STATUS MRCA

1. Assalammualaikum…

2. Kepada semua anak Melayu, anak Malaysia.

3. Maaf kerana lewat update blog, tapi ini kira tidak lama….kalau dulu berbulan-bulan saya hilang dan kemudian muncul kembali.

4. Ketika artikel ini ditulis, negara baru sahaja pulih akibat pencerobohan pengganas Kiram dan sekarang seluruh rakyat Malaysia sedang fokus dengan pilihan raya umum kali yang ke 13.

5. Kepada yang mengikuti komen-komen saya di Facebook, nampaknya ramalan saya tentang tarikh pilihanraya adalah 80 peratus tepat kerana telahan saya ianya akan berlaku pada bulan Mei atau Jun semasa itu, siap dengan hujah dan fakta-fakta yang saya campakkan.

Penulis berada di tepi KD Kelantan untuk menikmati jamuan makan tengahari bersama anak kapal di Langkawi (Kapal ini juga akan diupgrade)

Continue reading

PESAWAT MRCA TUDM SUDAH DIKETAHUI?

Dalam keriuhan rakyat Malaysia dan Indonesia mendabik kecanggihan pesawat Sukhoi masing-masing. SU30MKM, versi yang terbaik di Asia ini masih gagal menepati calon MRCA akan datang negara

1. Saudara-saudara sudah tentu sudah menimba banyak ilmu pengetahuan yang sudah saya curahkan melalui blog saya sejak beberapa tahun ini.

2. Sekarang untuk melihat ilmu-ilmu yang saya curahkan itu sudah sampai ke makam tertinggi dalam diri masing-masing, marilah kita lihat kenyataan Panglima Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) iaitu Tan Sri Rodzali Daud.

3. Cuba lihat artikel saya sebelum ini iaitu PEMBANGKANG DEDAHKAN RAHSIA NEGARA yang ada menceritakan rahsia-rahsia tender perolehan pertahanan bawah tajuk kecil iaitu JENIS-JENIS TENDER.

4. OK mari kita lihat laporan ini yang ditulis oleh sebuah akhbar Inggeris tempatan dan kita kaji teknik Read Between The Lines. Continue reading

SUPERJET 100 DARI PERPEKSTIF TUAN KOLONEL JOSEY

Mana gagah-Sukhoi atau Gunung, inilah gunung yang dirempuh oleh Sukhoi Superjey 100

SAYA BARU MAHU MENERBITKAN ARTIKEL MENGENAI SEBUAH BLOG INDONESIA APABILA SAHABAT SAYA KOLONEL JOSEY RODRIGUES MENGHANTAR LAPORAN TENTANG KEMALANGAN SUKHOI SUPERJET 100 KEPADA SAYA. OLEH KERANA LAPORAN INI LEBIH URGENT, JADI SAYA SIARKANNYA DAHULU.

LAPORAN INI JUGA MEMASUKKAN PERTUKARAN MAKLUMAT OLEH TUAN KOLONEL DENGAN CONTACTNYA DI INDONESIA IAITU KAPTEN MIFTAKHUL “JO TAKUR” AHSAN.

KOLONEL JOSEY MERUPAKAN PENYELIDIK SEJARAH KETENTERAAN DAN AMAT MAHIR DALAM SELOK BELOK SERTA PERKEMBANGAN PENERBANGAN DI ASIA TENGGARA, BELIAU KERAP MEMASUKI HUTAN-HUTAN DI MALAYSIA DAN INDONESIA UNTUK MENYELONGKAR MISTERI PESAWAT-PESAWAT YANG TERHEMPAS SEJAK DARI SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.

BELIAU BERNAUNG DI BAWAH MALAYA HISTORICAL GROUP 

KESEMUA LAPORAN DI BAWAH MERUPAKAN TERJEMAHAN DARI LAPORAN TUAN KOLONEL (BAHASA INGGERIS KE MELAYU)

FAKTA Sukhoi Superjet 100

Continue reading

INDONESIA TERTEMBAK PESAWAT SENDIRI

NOTA PENULIS : HARAP BACA DENGAN RASIONAL. INI ADALAH RENTETAN SEJARAH. HARAP JANGAN BERGADUH DENGAN FORUMER INDONESIA. SAYA SEDANG MERANCANG UNTUK MEMPERKENALKAN SISTEM EMEL, DI MANA HANYA MEREKA YANG BERDAFTAR SAHAJA BOLEH BAGI KOMEN. MANA-MANA KOMEN YANG MEMAKI HAMUN, EDEN TERUS BLACK LIST.

Charlie Indonesia (sekadar gambar hiasan)

1. Tentu ramai yang tidak tahu kisah ini, ia berlangsung sewaktu negara kita berada di dalam konfrantasi dengan Indonesia yang ketika itu melancarkan “Ganyang Malaysia” atas dosa yang sehingga hari ini kami tidak tahu.

2. Alasan mahu membebaskan Malaysia dari Inggeris tetapi yang diserang dan disembelih hidup-hidup termasuk ketika sedang beribadat ialah anak-anak bangsa Melayu dan dua insiden telah terjadi, satu melalui Peristiwa Kalabakan dan dua, pembunuh beramai-ramai Rejimen Infantari 1 Singapura (SIR 1) yang terjadi di Kota Tinggi, Johor.

3. Pada 16 September 1965, negara kita iaitu Malaysia dirasmikan dengan kehadiran Singapura, Sarawak dan Sabah dan pada tarikh yang sama, pasukan komando Indonesia ketika itu sedang bersiap untuk mencerobohi ruang udara Sarawak/Sabah melalui sempadan Long Pasia/Long Bawan.

4. Sebuah pesawat Hercules C130B dengan nombor lambung T-1306 sedang disiapkan dan terbang dari lapangan terbang Pontianak, kapal terbang ini dengan seramai 36 komando para akan menceroboh Sabah pada hari itu.

5. Pesawat tidak ditandai dengan jelas, ia merupakan satu operasi sulit atau clandestine, tidak ada iringan dari jet pejuang MIG-17 milik ABRI-AU pada hari itu, petugas-petugas meriam anti pesawat yang berkedudukan di kawasan lembah Long Bawang (di bawah kawalan kompeni meriam anti pesawat ABRI) juga tidak dimaklumkan.

Continue reading

PERKEMBANGAN YANG DIHARAPKAN SELEPAS PRU

 

Sahabat saya, En Kacang dari Panggilan Pertiwi dalam cockpit Typhoon. Freindly user aircraft

1. Salam, kita bertemu lagi dalam artikel yang baru.

2. Demam terhadap pesawat MRCA baru Malaysia masih belum tamat rupanya dan ia melonjak kembali selepas berakhirnya pameran Defence Service Asia 2012 (DSA).

3. Tidak lama dahulu saya ada buat pengumuman bahawa pembelian pesawat MRCA akan dibuat selepas Mac 2012, ini berikutan kerana ramai peminat pertahanan heboh bahawa kerajaan akan buat kenyataan MRCA pada LIMA 2011.

4. Nampaknya ramalan saya tepat kerana tidak ada sebarang pengumuman MRCA dibuat pada sepanjang LIMA dan sehingga Mac tahun ini, masih tidak ada apa-apa  berlaku kerana saya tahu kerajaan akan beri berita baik selepas Pilihan Raya Umum 2012 selesai.

5. Kita juga tahu MIG-29 akan diteruskan perkhidmatan sehingga 2015 sebelum dipencenkan dan sudah tentu keputusan pembelian pesawat akan dibuat sebelum 2015.

Continue reading