ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PERLU PEKA DENGAN TINGGALAN EMAS

Kawasan disyaki memiliki tinggalan emas Jepun

 NOTA PENULIS : SAYA LIHAT RAMAI YANG BERANGGAPAN KEWUJUDAN HARTA KARUN ADALAH KARUT, INI MELAMBANGKAN BERTAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA TIDAK TERDEDAH DENGAN PERKARA MACAM INI. KALAU KARUT, SIA-SIALAH DALAM AKTA WARISAN KEBANGSAAN ADA MENYENTUH BAB HARTA KARUN (PINDAAN 1952)

1. Saya menulis artikel ini berikutan pendedahan meluas yang diterima oleh sebilangan  rakyat Malaysia disebabkan oleh meletusnya isu kedudukan harta karun dalam bentuk jongkong-jongkong emas di Pulau Nangka yang mencecah sehingga berbilion ringgit.

2. Emas atau harta karun bukan perkara baru kepada saya, cuma saya rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan serba sedikit mengenai kedudukan harta-harta karun yang wujud di Tanah Melayu ini sesuai dengan peredaran zaman.

3. Saya tidak mahu menyentuh tentang kedudukan harta karun yang wujud sejak dari zaman Nabi Sulaiman atau teknologi pembuatan emas oleh Nabi Musa, sebaliknya artikel ini secara khusus akan menyentuh tinggalan emas atau harta karun yang cuba dilarikan pihak penjajah khususnya Jepun.

4. Saya anggarkan bahawa tinggalan emas milik Jepun yang dikawal selia oleh Harimau Malaya iaitu Jeneral Yamashita yang duduk di bawah organisasi Golden Lily mencecah sehingga 6,000 tan emas di sekitar Tanah Melayu dan Sabah.

RIZAB EMAS NEGARA CIPUT

5. Sebagai bandingan, rizab emas Bank Negara Malaysia yang disimpan di bawah bilik-bilik rahsia di bawah sungai Kelang hanya mencecah setakat 36 tan sahaja pada tahun 2013. Satu jumlah yang sangat kecil dan boleh dimuatkan ke dalam ruang simpanan sebuah kenderaan sebesar van Perodua Rusa.

6. Jumlah yang tidak memadai dengan gelaran yang diberikan kepada Tanah Melayu iaitu Semenanjung Emas.

7. Sebagai perbandingan juga, Indonesia mempunyai rizab emas sebanyak 78 tan, Singapura 127 tan dan negara-negara maju seperti China mempunyai kekuatan emas berjumlah 1,054 tan dan Amerika Syarikat sebanyak 8,133 tan (dipercayai sekarang sifar).

8. Jadi bayangkan kekuatan negara jika separuh dari jumlah 6,000 tan emas ini boleh dicari dan dicairkan oleh Bank Negara Malaysia, kita mungkin menjadi antara 8 negara terkuat di dunia jika memiliki lebih dari 1,000 tan emas dan itu belum disokong oleh pelbagai rizab lain seperti bon dan simpanan tunai negara-negara asing.

AKTIVITI GOLDEN LILY

9. Sehingga sekarang Golden Lily yang kononnya disangka sudah lenyap selepas Jepun kalah dalam perang dunia kedua terus berusaha menghantar agen-agennya ke Tanah Melayu dan Sabah berdasarkan peta-peta dan kod-kod yang dibawa pulang ke negara mereka.

10.Mereka cuba memasuki negara ini sebagai para pelancung, pengembara, pencinta hutan, peminat burung, melalui aktiviti scuba serta penawaran pembinaan projek-projek bersifat insani, kemanusiaan dan pelbagai lagi.

11.Kementerian Pertahanan sepatutnya sudah mempunyai unit-unit khas yang diletakkan di bawah arahan terus Panglima Angkatan Tentera (PAT) atau Panglima Tentera Darat sendiri untuk tugasan negara ini.

12.Bukan satu perkara rahsia apabila Amerika Syarikat (AS) meneruskan aktiviti mencari tinggalan emas-emas Jepun ini di darat mahupun di laut seperti yang dibuat oleh kapal penyapu periuk api, USS Guardian di sekitar laut Sulu sehingga kapal itu tersadai akibat terlanggar karang pada Januari 2013 lalu.

14.Saya yakin pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin sudah menduga mengenai aktiviti sampingan tentera AS yang memasuki Filiphina atas latihan melawan terrorisme tetapi pada masa yang sama cuba mendapatkan maklumat mengenai lokasi-lokasi simpanan emas Jepun ini.

15.6,000 tan emas yang dibawa masuk ke dalam Tanah Melayu oleh Jepun mempunyai nilai sekitar RM600 bilion cukup untuk membebaskan hutan luar Malaysia.

16.Lebih kurang 60 peratus dari emas milik Jepun ini sebahagian besar adalah rampasan dari emas-emas milik peribumi di Burma, Kemboja, Vietnam, Indonesia dan sebahagian kecil pula merupakan pemberian dari Raja Siam sebagai perjanjian persahabatan di antara Siam dengan Jepun agar empayar itu tidak menjajah negara Gajah Putih itu.

17.Emas-emas ini dibawa masuk melalui Kelantan kemudian menyeberang Laut China Selatan, bergerak ke kawasan Sabah sebelum diangkut oleh jaluran perkapalan Jepun dipanggil Tokyo Eksprss dari Filiphina untuk dihantar ke Jepun.

18.Bagaimanapun keadaan suasana perang yang sangat merbahaya menyebabkan Jeneral Yamashita menyembunyikan sebahagian besar dari emas-emas ini melalui kecaian kecil dalam kelumpul 100 tan hingga 400 tan dalam setiap lokasi.

19.Sehingga ke hari ini, simpanan besar yang disembunyikan oleh Jepun ini adalah di kawasan Bukit Ibam pada jumlah maksimum 1,000 tan dalam bunker-bunker yang dikorek jauh ke dalam bukit.

Kawasan dipercayai tertanam emas Jepun sekitar 200 kilo yang disurvey oleh saya sendiri

Kawasan dipercayai tertanam emas Jepun sekitar 200 kilo yang disurvey oleh saya sendiri

rsz_gombak2

ATM PERLU MAIN PERANAN PRO AKTIF

20.Saya dengan ini menyeru pihak Angkatan Tentera Malaysia mengambil berat mengenai laporan-laporan perisikan khusus kepada penemuan-penemuan lokasi bunker-bunker atau arkeologi penjajah ini dan tidak bergantung semata-mata kepada maklum balas dari Kementerian Pertahanan United Kingdom yang kita semua maklum tidak ikhlas dalam mendedahkan rekod-rekod mereka.

21.Sebagai rakyat yang patriotik terhadap negara, saya sendiri berasa pelik mengapa tidak ada kepekaan dan minat yang tinggi dari pihak kerajaan khususnya ATM untuk meneruskan pencarian emas-emas ini yang disimpan di bawah kompleks lapangan terbang penjajah yang kini ditimbus dalam tanah (lokasi : IKBN Dusun Tua, Hulu Langat), sekitar kem-kem tentera milik penjajah di seluruh negara, Gunung Pulai, Sandakan, Labuan, Gombak Batu 15 dan banyak lagi tempat.

22.Saya berharap supaya PAT sekarang ini iaitu Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin tidak memandang remeh dengan laporan yang saya buat ini, saya mohon satu tindakan drastik untuk menyusun unit-unit yang boleh diatur gerak serta keperluan lojistik yang bersesuian diberi untuk membantu negara mengatasi beban ekonomi, beban sosial dan terutama beban pertahanan dan keselamatan negara kita yang tercinta.

23.Saya fikir satu pasukan arkeologi seperti dari Muzium Tentera Darat boleh dibentuk dan tanggungjawab unit ini diletakkan terus di bawah arahan dan tanggungjawab PAT atau pun Panglima Tentera Darat sendiri.

24.Oleh kerana pencarian emas ini berkaitan dengan kedaulatan dan kedudukan strategik negara, status kepada pasukan ini harus diberikan setimpal kalau tidak, lebih kurang dengan mana-mana pasukan elit yang wujud dalam ATM.

25.Maksud saya, ia diberikan akses tanpa sebarang masalah birokrasi yang ketat seperti penggunaan kenderaan lojistik, helikopter, kapal, kemudahan satelit dan sebagainya.

26.Saya tidak tahu pasukan arkeologi tentera ini diletakkan di bawah siapa atau unit mana tetapi saya melihat kelesuan dalam pembongkaran sejarah negara sama ada oleh pihak tentera mahupun oleh muzium-muzium di bawah kementerian.

27.Untuk mengesan harta-harta yang boleh digunakan negara bukan satu usaha yang mudah tetapi akan berjaya jika unit khas ini dengan diketua oleh seorang pegawai arkeologi yang mahir dalam bidang pendudukan tentera Jepun, kod-kod rahsia Golden Lily dan aspek keagamaan Shinto sangat penting untuk memahami mentaliti Yamashita ketika mengarahkan emas-emas ini ditanam.

28.Saya berharap pasukan arkeologi ini bebas dari sebarang pengaruh politik dan emas yang dicari akan diberi sepenuhnya untuk negara terutama dalam pembelian senjata dan pertahanan di Sabah yang kini lesu dengan pelbagai peralatan yang sudah rosak.

YAMASHITA ATAU HARIMAU MALAYA MASIH HIDUP
29.Kementerian Pertahanan dan agensi perisikan seperti Bahagian Staf Perisikan Pertahanan harus bekerjasama dengan pasukan arkeologi elit ini untuk menyiasat laporan-laporan tidak rasmi mengenai watak-watak yang terkait dengan harta karun Yamashita.

30.Antaranya yang saya perolehi, apakah benar Jeneral Yamashita ada memasuki negara ini sekitar beberapa tahun lepas sebelum beliau meninggal pada tahun bulan Oktober 2010 atau 2011.

31.Saya difahamkan beliau memasuki negara ini dengan memakai identiti berbeza dan tinggal di Jepun di bawah perlindungan Yakuza.

32.Sejarah yang dicatatkan oleh pihak berikat yang menang dalam Perang Dunia Kedua sudah banyak menipu kita, tidak mungkin pemegang rahsia emas yang bernilai berbilion dollar seperti Yamashita digantung mati dengan mudah atas dakwaan jenayah perang.

33.Kerajaan khususnya ATM juga harus menyiasat dan memantau pergerakkan ahli-ahli Yakuza di dalam negara sama ada mereka ini terkait dengan kumpulan Golden Lily.

34.Saya fikir banyak pihak terlepas pandang apabila anak kepada mendiang Jeneral Yamashita, memasuki negara ini dengan membawa berbilion bon sekitar bulan Mac lepas.

35.Siasatan harus dibuat untuk melihat mengapa ahli lembaga pengarah Bank Sakura itu

masih menaruh minat dengan Tanah Melayu, adakah beliau menyimpan amanat-amanat rahsia untuk mencungkil kembali emas-emas ini keluar melalui pembelian-pembelian tanah yang kita sendiri tidak tahu kandungan di dalamnya.

IKBN DUSUN TUA DAN BUKIT IBAM

36.Menurut laporan tidak rasmi, terdapat lebih kurang 60 tapak atau lebih dari 1,000 tapak yang disyaki mempunyai emas sama ada milik Jepun atau Inggeris di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

37.Saya berharap pihak Kementerian Pertahanan atau ATM akan menyambung semula projek arkeologi di tapak IKBN Dusun Tua yang mengandungi hangar, kompleks bawah tanah dan bangkai-bangkai kapal terbang Jepun yang membawa emas yang tertimbus di dalam tanah.

 

Tapak Istana Sultan Selangor dipercayai tersimpan harta karun milik Raja-raja Melayu di IKBN Dusun Tua

Tapak Istana Sultan Selangor dipercayai tersimpan harta karun milik Raja-raja Melayu di IKBN Dusun Tua

 

38.Kawasan IKBN Dusun Tua yang terbahagi kepada dua zon sejarah iaitu 1. kawasan tapak istana Kesultanan Selangor dan 2. kawasan kompleks bawah tanah tentera Jepun yang dikawal selia agen Golden Lily mengandungi sekurang-kurangnya 400 tan emas yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

39.Saya difahamkan projek ini telah dimulakan sekitar tahun 2000 dahulu tetapi dihentikan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

40.Saya berharap dengan kerajaan melalui ATM memandang serius pandangan saya ini kerana emas-emas yang dianugerahkan Allah Taala adalah untuk kegunaan pemerintah Islam dan tidak mungkin boleh digunakan oleh orang lain.

Akses ke bilik bawah tanah di IKBN Dusun Tua yang sudah dibanjiri air panas

Akses ke bilik bawah tanah di IKBN Dusun Tua yang sudah dibanjiri air panas

 

Salah satu akses bilik bawah tanah yang digenangi air

Salah satu akses bilik bawah tanah yang digenangi air

Batu tanda

Batu tanda

Batu tanda Jepun dalam IKBN Dusun Tua, ada kod yang diberitahu, saya sudah lupa maksud kod ini dan saya malas nak amik port

Batu tanda Jepun dalam IKBN Dusun Tua, ada kod yang diberitahu, saya sudah lupa maksud kod ini dan saya malas nak amik port

 

Tinggalan jentera berat milik ATM selepas kegagalan menggali IKBN Dusun Tua akibat kekurangan dana

Tinggalan jentera berat milik ATM selepas kegagalan menggali IKBN Dusun Tua akibat kekurangan dana