EC725 DAN SISTEM SAM IRIS-T AKAN JADI KENYATAAN DALAM DSA???

    1. Salam Satu Malaysia kepada semua pembaca dan semua geng serta peminat dunia militari, sorry lambat update pasal saya baru balik dari melawat kawasan Sumatera Barat, Indonesia (kerja ya bukan melancong atau mencari bakal isteri)  dari 11 April sampai 15 April lepas.

    2. DSA atau pun pameran Defence Service Asia 2010 pun di balik kelambu sahaja iaitu pada 19 dan 22 April ini di mana saya gerenti pergi punya, banyak kejutan yang akan dibuat pada DSA kali ini, antaranya kerajaan akan membuat pengumuman pembelian helikopter EC 725 Eurocopter iaitu pada 20 April ini.

    3. Ya benar, kali ini memang confirm helikopter untuk Combat Search And Rescue (CSAR) itu akan dibeli, tetapi saya enggan mengulasnya kerana saya sudah membuat ulasan panjang lebar pada entry yang lepas.

    4. Blog ini sekali lagi cuma mengorek maklumat eksklusif untuk mendapatkan bahan bacaan paling sensasi untuk peminat dunia ketenteraan serta rakyat Malaysia yang sangat patriotik semua.

    5. Jika itu tidak cukup mengemparkan, maklumat yang saya akan paparkan ini lagi gempar, satu perjanjian persefahaman akan ditandatangani oleh sebuah syarikat tempatan (nama terpaksa dirahsiakan) dengan pengeluar sistem peluru berpandu darat ke udara (SAM atau pun Surface To Air Missile) yang tercanggih dari Jerman.

    6. Saya terpaksa merahsiakan nama syarikat itu kerana ia sangat sulit, lagi pun biarlah pengumuman secara rasmi dibuat oleh kerajaan melalui media massa sama ada semasa pameran DSA atau pun pada pertengahan tahun ini dan mu

    7. Perjanjian itu berkaitan dengan sistem peluru berpandu IRIS-T Ground Base Air Defence (GBAD) Missile System.

    8. Syarikat bumiputera itu yang namanya dirahsiakan akan menandatangani perjanjian dengan pemilik sistem itu dari Jerman iaitu DIEHL Defence.

    9. Jika perjanjian itu ditandatangani maknanya, semua khabar angin yang menyatakan kononnya Malaysia akan memperolehi sistem pertahanan SAM dari China dari type KS-1A sudah boleh ditolak ketepi.

    10. Jika perjanjian ini menjadi kenyataan, negara kita buat pertama kalinya akan mempunyai sistem SAM yang paling sofistikated dan termaju di rantau ini malahan ia juga akan menjadi sistem pertahanan missile jarak sederhana yang pertama masuk ke dalam inventori Angkatan Tentera Malaysia.

    11.Jika ini berlaku, jaringan pertahanan multi layer Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia akan menjadi lengkap.

    12.Kemasukan sistem IRIS-T ini akan membolehkan pengkalan tentera udara dan laut milik ATM dipertahanankan dari jarak di antara 20 ke 30 kilometer.

    13.Sistem SAM tercanggih milik ATM sekarang ini iaitu Jernas hanya mempunyai jarak efektif sejauh 8 kilometer manakala pelbagai sistem pelancar misil bahu atau MANPADS seperti Igla dan Starbust hanya berkesan pada jarak di antara 2 ke 3 kilometer (boleh lah untuk tembak helikopter).

    14.IRIS-T ini mempunyai kelebihan tertentu, ia merupakan pelancar mudah alih kerana diletakkan di atas lori.

    15.Syarikat tempatan yang saya maksudkan di atas sejak kebelakangan ini kecoh hendak bangunkan teknologi peluru berpandu kerana ia sendiri merupakan pemain utama dalam bidang Teknologi Maklumat.

    16.Rasa-rasanya inilah kali pertama syarikat bumiputera tersebut menceburkan diri dalam bidang ketenteraan, saya berharap dengan kedudukan kewangan yang kukuh, syarikat ini dapat menfaatkan perjanjian persefahaman tersebut terutama dalam segi pertukaran teknologi.