KAPAL PERANG BUATAN MALAYSIA DILANCAR

1. Walaupun malas untuk pergi ke limbungan pembinaan kapal NGV Tech di
Sijangkang, akhirnya saya mengalah kerana ada rakan-rakan yang mahu melihat bentuk
kapal perang buatan Malaysia dengan lebih dekat.

2. Maka selepas solat Jumaat, saya pun bergegas ke Sijangkang dan disana
saya disambut oleh agen no 20 atau “call sign”, Sunlay yang sudi menemankan saya
memasuki limbungan.

Dari dalam khemah VIP, saya kemudian bergegas ke tapak pembinaan untuk mencari shot yang lebih menarik

3. Selepas meletakkan kereta, saya ditegur oleh blogger Malaysia Defense,
Marhalim Abbas yang mahu meninggalkan majlis walaupun majlis pelancaran kapal
belum pun bermula.

4. “Aku nak balik, lambat gila start, pukul 5 petang baru mula…” kata
Marhalim, saya melihat jam, baru pukul 3 petang.

5. Selama sejam, saya sabar menunggu di kantin limbungan, oleh kerana
terlalu bosan, saya pun balik tetapi malang kerana kereta saya sudah di “blok” oleh
kereta tetamu majlis dan suka atau tidak, terpaksalah saya menunggu sehingga jam 5
petang. Continue reading

SPRATLY ANTARA AIR MATA DAN DARAH

NOTA PENULIS : SEMUA KOMEN FORUMER INDONESIA AKAN DIDELETE KERANA KERENDAHAN MUTU KOMEN MEREKA DAN JUGA BANYAK YANG MEREPEK

1. Saban hari ada sahaja percubaan hack dan kerja-kerja sabotaj yang cuba dibuat ke atas blog saya, datangnya memang dari negara “Akan”.

2. Sebenarnya saya tidak kisah pun kalau ada percubaan sabotaj, punyalah susah para hacker ini membuat percubaan menceroboh, saya hanya pekena teh tarik dan membuat sms atau panggilan kepada second and third line of defense saya untuk membuat pembaikian sementara saya pergi mandi atau potong kuku.

3. Dahulu ada hackers dari negara “Akan” tampal gambar tengkorak pada blog, saya sedang main game di CC dengan blogger Malaysia Military Power dan 2-3 rakan yang lain, masalah kemudian selesai ketika saya sedang syok menembak musuh dalam arena Counter Strike.

4. Jadi, tak perlulah susah-susahkan diri anda ketika saya bersenang-senangkan diri saya.

5. Apa pun untuk kebaikan pembaca saya, saya nasihatkan anda supaya tidak “klik” mana-mana link atau pautan yang diberi oleh negara “Akan” kerana laman web yang mereka berikan sebenarnya bersifat “dummy” dan diguna untuk memasukkan virus pada blog saya atau ke dalam komputer anda sendiri.

Continue reading

KD Jebat dan Saya

PENGALAMAN NAIK KD JEBAT

1. Sudah bermacam-macam kapal perang milik Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sudah saya naik dan belayar dan yang paling kerap adalah dari kapal sokongan KD Mahawangsa dan KD Seri Inderapura.

2. Kapal selam Scorpene milik negara saya belum pernah masuk apatah lagi belayar tetapi saya sudah pernah memasuki kapal-kapal selam jenis Agosta milik Peranchis dan Pakistan.

Gambar saya atas KD Jebat, semasa ada kenduri makan-makan dengan para pegawai TLDM, ni dua hari sebelum poi belayar kat Langkawi

3. Semasa di Langkawi waktu pameran LIMA dahulu, saya berpeluang belayar dengan KD Jebat dan subuh lagi saya sudah berada di jeti Awana Porto Malai (boleh bangun pagi pasal den semalaman tak tidur).

4. Di jeti, saya lihat KD Tun Abdul Razak sudah mula bersiap dan kedatangan saya ke kapal friget KD Jebat disambut oleh XO kapal tersebut, namanya lupa pulak…

5. Setengah jam kemudian KD Jebat mula bergerak perlahan dengan kelajuan di antara 8 hingga 12 knots untuk mengiringi Scorpene keluar, yelah kapal selam mana boleh bergerak laju dan sepanjang pelayaran, KD Razak hanya belayar di permukaan sahaja kerana keadaan laut di sekitar Langkawi sangat cetek.

Port isap rokok terbaik di dunia, bawah dek heli KD Jebat, ombak hasil pecutan 27 knots

6. Perkara pertama saya cari ialah “port” hisap rokok, ada dua, satu di dek misil yang menempatkan peluru berpandu Exocet dan kedua, di bawah dek pendaratan helikopter.

Continue reading