sudah sampai ke peringkat bilion atau zilion dollar, agak-agak anda semua, berapa ribu kali kapal-kapal wap atau layar milik British nak angkut ratusan ribu atau jutaan tan emas dari Tanah Melayu ini untuk disimpan dalam bank tertua di dunia iaitu Bank Of England.

5. Kapal kontena paling besar di dunia hari ini iaitu Maersk E dengan kelajuan atas 20 knots pun hanya boleh bawa 180,000 tan kargo, jadi kalau kapal wap atau kapal layar zaman dulu, berapa tan sangat dia boleh bawa, paling tinggi pun 200 ke 1000 tan sahaja, jadi berapa “trip” dia nak buat dari nusantara sampai ke England untuk angkut ribuan tan emas tanpa sedikit pun menimbulkan syak wasangka pada pekerja dermaga dan anak kapal dari negeri-negeri Selat, Singapura, India dan juga London.

6. Sebagai contoh kapal stim terbesar yang belayar merentas Atlantik di antara New York dan Bristol pada lingkungan era 1800 dulu iaitu SS Great Western pun hanya mampu bawa 1,000 tan kargo sahaja.

7. …dan bukan semua kapal berkuasa stim, kapal dagang layar masih digunakan dan pelayaran dari Nusantara ke England mungkin mengambil masa di antara dua bulan hingga ke enam bulan, jadi jika demikian, British memerlukan ribuan atau ratusan kapal berlayar serentak (kalau nak jaga kerahsiaan) untuk mengangkut ratusan ribu atau lebih dari berjuta tan emas untuk membawa kargo itu dari sini ke tempat simpanannya iaitu Bank Of England.

MENGAPA BANK OF ENGLAND?

8. Bank of England adalah di antara bank yang tertua di dunia ditubuhkan pada 1694 dan kerana raja-raja Melay terletak di bawah pengaruh British, maka bank tersebut dipilih untuk disimpan emas-emas milik raja-raja Melayu ini.

9.Selain dari ketiadaan sistem kewangan yang canggih di Tanah Melayu, ancaman Siam ke atas negeri-negeri utara seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan Pahan merupakan salah satu sebab mengapa raja-raja atau sultan di negeri tersebut menyimpan jongkong-jongkong emas mereka di dalam Bank Of England.

10.Raja-raja Melayu ini pula kebanyakkan bersaudara, bermula dari raja-raja Melayu di Tanah Melayu, simpanan emas di Bank Of England ini kemudian merebak ke sultan-sultan Melayu lain di Sumatera yang memang terkenal kaya sampai ada kapal wap, serta kesultanan lain di Brunei dan juga Sulu.

11.Jadi moralnya, dana emas ini bukan sekadar milik raja-raja Melayu di Tanah Melayu semata-mata tetapi dikongsi juga dengan raja-raja Melayu lain di Indonesia.

DARI MANA EMAS ITU DIPEROLEHI

12. Raja-raja Melayu ini mendapat kekayaan mereka melalui projek perlombongan emas yang mana kita tahu bahawa ada banyak emas di Tanah Melayu ini dan antara raja yang aktif melombong emas adalah Kesultanan Johor kerana itu kesultanan ini mempunyai sejarah yang agak hebat dan agak kaya.

13.Emas-emas ini pulak dilombong memakai teknologi insani seperti mendulang yang dibuat menggunakan kerahan tenaga hamba, penjenayah atau tahanan perang jadi….hasil emas yang diperolehi mungkin setakat berapa puluh atau ratusan kilogram sebulan sahaja.

14.Tidaklah raja-raja Melayu ini menggunakan teknologi jin yang mampu angkut bertan-tan emas seperti Nabi Sulaiman, kekayaan raja atau sultan Melayu ini pun bukanlah datang dari simpanan emas atau permata yang hilang milik Nabi Sulaiman, Nabi Musa atau Qarun.

15.Saya fikir mungkin ramai yang terkeliru di antara cerita Malaya Funds (klik sini mungkin surat pekeliling dalam Kementerian Kewangan ini ada terkait dengan dana tersebut) atau Dana Emas Raja-raja Melayu ini dengan kisah harta kekayaan Nabi Sulaiman yang tidak dijumpai, tidak mengapa, jika diizinkan Allah, saya akan bukak bab itu kemudian kerana kesemuanya terkait dengan piramid.

BERAPA JUMLAH EMAS YANG DISIMPAN

16.Cerita Dana Emas Raja-raja Melayu atau Malaya Fund ini bukanlah rahsia sangat sampai orang tidak tahu jumlahnya, kerajaan Malaysia terutama bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tahu.

17.Sila rujuk link ini yang dipercayai terkait dengan dana tersebut. Mengikut maklumat yang disampaikan kepada saya, kekayaannya mungkin pada sekitar US100 bilion pada hari ini. Jumlah emas yang disimpan berada dalam sekitar 300 ke 400 tan sahaja (mungkin itu jumlah emas milik raja-raja di Tanah Melayu sahaja tanpa dicampur kekayaan emas dari milik Kesultanan Melayu di Sumatera, Brunei dan Sulu)

SIAPA PEWARIS SEBENAR DANA INI

18.Janganlah perasan bahawa dana ini adalah milik rakyat, milik saya atau milik anda. Emas atau jika dipulangkan dalam bentuk tunai sudah tentu ada pemiliknya iaitu kepada keturunan raja-raja Melayu ini.

19.Tidak lojiklah jika moyang anda yang sangat kaya menyimpan dalam bank, apabila dia meninggal dunia, kekayaan itu kemudian direbut oleh orang yang tidak ada kena mengena dengan anda atau pun dengan moyang anda itu.

20.Anda dilahirkan sebagai orang miskin dan berketurunan dari moyang anda yang miskin, jadi realistiklah…dana ini bukan milik anda, ada pewarisnya.

DANA EMAS RAJA MELAYU DAN BANK DUNIA

21.Selepas Perang Dunia Pertama, Eropah termasuk British yang sebenarnya dikuasai oleh Rothchild telah memujuk raja-raja ini yang kemudian diberikan status yang istimewa dalam The Comitee of 300 untuk digunakan bagi asas penubuhan Bank Dunia.

22.Bank Dunia yang diaktifkan selepas Perang Dunia Kedua bukanlah ditubuhkan semata-mata menggunakan emas milik raja-raja Melayu tetapi dari pelbagai sumber kekayaan lain dari orang lain samada individu, kerabat diraja atau negara.

23.Mana mungkin Eropah yang melalui dua peperangan yang amat membangkrapkan mampu menubuhkan bank dunia kecuali dengan kekayaan ini.

DANA EMAS RAJA-RAJA MELAYU DAN NASIB MEREKA

24.Kita tahu,,,British, Rothchild semua bekerja untuk satu pihak iaitu Iluminati.

25.Iluminati ini menguasai pelbagai sistem kewangan dan politik, matlamat mereka adalah untuk membolot kekayaan dunia dan mereka memperkenalkan pelbagai sistem dunia seperti demokrasi, sosialis, komunis dan lain-lain lagi.

26.Golongan ini mahu membolot kekayaan dan telah melakukan pelbagai cara termasuklah pembunuhan.

27. Semoga Allah mencucuri setiap roh yang terpisah dari badan akibat ketamakan manusia yang berebut kekayaan dari Tabung Rahsia Raja-Raja Melayu ini dari zaman selepas Perang Dunia Kedua dan kematian agen-agen kerajaan Malaysia yang berusaha untuk memulangkan sebahagian dari harta tersebut kepada yang hak.

28. Artikel ini ditulis oleh saya, Shahpaskal untuk memperingati raja-raja Melayu dan ribuan kerabat mereka yang dibunuh oleh komunis di Sumatera, Indonesia dan artikel ini ditulis sebagai kata-kata aluan untuk kebangkitan keturunan dari waris yang hak di tanah bertuah ini yang akan berlaku dalam tempoh sedikit sahaja masa lagi (setahun dua ini).

29. Raja-raja Melayu yang dibunuh itu ialah Sultan Bidar Alam Syah IV, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah, Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah, Kesultanan Serdang Asahan, Kesultanan Deli dan Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah.

30. Darah tidak terhenti setakat itu sahaja, ribuan sanak saudara, permaisuri dan puteri-puteri serta waris mereka dibunuh dengan zalim, yang wanita dirogol dan dicabul, yang lelaki dipancung dan dibakar, habis istana dan harta milik raja- raja ini dijarah dan dibakar atas nama kehendak RAKYAT.

31.Saudara-saudara sekelian, ini sebenarnya adalah penjarahan dan pembunuhan untuk satu perkara iaitu PENGHAPUSAN WARIS.

32.Rakyat atau orangramai adalah satu kelompok yang paling mudah dimanipulasikan dengan hanya mempermainkan emosi dan inilah yang sedang berlaku di Tanah Melayu.

33.Artikel ini juga ditulis untuk memperingatkan bahawa komunis adalah alat kerja Freemason dan Iluminati yang sentiasa bergerak bersama rakyat, sentiasa melaungkan kuasa rakyat.

34.Kekayaan dunia pada ketika itu bersandarkan emas dan melalui tipu muslihat yang berjalan sehingga ke hari ini, pergerakkan Zionist, Iluminati dan Freemason telah berjaya menguasai 2/3 dari emas-emas dunia kecuali 1/3 yang hilang menunggu masa untuk ditemui.

35.Emas-emas yang hilang ini kebanyakkan berkedudukan di nusantara dari Kemboja, Tanah Melayu, Indonesia sehinggalah ke Sulu dan golongan jahat ini percaya melalui anasir-anasir ghaib mereka bahawa di sini di Nusantara inilah kekayaan Nabi Sulaiman disembunyikan.

36.Maka Iluminati melalui komunis cuba membolot semua emas ini, Iluminati melalui komunis mesti berkuasa di Indonesia dengan menghapuskan Raja-raja Melayu.

37.British di Tanah Melayu pula mesti menjalankan muslihat dan cuba menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu dan dalam dunia Iluminati, Tanah Melayu itu disebut Malaysia tetapi nama Malaysia yang ada pada hari ini bukan menunjukkan agenda Iluminati itu berjaya dilaksanakan, mungkin kerana “Sodap Bunyinya” maka nama itu dikekalkan, hehehe.

38.Maka berlaku peristiwa yang menyayat hati….habis kesemua Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya disembelih maka kesemua emas yang sepatutnya dipulangkan balik kepada yang empunya hak iaitu Raja-raja Melayu atau warisnya di Sumatera habis dibolot oleh Iluminati.

39.Di Sulu pula, Kesultanan Sulu (Bukan Kiram yaaa) tamat kekuasaannya apabila Raja terakhirnya meninggal dunia dan kesultanan itu berpecah-pecah tanpa mendapat pengiktirafan kerajaan Filiphina.

40.Tanpa pengiktirafan, dana emas ini tidak dapat dipulangkan.

41.Tinggallah Raja-raja Melayu di Malaysia dan Brunei.

DANA RAJA-RAJA MELAYU DAN MAHATHIR

42.Sekitar tahun 90an, sebahagian dari dana ini mahu dipulangkan ke Malaysia dan Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.

44.Sebagai pemimpin yang bijaksana dan tahu kisah dana ini, Tun telah mengarahkan seorang kapten dari tentera darat yang menjadi agen rahsia kerajaan pada masa itu. Saya cuma boleh perkenalkan beliau melalui singkatan namanya sahaja iaitu M.S.

Sorry ya, contact saya provide salinan I.C watak dalam cerita ini tapi dia mintak saya censored semua maklumat dalam IC. Adehhh, baik tak payah bagi IC macam ni...haha

Sorry ya, contact saya provide salinan I.C  agen rahsia bernama M.S iaitu watak dalam cerita ini tapi dia mintak saya censored semua maklumat dalam IC. Adehhh, baik tak payah bagi IC macam ni…haha

45.M.S bergerak ke England dengan abang kandungnya (juga agen rahsia)  serta beberapa orang lagi (jumlah sekitar empat atau enam orang).

46.Menjelang pertengahan tahun 90an, geran dari dana ini berjaya diperolehi untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

47.Tun kemudian mengarahkan seseorang yang berjawatan penting bertaraf Menteri ketika itu untuk berusaha membawa dana itu pulang, bagaimanapun atas dasar kepentingan diri, Menteri tersebut dengan menggunakan pengaruhnya dalam IMF, World Bank telah mengalihkan dana itu ke dalam bank-bank di Indonesia dan Singapura.

48.Episod tersebut amat mengecewakan Tun Dr Mahathir Mohamad atas pengkhianatan yang tidak sepatutnya dibuat oleh menteri tersebut.

49.Pada masa yang sama juga, pihak Iluminati telah melakukan sabotaj ekonomi ke atas Malaysia supaya negara tidak dapat mengambil alih sebahagian dari dana tersebut.

50.Menteri tersebut tidak dapat menggunakan dana tersebut untuk hidup senang pun tetapi atas kesepakatannya dengan bank-bank tadi, bunga atau interest yang mungkin berjumlah jutaan ringgit setahun dapat masuk ke dalam koceknya.

51.Berbelas tahun kemudian, saya akhirnya dapat mengesan kewujudan dana tersebut apabila emas yang disimpan dalam bank-bank di Indonesia ini akhirnya digunakan pula oleh republik terbabit sebagai “colateral” untuk meningkatkan ekonominya.

52.Pada tahun 2011, Indonesia telah membantu bank dunia atau IMF dengan colateral berjumlah US 1 juta, satu jumlah yang dikritik oleh pemerhati Indonesia sebagai tidak lojik kerana duit itu sepatutnya diguna untuk membayar hutang negara. Sila rujuk link ini

53.Jadi dari mana, Indonesia mendapatkan sumber ini?

NASIB AGEN RAHSIA KERAJAAN M.S

54.M.S selepas berjasa kepada negara tiba-tiba cuba dipintas oleh pihak berkepentingan.

55.Habis identiti dan kehidupan peribadinya diselongkar, kemuncak…abang kandung M.S tersebut meninggal dunia dan dipercayai kematiannya ada terkait dengan unsur pembunuhan.

56.Khuatir dengan ancaman yang kini tidak boleh dianggap satu igauan ngeri semata-mata, maka berangkatkan lelaki penuh jasa itu melarikan diri ke luar negara.

57.Entah hidup atau tidak, kali terakhir, saya dengar…beliau menjadi warga negara kehormat di Thailand dengan diberikan perlindungan keselamatan sepenuhnya oleh Istana Siam.

EMAS TANAH MELAYU YANG DILUPAKAN

58.Seluruh Semenanjung Tanah Melayu mempunyai tinggalan emas yang sangat banyak (saya tidak maksudkan emas mentah atau emas alam ghaib) yang selalu sangat dipegang oleh peminat-peminat mistik di tanahair kita.

59.Keseluruhan emas yang dirompak penjajah bermula dari Portugis sampailah ke Jepun dan Inggeris yang dilarikan akhirnya tertinggal di Tanah Melayu dan tidak mampu dibawa pulang kecuali sedikit sahaja (Itulah Tanah Melayu ini mempunyai kedaulatan dan keistimewaan sendiri, apa pun semuanya atas izin Allah) maka sangatlah banyaklah emas yang tertinggal dalam hutan-hutan kita dan juga di lokasi-lokasi yang kita tidak pernah terfikir.

60.Emas dan harta karun ini suatu hari nanti akan dinaikkan ke atas muka bumi yang akan digunakan untuk kebangkitan Raja-raja Melayu, negara dan umat Melayu serta agama Islam keseluruhannya.

61.Ada dua faktor yang akan menaikkan keseluruhan emas ini iaitu “WARIS atau YANG ADA HAK” dan kedua, “KUNCI” dan ia dijaga pula dengan satu lagi perkataan  iaitu “KEDAULATAN”

62.Memandangkan kedua-dua kata kunci tadi saya tidak mahu cerita, apa pendapat saudara-saudara sekelian dengan takrifan dan apa yang anda faham dengan “KEDAULATAN”, ia datang dan pergi, siapa yang memberi daulat, siapa yang menyokong daulat, siapa yang membantu gerangan orang yang mempunyai daulat?.Pendek kata…menatang apa sebenarnya DAULAT ini…hehehehe.

63.Keseluruhannya mempunyai kaitan dengan Rasulullah SAW yang tersembunyi dalam wasiat dan hadis rahsia yang saya ceritakan dulu serta terkait dengan keturunan Raja-raja Melayu melalu satu hadis yang kodnya saya pening sampai sekarang untuk dipecahkan.

64.Oleh itu janganlah dihina Raja-raja kita jika kita setakat tahu melalui buku sejarah, janganlah dihina barang yang kita tidak pernah kenal pun dan situasi yang memaksa mereka berbuat sesuatu yang kita pandang negatif seperti keahlian mereka pada Freemason.

65.Semua raja-raja Islam di dunia mempunyai nasab yang berketurunan Rasulullah tetapi semua digulingkan oleh rakyat sendiri dan tinggallah raja-raja Melayu kita….saya tidak dapat nafi, ada yang nakal dan menimbulkan kebencian rakyat tetapi kita berdoalah supaya raja-raja kita terus terpelihara kerana kesan dari kejatuhan mereka akan membiarkan geng yang lebih jahat berkuasa.