test 1. 2. and 3
Shahpaskal akan kembali ke udara.
Sekian Harap Maklum, Blog berjaya dibaiki dan pulih dari serangan musuh. Kini pada tahap 100 peratus operational.
test 1. 2. and 3
Shahpaskal akan kembali ke udara.
Sekian Harap Maklum, Blog berjaya dibaiki dan pulih dari serangan musuh. Kini pada tahap 100 peratus operational.
1. Kepada pembaca saya di Kelantan.
2. Pihak tentera dan polis sedang mengepung satu kawasan di dalam hutan dekat Palekbang, Tumpat, Kelantan.
3. Kawasan telah dikepung sejak 2 hari lepas.
4. Bomba sedang menyedut air.
5. Satelit kaji bumi untuk membuat imbasan x tray ke kawasan terbabit dijangka akan melalui kawasan itu pada hari ini.
DEN BAGI HINT Continue reading
Poskad sebagai tanda sokongan saya kepada para pembaca yang tidak jemu memberi input, idea, kritikan dan tah apa apa lagi.
Ada masa kita berjumpa…mungkin akan datang, salam hormat saya pada generasi muda hari ini
NOTA PENULIS : KOMEN YANG BERBAUR PERMUSUHAN TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK…RAKAN-RAKAN DARI SEBERANG, DIHARAP BERSABAR UNTUK MEMBERI KOMEN, TUNGGU ARTIKEL AKAN DATANG
NOTA PENULIS : SAYA FIKIR ELOKLAH KITA TAMATKAN PERANG SIBER YANG BERLAKU SEJAK BEBERAPA MINGGU LEPAS DI ANTARA KITA SEMUA DENGAN FORUMER INDONESIA. ATAS RASA HORMAT TERHADAP NEGARA JIRAN, SAYA MENGAMBIL LANGKAH UNTUK MEROMBAK SEMULA ARTIKEL SAYA DAN TIDAK BERMAIN DENGAN SENTIMEN BERAPI KETIKA SAAT PRODUK ANAK TEMPATAN INDONESIA MENERIMA KECELAKAAN.
TAK YAH LAH KITA BERKELAHI, YANG PONTING KITO DAH MONANG JANG….
1. Terbakarnya kapal trimaran pertama di rantau Asia Tenggara ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada kemajuan industri kapal Indonesia.
2. Habis US150 juta hangus dalam kebakaran yang mengambil masa hanya beberapa detik sahaja.
3. Saya tidak tahu sejauh mana kemampuan siluman yang dimiliki oleh kapal perang berkelajuan tinggi ini kerana ia tidak sempat diuji.
4. Kecanggihan kapal ini yang dikatakan siluman dan laju dibayar dengan menggunakan bahan-bahan material bersifat komposit yang ringan tetapi tidak kalis kepada api dan beberapa masalah air masin lain kecuali karat. Continue reading
1. Pameran Defence Service Asia 2012 (DSA) semalam sudah pun berakhir.
2. Hari ini saya bertemu dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan dan semasa sesi soal jawab, sempat juga saya bertanya tentang status perolehan kereta perisai Anoa.
3. Beliau mengakui bahawa pasukan tentera darat sedang menguji beberapa model 6×6 termasuklah Anoa dari Indonesia tetapi sehingga sekarang belum ada keputusan kenderaan mana yang terpilih.
4. Apa yang menjadi berita pelik bin ajaib ialah media alternatif pembangkang telah pun memainkan isu itu dan mendakwa Kementerian Pertahanan sudah “kantoi” kerana terdapat laporan media dari Indonesia bahawa Malaysia telah bersetuju membeli 32 buah kereta perisai Anoa dengan harga US80 juta di mana, ianya sangat murah berbanding dengan program kereta perisai AV8, kerjasama Malaysia dan Turki.
5. Zahid sendiri hairan kerana tidak pernah kerajaan membuat keputusan untuk membeli Anoa tiba-tiba blogger pembangkang membuat tuduhan begitu hanya berdasarkan khabar-khabar angin dari media Indonesia.
6. Blogger pro pembangkang juga menuduh kerajaan tidak cekap kerana memperkenalkan dua jenis kereta perisai untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Continue reading