Saja Santai

Terimakasih kepada sahabat baik saya, Shamsul Abas, blogger ondscene.my kerana membantu mengubahsuai wajah blog militari saya pada hari ini 26/01/09. Saya hendak menulis pun malas apatah lagi untuk membaiki wajah blog ini tetapi bila rajin, idea datang mencurah.

Tidak sangka, idea kami di kedai mamak untuk membuka blog akhirnya menjadi kenyataan apatah lagi apabila melihat blog beliau sudah mencapai lebih kurang 15,000 visitor.

Blog saya??? hehehe macam kura-kura sikit.

Lagipun susah hendak mencari isu…tahulah askar ini banyak sangat top secretnya.

Walaupun kami dilahirkan dalam dunia kewartawanan jenayah tetapi saya lebih berminat kepada bidang pertahanan.

Kepada Jamilul yang bertugas di Gaza, Selamatttttt….

Comments

  1. says

    salam…

    blog anda sedap di baca…saya pun minat bab2 senjata perang canggih nih….dulu niat di hati nak masuk air force…nak bina kerjaya dalam bidang kejuruteraan senjata…tapi mungkin rezeki saya bukan kat situ…

    sekarang jumpa n baca blog saudara syok juga…leh jadi bacaan ringan time cuti2 nih…:)

  2. shahpaskal says

    Terima Kasih Tuan Belia Waja Watan.

    Semoga Allah memberkati usaha Tuan dan meletakkan Tuan di kalangan orang-orang yang beriman.

    Harapan kita, adalah untuk mengumpul dan menjalinkan seberapa banyak blogger militari untuk mengimbangi blog politik yang tidak kesudahan banyaknya.

    Tinggalah kita yang segelintir ini untuk meniup kembali semangat patriotik kepada bangsa, agama dan tanahair

  3. BELIA WAJA WATAN says

    Salam, ntah cam na terlanjur ke blog ni, tapi tak pa boleh di salute ada info menarik, proaktif, inovatif, sensitif …. mungkin lagi Pitis.

    Saya mewakili PB2W yang terdiri dari Belia Sukarelawan AW/PSTLDM/ JPAM Terengganu, mengucapkan selamat berinteraksi demi kebaikan bersama dan kesejahteraan negara.

    Persatuan ini tertubuh apabila kami terdiri dari 7 orang belia Sukarelawan AW terpilih menjalani kursus asas para siri 6/2000 di PULPAK untuk dibentuk (Nukleus) Kompeni C (Para) yang mewakili Sukarelawan Paratrooper di area pantai timur berpusat di Rej ke 512 AW. awal tahun 2000 dahulu. Masa tu panglima sedan memperluaskan paratrooper kepada pasukan simpanan TD.

    Naungan 8 Briged berada di Rej 512AW. ditambahi Airstrip Penarek di bawah pegangan 512. CO yang bertanggung Jawab Lt Khairul Bahrin dan OC Mej Yaakop Jaafar. Beberapa faktor dalaman, kepimpinan bertukar tangan polisi berubah. Rancangan dibatalkan.

    Oleh kerana selaku anak watan yang prihatin dan patriotik merasa terpanggil ( sayang dengan kepakaran) tanpil kehadapan menyusun Belia Sukarelawan AW yang tidak berpesatuan duduk dalam satu platform NGO, PB2W didaftarkan dan dilulus pada akhir tahun 2006 lepas.

    Antara aktiviti kami ialah seperti belia yang lain, cuma sedikit pendekatan di ambil dengan merangkum semua Darat Laut dan Udara menjadi Modul pembangunan Modal Insan.

    Ok stakat tu pengenalan diri, moga memberi manafaat dan faedah…Tq

  4. zakzak says

    woo…cantik aah.i look forward for your entry.
    bukan apa,betul kat malaysia dah ada sisipan akhbar dlm utusan (kalu x silap) yg khas utk askar, dan ini rasanya ada menaikkan imej askar malaysia sedikit sebanyak. tapi kalu kat tv x de.tak tau la kalu ada yg aku terlepas.

    kalu tgk iklan singaporean army tu, rasa cam diorang sgt2 professional and they have better toys,so to speak, dan bagi gambaran yg diorang tu invicible.
    hmm..true or not?hehe..

  5. shahpaskal says

    tima kacih kenkawan semua esp pada zakzak dan tukang canang. Aku bukan terrel sangat bab layout blog ni.
    Bab yang zakzak cakap ni, aku akan kupas sikit, banyak isunya. Aku akan kurangkan cerita bab2 teknikal tapi lebih kepada bahasa mudah (org kampung senang faham)…aku pun pening nak kupas isu mana tapi timakacih pada ko zakzak, kang aku cari dalam peti rahsia aku berkenaan isu2 yang ko utarakan ni

  6. zakzak says

    Salam.aku mai blog ni masa melompat2 dari satu blog ke lain, dan rasanya kira ok gak la isi kandungan blog ni.
    memang lain daripada yg lain.
    ingat nak tanya macam2, tp macam yg ko cakap,military ni banyak top secret.

    tapi aku baru terpikir,pasal keanggotaan rakyat malaysia dlm tentera ni. cukup ke tak? dan bagaimana plak dengan recruitement exercise by the army?

    aku dok kat jb,so selalu la tgk tv singapore.dan aku amat kagum dengan iklan army singapore nak rekrut tentera2 baru. seems soo cool.

    kat malaysia camne? ada x arah2 nak menuju ke situ?u might know?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>