THE ECTASY OF GOLD

Emas yang sudah disumpah milik sahabat saya yang dikeluarkan dari Pulau Tengkorak, Terengganu

NOTA PENULIS : Saya nak ucapkan terima kasih kepada blogger Kujie dan pasukannya kerana berjaya menyelesaikan masalah blog saya. Hari ini, saya buka Lapisan Pertama, Lapisan Kedua dan Ketiga adalah untuk hari-hari kemudian.

1. Jenuh nak melayan pertanyaan kawan-kawan dalam Facebook, tiba-tiba naik mendadak sampai beribu orang, pertanyaan yang diajukan kepada saya adalah daripada masalah percintaan boyfren and girlfren, cara-cara mengorat awek (inipun aku kena selesaikan, adehhh) , masalah macam mana nak jadi lelaki macho,  Ufo, alam ghaib, jin, agama, ekonomi, harta karun, tempat-tempat arkeologi sampailah kepada hal-hal politik tempatan, antarabangsa dan pertahanan.

2. Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan, saya tidak dapat menjawab semuanya…teruk sungguh kerana saya sudah menjadi kaunter pertanyaan hehehe.

3. Bab MH370 ini saya malas nak ulas, walaupun ada nada-nada sumbang menyindir saya tetapi saya malas nak melayan kerana walaupun saya benar tetapi ada kesilapan misalnya lokasi kerana itu dalam hal-hal yang berhubung dengan keadaan pesawat itu termasuk dalam hal-hal yang tidak boleh diterima akal orang.

4. Kalau saya nak beritahu pasal MH370 ini, ia hanya akan memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikan.

5. Sambil menaip, sambil saya menghisap rokok dan pasang lagu dari filem The Good, The Bad and The Ugly lakonan Clint Eastwood, lagu kegemaran saya, The Ecstasy Of Gold yang digarap oleh Ennio Morricone.

6. Emas adalah logam yang sangat istimewa, ia menjadi tarikan kepada alam ghaib dan juga manusia.

7. Cuba anda ambil perhiasan emas (lebih besar kandungan emas dia, lebih bagus), anda tanam di dalam tanah dan tandakan kawasan tersebut dengan pacang kayu.

8. Biarkan selama 40 hari atau lebih, anda akan mendapati emas tersebut seolah-olah ditarik masuk ke dalam lagi dan silap-silap haribulan, boleh hilang walaupun anda telah buat tanda.

9. Ini menunjukkan emas merupakan logam yang sangat berat dan mudah benar tertarik dengan graviti bumi (secara saintifiknya), kadang-kadang ia tidak ditarik tetapi ia berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Emas yang sudah disumpah milik sahabat saya yang dikeluarkan dari Pulau Tengkorak, Terengganu

Emas yang sudah disumpah milik sahabat saya yang dikeluarkan dari Pulau Tengkorak, Terengganu

WARIS

10. Anehnya emas di Tanah Melayu berbanding dengan emas-emas di tempat lain, emasnya terutama dalam bentuk jongkong seperti yang dibuat penjajah melalui lombong-lombong rahsia di dalam hutan seolah-olah seperti sudah mempunyai hak atau milik seseorang atau apa yang kita panggil sebagai waris.

11.Waris yang akan menaikkan emas-emas ini perlu membuka rahsia yang disimpan dalam tanah atau gedung-gedung besar yang ditutup dengan gunung menggunakan sejenis kunci khas yang diwarisi dari Rasulullah SAW.

12.Kunci-kunci ini akan digunakan untuk membuka perbendaharaan dan hasil galian di bumi bertuah ini untuk kegunaan beliau sebagai pentadbir dan dengan segala kemuliaan junjungan besar Nabi kita, ia akan dipakai untuk memajukan umat Islam, umat bukan Islam, merapatkan hubungan Malaysia dan Indonesia, Kemboja dan mungkin termasuk sebahagian dari Filiphina atau Bangladesh dengan dibantu oleh dua atau tiga orang sahabatnya yang terpilih.

13.Jadi jika satu hari nanti, waris yang sebenar ini muncul, tidak perlulah menagih hak anda. Anda tidak mempunyai hak, ia adalah adalah kepunyaan seseorang. ANDA INGAT PESAN INI : IA BUKAN HAK ANDA tetapi atas belas ehsan dan kemuliaan serta kasih sayang yang diwarisi dari moyangnya, Rasulullah SAW, ia akan diguna secara tidak langsung ke atas anda melalui projek-projek ekonomi, pembangunan, memartabatkan Islam dan sebagainya.

KAPAL-KAPAL YANG KARAM

14.Oleh kerana emas-emas di Tanah Melayu ini mempunyai waris, sesiapa yang cuba engangkatnya keluar tanpa izin dari pemerintah seperti Raja-raja Melayu yang berdaulat (zaman sebelum waris sebenar lahir), pastinya cubaan itu akan gagal.

15.Dan bukan sedikit kapal yang karam kerana berdaulatnya emas-emas ini dan contoh yang paling popular adalah kapal Portugis iaitu Flora De La Mar.

16.Isunya adakah kapal Flora De La Mar yang karam ini mengandungi emas? Saya syak, emasnya mungkin sudah ditarik balik atau dipindahkan ke tempat yang lain di Tanah Melayu ini untuk diambil oleh orang yang empunya hak pada sampai detik dan ketika.

17.Bagaimana pula dengan kapal yang lain yang tenggelam di dalam lautan, mungkin ada tetapi rasanya ada pihak tidak yang mahu kapal karam ini dijumpai, kalau jumpa pun, emas yang dibawa sudah dialihkan ke tempat asal.

18.Adakah kapal-kapal karam ini tenggelam di lautan nusantara, ya sudah semestinya tetapi ada yang dilontar terus keluar dari wilayah nusantara.

19.Itu contoh yang paling buruk sampai nyawa jadi galang gantinya. Dalam situasi lain, emas-emas ini yang mungkin berjaya diangkat keluar tetapi ia akan ghaib secara tiba-tiba.

20.Wilayah nusantara terutama di Tanah Melayu ini masih ada Wali-wali Allah atau Penjaga Kunci Tanah Melayu yang menjaganya, ada yang masih hidup dan ada yang duduk diam dalam lapisan alam yang lain.

SIFAT EMAS BERTUKAR

21.Paling boring adalah emas yang berjaya diangkat atau ditarik keluar tanpa menepati syarat-syarat yang sah seperti waris dan kunci akan bertukar menjadi sejenis logam lain atau dalam bahasa mudah menjadi “Tembaga”.

22.”Tembaga” ini sebenarnya merupakan emas itu sendiri tetapi “Sifat” emas itu telah ditarik dan tinggal lah sejenis logam yang unsurnya gagal dijelaskan oleh komuniti sains sendiri, sejenis logam baru yang sangat keras dan saya fikir, saya sudah jumpa bahan untuk membuat armor kereta kebal zaman akan datang yang kalis peluru HEAT, SABOT dan sebagainya.

Di atas adalah emas yang sudah bertukar menjadi “Tembaga” milik sahabat saya, nampak tu…saya isap rokok League tapi kalau orang belanja, saya tukar Dunhill.

Di atas adalah emas yang sudah bertukar menjadi “Tembaga” milik sahabat saya, nampak tu…saya isap rokok League tapi kalau orang belanja, saya tukar Dunhill.

23.Bolehkan emas-emas yang sudah bertukar “Sifat” ini dipulihkan kembali, saya kata boleh tetapi hehehe, kenalah cari tuan yang empunya atau waris yang saya ceritakan di atas (Jadi janganlah dibuang).

24.Bagaimanapun bukan semua emas akan jadi begini, emas-emas yang diwariskan oleh keluarga, Insya Allah tidak akan bertukar.

emas seketul

BOLEHKAN ORANG UMUM MENDAPATKAN EMAS INI

25.Boleh untuk tujuan terdesak seperti membayar hutang dan sebagainya.

26.Masalahnya kebanyakkan pencari emas atau pemburu harta karun meletakkan kepentingan diri pada tingkat utama dan barulah bercita-cita untuk membuat sekolah pondok, pusat tahfiz dan sebagainya tetapi kadang-kadang untuk mendiri dan membina tempat-tempat ini memerlukan ilmu.

Antara projek harta karun saya yang gagal….(&#4^^%$4)

Antara projek harta karun saya yang gagal….(&#4^^%$4)

27.Nasihat saya, jika berpeluang terjumpa emas-emas ini, ambilah sedikit dengan niat untuk membayar hutang, kalau hutang ada RM100,000…memadailah ambil sedikit sesuai dengan hutang tersebut atau kelak, emas yang diangkat keluar bertukar sifat atau ghaib.

28.Seperti yang sahabat-sahabat saya pernah pesan : “Niat adalah sesuatu yang ghaib. Tidak ada satu makhluk pun termasuk iblis, jin atau malaikat yang mengetahui niat seorang manusia kecuali niat itu diterjemahkan ke dalam akal fikiran, barulah hijab niat itu terbuka dan makhluk-makhluk ini boleh membacanya dan mendedahkan apa yang ingin anda buat”.

29.Saya nak tulis lagi tetapi mengantuk…next time, saya buka lapisan kedua