OPS DAULAT : MALAYSIA STRIKE BACK

 

Mayat pengganas Sulu yang ditembak kelmarin, sudah busuk…

 SYABAS ATM DAN POLIS

1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.

2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.

3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.

4. Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.

5. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa. Continue reading

P.RAMLEE…….SUPERMELAYU (PATRIOTISME PERKASA DALAM GEMALAI SENI)

NOTA SHAHPASKAL : BAHAGIAN DASAR ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) TELAH PUN MENGHUBUNGI SAYA MEMINTA SAYA MEMBAIKI BEBERAPA KESALAHAN FAKTA YANG TERDAPAT PADA ARTIKEL MALAYSIA CONNECTION IN AFGHAN 2.N

PENJELASAN DARI BAHAGIAN DASAR ATM MENGENAI ARTIKEL ITU BERBUNYI :

“The shifting of MALCON ISAF from Bamyan to Afghan capital, Kabul is not due to US instruction but our engagement to Afgan from provincial level to national. US got nothing to do with us being anywhere in Afghan and we certainly wont’be sending our troops to Kandahar. Malcon ISAF is being determined by us in KL and no influences from USA or NATO” 

 INI ADA SATU WABAK BARU PULA, TUDUHAN YANG MENYATAKAN SAYA INI RASIS KERANA CUBA MENAIKKAN SEMANGAT ANAK BANGSA. YA AKUI, SAYA MEMANG RASIS TAPI RASIS SAYA TIDAK MENJURUS KEPADA PENGANIAYAAN TERHADAP KAUM LAIN DAN AGAMA LAIN.

TUDUHAN INI PALING BANYAK DATANG DARI BANGSA…MAAF !!! BANGSA SAYA TIDAK TAHU TETAPI MEREKA CAKAP MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU, NAMA PUN SERUPA DENGAN MELAYU DAN SAYA YAKIN, NAJIS MEREKA COMFIRM ADA MOLEKUL SAMBAL BELACAN, CENCALOK ATAU BUDU.

JADI ADAKAH MEREKA MELAYU? SAYA RASA MUNGKIN YA, MUNGKIN TIDAK. MEREKA ADALAH MANUSIA YANG TIDAK ADA IDENTITI, TIDAK ADA JATI DIRI DAN TIDAK PERNAH KENAL TENTANG BANGSA-BANGSA YANG HILANG
IDENTITI SEHINGGA GAGAL MEMPERTAHANKAN AGAMA SENDIRI IAITU ISLAM.

KERANA APA? KERANA GOLONGAN INI TIDAK PERNAH BERJALAN, TIDAK PERNAH MELIHAT RANTAU ORANG DAN KURENGGGG MEMBACA BAHAN BERILMIAH (SAYA INGAT HARAKAH PUN DEPA TAK BACA, APATAH LAGI UTUSAN).

DALAM KEPALA MEREKA, KALAU SAYA TULIS PASAL JATI DIRI MELAYU, SAYA DICOP SEBAGAI PENULIS UPAHAN UMNO TAPI YANG ANEHNYA, BILA SAYA SELITKAN SEMANGAT AGAMA KITA, TIDAK PULA MEREKA KAITKAN SAYA DENGAN PARTI PAS HE,,HE,,HE

——————————————————————————————————-

Karangan dari sahabat yang saya gelarkan, Faizal National Treasure (Dalam artikel kali ini, mesti dia aktif dalam ruangan komen, dia moderator jadi silalah berhubung dengan beliau)

“ Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita, ya… memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapan ku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya… “ P.RAMLEE… (SARJAN HASSAN) 1958.

 

1.Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim, jika disebut akan namanya ini, pasti ramai generasi muda kita tidak berapa kenal dengan nama agung ini, tapi jika disebut P.Ramle, dari tokwan sehinggalah ke cicit wan pon semua kenal akan insan agung teristimewa ini.

2. Tentu para pembaca hairan, kenapa dan apakah sebabnya artikel ini ditulis. Apa kaitannya dengan blog Military of Malaysia ini?

3. Di sini tuan tuan pembaca sekalian, saya ingin mengajak tuan tuan semua mengkaji dan menilai setiap lakonan dan penceritaan seniman ini yang pada hemat saya kebanyakan penonton peminat P.Ramlee ini hanya untuk menonton dan menghiburkan diri sendiri atau keluarga.

4. Tetapi sedar atau tidak, seniman ini sebenarnya mengajar kita pelbagai erti rencah hidup yang sememangnya kita hadapi pada zaman sekarang ini. Apa yang tersurat dan tersirat dalam mesej yang disampaikan kepada kita khususnya bangsa Melayu telah lama di kaji oleh beliau dan terbukti pemikirannya ini mendahului zaman!

5. Pelbagai versi berkenaan dengan seniman ini telah di perkatakan oleh pelbagai peringkat dan komuniti. Namun ia tetap penuh misteri, mistik sehingga mengangkat insan ini terus di puja di sanjung hingga kini.

Continue reading

BLACK OPS : OPERASI SABAH SELAMANYA

Gambar dari sahabat saya, juruforo Paskal iaitu Falihin, dari Dinding Straits Photography

NOTA PENULIS : Artikel ini ditulis untuk bangsa saya, untuk saudara-saudara kita di Sabah yang sedang hebat diracun dengan perpecahan ia juga ditulis untuk para pejuang Islam Melayu Moro dan pasukan komando kita yang sentiasa mendapat tempat di hati saya.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, operasi penuh getir angkatan tentera kita yang tidak diketahui umum diceritakan penuh detail oleh saya, Shahpaskal (Google tak akan jumpa punya, hehehe).

Saya fikir sudah sampai masanya artikel ini ditulis, tambah lagi, saya lihat elemen-elemen untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak semakin kencang bertiup dalam internet termasuk Facebook. Saya kesal kerana petualang-petualang ini masih berleluasa dan saya harap kerajaan bertindak sekeras-kerasnya terhadapa elemen ini.

Artikel ini juga ditulis untuk menyedarkan generasi muda Sabah punca-punca kepada suara-suara hasutan ini berarak dalam dunia siber dan banyak lagi pendedahan akan menyusul selepas ini, Insya Allah.
1. Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yang lain.

2. Tidak ada negara dalam dunia yang akan kekal aman apabila kaum-kaum minoriti ini dari segi bilangan mengampiri jumlah kaum majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh bukan anak bangsa.

Continue reading

DASAR PERTAHANAN NEGARA VERSI 2.0

NOTA PENULIS : OKLAH SAYA MALAS NAK SENTUH PASAL PROJEK DI KELANTAN KERANA CERITA DAH TERSEBAR KE AWAM (BIARLAH ORG LAIN KEMBANGKAN CERITA KAT KELANTAN TU, YANG PALING PENTING, SAYA DAH LETUPKAN MAKLUMAT TU DULU, YANG SAYA BOLEH LETUP, SAYA LETUP, YANG DITANDA SEBAGAI “SENSITIF” ITU, SAYA TAK BOLEHLAH NAK LETUP LEBIH-LEBIH.

NEXT ARTIKEL SAYA AKAN DIDIK SAUDARA PEMBACA MENGENAI KOMPLEKS-KOMPLEKS JEPUN INI MELALUI ILMU YANG DICURAHKAN OLEH SAHABAT SAYA IAITU SI FAIZAL YANG SAYA STOR NAMANYA DALAM HP SAYA SEBAGAI “FAIZAL TREASURE HUNTER” HEHEHE,,,,

DI SINI SAYA MENGAMBIL KOMEN DARI TUAN MEGAT PANJI ALAM, SAYA KIRA APA YANG BELIAU TULIS SANGAT-SANGAT TEPAT DAN RUGI KALAU SAYA BIARKAN IDEA DAN ILMUNYA DALAM KOTAK KOMEN BEGITU SAHAJA, JADI SAYA ANGKAT MENJADI SEBUAH ARTIKEL.

1. Buat pertama kali saya membeli akhbar Utusan Melayu pada tahun 2012 kerana ada berita menarik yang menyentuh mengenai latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan negara jiran dan juga permintaan rasmi dari Presiden Mesir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Malaysia campur tangan dalam konflik di Gaza.

2. Yang menghairankan, mengapa permintaan rasmi ini dibuat kepada Malaysia sahaja tetapi tidak kepada negara-negara Islam yang lebih besar dan kuat angkatan tenteranya seperti Indonesia dan Arab Saudi (Komen Shahpaskal : Permintaan ini dibuat pada 17 Nov lepas melalui panggilan telefon dari Presiden Mesir Mohamed Morsi kepada Najib)

3. Mungkin jawapannya ada pada dasar pertahanan Malaysia dan sejarah lampau penglibatan tentera serta komando kita di Bosnia Herzegovina pada tahun 90an dahulu (Komen Shahpaskal : Pembaca sila rujuk kepada artikel-artikel lama saya)

4. Komando kita, pasukan GGK ada di Bosnia Herzegovina tetapi operasinya?

5. Keywords kepada artikel ini adalah Dasar Pertahanan Negara (DPN) dan mereka yang tidak tahu atau memahami DPN pasti sukar untuk mengetahui dan membaca malah meramal tindakan Malaysia dan ATM sendiri apabila berlaku sesuatu konflik luaran mahupun dalaman yang melibatkan Malaysia dan tetangga.

Continue reading

BLACK OPS : THE MALAYSIAN CONNECTION DI AFGHAN

Artikel ini ditujukan kepada semua Unsung Hero, mereka yang mengorbankan diri untuk bangsa, agama dan negara tanpa mengambil kira upah, pingat, kepentingan negeri dan sama ada orang lain ingat atau tidak pada pengorbanan mereka.

Hari ini kita cerita pasal Toyota, saya yakin kenderaan ini sudah acap kali muncul dalam majalah Tempur dan Perajurit yang ditonjol berkhidmat dengan tentera kita tetapi cerita behind the scene, ramai yang tidak tahu.

1. Selamat Hari Raya dan sempena tarikh 31 Ogos ini, saya doakan supaya negara saya kekal makmur dan aman, kalau berlaku keuzuran, biarlah ia singkat dan sebagai satu tanda ke arah kemunculan sebuah bangsa yang lebih hebat lagi.

2. Saya mohon maaf kerana membuat saudara dan saudari semua tertunggu, sampai sewa tapak blog sudah berakhir pun saya tidak perasan dan terima kasihlah kepada komrad-komrad yang prihatin macam adinda Naza, bro Anak Sabah, dan beberapa orang lagi yang membantu membawa masalah blog saya ke depan.

Continue reading