ASET RAHSIA TENTERA DARAT KE SABAH

Ini bukanlah versi sebenar FUCH COMMJAM milik tentera kita (sekadar gambaran)

NOTA PENULIS : HIKAYAT INI MENGANDUNGI SERBA SEDIKIT CERITA FANTASI, ANDA DILARANG MEMPERCAYAINYA

1. Macam biasa, banyak cerita panas dari blog ni

2. Macam biasa, selalunya terkeluar dari otak pemikiran rakyat Malaysia dan Indonesia kerana kebanyakkan benda-benda baru dan orang tidak tahu.

3. Macam selalu, ada yang akan mengutuk bahawa apa yang saya ceritakan tidak benar dan mulalah mencari kesalahan ejaan, satu dua fakta saya yang tersilap…untuk menunjukkan mereka lebih tahu dan saya yang sudah masuk ke medan perang ini, tidak tahu macam mereka tahu.

4. Kalau cerita piramid orang tidak percaya, saya faham.

5. Bila saya buat umumkan pasal Palekbang, ada puak mendabik dada bahawa saya tertipu kerana sebenarnya tidak ada terowong atau bunker, lubang masuk sebenarnya perigi air (petikan dari interview dengan seorang tua oleh Sinar Harian).

Continue reading

BLACK OPS : MALAYSIA CONNECTION IS BACK IN AFGHAN (SIRI 2)

Jalur Gemilang disamping bendera negara lain di Kem Bamian, Afghanistan

1. Sekali lagi kita bertemu dan kali ini, kita mengimbau kembali pengalaman sahabat-sahabat saya yang bekerja sebagai operatif dalam grup Malaysia Connection yang diketuai oleh Jismi

(sila klik sini untuk baca pasal Malaysia Connection Siri Pertama)

2. Jismi ini baru telefon saya untuk memaklumkan dia akan “feed” report dari Tebing Gaza,
Palestin dan misi ke Palestin, saya masih tidak jelas kerana semasa beliau telefon saya, badan saya patah riuk akibat banyak kali jatuh motor, jadi saya tidak berapa fokus apa yang dia cakap.

3. Saya cuma cakap, “Ya..ya bagus..bagus, jangan lupa aku…ada secret mission ke? ada kaitan dengan Israel kah?”, dia cuma tersengih…hehehehe.

4. Keesokkan harinya, saya bertemu dengan orang paling kanan Jismi iaitu Sniper Gunung, bekas penembak tepat tentera yang pernah terlibat dengan pertempuran di Somalia.

5. Pertemuan kami adalah kerana saya dan dua sahabat lagi mahu mengutip barang-barang yang kami pesan dari Afghanistan.

Continue reading